28/08/10

DETOX FOOT PATCH 



FAM kaji pemain import

KEPUTUSAN sama ada untuk membenarkan khidmat pemain import dalam aksi Liga Malaysia musim hadapan hanya akan diputuskan pada mesyuarat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Oktober ini.

Kaji?Ka Mesyuarat?
Kaji=Mesyuarat.
KAJI la sangat..

Buat Kajian "Persepsi Rakyat Malaysia Terhadap Kepimpinan FAM"

27/08/10

Baby Kecil Cakap Semasa idur

DETOX FOOT PATCH

Tengok Baby ni kecil-kecil lagi dah boleh panggil ibu dia masa tidur.
Yang bestnya masa nak batuk tu sempat diacakap.
Harap maaf mutu bunyi agak mengecewakan.Increase volume jika tak dengar (memang tak dengar kalau slow)

video

25/08/10

Dua Cerita

DETOX FOOT PATCH 

1.Kat sini ada dua video.
2.Bukan video 3gp Melayu.
3.Dua video.
4.Dua cerita berbeza.
5.Bukan berbeza.Sangat berbeza.
6.Video pasai dua hati yang tak sama.
7.Video yang atas tu kalau tak bes,mintak maaf la ya.
8.Video nombor dua mesti tengok.
9.Tengok tau.
10.Bye







video
video

24/08/10

Nuffnang Tidur

DETOX FOOT PATCH 

Kenapa Nuffnang saya tidor?tidak cukup tidur?adakah dia sangap tidur di bulan puasa?

Bangunlah Nuffnang.

Cerita Kat Tv dgn Astro Tak Terkesan

Uihh..Bukak TV.Tapi mengadap laptop.Tu yang mak dengan abah dok hingaq.

"Hat tu bukak,hat ni bukak,mana satu nak tengok?" mak kata
"Hat ni tengok guna sebelah mata ( laptop), hat tu sebelah lagi (tv)"Seloroh aku sambil ambek remote off tv.

Kalau abah dia tak kata apa.Dia mengerling ( memerhati ).Dia tengok aku,dia tengok tv,dia tengok laptop dia tengok lagi.Bila buat macam tu aku paham la.Katop la TV.Aku paham.Hehe.Sebab apa.Sebab tu la.Bukak TV yang bes nak tengok pon Detective Conan.Rancangan-rancangan banyak jenis bicara-bicara keluarga,wanita macam-macamlah.Tapi tak berkenan dihati.Alah,kalau ada rancangan pendidikan macam kat TV2 masak tahun 90-an tu mesti tak tengok punya.nak salahkan RTM dengan Media Prima lah rancangan tak bes.Drama TV 1 boleh agak dah jalan cerita macam mana.Kalau TV 3, mesti cerita anak-anak orang kaya,koprat.Dulu cerita banyak guna nama lagu.perasan dak? satu contoh "Nigina".yang lain cari sendiri.Sekarang stail guna nama.Tunggulah satu hari nanti ada cerita Zarepan PinPon.Nak salah orang buat rancangan pulak,sendiri yang tak reti tengok!

Takpa ada Astro(Estero).Pi balik pi balik AXN jugak bukak.CSI ka MONK ka ok la.Yang buleh tengok pon channel ESPN,Astro Super Sport.Tu pun time ada bola.bola pon kalau liga Itali Seria A pon tak guna jugak.Sabtu malam dengan Ahad malam EPL.Tu kalau game ARSENAL vs MAN UTD, CHELSEA vs LIVERPOOL bes la.Kena Wolvehampton vs Stoke City almaklum tak tengok lah.Seboring-boring bola pon takkan lah nak mengadap MTV,HITZ,E!.Lagu entah apa-apa.Cerita artis-artis.Buleh mampoih.Discovery Channel bes,tapi Tak larat tengok.EH Eh salah ASTRo pulak.Sendiri yang tak reti tengok !!

Last-last Laptop.FB bukak 28 jam sehari.Baca Blog.Suratkhabaq Online segala jenis dah baca (tgk tajuk dengan gambaq saja).Tengok movie la best.Tapi siang-siang kat bulan Puasa nih bahaya kalau silap cerita,Kurang pahala puasa.

Baik baca mukaddam.Itu yang susah nak buat.Berat.Setan la ni Setan banyak!~Bulan Puasa Setan takdak.nak salah sapa pulak?

23/08/10

My Kad, Tahniah Jabatan Pendaftaran Negeri Kedah!~

My Kad

Minggu lepas masa tengah belek wallet yang tak berduit tu.Teringat pulak My Kad@IC.Last sekali pegang masa kena tahan kat road block di Seberang Jaya dengan JPJ.Masa tu malam.Macam biasa bila JPJ kata:

"Lesen dengan IC adik" ( nampak sangat aku awet muda,bukan awek muda ya)

Lepas dia bagi kita pun ambek simpan boh dalam wallet sampai la kena road block dimasa akan datang.Maka itulah kegunaan My Kad :Pintar" kita itu.Selain dari road block PDRM dan JPJ,My Kad juga digunakan ketika pergi ke tempat pelancongan seperti Kereta Kabel Langkawi dan jugak Taman Tema Air Bukit Merah untuk mendaptkan diskaun.Betapa pintarnya beliau yang bernama Encik My Kad ini.

Walaupun pintar, tetapi My Kad saya sudah tidak lagi hensem bila saya belek(lihat).Sebabnya hujung belah kanan MyKad saya sudah pun GHABIT ( hancur,patah dengan tidak sekata,cheap).Muka saya yang hensem dan kacak seperti Bakary Sagna itu sudah tidak hensem apabila hidung sudah tiada.Plastik lapisan My Kad saya itu telah lekang.Bagikan jatuh ditimpa eskelator,di bahagian tengah pula sudah ada bibit-bibit keretakan.Nampaknya My Kad "Pintar" sudah menjadi bodoh.My Kad juga selalu bodoh apabila suatu masa dahulu (kerap) bila pergi ke bank beliau tidak dapat di"detect" kerana chip canggihnya berkarat.Jenuh kerani bank tu tonyoh (gosok).Saya mencadangkan keapda kerani itu menyediakan kertas pasir dan juga pahat jika ada.

Maka hari ini ( Ahad ) saya sudah membuat keputusan.Saya mahu mentuitionkan My Kad Pintar yang sudah bodoh ini.

Jabatan Pendaftaran Negeri Kedah

Disini sahajalah dapat saya mengadu nasib tentang kebodohan My Kad ini.Pagi Ahad, saya pun start moto EX-5 Abah saya dan terus ke Wisma Persekutuan,Alor Setar.Ketika sampai di wisma,jam ditangan menunjukkan 8.06 pagi.Saya terus mengkerabat ( memanjat) tangga untuk ke JPN Kedah .Alah tingkat satu lagi mau tunggu Elevator ka?

Sampai disana "

Q:"Ya Encik nak buat apa?" aku sudah tua.
A:"MY KAD rosak,nak buat lain".

Nombor giliran diberi 1003.Belum sempat aku sampai ke tempat duduk "keting keting keting" "satu.kosong.kosong.tiga"

Q:"Ya nak buat apa?"
A:"My Kad hancoq dah"

"RM10 bayaran"

Sekeping nota RM10 dihulur aku.

Setelah My Kad yang ghabit tu diberi,cap jari kiri dan kanan diambek.

"Ok,pi ambek gambaq na"

Pi kaunter ambek gambaq,duduk."Sandaq (sandar) na kat kerusi"

"Ok,dah".Cari tempat duduk.Baru ja dok tengok borang kepuasan pelanggan "zarepan".Nah,sambil menghulurkan IC sementara dia cakap "Cukup Sebulan Mai Ambek Kat Sini Na"

tengok jam 8.13 pagi.


Bila sampai rumah mak dgn abah pon hairaaan."La,tak pi buat ka?"

"siap dah haih"dengan muka bangga.Jam di dinding dapur 8.27 pagi.

TAHNIAH JABATAN PENDAFTARAN NEGERI KEDAH

nota : sila pi awai.orang takdak lagi time awai-awai pagi ni 

22/08/10

Parlimen : Harga Gula,Kepentingan Gula dan Sportrim&Meja

Gula
Gula boleh didefinisikan sebagai keperluan asas rakyat Malaysia selepas air,elektrik dan beras.Adakah salah?Minum air mesti taruk itu gula.Dalam banyak-banyak kuih,kuih apa yang tak boh gula atau tak masukkan gula?Kuihtiau!Koeteow pon boh gula.Sambal,Gulai,Kari,Choq Kodok,Choq Peneram,Choq Badak,Koi Keria sampailah ke Bihun Sup dengan Nasik Goreng Ayam,Nasik Goreng Itik dan Nasik Goreng Unta.Semua kasi taruk gula.Tu belum kira ayaq kotak,ayaq tin,ayaq jus jambu asam boi,ayaq soya,ayaq sirap.Air yang tak boh dan tak perlu gula adalah AIR SEMBAHYANG.Tu pun kalau boleh mau bubuh gula dalam kolah.

