KUALA LUMPUR - Profesion perguruan semakin mendapat tempat di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan hampir 100,000 orang memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) bagi pengambilan sesi Julai ini.
Ini sekali gus menimbulkan persaingan sengit di kalangan pelajar sedangkan pihak Kementerian Pelajaran hanya mampu menempatkan 6,200 orang untuk mengikuti kursus pendidikan di dalam dan luar negara.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Pelajaran, Dato' Seri Mohd Zarif (gambar) yang menyifatkan bilangan tersebut sebagai satu petanda positif terhadap kerjaya perguruan di negara ini.
"Pada tahun ini, seramai 1,877 pelajar yang memperoleh 9A hingga 15A dalam SPM 2008 memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan di luar negara. Daripada bilangan itu, seramai 100 pelajar terpilih untuk dihantar ke United Kingdom.
"Mereka dipilih untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara khusus pembelajaran dalam bidang kritikal seperti Fizik dan Biologi,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.
Zarif memberitahu, Kementerian Pelajaran memang mencari dan memilih pelajar cemerlang serta berkualiti yang berminat untuk mengikuti kursus perguruan.
Bagaimanapun, mereka perlu melalui tiga tapisan termasuk menghadiri proses temu duga dan menduduki Ujian Sahsiah Keguruan (INSAK) secara bertulis.
*** Info***
Maklumat diambil dari artikel dalam Akhbar KOSMO 6 Mei 2009.Pengubahsuaian juga dilakukan oleh penulis.Harap Paklum.
5 ulasan:
puaih...minta 100ribu..intebiu 97ribu..yang nk amek 6 ribu ja..hahahha..kemaih2!!
ni yg dh abeh spm 2 taun ni buleh mohon lg ka tan sri?
ya?pastikan umoq anda tak sampai 20 lagi wahai cik amyin apabila bulan 7 nanti
dear dato' seri
saya rasa disini ada perselisihan faham ya..sebabnya adalah setahu saya kabinet baru yang dibentuk dato' seri najib telah melantik saya sebagai menteri pelajaran yang baru..tidak percaya?melawat la facebook saya..sekian..
hohoho..aih ni buleh buat bgaduh ni..takpa menteri pelajaran ada dua mcm MB perak.heh
Catat Ulasan