23/08/10

My Kad, Tahniah Jabatan Pendaftaran Negeri Kedah!~

My Kad

Minggu lepas masa tengah belek wallet yang tak berduit tu.Teringat pulak My Kad@IC.Last sekali pegang masa kena tahan kat road block di Seberang Jaya dengan JPJ.Masa tu malam.Macam biasa bila JPJ kata:

"Lesen dengan IC adik" ( nampak sangat aku awet muda,bukan awek muda ya)

Lepas dia bagi kita pun ambek simpan boh dalam wallet sampai la kena road block dimasa akan datang.Maka itulah kegunaan My Kad :Pintar" kita itu.Selain dari road block PDRM dan JPJ,My Kad juga digunakan ketika pergi ke tempat pelancongan seperti Kereta Kabel Langkawi dan jugak Taman Tema Air Bukit Merah untuk mendaptkan diskaun.Betapa pintarnya beliau yang bernama Encik My Kad ini.

Walaupun pintar, tetapi My Kad saya sudah tidak lagi hensem bila saya belek(lihat).Sebabnya hujung belah kanan MyKad saya sudah pun GHABIT ( hancur,patah dengan tidak sekata,cheap).Muka saya yang hensem dan kacak seperti Bakary Sagna itu sudah tidak hensem apabila hidung sudah tiada.Plastik lapisan My Kad saya itu telah lekang.Bagikan jatuh ditimpa eskelator,di bahagian tengah pula sudah ada bibit-bibit keretakan.Nampaknya My Kad "Pintar" sudah menjadi bodoh.My Kad juga selalu bodoh apabila suatu masa dahulu (kerap) bila pergi ke bank beliau tidak dapat di"detect" kerana chip canggihnya berkarat.Jenuh kerani bank tu tonyoh (gosok).Saya mencadangkan keapda kerani itu menyediakan kertas pasir dan juga pahat jika ada.

Maka hari ini ( Ahad ) saya sudah membuat keputusan.Saya mahu mentuitionkan My Kad Pintar yang sudah bodoh ini.

Jabatan Pendaftaran Negeri Kedah

Disini sahajalah dapat saya mengadu nasib tentang kebodohan My Kad ini.Pagi Ahad, saya pun start moto EX-5 Abah saya dan terus ke Wisma Persekutuan,Alor Setar.Ketika sampai di wisma,jam ditangan menunjukkan 8.06 pagi.Saya terus mengkerabat ( memanjat) tangga untuk ke JPN Kedah .Alah tingkat satu lagi mau tunggu Elevator ka?

Sampai disana "

Q:"Ya Encik nak buat apa?" aku sudah tua.
A:"MY KAD rosak,nak buat lain".

Nombor giliran diberi 1003.Belum sempat aku sampai ke tempat duduk "keting keting keting" "satu.kosong.kosong.tiga"

Q:"Ya nak buat apa?"
A:"My Kad hancoq dah"

"RM10 bayaran"

Sekeping nota RM10 dihulur aku.

Setelah My Kad yang ghabit tu diberi,cap jari kiri dan kanan diambek.

"Ok,pi ambek gambaq na"

Pi kaunter ambek gambaq,duduk."Sandaq (sandar) na kat kerusi"

"Ok,dah".Cari tempat duduk.Baru ja dok tengok borang kepuasan pelanggan "zarepan".Nah,sambil menghulurkan IC sementara dia cakap "Cukup Sebulan Mai Ambek Kat Sini Na"

tengok jam 8.13 pagi.


Bila sampai rumah mak dgn abah pon hairaaan."La,tak pi buat ka?"

"siap dah haih"dengan muka bangga.Jam di dinding dapur 8.27 pagi.

TAHNIAH JABATAN PENDAFTARAN NEGERI KEDAH

nota : sila pi awai.orang takdak lagi time awai-awai pagi ni 

4 ulasan:

kojah berkata...

hahaha ku pn br wat mykad last week...sbbnya nk bukak acc maybank nyer pasal...cip mykad lama aku rosak...

skang jpn mmg terbaikkkk!aku buat pn xsmpai sejam...siap lak dlm masa 2 minggu...ko sebulan kan? =P

[z@ck] berkata...

hahahaha..
ni JPN kat anak bukit tu ka? ih laa..dekat dah dgn rumah aku..awat tak singgah? hehehe

A+z+i+E = AziE berkata...

ala... selangor pn camtu jgk.... keh3

Zarpeno berkata...

@kojah : hahah eceh,bes la kau.aku beraya tanpa IC wei.jadi warga asing.

@zack : zack, aku pi JPN kat tempat lama,kat menara aloq staq tuh.kat METROPOLITAN ANAK BUKIT tak reti nak pi.Bangunan Besaq-Besaq

@azie: ya lah,selangoq jugak bes!hahaha

Blog Widget by LinkWithin