Baru-baru ni harga gula naik.Tau dak??Dari RM 1.65 sekilogram ke 1.90 sekilogram.Sebelum tu RM 1.45 sekilogram.Bila harga gula naik dia jadi isu.Peniaga-peniaga ada yang ambek kesempatan.Macam mana? Gula naik sekilo RM 0.25 saja.Tapi SEGELAS teh ais dia naik sampai 20 sen.Sebeb(sebab) tu lah gula ni jadi isu.

Jadi pagi ni,ada tengok video isu gula yang hangat dibahaskan.Mari dengar hujah-hujah mengenai gula ini.Antara yang menarik adalah nasihat dokter turut dimuatkan.

video


Terima Kasih kepada tubelawak kerana "membuka minda" saya pada hari ini.

21/08/10

Kucing Lebih Mengerti Nilai Nyawa

KUCING

Dapat video ni kat FB.Orang yang berhak menerima penghargaan kali ni adalah HANS HANIS.Dalam video kat FB ni, description dia lebih kurang cerita seekor kucing (putih) yang sedang meratapi kematian rakanya (kucing itam).Mungkin jugak anak,suami atau saudara si kucing putih tadi.

Tengok apa yang kucing tu buat.Dia cuba menggerakan kucing hitam tadi.Berkali-kali dia cuba.Mungkin dia cuba memanggil nama kucing itam tu.Sambil tu dia perhatikan sekeliling,mungkin ada tempat untuk dia mengadu nasip.Kalau la kita dengar kucing tu mungkin ni yang dia kata

"Encik tolong Encik,kawan saya encik.Tolong la Encik"

Apa perasaan kucing tu bila tau kawan dia atau saudara dia tu tengah nazak dia tak boleh buat apa-apa kerana dia seekor KUCING.Dia akhirnya mencium kucing hitam tu dan duduk disebelah kucing hitam tu.Mungkin menangis.Sebelum tu dia ada bisikkan sesuatu.Mungkin dia ajar mengucap?Tahukah kita ayam-ayam,burung-burung ,haiwan-haiwan lain dan tumbuhan berzikir memuji Allah S.W.T.hanya kita manusia termasuk saya yang selalu lupa.



video




MANUSIA

Mari pulak kita lihat manusia.








Inilah perangai MANUSIAL!!! MANUSYAITON!!

* kembalilah kepada Allah dan Rasul: Al-Quran,Sunah wahai manusia

note : pictures credit to useriez

Kau Dah La Tak Hensem.Jual Burger,Bawak Motor!Aku Dah Tak Nak Dengan Kau!

Sahur

Pagi ni sahur dekat rumah.Apa yang best sahur kat rumah?Makanan sedap,banyak?Bukan!Masa makan boleh tengok muka mak dengan abah.Tengok macamana mak seronok bila anak dia ada.Tengok muka abah dia gembira walaupun dia cover macho macam tak dak apa-apa yang berlaku.Masa sahur kat rumah cuba "observe" tengok ok.

Perbualan


Masa bukak FB lepas sahur,ada sorang friend post video ni.Tapi bukan video.Suara,dalam bentuk video.Cerita dianya yang aku faham adalah seorang mamat ni macam mengadu la kat Xfm yang tunang dia mintak putus.Sebab dia tak kaya.




video


Analisis

Kemungkinan

1.Laki tu memang terok,tak nak berubah ( sebab perempuan tu kata )
2.Lelaki tu dah insaf (baru beli lori )
3.Lelaki tu Bersungguh-sungguh nak selamatkan hubungan.
4.Lelaki tu sayang kat tunang dia.
5.Perempuan yang berpandangan jauh, sebab nak kawin, nak hidup senang.
6.Perempuan tu nak hidup senang saja.
7.Perempuan tu tak nak tolong tunang dia bersusah payah.
8.Perempuan tu tak memandang harta." Aku taknak Moto,Lori.AKu Nak KERETA"
9.Perempuan tu bodo.Taknak lori.Bukan laki tu nak suruh dia naik lori.Laki tu tunjuk dia ada kemajuan bila beli lori untuk bisnes.
10.Perempuan tu tak memandang harta/status tetapi memntingkan hati yang ikhlas. tengoklah ayat dia

" Kau Dah La Tak Hensem.Jual Burger,Bawak Motor!Aku Dah Tak Nak Dengan Kau!"


Apa salahnya jual burger.Asalkan Sumber rezeki tu halal.Kalau dah tak nak cakap la tak nak dah jumpak orang lain.Ni hina pekerjaan orang.Hina pulak keturunan ( kata tak ensem ).Hina orang bawak moto ( ini menimbulkan kemarahan awam!)

