Keciwa dan takut. Itulah perasaan aku pada masa tu. Tapi optimis. Sebabnya ramai kawan-kawan kat Aloq Staq ni dapat Sabah/Sarawak. Sepanjang musim pengemisan dan jugak ketidak ada masa depanan ketika menunggu posting, maka berkumpulah kami lebih kurang 6-7 orang yang belajar di maktab perguruan yang berlainan. Aktiviti kami adalah bermain futsal dan menambah pendapatan tokey kedai kopi di malam hari.
Daripada jumlah tu, hanya 3 orang saja yang bernasib baik. Opsyen Matematik, Sains dan Agama pi Sabah Sarawak. Berbalik pada cerita dapat check result tadi, maka tidak putus-putuslah SMS diterima dan dihantar. Sakit perut ni bila tau separuh budak lelaki dalam kelas smua dapat Sabah dan Sarawak. Hahahaha padan muka semua.Bila dah tau macam tu rasanya macam bertuah pulak.
Hari Isnin, saya dan saudara Ajie menguruskan borang-borang yang perlu dihantar ke Putrajaya untuk penempaham tiket penerbangan. Ajie ditempatkan di Sarawak. Bila dah heboh semua tau dapat daerah mana, aku pun ambik langkah kol JPN Sabah. Bila kol, setelah 18 kali percubaan panggilan aku diangkat. "BELURAN"
BELURAN
Maka segala maklomat dan inpormasi ditagih melalui encik Google. Cuak, ketaq kepala. Teringat rumate dan juga classmate Mat Shah.
"Hg dpt mana wei?"
"BELURAN"
Alhamdulillah.Lega. Ada jugak geng. kawan sekelas selama 5 tahun setengah.Praktikum sama-sama. Matshah banyak tolong masa praktikum dan jugak tesis. Terima kasih Mat Shah. Teringat hari-hari ulang alik dengan moto smpai kebas pungkoq pi SK Machang Bubok II dari Taman Guar Perahu. Mat Shah, jumpak di Beluran!~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan