22/02/09

Bruce Lee



Salam Pertemuan,Salam perjumpaan, Salam Bertepian dan Abdul Salam bin Mukhtar.



Kenalkah anda dengan Bruce Lee?

Bruce Lee adalah seorang "martial arts performer" yang terkenal di seantero dunia.Tetapi dua minggu yang lalu, En Shahrul selaku wartawan kanan( Naik Pangkat ) Bijirin telah menemui sesuatu yang agak menarik untuk dikongsi bersama dengan pembaca-pembaca.

Pada suatu tengah hari Jumaat yang berlalu-lalang, pada ketika En Shahrul sedang menikmati air soya dibawah pohon ceri berdekatan masjid.Sebelum ke Masjid En. Shahrul sempat lagi menikmati air soya dan taufufah tidak lupa juga dua biji donat dan tiga biji karipap berintikan daging burung unta dan tiga lagi berintikan kurma lala.

Ada seorang pelanggan yang dianggap En Shah bahawa berbangsa Cina sedang menikmati taufufah berperisa pandan.

Pak Cik itu bernama Bakarudin Roslee ataupun nama gelarannya adalah Berus Gigi Lee.Beliau kini bekerja disebuah kilang gula di Prai, Pulau Pinang.Selain dari gula, kilang tersebut juga menenun batik tempatan.Beliau adalah adik kepada Bruce Lee.Ya Bruce Lee!!

Bruce Lee ataupun nama sebenarnya Baharuddin Roslee sebenarnya berasal dari Gurun, Kedah.Bruce Lee berketurunan Baba dan Nyonya.Masyarakat Baba da Nyonya juga dikenali sebagai Kaum Cina Peranakan adalah masyarakat Cina yang mengamalkan budaya ataupun menjalani kehidupan seperti orang Melayu.Contohnya makanan dan percakapan.Mereka menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan.Apabila ditanya supaya menceritakan tentang Bruce Lee lebih lanjut, Berus Gigi Lee enggan, tetapi setelah diberi sebiji karipap berintikan kurma lala, beliau terus menceritakan secara terperinci.

Baharuddin Roslee pada asalnya adalah seorang kanak-kanak yang nakal, hobinya adalah menupul stem,mencari kenalan baru dan juga menangkap rama-rama.Cita-citanya yang ingin meneruskan pengajian di Sekolah Pondok, Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena dihalang oleh keluarga kerana beliau tidak bersunat.Sedih dengan perkara itu, Bruce Lee membawa diri ke Amerika Syarikat.

Setibanya di Amerika Syarikat beliau berlatih seni kung fu dengan bersungguh-sungguh.Beliau berguru dengan seorang mahaguru kungfu yang terkenal iaitu Lim Pek Siah dari Hong Kong.Sambil berkungfu, beliau mengambil peluang untuk melanjutkan pelajarannya.Beliau belajar di La Salle College dan kemudian di St. Francis Xavier College.

Selepas itu, beliau berminat menceburi bidang lakonan di Hollywood.Namanya Baharudin Roslee tidak mendapat persetujuan producer pada ketika itu kerana tidak komersial.Lantas beliau menggunakan nama Bruce Lee.Banyak filem yang telah dilakonkan olehnya antaranya Fist of Fury dan Way of The Dragon.Tetapi sebelum pada filem itu, beliau sempat melakonkan filem yang meggunakan loghat KEDAH.Walaupun sudah lama di Amerika tetapi beliau masih fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.

Ketika azan berkumandang, En Shahrul lekaas-lekas bagun untuk ke masjid dan membiarkan Berus Gigi Lee terpinga-pinga kerana terpaksa membayar semua makanan dan minuman En Shahrul.

Diakhir post ini Bijirin telah Melink sedutan dari filem tersebut.Lihatlah sendiri.

http://www.youtube.com/watch?v=CRjr-jLQ4WE

3 ulasan:

sabrosa berkata...

kena tag!!!!!

baskettoman_sg berkata...

kawan-kawan aku dah pandai mencarut loghat kedah gara-gara movie ini.. aku tidak dapat berbuat apa-apa.

Zarpeno berkata...

bahaya no..pengaruh negetip.hehe

Blog Widget by LinkWithin