6/01/09

Lelaki Berusia Yang Budiman



Di Dalam Sebuah Pesawat Air Asia dari Alor Setar ke KLIA



Hanya terdapat 4 orang penumpang serta seorang juruterbang ( pilot ).Penumpang-penumpang ialah terdiri daripada :

1.Seorang Wanita Megandung
2.Seorang Saintis
3.Seorang Budak Pengakap
4.Seorang Lelakiyang Lanjut Usia

Dalam pesawat Air Asia itu hanya ada 4 Payung Terjun

Tiba-tiba, keadaan menjadi kelam kabut apabila juruterbang meninggalkan kokpitnya dan mengatakan bahawa enjin mempunyai masalah dan mereka harus terjun sebelum kapal terbang terhempas.Pilot itu berkata ;

Pilot : " saya adalah orang yang paling penting dalam hal ini oleh itu saya perlu bertanggungjawab untuk melaporkan kejadian ini"
Tanpa melengahkan masa pilot itu terus berlari dan mendapatkan payung terjun beserta topi keledar lalu terjun.

Ibu megandung : " saya berharap anak saya dapat melihat dan menikmati dunia.Usia perkahwinan saya baru mencecah 15 Bulan, tentu suami saya dan keluarga akan sedih jika saya mati terhempas.Dia tidak mengerti apa-apa,saya berharap dua nyawa dapat diselamatkan". Lalu ibu megandung itu menggalas payung terjun dan terjun.


Saintis : " Saya adalah orang yang paling bijak dalam dunia.Saya adalah seorang doktor saintis dan penyelidik.Kajian serta pekerjaan saya amat diperlukan dalam membantu semua manusia.Saya adalah harapan seluruh penduduk bumi.Lalu, saintis tersebut menggalas lalu terjun.

Kini hanya tinggal seorang Pak Cik iaitu Pak Kassim dan juga Budak Pengakap tadi.Keadaan dari cemas tiba-tiba bertukar menjadi babak sedih seperti babak sedih dalam Legend of Condor Hero.Pak Kasim pon berkata ;

Pak Kasim : "Hanya tinggal satu sahaja payung terjun wahai anak kecil.Kau ambil dan pergilah.Pak Cik telah lama hidup di dunia.Telah banyak pahit maung, susah senang Pak Cik lalui.Lagipun sudah tiada apa untuk pakcik didunia ini.Isteri Pak Cik sudah tiada, anak-anak sudah berjaya, sudah beranak-pinak.Kau pergilah.Kau berhak untuk menikmati kehidupan yang masih panjang ini.Dan janganlah kau lupa berdoa untuk roh pakcik nanti.Pergilah nak".

Budak Pengakap : "Pakcik, jangan runsing, kita berdua boleh terjun dengan selamat memandangkan payung terjun masih ada dua.Cukup untuk kita Pakcik.Orang yang paling bijak dalam dunia tadi dah terjun dengan beg galas saya"

6 ulasan:

sabrosa berkata...

hahaha..tgk tajuk dah silap weyh..aloq setaq ke LCCT ada la air asia..xdk p KLIA truih..homework2!!!

-miyn- berkata...

ahahahaa~

crita ini comel.

ho ho ho, apakah kaitan?

baskettoman_sg berkata...

haha! saintis paling pandai tak kenai beg budak dengan beg terjun??

Nelly berkata...

nice 1.. hahaha.. cayalah adek pngakap!! moral of da story, kalau nek kpl terbang bwk la back pack.. utk mngaburi mata incik saintis.. hee~

baskettoman_sg berkata...

brapa taun anda tidak update la encik.. jejakacak baru mana?? semua peminat ternanti2!

sabrosa berkata...

woii..mana jejakacak minggu ke 4,5,6..dah bersawang ni..semua ternanti2 entry...cover balik tiga3 minggu punya..hahhaa

Blog Widget by LinkWithin