15/06/10

LRT di Alor Setaq

Cuti sekolah kali ni,biasalah musim orang kenduri-kendara.Ada sorang member kata "musim mengawan".Time cuti sekolah,adik-beradik,sepupu sepapat,sepupu-selima,ipar duai dan semua ahli keluarga yang ada anak senang nak berjalan ( naik kereta ) sebab anak-anak kecik semua cuti.

Dalam pada itu,saya juga dijemput ke kenduri-kenduri kawan-kawan/kenalan disekitar negeri Kedah dan juga beberapa jemputan di negeri lain.Di kesempatan ini,nak juga saya mengucapkan selamat berkahwin dan berumahtangga kepada pasangan-pasangan yang baru diijab kabul.asyik-asyik "selamat pengantin baru ja", orang kawin lain takdak pulak selamat pengantin lama kan.

Balik Aloq Setaq, kali ni heran.Aloq Setaq yang tenang ni sekarang dah banyak pulak kereta.Kat mana-mana saja banyak kereta.Jalan Sultanah,sepanjang Jalan Langgar kalau pekan (bandar) apatah lagi.

Ada satu hari tu, balik kenduri dari Megat Dewa.Masa nak balik tu tengok jam 3.06 minit petang.Jam 3.40 sampai dekat Hutan Kampung,lepas tu masuk Jalan Langgar.Jalan Langgar tu macam dekat sangat dah la dengan rumah.Bila sampai ja situ, "Aliran Trafik di Jalan Langgar menuju Bandar Alor Setar bergerak sangat perlahan".bila sampai rumah saja tengok jam 4.10 minit.alah kat jalan Langgar saja dekat setengah jam.Macam dari Megat Dewa mai Hutan Kampung.

Semalam pi ronda pekan(bandar).Tengok projek landasan berkembar giat dijalankan.

Soalan :"isk mcamana la buleh ada banyak kereta kat sini,pelik"
"Jawapan :"aloq setaq cuti mmg banyak kereta"

Tak Cuti lagi la bes dengan bas sekolah apa semua.agak sesak la.tambah-tambah pagi.Mesti ada orang yang baca ni kata "alah,sesak apa,biasa la.KL lagi terok".La ni memang biasa.Tengok projek-projek perumahan dekat atas jelapang padi sangat banyak dijalankan.5-10 tahun akan datang?mesti makin banyak kereta,banyak kenderaan lain,banyak orang.Jalan sama jugak takdak makin luas/besaq pon.Zaman la ni orang semua suka bawak kereta.Senang katanya.Kalau buleh sorang nak bawak sebijik.Kalau satu rumah ada 5 orang nak ada 5 kereta.

Elok dah rasa kalau ada LRT kat Aloq Setaq ni.Selain dari mengelakkan kesesakan lalulintas,dia jugak dapat membantu masalah parking yang terhad kat dalam pekan ni..Selain itu jugak, LRT merupakan alternatif selain daripada perkhidmatan BaS dan juga Teksi.Tapi perkhidmatan bas dengan teksi kena lah dipertingkatkan.Selepas tu,kena banyak bagi kesedaran kepada pengguna untuk pilih pengangkutan awam.Dekat negara-negara maju di Eropah, ramai orang rasa rugi bila bawak kereta mahupun beli kereta.sebab apa?sebab perkhidmatan pengangkutan awam sangat mudah,selesa dan berbaloi.memang berbaloi.berbaloibaloiii.

Ni hanya pemikiran orang yang berimaginasi tanpa fakta-fakta ekonomi,geografi,sejarah dan macam-macam lagi.orang kampung pemikiran macam ni la.

persoalan : kalau ada LRT kat Aloq Setaq ni,orang loqstaq mau ka naik?ka nak bawak kereta jugak?.

3 ulasan:

adie berkata...

kalu lrt ada kat alor staq, konpem aku kena tukar ke sana.hehe..

Zarpeno berkata...

encik penyu sila suruh depa bukak lrt kat sini.

[z@ck] berkata...

nak!
senang kerja aku.tak payah duk tunggu bas mara liner.dah la lambat.hmmppphh

Blog Widget by LinkWithin