26/05/09

Satu Hari Banyak Pulak Gambaq


Balek Makan Malam Ni Tak Tau Pulak Saya Nak Buat Apa.Belek-Belek Folder Gambaq..

Jumpak Gambaq-Gambaq Ni..

Ni Semua Anak-Anak Murid ( Bekas ).

3 Nilam, Kelas Pandai,Paling Bising,Paling Banyak Tanya,Soalan-Soalan Diajukan Macam Orang Dewasa.Rindu Kat Anak Buah.Anak-Anak Didik Pertama..

Miss You Guys.Chewah!!~
















24/05/09

SHSG 11



Event : KAGUM Kebangsaan 2009
Venue : Stadium Bandar Penawar
Time : 2200
Date : Tak Ingat

Jejaka-Jejaka Kacak Dari Kiri :

Abg Mat,Mat Najib,Badak, Shahrul Bijirin,Taufiq Peledak,Kapten Qadri,Koperal


*Tq En Sabrosa Situkang Ambek Gambaq.Hehe*

21/05/09

Buaya Besar..

Dua minggu ni kalot dengan final exam.Ni pon tak habeh lagi.Sem ni 5 paper saja.Syukur adan la 5 paper ja,slalu lajak 6 kalau tak silap.Baru abeh dua paper, lagi 3 paper lagi ni.Semalam masa dok tengah tengok-tengok nota.Ya nak saya nyatakan tatsat ( tadi ) pagi adalah paper bertajuk Energetics in Chemistry.Apa itu?tajuk subjek pon dah tak paham,inikan pula isi-isinya.belek-belek nota, tenung-tenung lama-lama, sampai bijik mata putih.sebab apa?sebab tak paham.hehe..dah la otak slo,mengaji malaih.Inilah akibatnya.ada orang kata "study last minute" tak bagos.

Saya membangkang sangat kerana itulah sahaja waktu menengok course pro forma,melihat nota...
" ooOOoOO hat ni la yang dok blajaq ni"
"esok pagi nak pereksa ni wei,mnatang pa pon tak ktahuan ni"

jadi buku yang menjadi rujukan utama adalah :

FOKUS Ungu Masteri SPM : KIMIA

maka pagi tadi selain menjawap periksa,sesi translate-mentranslate telah berlaku lah.

tengah dok belek-belek buku paham-paham la tuh. almaklum la bila kita manusia nak buat benda-benda yang baik ni adala suara-suara hasutan yang asalnya adalah bisikan syaiton tetapi diubah dalam bentuk manusia.

"WEI BESA GILEEE"

"hah sudah bukak komputer aku pulak dah.padia wei?"

"Nih TGK NIH"

"TUDIA!BESAQ KAPAI SELAM"

http://www.metacafe.com/watch/2833115/the_biggest_alligator_from_indonesia_river/

selepas menonton video ini,maka abehlah sesi study malam tersebut..heheh..

18/05/09

Lukisan Alam

Salam Sejahtera,Salam Hormat,Salam Mesra dan Muhaimin Bin Abdul Salam Sahigul Alam.

Lukisan.Apa itu lukisan?Menurut Kamus Dewan versi Empat,Lukisan can be define as

1. hasil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal;

bagimana pula Alam?Akademi Laut Malaysia?

bumi dan segala yg terdapat di permukaannya; segala yg ada di langit dan di bumi:
Segala yg ada di ~ ini adalah ciptaan Tuhan. Ilmu ~ ilmu pengetahuan ttg keadaan alam (termasuklah keadaan bumi, iklim, penduduk dll); geografi. ~ akhirat alam selepas kehidupan di dunia. ~ baqa alam yg kekal yg bermula selepas amalan seseorang dihisab. ~ barzakh alam yg bermula dr kematian seseorang sehingga amalannya dihisab. ~ ghaib alam yg tidak kelihatan oleh mata manusia. ~ sekitar keadaan alam sekeliling. ~ semesta seluruh alam


Lukisan Alam mengikut saya adalah : Cerita yang menggambarkan kehidupan kita lah.

Bangun ja pagi-pagi lepas bancuh kopi radix saya akan dengaq lagu ni.Jangan dengaq saja,hayati liriknya.Fikirkan apa yang dikatakan.Kalu tengah-tengah sedih atau tension silalah berbuat demikian.Ianya mampu memotivasikan anda.Rangkap 1 dan 2 adalah satu semangat dab motivasi.Manakala rangkap seterusnya adalah bahagian renungan ya kawan-kawan.Cubalah.


Lukisan Alam

Hijjaz


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu

17/05/09

Happy Teachers Day a.k.a Selamat Hari Guru

mengikut kalendar masihi, perayaan hari guru adalah pada 16 Mei setiap tahun.dan sempena hari guru SK Padang Menora telah mengadakan hari keluarga sekolah di Pantai Merdeka.Tau dak dimana Pantai Merdeka.Pantai Merdeka terletak didaerah Kota Kuala Muda, Kedah.Ataupun senang kira, terletaknya pantai Merdeka ini 30km dari Sungai Petani, sungai yang hitam lagi menjijikan.

Jika kita berdiri di Pantai Merdeka dan melihat lautnya, NAH!!Disanalah akan kelihatan Tanjung Dawai.

"Jauh Pandangan Permai Disitu Tanjung Dawai,Disaksikan Laut,Daun Nyiur Melambai"

Ditanjung dawai terdapat banyaknya keropok,ikan bilis dan bermacam-macam lagi produk hasil tangkapan laut.Mungkin produk-produk HPA dan produk-produk Yahudi seperti Coca-Cola juga ada disana.

Kembali kepad Hari Guru Tadi.Hari Keluarga berlangsungnya di PAntai Merdeka Beach Resort.Perjalanan berluma apabila Ise dan Ali datang ke rumah saya untuk mengambil saya dan juga En Syaripudin dengan kereta kancil.Kami bertolak ke sekolah pada jam 8 pagi.

Disekolah ada beberapa bua kereta Cikgu.Jadi kami mengikuti konvoi dari sekolah bersama entah berapa bijik,nampak macam ramai ja kereta.Tiba disana dalam lingkungan 40 minit.

Gembira kami kerana dapat bersua kembali dengan cikgu-cikgu yang banyak membantu dan memberi sokogan ketika kami praktikum dulu.Rasa seperti ini dihargai.Cheh.hahaha.Mula-mula sekali adalah acara Sarapan pag.Cikgu-cikgu membawa banyak makanan seperti bihun,karipap,roti,puding,kek dan ramai lagi makanan.Dan kami berempat hanya membawa perut sahaja dan sebotol air Revive,itupun untuk kegunaan kami sendiri.

Antara Acara yang diadakan adalah

1.Tiup Belon
2.Makan Epal.
3Bapak Berlari Dukung Anak.
4.Mencari Ibu
5.Tarik Upih Pinang.
6.Balutan Mumia.

Tak ingat dah,banyak jugak la..saya menjadi pengadil an pelepas beberapa acara.

Program berakhir pada jam 2 petang selepas penyampaian hadiah.Kami berempat mendapat cenderamata berupa tupparawere bapak gedabak besaq sorang satu yang memenuhi ruang kancil.Hehe.


Apa-apapun terima kasih Cikgu.Kepada semua cikgu-cikgu yang mencurahkan ilmu sejak dari tadika hingga sekarang.Terima Kasih kepada guruyang paling setia,paling penyayang,paling tabah,paling penyabar dan yang paling-paling Terima Kasih " mak dengan abah".Anda adalah guru terbaik buat saya,

SELAMAT HARI GURU

Selamatkah jadi guru?

13/05/09

Babi Betul!!

Salam Persahabatan.

Lama dah saya tak menulis.Sabtu dan Ahad ( 9-10 Mei lalu saya telah menghadiri Program Perkongsian Bijak Cemerlang ( PBC) yang dianjurkan HPA.Banyak benda yang saya dapat dari pada program itu.Salah satu benda yang saya pelajari adalah ni lah bendanya.







Click To Enlarge Image

Umat Islam,hati-hati dengan barangan harian yang kita guna.Kebanyakanya menatang ni lah depa guna.Sertailah ni adalah SALAH SATU daripada banyak ya kawan-kawan.SALAH SATU.Untuk ketahui dengan lanjut.Ayuh!sertai PBC.Berjuang untuk anak cucu kita.

Bangunpagi-pagi kita mesti niat nak solat.Nak pi belajaq.Alhamdulillah bagus.Bangun ja lepas kemaskan cadar dan bantal kita ke tandas.Mula-mula sekali kita gosok gigi.Taukah kita,sedarkah kita darimanakah berus gigi kita datang?ubat gigi kita?Pernahkah kita diberitahu berus gigi kita dibuat daripada bulu babi hutan?Kebanyakan barangan kita datang dari Thailand dan China.Orang-orang kat sana apa yang mereka makan?Kibas?kambing?tidak!!menatang kat atas ni lah.Untuk memastikan kos pengeluaran rendah, mereka akan menggunakan bahan2 daripada menatang ni.rugilah kalau tulang,bulunya dibuang begitu sahaja.Type saja kat Google."ubat gigi haram" atau "kuaci haram".segalanya haram.babi betul!Kita telah ditipu kawan-kawan.Next time bila ada kelapangan kita akan masuk tajuk "AYAM" pulak.

Carilah Yang Halal dan Baik

10/05/09

Radix KOKO






Item : RADIX KOKO
Price : RM 16


Penganti MILO. Lebih sedap dari MILO.Terdapat 15 Sachet. Bancuh dengan secawan air panas (kira-kira 200ml).oko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Radix KOKO adalah salah satu "Killer Product" dari HPA sama seperti Kopi Radix


***Nak Habaq***


9/05/09

Two Days Out





Mr Bijirin Won't Be Around For Two Days


Programme : Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang ( PBC)

Date : 9th -10th May 2009

Venue : Hotel Seri Malaysia Kepala Batas





Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang

KURSUS USAHAWAN HPA

PBC DAN KEISTIMEWAANNYA
1-MEMBINA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN HERBALIS MLM YANG CEMERLANG.

2-DAPAT MENGUASAI SEGALA ILMU DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN MLM. AGAR DAPAT MERANCANG, MENGURUS DAN BERTINDAK MENGIKUT PLAN YANG DISEDIAKAN BAGI MENJURUS KEPADA BONUS 5 ANGKA SEBULAN.

3-MEMUPUK DAN MENERAPKAN KEKUATAN ROHANI BAGI MEMBENTUK JATI DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG BERTAQWA.

4-MELAHIRKAN USAHAWAN YANG TAHAN LASAK, TABAH, BERDISIPLIN DAN MAMPU MENJADI PEMIMPIN JARINGAN YANG HEBAT.

APA PBC?

Menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan dengan produk-produk halal HPA. Ketahui plan pemasaran Perkongsian Bijak Cemerlang HPA dengan 'product killer' kami iaitu Kopi Pra-campuran Radix.Serta beratus produk lain merangkumi produk keperluan harian, ubatan berasas herba, kosmetik, makanan kesihatan dll. Anda pasti terpegun dengan pelbagai pengetahuan herba kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya. InsyaALLAH...

Mengapa perlu sertai Program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang)?
1. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
2. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).
3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan 5 angka.
4. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
5. Modul program yang menarik dan berkesan.
6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
7. Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.
8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.

Bagaimana hendak sertai program PBC ini?
1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan mendapaat Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen.
2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM100 hingga RM180 sahaja untuk 2 hari 1 malam bergantung kepada tempat.
3. Membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana agen stok.

Modul-Modul PBC
Antara modul yang akan diberikan adalah
1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui LDK
6. Teknik Demo
7. Produk Pilihan
8. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan.
9. Asas Perubatan JAWI
10. Qiamullail.
11. Kuliah Subuh.
12. Senaman Pernafasan.
13. Bacaan AlMaathurat.
14. Motivasi Niaga.

7/05/09

Kena Tindih





Satu malam tu, tiba-tiba aku terjaga.Rasa sesak dada.Bila bukak mata aku nampak mcm ada benda tengah melutut ja ataih dada aku....Cerita takat tu dah la.Tak Payah lebih detail kot.Mesti ada yang pernah kena.Yang malam aku cerita tuh salah satu malam ja daripada malam-malam yang lain.Tidak termasuklah pasar malam,malam nostalgia 70-an dan juga malam lalilattulqadar,

Dua tiga harinya sahabat serumah, mat Shah tunjuk artikel kat dalam Kosmo.Kat sini aku Mengopi dan Mengepaste dkat sini sedikit artikel dalam akhbar KOSMO yang aku rasa perlu.

********************************************************************************
Ramai yang kata ternampak ‘benda’ tertentu yang menindih tubuh mereka hingga tidak boleh bergerak. Adakah itu sekadar cerita rekaan kerana tidak tahu hendak menghuraikan fenomena lumpuh sementara?

Sebenarnya apa yang berlaku itu merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).

Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.

Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.

Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).

Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan.

Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku.

Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan


SUmber : KOSMO


**** Komen***


Ini adalah berdasarkan kajian saintifik yang dulakukan.Kita boleh percaya akan hasil kajian ini.Lagipon boleh menyedapkan hati.Tapi setiap kali berlaku pada aku, aku tak yakin dengan penemuan saintifik ni.Cubalah sendiri.ANda Mesti Tidak Mahu Lagi.

6/05/09

Hampir 100 000 Mau Jadi Cikgu ?

KUALA LUMPUR - Profesion perguruan semakin mendapat tempat di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan hampir 100,000 orang memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) bagi pengambilan sesi Julai ini.

Ini sekali gus menimbulkan persaingan sengit di kalangan pelajar sedangkan pihak Kementerian Pelajaran hanya mampu menempatkan 6,200 orang untuk mengikuti kursus pendidikan di dalam dan luar negara.







Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Pelajaran, Dato' Seri Mohd Zarif (gambar) yang menyifatkan bilangan tersebut sebagai satu petanda positif terhadap kerjaya perguruan di negara ini.

"Pada tahun ini, seramai 1,877 pelajar yang memperoleh 9A hingga 15A dalam SPM 2008 memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan di luar negara. Daripada bilangan itu, seramai 100 pelajar terpilih untuk dihantar ke United Kingdom.

"Mereka dipilih untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara khusus pembelajaran dalam bidang kritikal seperti Fizik dan Biologi,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Zarif memberitahu, Kementerian Pelajaran memang mencari dan memilih pelajar cemerlang serta berkualiti yang berminat untuk mengikuti kursus perguruan.

Bagaimanapun, mereka perlu melalui tiga tapisan termasuk menghadiri proses temu duga dan menduduki Ujian Sahsiah Keguruan (INSAK) secara bertulis.


*** Info***


Maklumat diambil dari artikel dalam Akhbar KOSMO 6 Mei 2009.Pengubahsuaian juga dilakukan oleh penulis.Harap Paklum.

5/05/09

SHSG -8



Solat Atas Pasir + Tepi Pantai.

Nice ?

Solat fardhu zohor ini berlangsung ketika kem Bina Insan Guru (BIG) di Kem Tok Sakah, Pantai Remis, Perak.Sebelum solat berjemaah..kami telah berkayak ke pulau ini.dipulau ini kami berhenti bersolat dan memasak untuk makan tengah hari.selepas solat kami makan dan bertangkap gambar serta berkayak lagi hingga kulit yang gebu dan comel menjadi hitam seperti kulit kambing hitam.kami menuju lagi kepulau yang lain hinggalah cukup masak dan hitam serta keletihan.

Solat diatas pasir sangat bes terutamanya ketika kita bersujud.Waktu Zohor adalah waktu tengah hari,maka pasit itu adalah sangat panas.Hidung dan dahi konfom tebakaq punya.tetapi itu baru panas dunia kata mereka.Selepas memberi salam, semua jemaah saling ketawa melihat pasir-pasir pantai melekat didahi.Kemudian mereka menyapu pula tangan berpasir itu dimuka yang sudah berpasir setelah memberi salam.Lalu mereka pun menyapu muka lagi setelah selesai berdoa.dan mereka berjabat salam berpasir.Bukan sukan sahaja dapat merapatkan hubungan silaturrahhim tetapi pasir dan solat juga dapat menjadi medium perpaduan yang baik.

4/05/09

SHSG -7





Kacak! FUllSToppp!!

Tragedi- Tiada Sambutan Kemerdekaan 2009-

Pagi ni sedang nyenyak kuberadu, dentuman guruh membuatku terjaga dari lenaku.Pabilaku terdengar dentuman guruh aku mula menjadi kelam-kabut.Kalut.Ya kalut.Hati ini mulai bedegup kencang.Laju dan semakin laju.Adakah perkara yang sama akan berulang,aku terfikir sejenak.Hujan sudah mulai turun.Aku menjadi serba salah.


Tanpa berlengah, meluru ke dapur,mendapatkan beberapa buah baldi.Lalu baldi-baldi itu kuletakkan di kawasan-kawasan hitam di ruang tamu ku.Adakah dia akan datang lagi.Naluri aku kuat mengatakan bahawa dia akan datang lagi.10 minit kemudian, kutoleh ke dinding 4.38.

Aku tutup lampu,cuba untuk melelapkan mata semula.Belum sempatku pejamkan mata, aku menyedari akan kehadirannya!Aku takut!Kuat Suaranya!!Dia semakin kuat,seperti dia tahu bahawa aku dalam keadaan yang cuak.

Aku beranikan diri juga untuk semula ke ruang tamu.Aku membuka lampu

"HohOhoHohoho" aku gembira Kepuasan apabila melihatkan empat bijik baldi yang diletakkan diruang tamu tadi berjaya memerangkapnya.Apa?Hujan.Ruang tamu dekat depan tu sememangnya tirih ( tiris ) , bocoq,leaking.Kalau ujan lebat abeh la ayaq betakung.So, tak cukup dengan baldi@timba, aku mencari cutterku ( pisau ),bergegas semula ke dapur, mencari botol yang tidak digunakan lagi,lalu memotong botol menjadi setengah untuk dibuat penadah air.Nasip la terjaga, depa hat lain tidoq lagi.Kalu tidak abeh la...Lega..

Maka aku dengan keboringan untuk tidur semula membuka PC ini."Tengok KOSMO kot ada crita pa"



Tahun ni tak dak sambutan Hari Kemerdekaan.Sambutan Hari Kemerdekaan disambut setiap tahun dengan meriahnya.Sambutan peringkat kebangsaan dibuat di hadapan Palace of Justice, Putrajaya setiap tahun.Aku pernah menyertainya pada tahun 2005 dahulu.Untuk pelatih maktab/intitut perguruan/IPGM atau apa saja nak sebut for sure anda akan terlibat.Untuk orang yang tak terlibat sila ambik perhatian, yang dekat atas pentas yang koir pakai topi,baju plek2, yang buat huruf MALAYSIA pastu WAWASAN 2020 pastu macam-macam la.Pentas besaq gedabak.Koir Institut Perguruan slalunya datang dengan jumlah yang sikit iaitu 2000 orang sahaja setiap tahun.Kepada mereka yang belum pi lagi..hahahah tunggu la 2013 aku rasa.Latihan dan raptai slalu buat seminggu.Rugi la hampa tak leh lep klaih.hehe

3/05/09

Lagu IPGM

Institut Pendidikan Guru
kami sentiasa bersedia,
menjulang etika kerja
berkorban jiwa raga
menjunjung aspirasi
bangsa negara tercinta

Berwibawa,berintegriti,
keunggulan peribadi,
berteraskan keimanan,
mendidik anak bangsa

kami bangga menjadi guru,
kerjaya dihormati
tidak jemu menimba ilmu
bakti setulus hati yg murni,


Berwibawa,berintegriti,
keunggulan peribadi,
berteraskan keimanan,
mendidik anak bangsa

kami bangga menjadi guru,
kerjaya dihormati
tidak jemu menimba ilmu
bakti setulus hati yg murni,

IPG Malaysia berikrar,
membentuk guru berkualiti,
penyanyang,berakhlak mulia,
mendukung visi misi IPG


*aku ada mp.3 dia*
Blog Widget by LinkWithin