15/08/10

Puasa ke 3 Orang Lain Bukan Saya.

Bertarikh 2 Ramadhan 1431 bersamaan Khamis 12 Ogos.Tepat Jam 7.35 petang maka berbukalah aku.Menu berbuka adalah gulai daging dan jugak kerabu yang dibeli dari kedai.Dan yang masak sendiri kuah sos telur.

3 Ramadhan,pagi indah.Mangkit makan soq ( sahur ).Dah siap-siap nak pi kelas, iron dah smalam kemeja putih.Kenapa kemeja putih?Ya haritu dkat library aku ada tegur sorang junior.Sebab aku tengok budak kelas dia ramai pakai baju putih.Junior opsyen Pendidikan Islam."Aih,ni awat pakat ramai-ramai pakai baju lagu ni?boria ka?hehehe" tnya aku." Hari Jumaat bang,meraikan Sunnah Rasullallah, pakai pakaian putih" jawab beliau. Gulp.Nah ambek hang dok tegoq orang tak ketahuan punca sangat.Tapi walaupun agak malu,aku kena terima kasih kat dia.Sejak pada haritu sedaya yang aku ingat aku akan pakai baju putih pi kuliah.Niat ikut sunnah.Mudah mudahan Dapat pahala.Aaamin.

Dah siap pakai time nak pakai stokin tu. Grrrrr Grrrrrr...perut bunyi."Din hang pi dulu, nah ambek anak kiunci kelas, aku pi lambat sikit".Tanpa berlengah lagi sepantas cheetah aku meluru ke tandas.Malangnya proses ini berulang-ulang sehingga pkul 11 pagi.Entah berapa juta kali aku membuat lawatan ke tandas.Aku berbaring kat ruang tamu menunggu panggilan checkin seterusnya.Kepala mula pening-pening.Alamak macam mana ni..nak bukak posa ka dak makan ubat ni..

Sebelum nak bukak posa,kena ambek restu dulu.Call mak, habaq kata tak pi kelas sakit perut berulang ke jamban.Habaq kata sayang la nak bukak posa.Rugi.Mak kata " kalau sakit sgt bukak la..jangan dok biaq,makan ubat". Ok tengkiu mak.

Selang dua tiga menet.Abah call.Bukak la posa makan ubat.jangan dok biaq.Ok dapat lesen dah kira takpa la tu.Dah dapat Keredhaan ibu bapa harapnya dapatla keredhaan Allah untuk berbuka.Maka jam 12.30 tengah hari berbukalah saya sebelum azan Zohor/Jumaat berkumandang.minum ayaq ja pon.

Dan hari tu jugak aku telah solat Jumaat di Masjid Negara (tv 1 ).Kekasih hati tercinta dah hadiahkan garam rehydration 2 pack.thank you sayang.hehe.minumlah aku dengan bersungguh-sungguh.Tapi sampai ke petang tak lega jugak.Masalah betoi.Jam 5 petang kekasih hati ambek nak balik Aloq Setaq.Dua jam perjalanan dalam kereta aku senyap saja.Meminimumkan pergerakan dan perbuatan.Perut dok bunyi lagi...tahan-tahan.

Sesampai dirumah.Ngam-ngam dengan waktu berbuka.walaupun tak posa tapi aku bukak jugak dengan sedikit kuih.Sebab tak makan apa langsung.Kesakitan perut berlarutan sampai 12 tengah malam.Maka begitulah Puasa Ketiga Orang Lain,tapi Bukan Aku.Kerugianlah saya pada hari tersebut.

Food Poisoning ni aku rasa punca dia kerabu taugeh.

Food poisoning ni tak teruk.Dulu sampai muntah-muntah.kalau kena cirit birit dapatkan ubat HEMODIUM.Dalam bentuk kapsul.Warna hijau dan kelabu.

6 ulasan:

Ariff Putera Tun Tuah berkata...

Aku penah kena. Tp bukan bulan posa la. Hehe..

skieyn berkata...

naseb bek xberjangkt kat housemate

Wahidah Shukri berkata...

kerabu taugeh kena fitnah D:

Zarpeno berkata...

HOUSEMATE YANG BELI.TAPI DIA KELUAQ BUKAK KAT LUAQ.AKU JUGAK YANG KENA.

hahaha kerabu taugeh difitnah berdasarkan beberapa kes rentetan.

Diamilikku berkata...

ingatkan pasai sambal ikan bilis tempe..letak gula banyak sangat..hehehehhe

Penghuni Malam berkata...

oit..blik loq staq pon 2 jam ka? mak aih.... aku slalu blik sejam ja. apa pon, nnti nk mkn tgk2 dlu ye bang senior. jngn taram jek,. hehe

Blog Widget by LinkWithin