20/08/10

Baca Yasin, Berbuka Ramai-Ramai dan Harapan

Baca Yasin
Semalam masa tak tau nak pi ka dak baca Yasin,ada tiga orang komen suruh pi kat Facebook.Bila dah cukup tiga tu maka aku ambek keputusan kena pi la.Dalam batch kami ada tiga kelas budak Melayu ( bukan racist ni). Satu kelas opsyen Arab dan dua kelas Sains.Bila sampai kat rumah tuan rumah kami antara yang terawal.Dalam jam 6.30 petang seorang ustaz yang dijemput pun datang dan majlis bermula.Selepas bacaan Yasin,ustaz jemputan tu ada memberi sedikit tazkirah atau peringatan.Ustaz tu ada berpesan:

"Jagalah solat lima waktu.Sesungguhnya solat itu mencegah dari kemungkaran"

Solat tu wajib.Hari-hari wajib.Kalau tak puasa, boleh ganti, boleh bayar (fidyah).Puasa sungguh-sungguh.Pi Bazar Ramadhan beli macam-macam nak berbuka sebab puasa.Puasa Ni!Lepas berbuka ingatkah kita pada Maghrib dan Isya'?Lepas bersahur, Subuhkah kita?Sebelum pi Bazar Ramadhan Asarkah kita?Takpalah.


Berbuka Ramai-Ramai

Bila dah dekat dengan waktu berbuka,suasana bertukar menjadi kalut!ya kalut!bila masing-masing ada kerja sendiri.Ada yang membentang tikar,yang mengagih makanan,yang agih murtabak,agih buah,puding dan air.Orang lelaki semua bersila dekat garaj.Makanan diatur memanjang.Masing-masing tengah ready nak berbuka.

Satu benda yang dapat sambutan masa agih-agih makanan tu adalah sejenis minuman buah delima ( GOLSHAN ).Selesai bacaan Yasin tadi, Ustaz Nazmi sampai.Ustaz Nazmi ni Mentor/Tutor kelas arab.Dia baru pulang dari Gaza semalam.Untung dia dengan dua pensyarah lain,dapat peluang jadi sukarelawan ke Gaza.Dia sangkut Mafla Palestin dekat bahu dia.Anak-anak dia yang lelaki semua pakai serban guna Mafla Palestin tu.Dia ada bawak kotak, tulisan arab.Aku taktau apa tulis kat kotak tu.Rupa-rupanya hadiah dia bawak.GOLSHAN.minuman delima.Rasa sebijik macam Ribena.Sedap lagi dari Ribena.GOLSHAN made in TEHRAN,IRAN.Anak-Anak Ustaz Nazmi insyaallah bila besar kelak semuanya pejuang-pejuang.Sebelum keluar dari rumah ,seorang anak dia kata :

"TAKBIR"

adik dia jawab "ALLAHUAKBAR"

Balik kepada berbuka puasa.Bila tengok keadaan kalut dan riuh rendah,teringat balik zaman foundation dulu.Lima tahun lepas.Tahun2005, tahun pertama masuk maktab.Sekarang dah tahun akhir.Masa dulu, ada 50 orang kami saja student Islam.Kamilah AJK Suraunya,kamilah Badan Kebajikan Suraunya.Imamnya dikalangan kami,Bilalnya dikalangan kami,makmumnya dikalangan kami,tukang masaknya kami,tukang hidangnya kami,tukang makannya kami,tukang basuh pun kami.

Macam-macam tuan empunya rumah sedia.Kurma,Murtabak,Popia,Kerepek,Puding Jagung,Dadih,Agar-Agar,Nasik Ayam, Nasi Daging,Karipap.Seronok makan ramai-ramai.Makan ramai-ramai ada berkatnya.Terima kasih la tuan rumah.Rasa seronok bila ada majlis macamtu.Teringat zaman dulu-dulu.Zaman kita baru mengenali antara satu sama lain.Aku makan banyak.Orang dah habis makan,balik aku masih bersila.Habis murtabak aku sapu.Licin.Sebelum balik bawak balik pulak bekal nasi ayam.Untuk sahur,

Harapan

Tadi Sahur ( SOQ) makan nasi ayam semalam.Walaupun dah panaskan aku macam tak yakin sebab nasi tu melekit-lekit.Housemate kata ok,minyak ja tu.aku pun Ok jugaklah,habes jugak 1 bungkus.Harapannya OK lah.Jumaat lepas dah berlaku sejarah hitam dalam puasa kali ni.Sapa taktau tengoklah post sebelum ni.Kerabu telah difitnah.Berharap peristiwa hitam tidak akan berlaku harini.

6 ulasan:

AyNna MumTazaH berkata...

hehe..2005-2010..lame sungguh mse 2..moge sntiase segar dlm ingatan kte..=)

org Tepen berkata...

makan saoq tadi dengan sup ayam yehaaaaaaaaaaaaaaaa

Zarpeno berkata...

Nampaknya harapan menjadi nyata.perut sihat sehingga waktu ini. =)

hans berkata...

aku sahur tadi dengan kek
hohoho

P/S : Prank Bulan Puasa Yang Menjadi! Tahniah Casey! LUKENABEB!

NuHA berkata...

trima kasih ye en. zarep n kawan2 yg hadir...siap buat refleksi lg...pasni kita buat lg naa..

Zarpeno berkata...

trima kasih tuan rumah ya...buat lagi nanti.sahur pun disponsor.hehe buat slalu takpa.

Blog Widget by LinkWithin