2 Jun yang lalu , saya bersama tiga yg lain p melancong ke Langkawi bersempena dengan Tahun Melawat Kedah 2008. Tiga orang selain saya itu ialah Adi, Mat dan Hamzah...Pagi tu kami betolak lebih kurang jam 8 pagi.Mula-Mula janji pukui 7 ( Tau dah sbb tu janji pkui 7) kalau janji pkui 8 pkui 9.30 baru betolak...Asainya inginlah mereka berempat ini ingin meminta bantuan serta jasa baik saudara Yusri Ezamdi anak kepada Cikgu Ghani.Cikgu Ghani adalah bekas guru di SKTU.Beliau pernah mengajar saya ketika di tahun 2 di SKTU.Beliau mengajar mata pelajaran Muzik.Kami amat takut benar akan "semut hitam" Cikgu Ghani.Yusri merupakan rakan dari sekolah rendah.Umurnya setahun muda.Dia kini sedang manjalani praktikal di Sze Chan ( Kedai Muzik ) berhampiran Wat Nikrodharam Alor Star.Yusri merupakan seorang penuntut di UiTM Shah Alam dalam jurusan seni muzik.Ah kembali kepada perjalanan ke Langkawi...Pagi itu kami dihantar oleh Pak Cik Mutalib iaitu Bapak kepada Saudara Hamzah.Encik Mutalib adalah bekas pensyarah di POLIMAs, Jitra.Beliau kini seorang pesara yang berjaya..Setibanya di Jeti K.Kedah kami turun tanpa sempat berterima kasih kpd Pakcik Mutalib.Ini menunjukkan keikhlasan seorang bapak menghantar serta memberi sokongan kepada kami.
Di Jeti Kuala Kedah
Tambang dr Jeti K.Kedah ke Langkawi adalah RM 23 bagi seorang dewasa. Sehala ya.Tanpa melengahkan masa kami pun "tong" duit untuk membeli tiket feri jam 8.30 pagi.Adi sempat ke 7-11 berhampiran jeti untuk mendapatkan sarapan iaitu sebuku roti High-5 dan air minuman Spritzer.
Dalam Feri
Kami duduk seat "ikut dan" (xikut nombor yang diberi ) namun masalah itu berjaya diatasi kerana semua penumpang nampaknya membuat ikut dan juga mengenai tempat duduk mereka.Mat Kairi sangat tidak bertuah kerana tempat duduknya betul-betul dgn pendingin hawa yang buleh tahan derasnya..Mujurlah saya membawa Baju Sejuk tetapi untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk Mat.Perjalanan sangat lancar dan selamat.
Jeti Pulau Langkawi
Dari jauh kelihatan seekor Helang yang tak pernah terbang.Dataran Lang namanya..sangat indah jika dilihat dari laut..Turun feri kami bergelut mencari kereta sewa.Ikut plannya nak cari kancil tapi harapan hanyatinggal harapan...yang ada hanya Iswara Aerback 1.3 ataupon Iswara Erobek atau .kami mendapat harga sewaan yang agak tinggi disebabkan musim cuti sekolah yang sedang dialami ketika waktu itu.untuk 3 hari kami dapat RM180.Setelah dapat kereta sewa, kami terus ke rumah tumpangan iaitu rumah tok saya yang telah lama meninggalkan dunia.rumah terletak di Kg Bendang Baru, Jalan Penarak.
RUmah
MAKAn
Kami mula2 menala ke Bayaih ( Bayas) untuk mencari kedai yang pernah saya,mat,taufik,misai pergi pada suatu masa dahulu dimana ke
dai itu diintroducekan oleh en. Shahid.Pilihan Lauk agak banyak.Yang sempoinya ayaq cedok sniridgn limau perah sniri..anda mesti mencuba apabila datang ke langkawi...
Underwaterworld
Disebabkan tiada arah tujuan dan hujan juga turun ( bukan kumpulan Hujan dtgke Langkawi) menyebabkan underwaterworld adalah destinasi yang sangat menarik untuk dikunjungi pada masa tersebut.tanpa
melengahkan masa, kami terus ke Underwaterworld yang terletak di Pantai Cenang ( Cenang Beach kata Sign Board itu ).ketika membeli tiket, harga yang dipaparkan di kaunter adalah RM28 untuk pemegang MyKad...Akan tetapi...kak kaunter tu tnya ada kad pelajar dak??? rupa2nya kalau ada kad Matrik dapat RM22...untung2....Kami pon masok la
dalam tu...pelabagai haiwan ada didalam.saya sangkakan hanya haiwan di air sahaja tetapi haiwan seperti itik mandrin (burung dodo kata Mat ), anaonda pon ada...Sangat teruja dengan anjing laut ( mungkin haram disentuh). penguin dan macam2...mesti kunjungi...
Pantai Cenang
Pantai yang cantik,menarik.. depa bertiga mandi laut saya malaih...sayateruja bila tengok pak arab naik para sailing....lpas tu kami 4 org join budak2 kat situ main bola sepak pantai.terdapat jgk penyertaan seorang pak arab.Sangat gembira dapat melepaskan gian di pantai cenang walaupun tidak pandai bermain..sangat beruntung apabila pasukan saya dan hamzah mempunyai ramai pemain berbakat dari seluruh pelusuk Malaysia terutamanya seorang pemain SUKMA bersinglet merah dan berseluar Hijau.Hamzah menjaringkan 2 bijik Goal!
Hamzah
Hamzah, kenalan dari sekolah rendah...dr darjah 1 kot...rumah beliau belakang rumah saya...taman muhibbah...dok main bersama dari kecik...Mengikuti program matrikulasi di UIA atau IIUM pada satu masa dahulu...Cinta terhadap profession keguruan telah membawanya ke Institut Perguruan Perlis,Perlis.beliau kini sedang menjalani program PRa Program Ijazah Sarjana Perguruan dalam bidang Pemulihan.Saya sempat bertemu beliau di Kagum kebangsaan di UIA.beliau mewakili IPPP dalam sukan Futsal manakala saya hanya selaku pengemop peloh dilantai mereka.
Driver
Mat adalah driver sepanjang trip ini.Pernah sekali diberi kepada adi tetapi mat mengambil semula setelah 10 menet.Kesudian saya untuk membawak kereta telah mendapat pandangan negatif serta tentangan hebat dari mereka.mereka tidak yakin langsung dengan gaya panduan saya.Lebih-lebih lagi Mat.
Dataran Lang
Lpas makan kami ke Dataran Lang.Sempat mengambil beberapa keping gambar untuk dibuat sebagai kenang-kenangan diwaktu tua nanti.Ya kamera Sony Cybershot 6.0 megapixel itu adalah kepunyaan Mat Khairi.
Mat Khairi
Mat Khairi adalah kawan dari derjah satu....sampailah tingkatan 5 di KSAH.Beliau bersama-sama saya menjejakan kaki ke kancah maktab perguruan apabila lepas dpt result SPM terus membeli pin kat BSN.Mat kini adalah pelajar Program Perguruan Pendidikan Rendah Program Empat Tahun di IPTKL Institut Perguruan Teknik.Beliau mengambil jurusan RPT ataupon jadi cekgu KH nanti.
Nak Naik Bot Ni..
3 Jun- bertolak ke jeti Lgkawi untuk melawat pulau-pulau sekitar langkawi
.Bayarannya adalah RM35 seorang. Mulanya ingin kami ke P.Payar yang jauh ke tengah akan tetapi kosya agak tinggi iaitu RM240 seorang.jadi kami ponambek kptusan hat MURAH
la no..
Pulau Beras Basah
Pantai cantik,agak kecil dan pendek pantainya.Air sangat
bersih...Berhampiran dengan Awana Porto Malai.Ada sebuah Cruiser di Awana...sangat mengujakan...Kami sempat mandi di Pulau Beras Basah selama sejam.
Pulau Singa Besar
Perjalanan diteruskan ke pulau ini...disini sangat banyak helang...dan disini adalah tempat Helang turun makan....kagum dengan burung yang menjadi ikon WInston.
Pulau Dayang Bunting
Pulau yang menarik sebab didalamnya ada sebuah tasik iaitu Tasik Dayang Bunting dimana terdapat mitosnya yang tersendiri.Boleh baca kat pulau tu.Kena mendaki beberapa anak tangga untuk ke tasik.Sepanjang perjalanan diganggu oleh kera yang agak ramai.Bayaran masuk ke tandas adalah RM 0.50.Tasik yang luas...boleh mandi,kayak,kayuh basikal air...dan buleh sua kaki dkat ikan..sejam kat Dayang Bunting xpuas...Untuk pengetahuan, figure P.DB ini memang bes..nampak bentuk pempuan megandung...
