17/05/09

Happy Teachers Day a.k.a Selamat Hari Guru

mengikut kalendar masihi, perayaan hari guru adalah pada 16 Mei setiap tahun.dan sempena hari guru SK Padang Menora telah mengadakan hari keluarga sekolah di Pantai Merdeka.Tau dak dimana Pantai Merdeka.Pantai Merdeka terletak didaerah Kota Kuala Muda, Kedah.Ataupun senang kira, terletaknya pantai Merdeka ini 30km dari Sungai Petani, sungai yang hitam lagi menjijikan.

Jika kita berdiri di Pantai Merdeka dan melihat lautnya, NAH!!Disanalah akan kelihatan Tanjung Dawai.

"Jauh Pandangan Permai Disitu Tanjung Dawai,Disaksikan Laut,Daun Nyiur Melambai"

Ditanjung dawai terdapat banyaknya keropok,ikan bilis dan bermacam-macam lagi produk hasil tangkapan laut.Mungkin produk-produk HPA dan produk-produk Yahudi seperti Coca-Cola juga ada disana.

Kembali kepad Hari Guru Tadi.Hari Keluarga berlangsungnya di PAntai Merdeka Beach Resort.Perjalanan berluma apabila Ise dan Ali datang ke rumah saya untuk mengambil saya dan juga En Syaripudin dengan kereta kancil.Kami bertolak ke sekolah pada jam 8 pagi.

Disekolah ada beberapa bua kereta Cikgu.Jadi kami mengikuti konvoi dari sekolah bersama entah berapa bijik,nampak macam ramai ja kereta.Tiba disana dalam lingkungan 40 minit.

Gembira kami kerana dapat bersua kembali dengan cikgu-cikgu yang banyak membantu dan memberi sokogan ketika kami praktikum dulu.Rasa seperti ini dihargai.Cheh.hahaha.Mula-mula sekali adalah acara Sarapan pag.Cikgu-cikgu membawa banyak makanan seperti bihun,karipap,roti,puding,kek dan ramai lagi makanan.Dan kami berempat hanya membawa perut sahaja dan sebotol air Revive,itupun untuk kegunaan kami sendiri.

Antara Acara yang diadakan adalah

1.Tiup Belon
2.Makan Epal.
3Bapak Berlari Dukung Anak.
4.Mencari Ibu
5.Tarik Upih Pinang.
6.Balutan Mumia.

Tak ingat dah,banyak jugak la..saya menjadi pengadil an pelepas beberapa acara.

Program berakhir pada jam 2 petang selepas penyampaian hadiah.Kami berempat mendapat cenderamata berupa tupparawere bapak gedabak besaq sorang satu yang memenuhi ruang kancil.Hehe.


Apa-apapun terima kasih Cikgu.Kepada semua cikgu-cikgu yang mencurahkan ilmu sejak dari tadika hingga sekarang.Terima Kasih kepada guruyang paling setia,paling penyayang,paling tabah,paling penyabar dan yang paling-paling Terima Kasih " mak dengan abah".Anda adalah guru terbaik buat saya,

SELAMAT HARI GURU

Selamatkah jadi guru?

6 ulasan:

Mr PenyuBiru berkata...

InsyaAllah..selamat..kalu tak selamat didunia..di akhirat tentu akan dibalas

sabrosa berkata...

selamat hari guru..sungguh indah pantai merdeka..saya dapat imagine..umm..hahahha

baskettoman_sg berkata...

cinta guru di pantai merdeka

aina mardia berkata...

hahaha makaseh cegu~~

isya berkata...

seronok nye..

Zarpeno berkata...

pnyubiru : insyaallah

sabrosa : cuti ni buleh kot kita pantai merdeka

baskettoman : kita buleh ubah pa dari genting pi pantai merdeka?hehe

aina : sama-sama.aku ka?hehe

isya : mmg bes pon.apa yg bes?

Blog Widget by LinkWithin