20/06/09

Carnivall





Street of Happines ( gembira dak?)





eh,ingat seksi ka hah?hehe


macam orang jahat dalam Sonic la wei



nampak lebih kurus.itulah teknik "Tangkap Gambaq Bersama Jibin"

Ahad 14 Jun 2009

Misai datang pada jam 10.15 pg, kemudian terus ke rumah Hamzah, ke rumah Enon dan last skali pergi ke rumah En. Jibin.Setelah mengambil Jibin, kami "megetong" sorang RM10 sebagai tanda keihklasan dan kerjasama untuk mengisi minyak kereta.Maka jumlah terkumpul adalah RM40 dan 10 lagi disparekan untuk duit tol.

Perjalanan diteruskan ke Highway Alor Setar Selatan ( tandop ) dan terus menuju ke Sungai Petani Utara ( sG. Lalang ) dengan jayanya.Kira-kira 45 minit dari Alor Setar maka tibalah kaminya di Carnivall.Kesikitan (tatabahasa macam haram ) pengunjung membuatkan kami sungguh gembira seperti dihari raya.

Carnivall ditutup pada hari Rabu.Bayaran dia kalau nak bagi main semua, maka bayarlah RM25 seorang.Tapi kalau anda pergi dihari Weekend iaitu Sabtu dan Jumaat maka jumlah bayarannya adalah RM30 sungguh mengerat kepala.

Setelah memakai jam tangan berjenama Carnivall kami pon masuklah ke sana.Oh lupa,dengan bayaran RM25 anda dapat makan dan minuman percuma untuk tengah hari!WOW!!hebatnya!!

Setelah itu kami berkongsi wang untuk mendapatkan sebuah loker.Jika bayarannya RM5 maka setelah bukak loker untuk ambek barang,lepas tu kita tak buleh nak bukak dah.babun sunguh ada ka macam tu.Jadi kami amek keputusan untuk sewa loker yang berharga RM9, dan aku bercadang nak bukak setiap 15 menet supaya RM9 digunakan dengan sebaiknya.

Setelah membuat bayaran,masalah menimpa dimana loker tidak dapat dibukak.5 orang mencuba namun gagal.Setelah hampir setengah jam masalah dapat diselesaikan.Puncanya adalah kami membuka loker orang lain,smpai bila pon tak buleh!!

Asyik,asyik setelah ja,tak banyak la vocab aku nih kan.

Sejurus selepas itu ( ok dak?) kami bersalin pakaian dan mula bermandi manda.Ketika itu jam 11.30 pagi.Semua permainan air dicuba.eNOn dan JiBin hampir-hampir tekeluar bila main benda menatang apa tah yang Boomerang tu.yang kita naik pelampung 8 tuh.Cukup bahaya...

Ah lupa pulak,kat sini pelampong/pelampung adalah percuma.Pelampung dilempar merata-rata sehingga memenuhi ruangan kolam.hah macam tu la bila buleh free.tempatnya agak kecik jika nak dibandingkan dengan bukit merah nun.

Agak-agak pukui 1 tgh hari kami berhenti untuk emnikmati makana percuma tadi.nyum2!!

Setibanya di Kafe, maka terkejutlah saya bilamana harga makanan disana umpama di "Las Vegas " bak kata Yusri.Cukup mahai!!Nak tau dak apa makanan yang kami dapat.
NASIK GORENG PEKAK+AIR DLM GELAS POLISTERIN + STRAW KERAT DUA

baroa btoi, hat ni ka yang kata free...tetapi hamzah telah menyeludup dua bungkus nasik lemak dari rumah.HihiHi..dengan bangganya aku melahap nasik lemak tersebut.

kemudian kami bermain pula Euro Bungy iaitu acara melompat di atas trampolin dimana badan kita diikat.Sungguh senak perot ambo bilo dok flip2 tuh.Jibin kata tak kena cara.Ah, penat la Jibin.Enon yang cuba mula-mula,aku takut tgk.tapi takan nak biaq saja kot.Lepas tuh hamzah pulak.gila paling tinggi la di lompat sebab mamat tu tolong bounce kan.Kesian Misai dengan Jibin, keberatan tubuh mereka melebihi syarat yg ditetapkan...

Mandi manda disambung.yang paling bes adalah pelampung 8 tuh kami nak try naik 5 orang...lama gila....baru berjaya..tu pon dalam 10minit ja..lpas tuh bahtera kami kami telah karam.lepas tuh kami bermain kembali sliding guna tube,sliding abdan aja,dan las skali main ombak.las2 sekali tgk jam dah 4.30 dah.zohor tak solat lagi.cepat-cepat naik.

Saya telah membawa syampu HPA perasa MINT dan mereka tiada pilihan lain selain menggunakan syampu tuh.bila dah mandi, aku tgk tangan.pehh..ni tgn orang lain nih..gila hitam lengit..cepat2 pi solat zohor.masa sujud tuh cukup pedih dahi sebab kena sunburn.

Last skali kami sempat bergambar dan singgah di RnR gurun untuk melantak.Perjalanan diteruskan ke Alor Setar.Setibanya di Alor Setar "oih!minyak tak turun pun" "tak buleh tak buleh" "kena bagi habeh minyak jugak,hang Ram kereta smpai abeh minyak Misai"

bila masuk ke pekan alor setar jalanraya penuh sesak.Oi, ni apa ni KL ka hah.sejak bila aloq staq jadi lagu ni.pukui 6.30 dah ni.lalu misai menyebut "hah nak minyak habeh sangat,habeh sungguh"







Ini pun teknik yang tercangeh jugak







3 ulasan:

Hazirah Barakbah berkata...

zarep hang kuruihhhhh!!!!!!!!!!!!!!!

sabrosa berkata...

gila kacak gambaq no.2 tu..hahaha
antara dialog2 yg dpt didengar.."haram, mkn xtunggu!!"...location:KFC RnR gurun..

*SiRibenMerah berkata...

hehehe.. best kan.. ahaksss =P~

Blog Widget by LinkWithin