16/06/10

Dari Kampung Ke Kuala Lumpur ( DKKKK) Episod -1

Adi : "Aku nak pi interview"
Zarep : "Hang gheja wartawan ka la ni?.Tak habaq pon.macam ni la kawan-kawan"
Adi: "Bodo,pasaipa aku nak kena jadi wartawan!"
Zarep: "Habeh tu?"
Adi:"Interview mintak gheja la!"
Zarep: " OoOo (haha bodo gila aku).Kat Mana?
Adi : "KL"
Zarep: WoooOOOOOOOO!!!~ KOLUMPO!!
Zarep : "Bila?, nak ikut jugak!!!~

Gila,Kolumpo!Bandaq besaq tu...biasalah, orang kampung macam aku ni dengaq ada kawan nak pi Kolumpo,dan-dan ( serta merta) rasa nak ikut.Maklumlah kawan-kawan yang lain ramai belajaq kat sana.Aku ni seumoq hidup berapa kali ja pi.Tu pun KLCC.Syok ya amat dulu buleh pi KLCC.Tu pun rombongan sekolah.

Kawan-Kawan sekampung ramai yang mengaji kat KL.Belajaq kat macam-macam tempat.Universiti macam-macam.Bila jumpak ja, tanya:

S(soalan) : "hg blajaq mana la?"
J(jawapan) : "matrik UIA"

S: "Kat mana?"
J: "PJ"

OOoooo(buat-buat tau)...isk apa ke nama tempat PJ tuh?? Pekan Jitra tau la.

S: " ni kasut futsal ni beli kat mana?"
J: " OU"

OooOwwhh OU (Taktau jugak)...OUM tau la. ( Open University MAlaysia)

"Wei pi dak reunion skolah rendah?"
"Kat mana?"
"Kat KL, MID VEL "
"OoOo, tgk la macam mana ( ah natang apa ni.sdap macam KFC ka MID VEL?)



*******************

Waw! Kolumpo...Supermarket BESAQ-BESAQ.Banyak.

Maka balik rumah,dengan bangganya aku melaporkan kepada keluarga

"nanti nak pi KL" ( dengan nada yg bangga)
"buatpa?"
"saja pi"

hari demi hari ditunggu.tak sabaq la nak pi KL.syioknyaaaaaaaa

Kat sini yg tau ada KK ja. KUALA KEDAH!

KOLUMPO HERE I COME






to be continue...

1 ulasan:

[z@ck] berkata...

hahaha..duk buat peghak boleh pi Key El..
=P

Blog Widget by LinkWithin