Hari Khamis 3 Februari , dapat call.
Pemanggil : Selamat petang, Encik Zarep, saya Encik X daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Penjawab : Ya saya.
Pemanggil : Encik dapatkan kertas dan pen sekarang, saya nak cik catat apa yang saya nak bagitau ni.
Penjawab : Sat Sat.
Pemanggil : Ok En Zarep, penerbangan dari KLIA ke Sandakan, hari Selasa 8 Februari.Penerbangan MH2710 jam 8.10 a.m. Sila tunggu di tingkat 5, kaunter L16 dan L17.
Penjawab : Ok Ok.
Pemanggil : Tolong ulang apa yang saya cakap tadi.
Penjawab : penerbangan dari KLIA ke Sandakan, hari Selasa 8 Februari.Penerbangan MH2710 jam 8.10 a.m. Sila tunggu di tingkat 5, kaunter L16 dan L17.
Pemanggil : Ok, Baguih haaa ( cakap utara pulak dia ). barang-barang bawak 20Kg je tau, lebih bayor sendiri. Datang awal satu jam sebelum penerbangan ok.
Penjawab : Ok.Terima kasih.
Cara nak ke KL sedang difikirkan. Nak naik bas, tiket ke Kuala Lumpur semua abeh, sold out sebab 7hb tu dah bukak sekolah + raya cina lagi. Bila musim perayaan macamtulah senario dia kat Malaysia ni. Jalan konfirm sesak. Nak beli flight ke KL rasa macam tak reti lagi. Takpalah tumpang kawan. Muizz nama dia. Dia dalam perjalanan nak ke Segamat,Johor. Dia dah posting kat sana tahun lepas, kira dia senior la.
Maka dengan hati yang lara, barang-barang mula di packing. Adik beradik semua mai rumah. Kak dengan abang siap sponsor lagi beg AF yang bernama POLO. En. POLO dibeli di Giant Alor Setar dengan harga RM69. Bersaiz 3 kaki dan akan membawa masalah kepada tuannyya untuk dibawa bersama.
Setelah siap untuk berangkat, Ahad, 6 Februari berangkatlah aku ke sana. Keadaan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan sangat sesak lagi menyesakkan hati dan juga pundi kencing. Dekat R & R nak berhenti tiada parking.Bila dah ada parking kedai pulak penuh dengan orang. Perjalanan bermula jam 9 pagi itu akhirnya tamat pada jam 6 petang di exit UKM.
Di exit UKM, sahabatku Adlan dan Adi tunggu disana. Bersama kereta mininya Alan membawa aku menginap di rumah sewa mereka di Sg. Tangkas, Bangi. Aku akan bersehat di sana selama 2 hari sebelum menunggu penerbanganku. Masa ni teringat mak dengan abah. Macamana air mata mak menitis masa sebelum pergi ke rumah Muizz pagi tu. Macam-macam dalam kepala. Lagi sedih bila berjauhan dengan LH yang selalu di hati.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan