27/07/09

Tiada Kerjasama..Menuju Buntu

"telefon,telefon berbunyi..Telefon...kami datang"

"ada haiwan dalam bahaye"

"ada haiwan dalam bahaye disane"

"wonder pets wonderpets kami datang"

"apa yang penting"

"kerjasama"

Kerjasama.

Tahukah anda apa maksud kerjasama.Kerja bersama-sama?Bersama menangkap rama-rama?

menurut kamus dewan edisi tiga :

1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak)

Bersama-sama itu sebenarnya merujuk kepada apa?adakah hanya merujuk tiga ekor haiwan dalam wonderpets?adakah merujuk kepada bantu membantu sesama manusia?adakah bantu membantu antara manusia dan haiwan?manusia dan alam?

Tak payah tengok jauh-jauh.Ambek contoh paling dekat.Dekat mana?

Atas sikit pada mata.

jawapanya?

kepalaotak!!

ok,sekarang sila lihat benda yang click mouse tuh.itulah jari.jari itulah yang dalam keadaan tertekan,dendam dari jari berbaris-baris terhadap kepala otak.kepala otak yang dulunya setia,sekata sehala kini sudah menjadi durjana.kepalaotak sudah menghancurkan hati jemari.

jemari bertanya "kenapa awak buat macam ni kat saya?"
kepalotak menjawab "saya mintak maaf,ada benda lain yang lebih penting dari hasrat awak"

mungkin lebih kurang begitulah dialognya apabila deria-deria sentuhan jejari tidak membuat kerjanya,neuron-neuron yang tidak bersalah memaki hamun otak yang tidak menghantar isyarat-isyarat melalui akson untuk menggerakan jari jemari.

anda akan rasa begini apabila

JARI JEMARI MAHU MENULIS, TETAPI OTAK TIDAK MAHU BEKERJASAMA

Otak dengki!banyak isi!tapi takmau kasi sama itu jali.cilakak lu kepala otak!!


pagi tadi, Weekly Lesson Plan lupa buat.Lecturer nak mai hari ni dia kata.Ah sudah!!

"Bidin, may i borrow your leptop?"
"bagi ka dak aku nak jugak"

bila aku mula menaip,

Weekly Lesson Plan

Subject : Science
Week : 7

wah...minggu tujuh dah!

seminggu lagi!!


seminggu lagu nak habeh praktikum.


praktikum kali ni macam di habaq terlebih awai dahulu iaitu post 6 minggu yang lalu,aku tiadak semangat,semangat kalau ada pon tidak membara.semangat macam cipan sedut ja.tehegeh-hegeh jalan..lembab!tak pro aktif!!


Kesian encik kepalaotak,dia banyak tekanan.jangan salahkan dia.encik otak sudah penat.encik otak slalu sakit-sakit.nasib baik encik badan ini kuat semangat.encik badan tidak demam ketika virus Babi menular di seluruh dunia.Encik otak banyak diguna selama ini,encik otak beban.Encik otak harap encik jari faham.Encik otak masih ingat akan janji setianya bersama si jari tidak akan dilupakan.dia akan menyambut gamitan jari.Si jari, sabarlah.



Simata-mata yang membaca dan sitelinga dan sihidung.Apa khabar semua?Terima kaseh simata-mata yang setia membaca,yang terus menerus menyokong usaha encik otak dan encik jari.





Blog Widget by LinkWithin