Samad.Good Luck.

SILA KOMEN.SAYA NAK TAU PENDAPATAN (???) ANDA.

*terima kasih Ciffi Faizal untuk video.

20/08/10

Kegembiraan

Aku dah balik dari berbuka puasa kat rumah KH.

Perasaan kini berbeda.Ya sangat contradict dengan perasaan sebelum ni.SINI

Lega.

Seronok.

Alhamdulillah!~

Yeahuuuuu.

Dulu

Dulu dah pernah pi dah rumah KH.Masa raya tahun 2006.Lepastu tahun 2008 sekali.Pergi ramai-ramai.Masa tu baru balik survey tempat nak buat Program Anak Angkat dekat Yan.Takpa tak takut sebab ramai.Dua kereta.Lapan orang.

Sekarang

Sekarang?Tadi la.Tadi pergi berdua dengan Koperal.Aku ambek Koperal kat Jitra dari AS.Kemudian Lalu ikut AS ke Pendang.Balik aku hantaq Koperal kat Jitra patah balik AS.Terima kasih Koperal.Kalau aku sorang-sorang memang aku takpi dah.Sebelum balik tadi depa ada bagi bekal.

"Ni bekas depa bawak mai dulu" kata abah KH.

Isk..dulu?mana ada.pi raya tak penah bawak bekal pon la.ada ka pi raya bawak bekai?

"Ni masa abah dgn mak mai dulu" kata abah KH lagi.

OoOooohh..lupa.Masa cuti dulu Mak,Abah dengan family kakak dah pernah pi Pendang.Masa tu depa baru lepas hantaq anak Kakak kat MRSM Pendang.Masa dekat rumah tu mak tiba-tiba saja ajak " Jum pi rumah XXXX( nama KH).Alamak!apa ni mai ajak macam ni takut la takut.

"Takmau la,orang janji nak main Badminton dah.Orang yang tempah semua.Tempah dari kemarin dulu lagi nak main ni.Satgi kena maki dengan depa (kawan-kawan)"panjang sungguh alasan aku kan.Tapi bukan tipu,betoi.Mana buleh nak ajak tiba-tiba "JOM".Kita sibuk ( bajet sibuk) macam menteri.Nak ajak pi mana-mana kena kena book awai,baru buleh tulis dalam weekly plan ka monthly plan ka.Hakikatnya aku takut.tak bersedia.

Tak bersedia apa Zarepan oi??Bodoh,terpengaruh dengan drama tv lah ni.

Tadi masa makan,abah KH tanya Koperal "ni nama apa tah?".Cis dia tanya nama Koperal saja.Nama aku tak mau tanya ka??"zarepan (bukan nama sebenaq) ambek la ayaq tu tuang".Hoih!Hoih! Pakcik kenai dah ka pakcik.Hati tengah senyum.Senyum lebaq.Kalau senyum guna mulut,mesti sampai ke telinga senyumnya.Apa-apapun aku lega.Lega.

Balik drive sorang-sorang lepas antaq Koperal risau.Takut nampak hantu.Takpa Bulan posa takdak hantu.

Apa yang aku takut??

Takut Orang ka Takut Hantu?

Di Sini Tiada Menjual Touch N Go dan Tambah Nilai Touch N Go , Takut

Touch N Go
Lebih kurang sejam setengah yang lalu aku berada di Bukit Mertajam.Kini aku dah ada dekat Aloq Setaq ( Alor Setar ).Sepanjang bulan Ramadhan ni dah janji dengan diri sendiri tiap-tiap minggu nak balik rumah.Sementara buleh balik ni balik la.Tahun depan posting entah ke pelusuk daerah mana aku bakal dicampak tak tau la.Harap-harap tak payah la jauh-jauh sangat.Amin.

Harini balik dengan KH ( Kekasih Hati).Dia hantaq sampai Aloq Setaq walaupun rumah dia kat Pendang.Terima Kasih! I Lebiu KH!!.Dia kena patah balik ke Pendang.Takpala bukan balik free, minyak bayaq,tol pon bayaq.heheh.

Dari Penanti, aku selalu balik ikut Tol Bertam ( Kepala Batas ).Sebab jarak yang dekat,tak jauh dan tol lebih murah kalau naik ikut Sungai Dua.Minyak tak cukup.Berhenti isi minyak dulu.Touch N Go pon dah habih,tak dak duit dah dalam dia.Touch N Go (TNG ) ?.Takpalah isi minyak saja lah.Kalau Tambah Nilai ( topuop) touch N Go kat kedai minyak kena charge lima kupang ( 50 sen).Takpa,masa nak naik tol satgi kita topup TNG.

