30/12/08

JejaKacak Minggu ke - 2



JEJAKA USAHAWAN LINTAH




Kepada Peminat Setia, Selamat bertemu kembali dalam ruanganJejaKacak ( Jejak Jejaka Kacak).Peserta JejaKacak Minggu ke -2 yang telah menarik perhatian meja pengarang kali ini juga datang dari sebuah negeri di Utara tanahair iaitu Kedah Jelapang Padi.Peserta Minggu Ke-2 ini pada mulanya berminat dalam mencapai cita-cita sebagai seorang Pemain Bola Sepak Professional.Tetapi kini beliau lebih cenderung untuk menjadi usahawan muda dalam PENTERNAKAN LINTAH.

Ketika bertemu, wartawan Bijirin mendapati jejaka berkulit hitam masam ini begitu mudah didekati dan beliau adalah seorang yang sporting dan beperwatakn menarik disamping gaya yang bersahaja.




>> PROFILe <<

Nama : Azizul Afandi bin Azizul Akmal

Nick : Adi, Soekardhi ( panggilan di jawa )

Tarikh Lahir : 17 Julai 1987

Asal : Sini ( Alor Setar)

Pekerjaan : Masih belajar di sebuah IPTA di Selatan Semenanjung Tanahair

Cita-Cita : Pemain Bola Sepak Professional ( dahulu ), Penternak Lintah Berjaya ( kini )

Hobi : Berenang, Mengkaji Lintah, Makan

Zodiak : Cancer




Bijirin ( B ) : Mengapakah Adi tidak mengejar cita-cita sebagai pemain bola sepak professional ?
Jejaka ( J ) : Pada mulanya saya berhajat besar untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang professional dan terkenal di seantero dunia.Saya sangat teruja dengan bakat pelari pecut negara Nazmizan Muhamad oleh itu saya telah berlatih bersungguh-sungguh siang dan malam tanpa mengira batas waktu walaupun anak dan isteri ditinggalkan sejak di bangku simpanan ketika di sekolah rendah.Saya juga sempat berguru dengan beberapa orang tokoh bola sepak terkenal Malaysia antaranya Mokhtar Dahari,Ghani Minhat,Manja Man, Karim Pin, Alubumi Adigun, Tibor Szaban,Serbegeth Singh dan juga Dato' Nicol Ann David dan Shaari Amri juga Awang BPR.Saya ingin sekali membawa dan mengharumkan nama Malaysia melalui bola sepak, tetapi cita-cita saya terkubur apabila mendapat halangan keluarga yang inginkan saya ke Menara Gading ( Universiti ).

B : Apakah perasaan Adi apabila cita-cita dihalang ?
J : Halangan keluarga adalah satu tamparan yang sangat hebat sepanjang zaman kerana tamparan itu datang dari pelbagai orang.Selain ibu saya,tamparan juga datang dari adik-adik, bapa saudara,ibu saudara,sanak saudara,datuk di kampung serta jiran tetangga turut memberi tampara-tamparan yang hebat menyebabkan saya terpaksa dimasukkan ke dalam dewan pembedahan untuk pembedahan di bahagian pipi dan muka.Antara jiran yang memberi tamparan yang paling kuat adalah Ahmad Sobri Ismail, jurulatih penjaga gol Kedah yang tinggal berhadapan rumah saya ataupun dikenali sebagai Abg Mat.Saya berasa amat sedih, kecewa dan terkilan apabila dapat tahu yang cita-cita saya dihalang.


B : Apakah cara untuk melepaskan rasa kecewa ?
J : Saya melepaskan kekecewaan dengan bermain BIOLA dan sekali-sekala bermain Wayang Kulit ketika waktu lapang.Dengan bermain biola saya menjadi lebih girang dan tenang.Jika tidak bola sepak Malaysia tentu sudah maju dengan adanya saya,saya yakin akan kenyataan saya ini tanpa rasa ragu-ragu dan yakin.Tanpa seorang pemain yang berkaliber seperti saya, Bola Sepak Malaysia tidak akan maju.Jika saya berkecimpung dalam kancah bola sepak, nama saya tentu setanding dengan nama-nama besar seperti Lee Chong Wei,Michel Phelps dan Lu Xiang.

Perbualan terhenti seketika apabila Jejaka mula menitiskan air mata,akan tetapi keadaan kembali tenang apabila 3 pinggan nasik ayam ayam lebih dan teh o ais limau 2 yang dipesan telah sampai.Setelah selesai makan, temubual diteruskan.