Pulang Ke Rumah
Setalah puas merayap dari 9.30 pagi hingga 1.30 pg kami pulang dalam keadaan yang penat lg hitam...sempat tidoq dahulu.
Makan
Lagi skali makan kat Bayas.
Cable Car
Perjalanan diteruskan ke Gunung Machincang untuk menaiki kereta kabel.Di Cable Car, paling ramai manusia disana...setelah mendapatkan tiket, kami terpaksa beratur selama sejam suku sebelum dapat menaiki kereta kabel...Tiba di stesen di puncak, kami terus ke sky walk yang sangat menggayatkan perasaan..tinggi terok!
Telaga Harbour
Turun dari cable car, kami ke Telaga Harbour untuk berjalan-jalan.Sangat seronok apabila adanya kapal layar persendirian yang telah mengelilingi dunia, JALUR GEMILANG disitu...tanpa segan silunya kami pun bergambar disana...Banyak pelancing asing tang datang berlayar sendiri melabuhkan kapal mereka disini.
Nelayan
Makan malam kami pada malam itu adalah di NELAYAN.
..terletak di Jalan Bukit Malud.Sangat ramai pengunjung di sana.Terpaksa menunggu selama sejam stengah untuk makan.Walaupun lama, masakan sangat bes..kedai ini telah mendapat pengiktirafan dari Jalan-Jalan Cari Makan yang dihoskan oleh Maria Tengku Sabri.Hamzah dan adi mula tidur di belakang dalam perjalanan pulang menyebabkan saya mengambil tindakan mencabut bulu roma kaki mereka...
Adi
Juga kawan dari sekolah rendah...pada mulanya hanya kenalan sebab darjah 4 baru dia masuk SKTU.Kelas di Form4&5 dgn dia...Kini adi adalah seorang penuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.Beliau menuntut dalam bidang Kejuruteraan Awam ( civil engineering )
4 Jun
Paling bes awai2 pagi kereta kehabisan minyak, terpaksa pinjam moto org untuk mengisi minyak.mujurlah masih di depan rumah lagi ketika itu.Perjalanan diteruskan ke Gamat NUSANTARA...Beberapa produk telah kami beli disana semuanya berasaskan gamat.selepas itu kami lajak ke Bayas untuk Makan disitu buat kali terakhir sebelum pulang...sngat sedap...mesti datang!
Pekan Kuah
Kami memenuhi hari itu dengan bershopping di pekan kuah...pelbagai jenis coklat berjaya diangkut.....haraga coklat boleh dikatakan murah di Langkawi kerana takdak Cukai...Langkawi Free Duty Island...
Lepas Asar kami bertolak ke jeti kuah, bersiar-siar di Jetty Point dan Pulang ke tanah besar, K.Kedah....
K.Kedah
Tiba di K.Kedah kami dijemput saudara Aiman....sangat terkejut..
semua stesen minyak dipenuhi orang...harga minyak naik keesokan harinya : 2.70 seliter...Aiman adalah seorang rakan dr skolah rendah dan menengah yang sama sampai tingkatan 3..Beliau sedang menuntut dalam bidang perubatan di Ireland.Pada waktu ini beliau cuti selama 3 bulan
Sangat bersyukur dan gembira kerana tiada masalah yang dihadapi ketika bercuti...semua pulang dalam keadaan yang sihat....Sangat bernasib baik kerana pulang sebelum harga minyak naik....Pulau Langkawi sangat bes untuk dilawati....banyak lagi tempat belum diterokai...lepas ni plan nak ke Pulau Payar...sama2 kita simpan duit....Pulau Payar see you Soon!!!!
7 ulasan:
cikgu zarif nih cikgu bahasa melayu ehkk..best la baca karangan cikgu..duk gelak sorang2 ja....tahniah ya cikgu
hahahaha..
zarep wat lawak la..
karangan budak darjah 3 lagi hebat dari neh..
ahaks..
ape pon, anda berjaya memberi emosi dan komedi kepada pembaca..
*next trip pulau payar akak nk join jugak.. muleh??*
wah2.tak tau hang ada blog.suru bdk Hamzah tu kem slm kt mak & pak mertua aku kt IP Perlis.ngahaha.nk coklat weh
woi2....dah bersawang blog ni...haha..mana cegheta yang bes2 lagi..we want more!!
xdan la..
ckgu gi..x ajak owg pown...:(
wahaha bila nak pi lg tah
Catat Ulasan