22/06/11
Where Am I
Assalamualaikum.
Rasanya macam lama sangat dah tak update sini. Buat pengetahuan kawan-kawan semua zarepan kini dah bekerja. Ni kira first entry masa bekerjaya (bekerjaya la sangat). Sebab lama tak update adalah sangat menyedihkan sebab dah lima bulan kerja, masih tak dapat cara macamna nak update. So pelan-pelan lah zarepan akan menulih kat sini.Biaq pon aku sorang ja nak baca. Kurang-kurang bila tua bangka nanti buleh baca balik blog ni.
Setelah hampir 6 tahun bertapa di Bukit Mertajam, untuk mencari ilmu Allah yang luas di bumi ni, akhirnya aku tamat pengajian pada November 2011. Dan ( salah ni, dan mana buleh guna untuk permulaan ayat) bermula pada tu, nak rehat saja..nak dok rumah makan tidoq sebab lama dah mengaji nanti nak gheja pulak. Selalunya offer akan mai at the end of December. Dok buat pandai cakap Ingeris pulak. Maka program makan tidoq bermula smpai lah ke hujung Disember. Masa yang dinantikan. Tapi malangnya penempatan masih belum ada. Nah, aktiviti makan tidoq dirumah telah menjadi boring / cemuih. Duit makin kurang, hari-hari keluaq malam, balik pagi time orang meniaga kat pasar pon dah keluaq. Hidup macam takdak masa depan. Penantian demi penantian sampai lah bulan satu. Tak jugak ada.
Tilam pon akan maki hamun tuan dia sebab tak reti-reti bangun. Lepas subuh baru tidoq.Sampai azan Zohor. Dalam masa ni, hari-hari buka website KPM, tengok facebook, sms kawan. Macam-macam khabar angin ada, posting bulan 3 lah, bulan 6 lah, tahun depan lah dan maaaacam macam lagi...
POSTING
Pada awal bulan Februari 2011, berita mengejutkan. Maklumat tersebar luas bahawa posting/penempatan PISMP Guru Sandaran Terlatih boleh disemak pada Jumaat, 28 Januari. Maka lepas solat jumaat ternanti dan tertunggu-tunggulah aku di depan laptop ni. dan resultnya sangatlah bes dan membanggakan. SMS demi SMS diterima.
Rasa bedebor pulak nak tulih. takpalah, Nanti lah.Hehehe
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan