24/08/09

Ini Bukan Cerita Tipu..Ini betul-Betul,Bukan Cobaan..




Aku keluar dari bilik, "Zarep, ni surat"

Surat?


Bonus
Surat dari Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd.Senang cerita HPA.
Alhamdulillah.Bonus bulan Julai.Ni adalah cek pertama yang saya dapat sejak join HPA.Sejak pulang dari Program Bijak Cemerlang.Sekarang dah pangkat PLX 20%.Cek Bank Islam Cawangan Perlis bernilai LAPAN PULUH LIMA DAN SEN TIGA PULUH SAHAJA RM85.30 dibayar kepada nama saya sendiri.





Bagaimana Saya Bermula
Saya ada seorang rakan,namanya Qurratu Aini Yusof.Saya dapat tau dia join HPA.Ala,yang radix tu,mai secawan.Saya tau HPA sebab saya ada tengok katalog HPA kat rumah.Abang saya sendiri dah jadi ahli.Saya tak ambek pusing pon.Ada satu hari tu kelas kami ada membuat field trip ke Kuala Lumpur untuk Assignment.Dalam bas saya dan rakan-rakan lain pakat dok perli Qurratu ni atau pun nama panggilannya Mektu.

Seminggu lepas balik kami masih dok bergurau-gurau mai secawan.Satu hari tu Mektu bagi Radix Cookies." La,biskut pon ada ka.ish plek2 la hang,ingatkan ayaq ja".Tapi keesokan harinya aku ( tukaq kata ganti diri ) tiba-tiba tanya dia " wei aku nak join ni".

Keesokan hari pada hari tersebut maka dapatlah aku Kit Niaga beserta borang.Kemudian aku dengaq jugak dia kata 100 Nilai Mata, kursus tah apa 300 mata.gila dia ni kata apa.Tapi aku isi jugak borang.

Dua Minggu Kemudian
Mektu hantaq SMS."Hg nak pi kursus dak?kat Hotel Seri Malaysia Kepala Batas?"
"oi,kursus apa ni?"
"kursus HPA la"

aku yang taktau apa-apa terus mereply "ok"

"rm 170 yuran,aku support hang rm10"

la,kena bayaq ka..takpa la dah janji nak buat cena.

bila aku berjumpak dengan Mektu ni,aku pon tanya la,aku dengan sapa lagi pi?

"hang sorang la Yep"
"tudia aih,segan la"
"pi ja"

PBC

Sabtu, 9 Mei,Mektu mai jemput kat rumah dengan keluarga sepupu dia.Abang Salleh.Abang Salleh adalah upline pada Mektu.Ah,aku taktau.Sampai di PBC,walaupun agak kaku sebab aku taktau apa-apa.Aku taktau langsung apa menatangnya HPA ni?Nanti depa tanya mampoih aku nak jawap apa...

Bila selesai sesi pertama,aku rasa aku tak menyesal mai PBC ni.Banyak benda yang aku belajaq dekat PBC ni.Dekat PBC ni depa terang HPA tu apadia,sapadia,bila,dimana dan bagaimana.
Dan cerita bagaimana yang depa cerita dekat PBC tu lah yang buat aku berjaya dapat cek harini.Dekat PBC macam-macam ilmu yang saya dapat.Mereka memberikan kita gambaran apakah sebenarnya HPA.Apakah perjuangan HPA.Apa yang kita kena buat lepas balik dari PBC.Walaupun bergerak macam siput,saya berjaya jugak naik pangkat.Cek yang saya dapat ni walaupun orang kata sikit,ianya sangat bermakna pada saya.saya rasa kepuasan tu.terima kasih kepada semua tambah-tambah abang Salleh dengan Mektu..Sapa-sapa yang belum tau cerita pasai HPA ni berbuatlah demikian dengan segera.

3 ulasan:

sabrosa berkata...

tahniah..prospek baru ada dah kot.haha

sy insan berkata...

tahniah..terharunya tgk cek tu..huhu

Mohd Nazrin bin Mohd Yassin , Siti Hajar Abdullah berkata...

Tahniah..Zarpeno!

Terima kasih kesudian menyertai pertandingan Keluarga Kami & HPA anjuran blog myhpafamily.

Jika tidak keberatan sila beri nama penuh/alamat/telefon bagi tujuan penghantaran cenderhati dari kami.

Sudilah terimanya sebagai salam pengenalan dari kami...

Blog Widget by LinkWithin