23/12/08

JejaKacak Minggu Pertama



5 TIPS KEKAL FIT DAN CERGAS


Minggu ini, kita akan mengenali peserta pertama dalam JejaKacak ( Jejak Jejaka Kacak ). Hamzah ataupun nama manjanya Hamzah telah menawan lensa Bijirin minggu ini.Kita akan berkongsi tips-tips untuk kekal Fit dan Cergas dengan JejaKacak minggu ini.

>> PROFIL <<

Nama : Hamzah Bin Abdul Mutalib

Nick : Hamzah

Tarikh Lahir : 20 November 1987

Asal : Alor Setar

Pekerjaan : pelajar tahun pertama di Institut Perguruan Perlis

Hobi : Futsal,Menonton Tv

Zodiak : Scorpio

Contact : http://www.mysabrosa.blogspot.com


Hamzah adalah seorang yang aktif dibidang sukan dimana mewakli IP Perlis dalam sukan dan olahraga.Antara sukan yang diceburi adalah bola sepak, futsal, memanah,menunggang kuda dan juga lompat tinggi bergalah.Acara melempar cakera dan lari berpagar adalah acara "favourite" katanya.

Untuk kekal fit dan cergas, inilah rahsia-rahsia si jejaka yang enggan memberitahu tentang statusnya :

1. Tidak merokok dan mengambil minuman keras kerana doktor dan pakar perubatan tidak lupa juga bomoh,pawang dan dukun telah mengesahkan bahawa merokok dan mengambil minuman keras sangat berbahaya untuk kesihatan diri dan keluarga terutamanya ketika memandu seperti yang dinyatakan didalam iklan di tv dalam kehidupan kita sehar-hari.

2. Berjogging 3 kali seminggu adalah ramuan yang paling mujarab untuk kekal fit dan cergas.Hamzah berjogging 3 kali seminggu mengelilingi maktabnya sejauh dua pusingan.Dan kadang kala pada waktu cuti Hamzah masih mendisiplinkan diri untuk berjogging jika rajin.Jika tidak sempat hamzah akan berjogging sambil berenang kuak kupu-kupu diatas katilnya sehingga rasa sakit dibahagian belakang.Dia hanya akan berhenti apabila dimaki hamun oleh ahli keluarga yang lain.

3.Bangun awal setiap pagi.Setiap hari, hamzah akan bangun awal untuk memulakan harinya yang kadang kala malang.Hamzah tidak akan tidur selepas solat Subuh pada waktu cuti tetapi dia hanya akan tidur selepas sarapan pagi.

4. Tidak menahan perut dari makan makanan yang sedap.Hamzah tidak sesekali mengamalkan pantang dalam pemakananya seharian.Beliau memakan semua jenih makanan yang ada didepan mata.Makanan kegemarannya adalah SUP TELINGA LALA dan juga TAPAK KAKI LEMBU masak cuka.

5.Tips yang terakhir adalah berkawan dengan Ahmad Najib bin Azmi untuk memastikan tips-tips diatas kekal.

Nantikan kedatangan JejaKacak Minggu ke 2!!~

7 ulasan:

sabrosa berkata...

dejey..mcm apa lagi..menang dapat apa ni??ahhaha...

ALUNAN TINTA berkata...

sory ye nak nyibuk..
tip yang ketiga tu rasanya x kot..menurut sumber2 yg bley dipercayai,dia bgun paling awai pukui 12TGH!!HARAP MAKLUM.

sabrosa berkata...

btui la 2..bgun subuh..pastu breakfasr truih..pukui 7 masuk bilik sambung tdoq la...hahahaha

Syazwan Yazid berkata...

haha! ni mungkin lakonan semata-mata...huahahaha!

nazer berkata...

aku xpercaya dia bleh msuk senarai jejaka kacak nie..
yg tips last tu aku trima..
dia mmg ngan mat najib sama..
bebai..
baloq liat
hahaha

sabrosa berkata...

tudia...mat nazer..lelaki kacak minggu ke4 pa ...hahaa

Zarpeno berkata...

zarepan : nanti dihujung rancangan kita buat undian jejaka mana hat buleh menang..ni jejaka febret pa..haha

Blog Widget by LinkWithin