4/05/09

Tragedi- Tiada Sambutan Kemerdekaan 2009-

Pagi ni sedang nyenyak kuberadu, dentuman guruh membuatku terjaga dari lenaku.Pabilaku terdengar dentuman guruh aku mula menjadi kelam-kabut.Kalut.Ya kalut.Hati ini mulai bedegup kencang.Laju dan semakin laju.Adakah perkara yang sama akan berulang,aku terfikir sejenak.Hujan sudah mulai turun.Aku menjadi serba salah.


Tanpa berlengah, meluru ke dapur,mendapatkan beberapa buah baldi.Lalu baldi-baldi itu kuletakkan di kawasan-kawasan hitam di ruang tamu ku.Adakah dia akan datang lagi.Naluri aku kuat mengatakan bahawa dia akan datang lagi.10 minit kemudian, kutoleh ke dinding 4.38.

Aku tutup lampu,cuba untuk melelapkan mata semula.Belum sempatku pejamkan mata, aku menyedari akan kehadirannya!Aku takut!Kuat Suaranya!!Dia semakin kuat,seperti dia tahu bahawa aku dalam keadaan yang cuak.

Aku beranikan diri juga untuk semula ke ruang tamu.Aku membuka lampu

"HohOhoHohoho" aku gembira Kepuasan apabila melihatkan empat bijik baldi yang diletakkan diruang tamu tadi berjaya memerangkapnya.Apa?Hujan.Ruang tamu dekat depan tu sememangnya tirih ( tiris ) , bocoq,leaking.Kalau ujan lebat abeh la ayaq betakung.So, tak cukup dengan baldi@timba, aku mencari cutterku ( pisau ),bergegas semula ke dapur, mencari botol yang tidak digunakan lagi,lalu memotong botol menjadi setengah untuk dibuat penadah air.Nasip la terjaga, depa hat lain tidoq lagi.Kalu tidak abeh la...Lega..

Maka aku dengan keboringan untuk tidur semula membuka PC ini."Tengok KOSMO kot ada crita pa"



Tahun ni tak dak sambutan Hari Kemerdekaan.Sambutan Hari Kemerdekaan disambut setiap tahun dengan meriahnya.Sambutan peringkat kebangsaan dibuat di hadapan Palace of Justice, Putrajaya setiap tahun.Aku pernah menyertainya pada tahun 2005 dahulu.Untuk pelatih maktab/intitut perguruan/IPGM atau apa saja nak sebut for sure anda akan terlibat.Untuk orang yang tak terlibat sila ambik perhatian, yang dekat atas pentas yang koir pakai topi,baju plek2, yang buat huruf MALAYSIA pastu WAWASAN 2020 pastu macam-macam la.Pentas besaq gedabak.Koir Institut Perguruan slalunya datang dengan jumlah yang sikit iaitu 2000 orang sahaja setiap tahun.Kepada mereka yang belum pi lagi..hahahah tunggu la 2013 aku rasa.Latihan dan raptai slalu buat seminggu.Rugi la hampa tak leh lep klaih.hehe

4 ulasan:

zyr zh berkata...

ala nak sambot merdeka!!!hu~~

Zarpeno berkata...

zeyra : maka menyambut hari merdeka adalah salah satu perkara yang menyebabkan batalnya posa selain emngorek hidung.hehe

sabrosa berkata...

kentut batal dak?hahahahhaha

Zarpeno berkata...

kentut sambil minum pepsi adalah membatalkan puasa ya.

Blog Widget by LinkWithin