29/06/09

Berak Kat Rumah Pon Kena Bayaq & Sekuntum Mawar Merah

"Mana Ada Benda Free Dalam Dunia La Ni"

Sungguh diakui pernyataan diatas adalah sangat-sangat dipersetujui oleh individu-individu tertentu bahkan kumpulan-kumpulan tertentu juga turut menyokong.Kalau tengah dok seronok-seronok jalan-jalan dalam sopink mall,xpon sopink komplek ka..tiba-tiba rasa nak terkucil(terkencin) atau masalah yang lebih berat dari itu.MAhupun terkencin dan terberak adalah persamaan dari segi jenis najis iaitu najis mutawwassitah iaitu najis pertengahan.adalah untung jika sopink komplek itu mempunyai tandas yang percuma.Jika berbayar tandas itu tentulah tandasnya sangatlah berhancing-hancingan dan berkotor-kotoran yang menyebabkan pundi kencing secara otomatik(automatik) menjadi terkatup ( tertutup) .tapi kalau sopink komplek yang free tandasnya pon parking dah kena bayaq.Dia ambek duit tandas sekali kot.

Itu baru sopink komplek.Bayangkan tandas di stesen bas.Nah!! Sungguh haram ( berlawanan dengan harum ) baunya itu disamping warna lantai tandas kuning-kuning coklat yang dihasilkan oleh benda apa pon kita tidak tahu.Kajian menunjukkan ianya terbentuk apabila atom-atom dari najis mutawassitah berkumpul.Selain itu terdapat juga perkataan-perkataan baru dan ayat yang mengelikan hati yang berbaur lucah yang terlampau.Nombor-nombor telefon juga banyak ditinggalkan beserta nama dibawahnya contoh yang saya ambek adalah 016666666 "janda muda gersang".Kadang-kadang frasa-frasa berbaur politik jugak boleh kita perhatikan.

Jadi dimanakah tempat untuk kita melunaskan hajat dengan percuma,aman,sentosa dan permai lagi nan indah?Yah!Rumah!!Rumah kita!ataupun rumah jiran.Tapi rumah jiran punya tandas tidak lah mempunyai Chemistry yang baik dengan organ nyahtinjaan kita.

Dua Tiga hari sudah,sampai surat,nama tuan rumah.tapi kerana perasaan ingin tahu yang mendalam maka surat dibuka.surat itu datangnya dari

INDAH WATER KONSORTIUM SDN. BHD.

BIL PERKHIDMATAN PEMBENTUNGAN

Caj Tetap RM2.00 x 6 Bulan x 1 Unit = RM 12.00

Jadi kesimpulan yang boleh kita buat adalah sebulan kita terpaksa membayar RM 2.00 untuk tandas dalam rumah kita.maka saya menasihatkan agar

JELASKAN BIL PEMBENTUNG ANDA

takkan kami berak hari-hari bil berak-kencing tuan rumah nak bayaq.dia tak besalah.tikus dalam rumah patot bayaq sebab dia slalu berak dalam rumah.


**************************************

Petang tadi dalam perjalanan pulang dari menjelaskan bil intenet dan bil tandas rumah,motor yang dipandu oleh En. Kawan Saya singgah disebuah kedai."Wei, nak pi mana ni?"

Motor dihentikan,enjin dimatikan.Eh, ni kedai bunga.

saya : wei beli bunga ka?
En. Kawan Saya : Ha'ah ( sambey tesengeh)
saya : hah mesti merajuk la tuh....
En. Kawan Saya : (sengeh)

setelah membeli sekuntum mawar merah,moto disetat dan singgah sebentar untok minum ayaq sambey menjelaskan duit umah sewa kepada En Tuan Rumah.En Tuan Rumah sangat bermurah hati belanja minum petang ketika itu.

En. Kawan Saya : pi Jimat( pasar mini) sat
saya : awat pulak,lapaq?
En. Kawan Saya : bunga sajamaa lengkap
saya : choclate la tuh...
En. Kawan Saya : (sengeh lagi )

Petang tuh masa tengah main bola,saya nampak En. Kawan Saya bawak sesuatu.

Ya Allah, untungnya la kat sapa yang En. Kawan Saya belikan bunga dengan coklat.En. Kawan Saya ketika ni saya ajak pi mana pon bekira jugak sebab tengah pokai teruk,zaman kegawatan sebab sumber kewangan belum masukkan duit.

Tapi tengokla, untuk orang dia sayang En. Kawan Saya sanggup..Hai betuah kamu wahai Cik Penerima Bunga.Kalau aku tadak dah la.....

****esok nak pi skolah****

4 ulasan:

socrates muzani berkata...

di mana kedai bunga itu...?

Zarpeno berkata...

kedai tu dekat negeri Pulau Pinang

skieyn berkata...

"kalo en kawan kamu xwat hal.. xde nya cik penerima bunga nak merajuk.."

ini cuma kesimpulan awal sahaja, tiada kena mengena dengan sesiapa.

Zarpeno berkata...

ouhh..betoi jugak kan...mungkin betul..

Blog Widget by LinkWithin