Sebelum ambil tiket transit kat tol Bertam/Kepala Batas tu aku pun dengan yakin dan bangga dan tanpa segan silunya turun dari kereta menuju ke pejabat PLUS dengan dua keping nota kertas RM10.Baru ja nak sampai kat pejabat tu.

"TIADA JUALAN TOUCH N GO"
"TIADA TAMBAH NILAI TOUCH N GO"

ampeh!

Pejabat saja besaq,nak topup TNG pon tadak!!Aku gigit jugak PLUS ni.Nasip bek POSA!

Terpaksa la aku ambek tiket.masa sampai AS tu, mujur kereta tak banyak.Takpa jum Topup siap-siap.Ahad nanti tak gaduh la nak pi boh dah.

"Berehat Sebentar,Pergi Sembahyang"

Takdak jodoh dengan TNG harini.Kat tol AS Utara pon takleh topap.

Yang penting selamat sampai kat AS.

Takut

Dalam perjalanan balik tadi.KH ada bagitau housemate dia nak mai berbuka dekat rumah dia malam ni.Esok depa nak pi jalan-jalan kat Pekan Rabu.Nak cari baju katanya.Tadi pagi dia dah kol.Ajak buka puasa kat rumah dia.Alamak takut la takut!Kalau takpi nanti kecik ati pulak.dia ajak sungguh-sungguh.Aku dah dapatkan bantuan Koperal untuk teman aku satgi.Haih mintak-mintaklah takdak apa.AAAmmmin.

Kenapa Takut?

Baca Yasin, Berbuka Ramai-Ramai dan Harapan

Baca Yasin
Semalam masa tak tau nak pi ka dak baca Yasin,ada tiga orang komen suruh pi kat Facebook.Bila dah cukup tiga tu maka aku ambek keputusan kena pi la.Dalam batch kami ada tiga kelas budak Melayu ( bukan racist ni). Satu kelas opsyen Arab dan dua kelas Sains.Bila sampai kat rumah tuan rumah kami antara yang terawal.Dalam jam 6.30 petang seorang ustaz yang dijemput pun datang dan majlis bermula.Selepas bacaan Yasin,ustaz jemputan tu ada memberi sedikit tazkirah atau peringatan.Ustaz tu ada berpesan:

"Jagalah solat lima waktu.Sesungguhnya solat itu mencegah dari kemungkaran"

Solat tu wajib.Hari-hari wajib.Kalau tak puasa, boleh ganti, boleh bayar (fidyah).Puasa sungguh-sungguh.Pi Bazar Ramadhan beli macam-macam nak berbuka sebab puasa.Puasa Ni!Lepas berbuka ingatkah kita pada Maghrib dan Isya'?Lepas bersahur, Subuhkah kita?Sebelum pi Bazar Ramadhan Asarkah kita?Takpalah.


Berbuka Ramai-Ramai

Bila dah dekat dengan waktu berbuka,suasana bertukar menjadi kalut!ya kalut!bila masing-masing ada kerja sendiri.Ada yang membentang tikar,yang mengagih makanan,yang agih murtabak,agih buah,puding dan air.Orang lelaki semua bersila dekat garaj.Makanan diatur memanjang.Masing-masing tengah ready nak berbuka.

Satu benda yang dapat sambutan masa agih-agih makanan tu adalah sejenis minuman buah delima ( GOLSHAN ).Selesai bacaan Yasin tadi, Ustaz Nazmi sampai.Ustaz Nazmi ni Mentor/Tutor kelas arab.Dia baru pulang dari Gaza semalam.Untung dia dengan dua pensyarah lain,dapat peluang jadi sukarelawan ke Gaza.Dia sangkut Mafla Palestin dekat bahu dia.Anak-anak dia yang lelaki semua pakai serban guna Mafla Palestin tu.Dia ada bawak kotak, tulisan arab.Aku taktau apa tulis kat kotak tu.Rupa-rupanya hadiah dia bawak.GOLSHAN.minuman delima.Rasa sebijik macam Ribena.Sedap lagi dari Ribena.GOLSHAN made in TEHRAN,IRAN.Anak-Anak Ustaz Nazmi insyaallah bila besar kelak semuanya pejuang-pejuang.Sebelum keluar dari rumah ,seorang anak dia kata :

"TAKBIR"

adik dia jawab "ALLAHUAKBAR"

Balik kepada berbuka puasa.Bila tengok keadaan kalut dan riuh rendah,teringat balik zaman foundation dulu.Lima tahun lepas.Tahun2005, tahun pertama masuk maktab.Sekarang dah tahun akhir.Masa dulu, ada 50 orang kami saja student Islam.Kamilah AJK Suraunya,kamilah Badan Kebajikan Suraunya.Imamnya dikalangan kami,Bilalnya dikalangan kami,makmumnya dikalangan kami,tukang masaknya kami,tukang hidangnya kami,tukang makannya kami,tukang basuh pun kami.

Macam-macam tuan empunya rumah sedia.Kurma,Murtabak,Popia,Kerepek,Puding Jagung,Dadih,Agar-Agar,Nasik Ayam, Nasi Daging,Karipap.Seronok makan ramai-ramai.Makan ramai-ramai ada berkatnya.Terima kasih la tuan rumah.Rasa seronok bila ada majlis macamtu.Teringat zaman dulu-dulu.Zaman kita baru mengenali antara satu sama lain.Aku makan banyak.Orang dah habis makan,balik aku masih bersila.Habis murtabak aku sapu.Licin.Sebelum balik bawak balik pulak bekal nasi ayam.Untuk sahur,

Harapan

Tadi Sahur ( SOQ) makan nasi ayam semalam.Walaupun dah panaskan aku macam tak yakin sebab nasi tu melekit-lekit.Housemate kata ok,minyak ja tu.aku pun Ok jugaklah,habes jugak 1 bungkus.Harapannya OK lah.Jumaat lepas dah berlaku sejarah hitam dalam puasa kali ni.Sapa taktau tengoklah post sebelum ni.Kerabu telah difitnah.Berharap peristiwa hitam tidak akan berlaku harini.

19/08/10

Nak Pergi atau Tak ?

Barang

Awal-awal pagi bila sampai kat bilik kuliah dapat sms.

"Askum,ptg ni abs kls koi bpa de?kalau aku nak ptg ni lam kui 5 bleh?"

"Bleh.nk jumpak kt mna?"

"Msjd Kbg Smng"

"ok"

Alhamdulillah.Rejeki( rezeki).Pagi-pagi lagi dah dapat sms orang nak ambek barang.Sambil-sambil belajar tak salah nak tambah pendapatan kan.Daripada duduk saja buat la bisnes slow-slow.Seronok bila ada orang sms nak "barang" ataupun tanya pasal "barang".Eik?barang apa?Ni bukan bisnes barang-barang terlarang dan haram dijual seperti menjual dadah,menjual arak dari rumah ke rumah dan menjual senjata nuklear, tapi menjual barangan yang halal lagi suci dan wangi.Kalau nak tau barang apa,try la tengok.

Kuliah petang ada,malanglah maknanya.Lebih malang dari pak Pandir yang tergadai taanahnya.Mana taknya, tim puasa camni, bila jam dah 3.30 battery pun dah low.Mata pun berat.Dengan kelas Intel tah hapa-hapa entah.Tiba-tiba :

"Ok kita bersurai setakat ni"

"Yay Yay"

Sepantas kilat meluru mendapatkan motor Kriss 2 berkuasa tinggi dan meluncur dengan lajunya sampai rumah.Tidoq!Tengah tidoq tu teringat pulak orang nak ambek barang! macamana la tengah tidoq buleh tesedaq.Aku melihat jam handphone. 4.40 p.m. Ada msg

" aku kat kbg smg dah ni"

"alamak customer customer!!"

sms direply " sat na, nak pi dah "

Bangun basuh muka,terus lompat ataih moto berkuasa tinggiku lalu menujuku ke destinasi.Alhamdulillah "barang" laku dan sempat solat Asar dekat Masjid Kubang Semang.

Berbuka

Berbuka semalam( rabu) memang best.Balik dari Kubang Semang atas moto dah fikir, alah buat nasi goreng sudahlah nasi semalam berlambak-lambak lagi.Masa berbuka hari Selasa, dah masak nasik banyak-banyak Kekasih Hati ( KH) bagi nasik ayam.So, nasik yang ditanak tu simpan sahur.Sahur pun makan nasik ayam tadi.Nasik yang ditanak tak jugak habih.Rabu, time duk tunggu nak bukak puasa KH call lagi, dia bagi Mee Sangul Goreng.Huih.REJEKI REJEKI.Macam mana pun nak makan jugak nasik goreng ni.Lagi 15 minit nak berbuka.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

"NAH!"

Makcik sebelah pulak bagi Choq Kodok ( Cekodok ) dengan agaq-agaq ( agar-agar).Terima Kasih la makcik.Bagoih betoi jiran macam ni.Susah-susah saja.Buat selalu la mak cik na..hehehe.Maka murah betoi rezeki.Selesai ja solat maghrib tu dpat pulak sms.

"Salam XXXX mjemput semua bdk laki kelas sains dtg umah die esk ptg jam 6 ptg di Taman Malwira tuk bc Yasin.Juadah berbuka ade disediekan.Respon samade anda mahu hadir/tidak"

Nak Pergi Atau Tak ?

Malas lah nak pi.Rumah sewa budak-budak perempuan tu.Lagi pon sure depa ajak ramai punya.Alah takpa lah aku tak pi.

Harini bila pi kelas aku ada tanya kawan-kawan yang lain pergi ke tak? ada yang nak pi,ada yang takmau pi.Pastu ada sorang member ni aku tanya dia pergi tak.Dia jawap "aku pi", "set dio nak wat baco yasin belum pada berbuka"

Sembang punya sembang rupanya macam ni. Rumah tu dah setahun dah budak-budak tu sewa.Sebelah rumah tu ada rumah kosong.Masa mula-mula sewa tu takdak orang duduk.Baru-baru ni ada orang nak duduk rumah tu.Jadi rumah sebelah tu direnovate.Aku tau sebab selalu lalu tepi tu.Semenjak direnovate, rumah budak-budak perempuan ni mula diganggu.Ganggu apa aku taktau la.Tapi macam tu la lebih kurang.baru aku tau.Depa buat kenduri sambil baca yasin la kat rumah depa.

Ni dah pukul 5.oo petang.Nak pi ka dak?

15/08/10

Puasa ke 3 Orang Lain Bukan Saya.

Bertarikh 2 Ramadhan 1431 bersamaan Khamis 12 Ogos.Tepat Jam 7.35 petang maka berbukalah aku.Menu berbuka adalah gulai daging dan jugak kerabu yang dibeli dari kedai.Dan yang masak sendiri kuah sos telur.

3 Ramadhan,pagi indah.Mangkit makan soq ( sahur ).Dah siap-siap nak pi kelas, iron dah smalam kemeja putih.Kenapa kemeja putih?Ya haritu dkat library aku ada tegur sorang junior.Sebab aku tengok budak kelas dia ramai pakai baju putih.Junior opsyen Pendidikan Islam."Aih,ni awat pakat ramai-ramai pakai baju lagu ni?boria ka?hehehe" tnya aku." Hari Jumaat bang,meraikan Sunnah Rasullallah, pakai pakaian putih" jawab beliau. Gulp.Nah ambek hang dok tegoq orang tak ketahuan punca sangat.Tapi walaupun agak malu,aku kena terima kasih kat dia.Sejak pada haritu sedaya yang aku ingat aku akan pakai baju putih pi kuliah.Niat ikut sunnah.Mudah mudahan Dapat pahala.Aaamin.

Dah siap pakai time nak pakai stokin tu. Grrrrr Grrrrrr...perut bunyi."Din hang pi dulu, nah ambek anak kiunci kelas, aku pi lambat sikit".Tanpa berlengah lagi sepantas cheetah aku meluru ke tandas.Malangnya proses ini berulang-ulang sehingga pkul 11 pagi.Entah berapa juta kali aku membuat lawatan ke tandas.Aku berbaring kat ruang tamu menunggu panggilan checkin seterusnya.Kepala mula pening-pening.Alamak macam mana ni..nak bukak posa ka dak makan ubat ni..

Sebelum nak bukak posa,kena ambek restu dulu.Call mak, habaq kata tak pi kelas sakit perut berulang ke jamban.Habaq kata sayang la nak bukak posa.Rugi.Mak kata " kalau sakit sgt bukak la..jangan dok biaq,makan ubat". Ok tengkiu mak.

Selang dua tiga menet.Abah call.Bukak la posa makan ubat.jangan dok biaq.Ok dapat lesen dah kira takpa la tu.Dah dapat Keredhaan ibu bapa harapnya dapatla keredhaan Allah untuk berbuka.Maka jam 12.30 tengah hari berbukalah saya sebelum azan Zohor/Jumaat berkumandang.minum ayaq ja pon.

Dan hari tu jugak aku telah solat Jumaat di Masjid Negara (tv 1 ).Kekasih hati tercinta dah hadiahkan garam rehydration 2 pack.thank you sayang.hehe.minumlah aku dengan bersungguh-sungguh.Tapi sampai ke petang tak lega jugak.Masalah betoi.Jam 5 petang kekasih hati ambek nak balik Aloq Setaq.Dua jam perjalanan dalam kereta aku senyap saja.Meminimumkan pergerakan dan perbuatan.Perut dok bunyi lagi...tahan-tahan.

Sesampai dirumah.Ngam-ngam dengan waktu berbuka.walaupun tak posa tapi aku bukak jugak dengan sedikit kuih.Sebab tak makan apa langsung.Kesakitan perut berlarutan sampai 12 tengah malam.Maka begitulah Puasa Ketiga Orang Lain,tapi Bukan Aku.Kerugianlah saya pada hari tersebut.

Food Poisoning ni aku rasa punca dia kerabu taugeh.

Food poisoning ni tak teruk.Dulu sampai muntah-muntah.kalau kena cirit birit dapatkan ubat HEMODIUM.Dalam bentuk kapsul.Warna hijau dan kelabu.

12/08/10

Sambal Tempe dan Sambal Ikan Bilis



Assalamualaikum.Salam Ramadhan.

Lama dah tak update blog ni.Kesian beliau.Nak jadi blogger hebat idea kena mencurah-curah,kamera senantiasa di tangan.Takpa lah takdak bakat kot.


Pada 2010 tahun setelah nabi Isa dilahirkan ibunya Mariam tanpa bapa, maka bulan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada 11 Ogos bersamaan hari Rabu ( Wednesday ).Tahun ni merupakan tahun kedua puasa kat rumah sewa masa belajaq.Pada tahun 2009 selepas kelahiran Isa, juga saya berpuasa di rumah sewa.

Bila dah puasa dekat rumah sewa sendiri ni yang besnya adalah boleh masak.ya masak.masak!~Ya saya suka.Pasaipa saya suka?Sebab saya suka bila saya masak sebab saya syok sendiri sebab bila saya masak saya perasan saya pandai masak bila saya makan saya kata sedap.haha bukan.bukan.

Sebenaqnya dah bertahun-tahun sejak duk kat maktab tu bulan puasa memang serbu Pasar Ramadhan/Bazar Ramadhan.Bazar Ramadhan juga kini disebut sebagai PARAM (PAsar RAMadhan).Sapa la yang start pangey macam ni.Terok benaq.haih!~

Balik kepada cerita memasak tadi.Sejak buleh masak sendiri,rasa seronok pulak.Barulah kita hargai makanan kita tu.Ni kalau tidak lebih main lempaq buang macam tu saja.Bila kita masak walaupun kuah tu lebih,simpan untuk sahur.

Bila dah masak sendiri ni baru tau mak dekat rumah tu susah macam mana nak masak.Mula dengan beli,bersiang,proses,basuh.Lepaihtu nak kupas bawang,nak potong cabai(cili), nak sedia bahan-bahan nak basuh sayoq,nak potong sayoq nak.Ingat senang ka bersiang ikan? ( membersihkan ikan ).Nak kena cuci perut ikan yang dalam dia ada taik? (najis) ,Pastu nak masak, nak sedia,nak goreng, nak makan(paling tere).

Skill memasak tidaklah begitu hebat disebabkan tidak pernah pula saya menyertai seminar atau kursus penyediaan makanan.Skill memasak adalah berdasarkan pembelajaran melalui Pemerhatian ( Observeable Behaviour) tengok mak masak,kak masak, tengok chef wan masak,tgk chef two kang masak (klik sini kalau taktau sapa beliau).

Jadi pada 1 Ramadhan ni, menu yang disediakan adalah Sambal Tempe.





Sambal Tempe + Ikan Bilis

Cara-Cara Memasak :

1. baca Bismillah.
2.Start moto atau kereta menggunakan starter atau engko.
3.Pergi ke kedai.
4.Belilah Tempe,ikan bilis,cili boh(cabai gilin),bawang merah (kecik),bawang putih,asam jawa,garam dan gula.
5.Baliklah ke rumah.
6.Kupas bawang dan potong.
7.Potong tempe menggunakan pisau.buleh juga guna gunting, pedang atau chain saw.gergaji juga boleh digunakan seandainya ada.Potonglah tempe dalam bentuk dadu atau secara petak memanjang.
8.Goreng ikan bilis.
9.Goreng Tempe.
10.Masukkan minyak,tumis bawang putih dan bawang merah.
11.setelah bawang kuning dan naik bau masukkan cili boh sebanyak 5 camca.kalau nak banyak boh banyak.
12.Tumis cili boh sampai naik minyak.jangan smpai gajah naik minyak.
13.Larutkan asam jawa dengan 1 cawan air masak.
14.Masukkan air asam jawa.
15.Garam secukup rasa.
16.Gula 3-4 camca.
17.Masukkan ikan bilis dan tempe yang sudah digoreng.
18.Gaulkan sehingga rata.
19.Masak sehingga kuah menjadi likat.
20.siap untuk dihidang dan dimakan.

Blog Widget by LinkWithin