Salam.Penah makan pisang?penah main goreng pisang?hkali ni kita baca khasiat buah pisang.Kalau sebelum ni kita makan pisang kerana sedap.Lepas ni semoga kite makang ( ganu ) pisang kerana kebaikang (ganu )nya.
Khasiat Buah Pisang
Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .
Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor.
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!
artikel ini disedut daripada facebook seorang kawan yang mengetag nama saya. nama beliau adalah encik Adlan ( klik )
gambor-gambor dicilok dari google search image.trima kasih google.
24/03/10
21/03/10
zarepan @ formspring.me
zarepan now is available at formspring.me .
http://www.formspring.me/zarepan
tanyalah apa sahaja.saya akan cuba menjawapnya.jawapan tidak semestinya memuaskan hati anda!
http://www.formspring.me/zarepan
tanyalah apa sahaja.saya akan cuba menjawapnya.jawapan tidak semestinya memuaskan hati anda!
18/03/10
Stop Celcom SMS Facebook.
Tengah syok-syok tgk tv dapat SMS.
"RM1.00 Your Facebook SMS account has been renewed and will be expired on 25/03/2010.RM1/week unlimited.Text your status to 32665 "
takpa lah.selalu dapat dah SMS ni.pastu teringat pulak nak check credit.Semalam kredit tinggal RM 0.00.Kemalasan untuk pi cari topup menyeru aku supaya buat credit Adcance.Dapat RM2.00.Pastu ada buat sikit call dengan SMS.Last check kredit RM 1.45.
Selalu dapat SMS Facebook, rasanya takpa la sebab tak pnah activate, dia tak tolak kot fredit agaknya.
Harini, lepas dapat SMS Facebook, tergererak pulak ginjal nak check kredit.
Oii!!! tinggai dua kupang tujuh duit saja ??? ( RM 0.27 ).Tak buleh jadi ni..Aku rasa Facebook SMS dok telan duit aku nih.Taktau la kot aku lupa ada kol sapa-sapa ka smalam.SMS ada la, kalau RM 1.27 betoi la kot.ni hai tinggai dua kupang saja?
maka, aku menerai beberapa cubaan dengan handphone.Setelah beberapa sela dapatlah masalah ni diatasi.
Cara Nak Stop Facebook SMS ( Celcom )
1.STOP SERVICE
text : STOP FB
send : 32665
2.STOP RECEIVING SMS
text: STOP SMS
send : 32665
taktau la kredit kurang tu sebab facebook,takpon smalam masa tidoq aku tak sedaq aku ter call saudara mara dekat Mexico Tenggara kan.Jadi saya memilih langkah selamat.stop.
Tok Dah Takdak.
Salam.
18 March 2010 jam 7.30 pagi.
Telefon rumah berdering.
Mak yang Jawab.
Aku masih dalam bilik.
Seketika kemudian dengaq Mak tengah cakap telefon.
"tork tork tork "
"tok meninggai"
Allah.....
Mak tak menangis.Tapi aku nampak kesedihan kat wajah dia.
Semoga Tok ditempatkan bersama orang-orang soleh disana kelak.
Alfatihah.
17/03/10
Markas Baru
Tudia cukup lama tak update blog.
Sekarang saya sedang menjalani praktikal fasa tiga.Sebelum pada ni dua kali saya ditempatkan di Seberang Perai Utara ( SPU ) iaitu SK Padang Menora, Tasek Gelugor.Untuk Praktikum fasa tiga ni saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II. Seberang Perai Tengah ( SPT ) , Bukit Mertajam.Saya sedang menjalani praktikum selama 12 minggu ataupun 3 purnama.Rindu jugak kat Purnama Sate yang harganya secucuk rm 0.40.
Bermula 1 Februari lalu saya ditempatkan disini ( SKMB 2 ) sehingga 30 April 2010.SKMB 2 adalah sebuah sekolah yang ditubuhkan pada 2005.Makna kata sekolah ni sekolah baru.Sekolah ni adalah sekolah yang bangunanya dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap dan cangih antaranya makmal komputer,alatan sukan , kerusi meja dan juga baju sekolah berjenama Canggih.
Rutin harian hidupku semenja ` Februari adalah sangat bes dimana sejak Awal Ashari lagi .Silap silap.Sejak Awal pagi lagi, tepat jam 6 maka akan bangunlah aku untuk memperkemaskan diri.Setelah selesai semua urusan pejabat.Silap lagi silap.Setelah selesai urusan diri, maka tepat jam 6.45 berbunyilah ngauman enjin Kriss 110 itu.
Maka bermulalah perjalanan dari Guar Perahu, Penanti ke Machang Bubok.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 minit -30 minit mengikut cara pemanduan.Jika cara pemanduan berhemah digunakan maka akan lewatlah diri saya.Sekitar jam 7.25 pagi tibalah saya disana.Kekebasan anggota tubuh badan pada setiap pagi dan petang hanya tuhan yang tahu.Jam 3 petang sampailah saya ke rumah.Keadaan cuaca yang SANGAT DINGIN itu memang la best bila bawak motor diwaktu-waktu tengah hari rembang.
Macamtulah lebih kurang.
Langgan:
Catatan (Atom)