Lama dah tak update blog ni.Kesian beliau.Nak jadi blogger hebat idea kena mencurah-curah,kamera senantiasa di tangan.Takpa lah takdak bakat kot.
Pada 2010 tahun setelah nabi Isa dilahirkan ibunya Mariam tanpa bapa, maka bulan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada 11 Ogos bersamaan hari Rabu ( Wednesday ).Tahun ni merupakan tahun kedua puasa kat rumah sewa masa belajaq.Pada tahun 2009 selepas kelahiran Isa, juga saya berpuasa di rumah sewa.
Bila dah puasa dekat rumah sewa sendiri ni yang besnya adalah boleh masak.ya masak.masak!~Ya saya suka.Pasaipa saya suka?Sebab saya suka bila saya masak sebab saya syok sendiri sebab bila saya masak saya perasan saya pandai masak bila saya makan saya kata sedap.haha bukan.bukan.
Sebenaqnya dah bertahun-tahun sejak duk kat maktab tu bulan puasa memang serbu Pasar Ramadhan/Bazar Ramadhan.Bazar Ramadhan juga kini disebut sebagai PARAM (PAsar RAMadhan).Sapa la yang start pangey macam ni.Terok benaq.haih!~
Balik kepada cerita memasak tadi.Sejak buleh masak sendiri,rasa seronok pulak.Barulah kita hargai makanan kita tu.Ni kalau tidak lebih main lempaq buang macam tu saja.Bila kita masak walaupun kuah tu lebih,simpan untuk sahur.
Bila dah masak sendiri ni baru tau mak dekat rumah tu susah macam mana nak masak.Mula dengan beli,bersiang,proses,basuh.Lepaihtu nak kupas bawang,nak potong cabai(cili), nak sedia bahan-bahan nak basuh sayoq,nak potong sayoq nak.Ingat senang ka bersiang ikan? ( membersihkan ikan ).Nak kena cuci perut ikan yang dalam dia ada taik? (najis) ,Pastu nak masak, nak sedia,nak goreng, nak makan(paling tere).
Skill memasak tidaklah begitu hebat disebabkan tidak pernah pula saya menyertai seminar atau kursus penyediaan makanan.Skill memasak adalah berdasarkan pembelajaran melalui Pemerhatian ( Observeable Behaviour) tengok mak masak,kak masak, tengok chef wan masak,tgk chef two kang masak (klik sini kalau taktau sapa beliau).
Jadi pada 1 Ramadhan ni, menu yang disediakan adalah Sambal Tempe.
Sambal Tempe + Ikan Bilis
Cara-Cara Memasak :
1. baca Bismillah.
2.Start moto atau kereta menggunakan starter atau engko.
3.Pergi ke kedai.
4.Belilah Tempe,ikan bilis,cili boh(cabai gilin),bawang merah (kecik),bawang putih,asam jawa,garam dan gula.
5.Baliklah ke rumah.
6.Kupas bawang dan potong.
7.Potong tempe menggunakan pisau.buleh juga guna gunting, pedang atau chain saw.gergaji juga boleh digunakan seandainya ada.Potonglah tempe dalam bentuk dadu atau secara petak memanjang.
8.Goreng ikan bilis.
9.Goreng Tempe.
10.Masukkan minyak,tumis bawang putih dan bawang merah.
11.setelah bawang kuning dan naik bau masukkan cili boh sebanyak 5 camca.kalau nak banyak boh banyak.
12.Tumis cili boh sampai naik minyak.jangan smpai gajah naik minyak.
13.Larutkan asam jawa dengan 1 cawan air masak.
14.Masukkan air asam jawa.
15.Garam secukup rasa.
16.Gula 3-4 camca.
17.Masukkan ikan bilis dan tempe yang sudah digoreng.
18.Gaulkan sehingga rata.
19.Masak sehingga kuah menjadi likat.
20.siap untuk dihidang dan dimakan.

3 ulasan:
nampak gambaq pun sedap...tapi buh gula banyaknya..tak manih ka???
heheh..mmg masak stai nak bagi maneh..
nasib aku dah kenyang
P/S : Header Baru H.P.B Blog
Catat Ulasan