B : Setelah ke Menara Gading, mengapakah cita-cita tiba-tiba bertukar kepada penternakan lintah ?
J : Saya berminat terhadap penternakan lintah kerana banyak sebab.Tetapi sebab yang utamanya ialah pulangan yang sangat lumayan melalui penternakan lintah secara besar-besaran.Jika dilihat potensi penternakan lintah ini di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Jepun, lintah mendapat permintaan yang tinggi dan memberi pulangan yang lumayan kepada pengusahanya.Negara-negara pesaing yang lain kini bertungkus lumus membangunkan sektor Perlintahan ini.Saya berharap Malaysia akan menjadi hab Lintah menjelang 2010 dan menjadi NEGARA LINTAH menjelang 2020.

B : Benarkah Amerika dan Jepun berlumba-lumba untuk menternak Lintah?
J : Itulah, ramai yang tidak tahu.Kita tengok beberapa tahun yang lalu, Amerika Syarikat menyerang Afghanistan dan Iraq.Seluruh dunia menganggap ini adalah disebabkan Amerika yang terdesak untuk mendapatkan minyak.Tetapi sebenarnya anda semua salah.Amerika sebenarnya menyerang Iraq dan Afghanistan kerana mereka mempunyai sumber lintah yang sangat banyak.

B : Masihkah bermain bola sepak ?
J : Tidak, hanya bermain futsal.Itupun jika dijemput.Bola Sepak kini bolehlah dikatakan sebagai musuh nombor 1 saya.Saya sibuk membuat kajian projek akhir sarjana muda saya ketika ini.Saya membuat kajian bagaimanakah Lintah dapat membantu dalam meningkatkan mutu Bola Sepak Malaysia.Kajian saya telah mendapat biayaan dari FAM sebanyak RM 7.5 juta.

B : Pencapaian tertinggi ketika bermain bola sepak ?
J : Mewakili Lorong Pipit FC ke pertandingan Jaguhan Kampung Siri Super, latihan bertempat di Padang Mat Tib.Ketika itu saya bermain diposisi sayap kiri.Tetapi saya tidak ditutunkan sepanjang musim oleh ketua jurulatih ketika itu Tibrani, seorang jurulatih dari Morocco.

B :Adakah belenggu kecederaan yang menyebabkan anda direhatkan?
J : Saya hanya ditempatkan di bangku simpanan kerana masalah kelajuan dan berat badan.Berat badan yang menunjukkan peningkatan yang sangat pesat telah mempengaruhi kelajuan saya. Pada awal dahulu, saya dikenali sebagai Peledak Gol.Tetapi setelah masalah berat badan dan kelajuan semua itu berkubur ditepi Jalan Sultanah iaitu di Tanah Perkuburan Kristian berhadapan SMK Dato' Syed Omar.

B : Pendapat tentang perkembangan Bola Sepak Malaysia ?
J : Sudah lama saya ingin meluahkan pendapat saya mengenai perkara ini.Saya yakin semua rakyat Malaysia akan bersetuju dengan saya.Pada saya, Bola Sepak Malaysia masih di takuk yang lama dimana Bola Sepak Malaysia semuanya masih BULAT seperti dahulu melainkan bola Ragbi sahaja yang bujur.Majulah Lintah untuk Sejagat.


Selepas berakhirnya sesi temuramah, jejaka ini memberikan reaksi yang tidak disangka-sangka dengan memesan pula koteow goreng telur mata dan milo ais.Bila ditanya mengapa " beginilah cara untuk melepaskan geram dan marah "

6 ulasan:

sabrosa berkata...

hah hah hah...ngecap bahgiaaa btui..

AnneAnne berkata...

hah amek.
zarep jahat gile ok!!!
adi x bace agy ni suro yana bacekan dulu.
hahahaha..
save2!
;p

baskettoman_sg berkata...

haha! femes aku mcm ni.. kat cni dah kecoh2.. smlm ada org msg aku, hai jejakacak minggu ke2..

Zarpeno berkata...

hah tudia.sapa pulak msg..memang femes lagu ni...hahaha

sabrosa berkata...

haha..aku xlarat dapat call masa jadi jejakacak minggu fes..

sabrosa berkata...

Perbualan terhenti seketika apabila Jejaka mula menitiskan air mata,akan tetapi keadaan kembali tenang apabila 3 pinggan nasik ayam ayam lebih dan teh o ais limau 2 yang dipesan telah sampai.Setelah selesai makan, temubual diteruskan..



tudiiiiiaaaaa..puaihh..peledak gol!!

Blog Widget by LinkWithin