17/09/10

Semalam Adalah Malam Jumaat Kliwon

DETOX FOOT PATCH 

Mak selalu pesan."jangan dok balik lambat-lambat sangat".

Tapi aku macam biasa.Kadang-kadang pukul 12 baru nak keluaq rumah.Bukan pi isap dadah.Pi dok minum ayaq ja mak.Aku ada tengok iklan "Malam Jumaat Kliwon".Macam cerita seram.Aku pun hentamlah boh tajuk entri ni.

Tapi kejadian semalam membuatkan aku insaf.Kena gangguan makhluk halus.
Jam pukul 12.54 pagi.Mata dah mengantuk.Aku pun baring-baring.Tiba-tiba terlelap.Jam 2 pagi.Lampu pun tak sempat nak tutup.Aku tutup lampu.Baring semula atas katil.Tapi mata tak buleh lelap.Macam ada sesuatu yang pelik.Malas aku layankan.Mata dipejam rapat.

Sedang nyenyak tidur.Rasa seperti tidur diganggu.Mungkin mimpi kot.Aku biarkan sahaja.Lama-lama semakin kuat aku diganggu.Aku dah sedar tapi aku pejamkan jugak mata.Aku nak tau betol ka aku diganggu.Ataupun masih mamun/mamai lagi.

Mula-mula kaki.Kemudian dia mai kacau tangan pulak.Aku dah benggang.Aku menyumpah dalam hati.Lama kelamaan aku beranikan diri.Bukak mata,switch on lampu.Aku maki hamun " haram jadah sungguh laaaaaaaaa".Jam tepat 4 pagi.Tengok kaki dengan tangan.Sah dah kena gangguan makhluk halus.Lantas aku ke dapur dapatkan sedikit minuman.Aku ternampak sesuatu.Sesuatu yang mungkin membantu aku menghalau mahkluk halus ni.

Balik semula ke bilik.Dengan lafaz Bismillah aku terus menekan botol Ridsect berwarna merah dan kepalanya warna kuning itu.Mampuslah kau wahai nyamuk.Haram jadah, kacau tidoq aku.Tepaksa aku tidoq kat sofa sebab dalam bilik sesak nafas bau Ridsect.

Begitulah cerita aku diganggu makhluk halus yang bernama nyamuk semalam.Sekian.

16/09/10

Ini Baru Bakat Seni

DETOX FOOT PATCH 

Tengok filem-filem atau drama-drama dan juga lagu-lagu banyak diputarkan di tv.Artis tengok muka dengan nama pon sampai tak kenal.Entah dari mana la timbul.Lepas tu dalam suratkhabar pon ada.Entah sapa-sapa la.Ayat deme "sebagai penggiat seni tanah air" sering digunapakai.Artis tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.Cuba tengok kamus oxford apa maksud artist.Aku pun tak tengok lagi.

Artis-artis baru,belakon takdak la hebat mana.Keraih ja pon tengok.Suara takdak la sedap mana.Mau aci menyanyi live la tengok(dengaq)sedap ka dak. Senang saja nak menggelarkan diri sebagai artis.Ataupun dengan muka tak malunya sebagai penggiat seni.Seni la sangat.

Nanti kita upload satu video.Kita tengok.Inilah bakat.Bukannya bakat dedah lurah, tunjuk tetek,tujuk punggung (pungkoq),tunjuk belakang,tunjuk peha,tunjuk perut.

Tengok Video sampai habis.Ini baru orang berbakat seni.Jamal Abdillah,Wali Band abeh semua tak buleh cari makan!hehe.tak payah tunjuk tetek pon!~

GIFTED and TALENTED
Blog Widget by LinkWithin