3/04/09

Kalut..

Minggu ni cukup dua minggu En.Shahrul mengajaq.Untuk pengetahuan En. Shahrul mungkin menjadi seorang guru menjelang 2011 InsyaAllah.En Shahrul sedang menjalani praktikum fasa 1 selama 4 minggu bertempat di SK Padang Menora atau orang-orang disitu pangey Sekolah Jarak.

Mari kita lihat perkataan Padang Menora.Padang adalah tempat yang lapang dan berumput dimana kita boleh melakukan pelbagai aktiviti sukan,permainan dan rekreasi kecuali aktiviti air seperti scuba diving.Dan apa pula Menora?En Shahrul belum dapat mengenal pasti definisi Menora itu.

Seawal 7 pagi En. Shahrul sudah bergerak menuju ke sekolah.Perkara ini tidak mungkin terjadi dan tidak pernah terjadi sepanjang berada di Institut Perguruan.En Shahrul diberi kelas 3 Nilam dan 4 Delima untuk subjek Sians dan 3 Nilam untuk subjek Pendidikan Jasmani.

Ketika itu hari ke-3 En Shahrul berada di sekolah, bersama 4 rakan yang lain mereka diberi tugas untuk "menghandle" satu senamrobik untuk dipersembahkan pada Hari Sukan Sekolah pada 11 April.Maka bermula keesokan harinya 12.35-1.35 tengah hari mereka perlu menghandle kanak-kanak comel dari 2&3 Nilam untuk satu senamrobik.

Mereka berlima adalah guru pelatih lelaki, dan bukan setakat pandai dalam senamrobik, tetapi mereka memandai-mandai.Walaupun pergerakan mereka seberti batang kayu hoki yang menari serta pergerakan-pergerakan yang boleh menyebabkan sakit perut jika ditonton.

Setelah itu diwaktu petang tepat jam 4 mereka kembali ke sekolah untuk mengendalikan latihan takraw.En Shahrul terutamanya yang pengkaq dalam sukan takraw sekali lagi membuat kepala ketika disuruh mengajar takraw tahun 5.Latihan tamat apda jam 6 petang.

Diwaktu malam terpaksa pula En Shahrul membuat lesson plan dan bahan bantu mengajar ( teaching and learning aids ).Lesson plan cikgu disekolah adalah sepanjang jari telunjuk sahaja tetapi untuk perhatian guru pelatih, mereka terpaksa membuat lesson plan sebanyak 3 muka surat untuk satu lesson.Kalau sehari ada dua klas maknanya 6 saja lah!

Setiap hari rabu,mereka akan pulang sekitar jam 3 petang kerana pada jam 1.30-2.30 ada aktiviti gerko atau Gerak kerja kokurukulum.Mereka juga terlibat dalam aktiviti persatuan dan unit beruniform.Apabila pulang, rumah nampaknya dalam keadaan tidak terurus,baju banyak gila tak basuh.

En. Shahrul mengenangkan nasip rakan-rakan lain yang perlu ke sekolah apda hari Sabtu..

5 ulasan:

Tinta Ana berkata...

huhu..tu la cikgu..bizi sesangat.

sabrosa berkata...

hahaha..mereka bukan saja pandai tetapi memandai-mandai..hahahahahahahahahhaha..apa menatang..

Miyn Amin berkata...

wuaaaa, da jd cekgu da dia,, piwittt!!

Zarpeno berkata...

penat!

baskettoman_sg berkata...

senamrobik ka senamrobot?

Blog Widget by LinkWithin