6/01/09

JejaKacak Minggu ke - 3



PAK AJI LUPAKAN CINTA

Tidak Berniat Cari Pengganti Buat Masa Terdekat





Salam pertemuan, salam perpaduan dan salam pengakap,salam-bersalaman juga berjabat salam tidak lupa Nasi Kandar Salam.Alhamdullilah nampaknya usaha wartawan-wartawan dan krew bijirin dalam mencari peserta JejaKacak Minggu ke -3 berhasil.JejaKacak Minggu ini juga berasal dari Alor Setar Kedah.

Wartawan Bijirin bertemu dengan jejaka yang berjambang serta berseluar agak londeh dan mempunyai parut di bahagian kening kirinya kesan dari jahitan.Hal ini adalah disebabkan beliau bermain tanduk-tanduk bola tenis semasa disekolah rendah dahulu.Kami bertemu secara tidak sengaja dihadapan sebuah Kedai Nombor Ramalan di Alor Setar.

Temuramah dijalankan di pesisir kawasan Pantai Johor yang pasirnya memutih, deru angin dan paluan ombak mendamaikan suasana. Tindak-tanduk dan personalitinya menunjukkan beliau adalah seorang yang mudah didekati,peramah dan juga sporting.



>> PROFIL <<

Nama : Nurul Ehsan Nurul Azmi

Nick : Ehsan, Pak Aji

Tarikh Lahir : 7 Mac 1987

Asal : Sungai Petani, Kedah.

Pekerjaan : Pembantu Perubatan di Kedah Medical Center

Hobi : Tidur

Zodiak : Pieces

Ketika ditemubual, beliau tidak kekok mahupun bengkok dihadapan kamera, tetapi gaya beliau yang asyik merokok seperti memberi isyarat kepada wartawan kami wajar memberi sebuah penerajang tepat di didadanya.

Bijirin (B) : Apakah erti kawan kepada anda ?
Jejaka (J) : Semua insan adalah boleh diertikan sebagai kawan dan boleh dijadikan kawan.tida mengira peringkat umur,agama,berat badan,bentuk badan dan juga saiz seluar dalam.

B: Sahabat ?
J : Sahabat adalah kawan yang boleh kita percayai dan juga kawan yang boleh kita berkongsi.Termasuklah berkongsi pakaian,berkongsi berus gigi,seluar dalam dan juga kongsi gelap.Maksud saya ialah kawan yang begitu rapat dengan kita.Contohnya apabila kita duduk di bahagian belakang dimana terdapat tiga orang, maka mereka adalah kawan yang rapat dengan kita.Jika di dalam LRT atau bas, mereka bukanlah kawan rapat kerana mereka tidak rapat tetapi mereka menghimpit kita.

B: Beza kawan dan Sahabat ?
J: Kawan ni macam ada limit sikit,maksud saya ada had.Bukanlah seperti had laju 60 km/j dan had ketinggian 5.0M seperti yang kita selalu tengok di jalan raya.

B : Kekasih ?
J : Orang yang sehidup dan semati.

B: Cinta?
J : Cinta itu indah, tetapi kadang-kadang menjadi palat.Palat tidaklah bermaksud cinta tiba-tiba boleh terbang seperti seekor lalat, tetapi cinta dari indah,manis,suka boleh betukar menjadi sesuatu yang amat menyakitkan dan melukakan bahagian organ badan terutama hati selain dari lutut,tengkok dan tapak kaki.

B : Adakah anda sedang bercinta?
J : Dulu,tetapi sekarang tidak lagi.

B : Mengapa?
J : Kami sudah tidak sehaluan, saya hanya meminjam kata-kata ini dari artis-artis yang becerai.Boleh diumpamakan saya ke Johor,dia ke Timor Leste..Jarak yang memisahkan kami.Selain itu, masalah tidak setia,dan juga banyak memberi alasan yang tidak dapat diterima oleh saya.

B : Apakah yang terjadi?
J : Hampir 2 tahun saya mengenali gadis itu.Mulanya dia mendekati saya dengan niat yang baik, tetapi..

B : Siapakah yang tidak setia?
J : Tidak pernah ada niat walaupun secalit pun di dalam hati saya mahu mencari yang lain, mungkin dia yang tidak setia.

B : Bagaimana anda tahu?Dari internet?
J : Oh tidak,saya mula perasan apabila banyak perubahan yang berlaku dalam dirinya.Setiap kali dia memberikan alasan inginkan rehat.Pulangnya dari kerja jam 9 dia memberikan alasan untuk tidur.Selama 5 bulan dia memberikan alasan yang sama.

Tergerak hati saya untuk mengetahui hal yang sebenar.Tanpa melengahkan masa, saya tanya kepada rakan sekerjanya.rakan sekerjanya enggan memberi kerjasama pada mulanya.tetapi setelah dipujuk rayu, akhirnya dia mengalah.Kekasih saya ketika itu rupa-rupanya keluar dengan lelaki lain.

B : Mahu bercinta lagi? Atau sudah serik?
J : Serik memang ada tetapi saya berharap ingin lagi bercinta lagi.Selepas ini jika ada gadis yang megetuk pintu hati saya ataupun menekan loceng,saya akan pastikan akan menyiasat latar belakang,latar depan dan tepi gadis itu terlebih dahulu.Saya akan bersiap sedia dengan pelbagai soalan-soalan yang mencabar dan gadis itu perlulah dapat menjawap kesemua soalan dalam masa 15 minit,Walaubagaimnanapun masa tambahan akan diberi.Jangan sahaja melihat pada air muka seseorang, tetapi lihat juga air yang kita minum seharian,adakah ia selamat untuk diminum.

B : Adakah ingin mencari pengganti dalam masa terdekat?
J : Saya belum memikirkan mengenai cinta buat masa sekarang.Apa yang akan berlaku pada masa hadapan saya serahkan kepada Allah,bila tiba masanya saya akan mencari pengganti.


Jejaka ini sudahpun menemui kembali kekuatan serta ketabahan untuk terus melangkah,beliau bertekad untuk memnumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjayanya yang baru bermula.Diharapkan Pak Aji bertemu Cinta Sejatinya...

3 ulasan:

sabrosa berkata...

mari kita ngecapp bahgiaa pak aji..

Tanpa Nama berkata...

hahaha..gila tui..
tp brjaya mmbuatkan bulu ketiak aku gugur bila ketawa..hahahha

Tanpa Nama berkata...

haha.. mak aji.. apa la hg dh wat kt pak aji.. -palie

Blog Widget by LinkWithin