19/08/10

Nak Pergi atau Tak ?

Barang

Awal-awal pagi bila sampai kat bilik kuliah dapat sms.

"Askum,ptg ni abs kls koi bpa de?kalau aku nak ptg ni lam kui 5 bleh?"

"Bleh.nk jumpak kt mna?"

"Msjd Kbg Smng"

"ok"

Alhamdulillah.Rejeki( rezeki).Pagi-pagi lagi dah dapat sms orang nak ambek barang.Sambil-sambil belajar tak salah nak tambah pendapatan kan.Daripada duduk saja buat la bisnes slow-slow.Seronok bila ada orang sms nak "barang" ataupun tanya pasal "barang".Eik?barang apa?Ni bukan bisnes barang-barang terlarang dan haram dijual seperti menjual dadah,menjual arak dari rumah ke rumah dan menjual senjata nuklear, tapi menjual barangan yang halal lagi suci dan wangi.Kalau nak tau barang apa,try la tengok.

Kuliah petang ada,malanglah maknanya.Lebih malang dari pak Pandir yang tergadai taanahnya.Mana taknya, tim puasa camni, bila jam dah 3.30 battery pun dah low.Mata pun berat.Dengan kelas Intel tah hapa-hapa entah.Tiba-tiba :

"Ok kita bersurai setakat ni"

"Yay Yay"

Sepantas kilat meluru mendapatkan motor Kriss 2 berkuasa tinggi dan meluncur dengan lajunya sampai rumah.Tidoq!Tengah tidoq tu teringat pulak orang nak ambek barang! macamana la tengah tidoq buleh tesedaq.Aku melihat jam handphone. 4.40 p.m. Ada msg

" aku kat kbg smg dah ni"

"alamak customer customer!!"

sms direply " sat na, nak pi dah "

Bangun basuh muka,terus lompat ataih moto berkuasa tinggiku lalu menujuku ke destinasi.Alhamdulillah "barang" laku dan sempat solat Asar dekat Masjid Kubang Semang.

Berbuka

Berbuka semalam( rabu) memang best.Balik dari Kubang Semang atas moto dah fikir, alah buat nasi goreng sudahlah nasi semalam berlambak-lambak lagi.Masa berbuka hari Selasa, dah masak nasik banyak-banyak Kekasih Hati ( KH) bagi nasik ayam.So, nasik yang ditanak tu simpan sahur.Sahur pun makan nasik ayam tadi.Nasik yang ditanak tak jugak habih.Rabu, time duk tunggu nak bukak puasa KH call lagi, dia bagi Mee Sangul Goreng.Huih.REJEKI REJEKI.Macam mana pun nak makan jugak nasik goreng ni.Lagi 15 minit nak berbuka.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

"NAH!"

Makcik sebelah pulak bagi Choq Kodok ( Cekodok ) dengan agaq-agaq ( agar-agar).Terima Kasih la makcik.Bagoih betoi jiran macam ni.Susah-susah saja.Buat selalu la mak cik na..hehehe.Maka murah betoi rezeki.Selesai ja solat maghrib tu dpat pulak sms.

"Salam XXXX mjemput semua bdk laki kelas sains dtg umah die esk ptg jam 6 ptg di Taman Malwira tuk bc Yasin.Juadah berbuka ade disediekan.Respon samade anda mahu hadir/tidak"

Nak Pergi Atau Tak ?

Malas lah nak pi.Rumah sewa budak-budak perempuan tu.Lagi pon sure depa ajak ramai punya.Alah takpa lah aku tak pi.

Harini bila pi kelas aku ada tanya kawan-kawan yang lain pergi ke tak? ada yang nak pi,ada yang takmau pi.Pastu ada sorang member ni aku tanya dia pergi tak.Dia jawap "aku pi", "set dio nak wat baco yasin belum pada berbuka"

Sembang punya sembang rupanya macam ni. Rumah tu dah setahun dah budak-budak tu sewa.Sebelah rumah tu ada rumah kosong.Masa mula-mula sewa tu takdak orang duduk.Baru-baru ni ada orang nak duduk rumah tu.Jadi rumah sebelah tu direnovate.Aku tau sebab selalu lalu tepi tu.Semenjak direnovate, rumah budak-budak perempuan ni mula diganggu.Ganggu apa aku taktau la.Tapi macam tu la lebih kurang.baru aku tau.Depa buat kenduri sambil baca yasin la kat rumah depa.

Ni dah pukul 5.oo petang.Nak pi ka dak?

3 ulasan:

Zarpeno berkata...

Mati kita tengok cadangan-cadangan kat FB

1.Azlee Azreen > p

2.Hamzah Abdul Mutalib > p weh..pahala dpt..mkn free dapat..haha

3.Syeikh Taufiqulhakim Nurhafiz> p mkn,pas2 blah...tp sblm blah, p dpn muka depa,kata padan muka!!!!!!

kojah berkata...

hang posa tak arinih??

haha

Zarpeno berkata...

aku puasa la Jah!

Blog Widget by LinkWithin