5/02/09

Terbaru

Salam Pertemuan, Salam Persahabatan, Salam Mesra, Salam Sejahtera, Berjabat Salam, Solomon Kalou dan juga Salam Februari.


Pertama sekali En Bijirin ingin memohon maaf dan ampun kerana ketiadaan post-post terbaru.Dah lama Bijirin tidak menulis.Maklumlah masalah ketiadaan capaian internet memberi sedikit halangan untuk En Bijirin menulis entri-entri baru disamping kesibukan di permulaan semester.Penulis acapkali dimaki hamun serta dihina oleh pengikut-pengikut kerana ketiadaan entri baruSebenarnya Encik Bijirin telah terkena buatan orang dimana En Bijirin dipercayai terkena Penyakit Misteri..Kali ini kita akan berkongsi tentang cerita rumah En. Shahrul iaitu salah seorang wartawan Bijirin.

Semenjak tahun 2005, En. Shahrul menetap di asrama di sebuah institusi pendidikan yang dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya di Seberang Perai Pulau Pinang,Malaysia.Namun setelah tahun demi tahun, En. Shahrul terpaksa berpindah duduk diluar.Ini berikutan "prestasi baik" dan juga "tingkah laku yang mulia" menyebabkan En. Shahrul diarahkan untuk tinggal diluar.En. Shahrul yang kini pelajar tahun ke-3 telah berpindah masuk pada 5hb Januari 2009.


Rumah sewaan En. Shahrul mempunyai isi kandungan seramai 4 orang termasuk En. Shahrul sendiri.Mereka ialah Encik Mat Jim,Encik Mat Shah dan Encik Saripudin.Ahli-Ahli rumah En Shahrul dibeli jolokan "Rumah Perot Bodoh" kerana mereka berempat mempunyai pangkat PJK ( Perut Jauh Kehadapan ) yang sangat comel kelihatannya.



Rajah 1.0

Rajah 1.0 MenunjukkanEncik Saripudin.Beliau berasal dari Kuala Kangsar, Perak.Encik Saripudin tinggal berdekatan dengan bilik encik Shahrul iaitu bersebelahan sahaja.Sehingga kini, En Saripudin belum memiliki tilam,lemek, toto, dan seangkatan dengannya.Perkara ini amatlah mendukacitakan pada mata encik Shahrul.Tetapi En Saripudin tetap yakin apabila tidur tanpa sebarang tilam.Encik Saripudin adalah rakan sekelas En. Shahrul.Encik Saripudin mempunyai haiwan peliharaan iaitu seekor Makhluk Kuning yang dinamakan En Bob.En Bob selalu muncul di kaca TV di channel 9 pada Jam 5 Isnin-Jumaat.


Rajah 2.0


Rajah 2.0 diatas menunjukkan En Mat Ajim.Beliau berasal dari Pasir Mas , Kelantan.Encik Mat Ajim tidak sama kelas dengan En Shahrul tetapi beliau adalah rumate kepada wartawan kita sejak dahulu kala.En Mat Ajim adalah sangat ketua dalam sukan Badminton walaupun ketinggian beliau agak berkurangan.Heheheh..Beliau sangat hebat dimana satu ketika dahulu Dato' Lee Chong Wei pernah ditewaskan dalam satu pertandingan pada Februari 2007 di Bukit Mertajam.Pertandingan tersebut adalah pertandingan Guli Berirama Tertutup Pulau Pinang.En Mat Ajim telah mengalahkan Lee Chong Wei dengan Straight set 93-2, 199-1.Kini Encik Mat Ajim sedang menjalani latihan pesat dalam membina otot-otot yang tegap dan kuat sambil perut terus maju kehadapan.Diharapkan Mat Ajim dapat menewaskan Sazali Samad dalam pertandingan Ratu Kebaya Peringkat Kebangsaan Jun nanti.





Rajah 3.0

Rajah 3.0 menunjukkan En Mat Shah.En Mat Shah berasal dari BAchok Kelantan.Wajahnya yang agak kecina-cinaan menyebabkan beliau sering dipandang serong apabila membaca doa makan dan juga ketika ke masjid mahupun ke majlis agama.Tahukah anda tentang Air Bed?Seperti yang kita ketahui, Jika ingin mengisi air bed dengan angin maka perlulah kita penggunakan pam sama ada pam tekan-tekan atau elektrik.En mat Shah mampu meniup air bednya hingga penuh tanpa memerlukan bantuan atau sokongan alatan-alatan seperti yang dinyatakan diatas.




En Shahrul

Ya gambar diatas tidak lain tidak bukan lagi, itulah encik Shahrul wartawan bijirin.Identiti dan latar belakang en Shahrul tidak dapat disiarkan kerana butir-butir peribadi En. Shahrul adalah terkandung dalam akta Rahsia Sulit 1986 .Sesiapa yang menyiarkan butir-butir peribadi En. Shahrul boleh dikenakan tindakan undang-undang Akta 156 Seksyen 17 Shah Alam, Kanun Kelucahan.


Istimewanya rumah baru ini adalah ianya terletak berdekatan dengan loji septik atau secara kahaqnya dikatakan sebagai LOJI TAIK.Walaupun berdekatan dengan Loji Taik, Encik Shahrul berasa amat bangga kerana bukan calang-calang orang yang sanggup tinggal berdekatan loji taik.
Kepada sesiapa yang ingin menikmati pemandangan loji kumbahan tersebut silalah berkunjung ke rumah En. Shahrul.

7 ulasan:

skieyn berkata...

gambar2 yg seronok di upload tetapi xsedap dilihat..

sabrosa berkata...

hahhha..aku mati2 ingat jejakacak yang baru..ces...padan muka en bijirin kena buatan orang...

Saladin15 berkata...

woi

baskettoman_sg berkata...

en shahrul sgt bz rupanya.. patut la jejakacak lama x kuaq.. ganti balik!!!

jalanan manusia berkata...

woi aku nak p umah hg..
ak bleh keja kat situ!!!!
bes2!!!!

~CREAMY ENEMY~ berkata...

gambar yg penuh kontroversi...
hurm..~~

Tanpa Nama berkata...

wow!dahsyat giler ye ckgu..

Blog Widget by LinkWithin