27/02/09

Netball




















12 Februari
Baru abeh klaih..fizik kot masa tu...tiba2 badan berasa bergegar-gegar,rupa-rupanya handphone Nokia 1100i berwarna biru dan lampunya kuning namun terdapat torchlight dihadapannya jika ditekan dua kali anak panah ke atas.HP itu kepunyaan En Shahrul.Panggilan tersebut dari seorang rakan@junior dari 2nd year PJ. " Hang nak main netball kan?mai nama penuh dgn IC "

Encik Shahrul sangatlah berminat dengan permainan netball.Hal ini berlaku sejak dua tahun yang lalu ketika PJ apabila lecturer xdak, member-member sekelas ajak main lepaih pada tu En Shahrul tidak lagi berjaya.Kali ini adalah peluang En Shahrul untuk melepaskan geramnya hehehe.

13 Februari
En Shahrul turun training seawal 7 pagi.En Shahrul tidak tahu menahu langsung kaedah bermain yang betul apatah lagi undang-undang dalam permainan Bola Jaring.Namun En Shahrul sanggup belajar demi hasrat untuk bermain bola jaring.

14 Februari
Jam 6.30 Pagi En Shahrul menyetat ( start) motonya untuk bersama ahli-ahli pasukan untuk menaiki bas bersama-sama.7 Pagi, bertolak ke Sungai Tiang, Pendang Kedah.Pertandingan Bola Jaring Terbuka Anjuran UMNO Sungai Tiang.

Kontijen terdiri daripada 4 pasukan, 2 pasukan kategori remaja dan 2 pasukan kategori lelaki terbuka.Pasukan-Pasukan tersebut adalah :
1. Fabulous Girl
2. Fantabulous Girl
3. Jargon Ramirez
4.Jagong Ramireng

Encik Shahrul diserap dalam pasukan Jagung Ramireng sebagai seorang GS ( Goal Shooter ) yang kurang berfungsi sebenarnya.pada hari itu hanya dua perlawanan sempat dimainkan dan Jagong Ramireng ditewaskan dalam kedua-dua perlawanan.





15 Februari
Pertemuan pertama adalah diantara Jagong Ramireng dan Jargon Ramirez.Jagong Ramireng berjaya ditewaskan oleh rakan sendiri.Kemudian Jagong berjaya memenangi dua perlawanan berikutnya dan kalah 2 lagi perlawanan.Walaupun kalah En Shahrul menganggap ini adalah satu pendedahan yang baik.En Shahrul tidak kisah menerima kritikan ataupun kata-kata keji dan kesat kerana En Shahrul hanya sempat berlatih selama 1 jam 30 minit sebelum memasuki pertandingan ini.

pengalam bermain bola jaring amat menyeronokkan kerana ini adalah kali pertama buat En





Shahrul.En Shahrul amat gembira kerana banyak ilmu yang telah dipelajari.Pengalaman tidak akan merugikan kita.Pengalaman telah mendewasakan,mematangkan fikiran.




























































Friendly

26/02/09

Tagged By MySabrosa

Tagged By Sabrosa

TANDA-TANDA

Tanda2 kamu bad mood??
Dok Diam2 X cara kat oghe

ii, Tanda2 kamu marah??
Mata tajam sambey mulut memaki-maki

iii, Tanda2 kamu sinting??
Kedua-dua lengan baju dinaikkan sedikit.hahaha

v, Tanda2 kamu sedang cemburu??
Buat Xtau

vi, Tanda2 kamu sedang sedih??
Tak Buatpa

vii, Tanda2 kamu tengah gumbira??
Macam Besa.Hari2 gumbira

APA

Apa warna baju kamu pakai sekarang ini??
xpakai baju pon

ii, Apakah kamu termasuk orang yang suka shopping??
dak sangat,tapi p shopping complex kerap jugak

iii, Apakah kamu percaya love at first sight??
cinta pandang pertama bukanlah termasuk dalam perkara wajib dipercayai seperti percaya kepada hari kiamat

iv, Apakah yang ingin kamu lakukan sekarang??
saya ingin menaip perkataaan INI

v, Apa rasa di hati kamu saat ini??
Rasa tiada apa2 pon

BILA

Bila kali pertama kamu dilahirkan ke dunia??
24 Oktober 1987 bersamaan tahun arnab adalah kali pertama.Percubaan kedua mungkin gagal.

ii, Bila saat terindah dalam hidup kamu?
apabila tidur jam 10 setelah solat isyak dan terjaga pukul 6.30 tanpa sebarang mimpi atau terjaga digangu nyamuk dan makhluk halus

iii, Bila kali terakhir di marahi ibubapa??
cuti yang lalu

v, Bila kali terakhir ehem ehem ehem???
baru tatsat.tadi batuk keluaq gelema ( kahak ) hijau.Paihtu buat bunyi ehem ehem

v, Bila kamu akan married??
bodoh soalan sat BM dihujungnya BI.mana la nak tau.mangkok btoi.awat tak tanya bila mau mati.

BAGAIMANA

Bagaimana jika ada orang yang buat kamu sakit hati??
Maki secara langsung dan menunjukkan isyarat lucah.

ii, Bagaimana kalau ada orang cakap kamu lawa/hensem??
tanya dia makan dak lg?

iii, Bagaimana jika ada teman kamu meninggalkan kamu??
Takpa, pi la..takkan dia nak p Toilet nak ikut jugak

iv, Bagaimana jika ada orang yang tidak suka sama kamu??
takpa aih..hang tak rugi aku pon tak rugi

v, Bagaimana kalau ketika kamu bangun, kamu dikelilingi api??
lari la cangak lagi

vi, Bagaimana jika kamu keseorangan??
tidoq



Aku Mau Mengetag

AZIZUL AFANDI

22/02/09

Bruce Lee



Salam Pertemuan,Salam perjumpaan, Salam Bertepian dan Abdul Salam bin Mukhtar.



Kenalkah anda dengan Bruce Lee?

Bruce Lee adalah seorang "martial arts performer" yang terkenal di seantero dunia.Tetapi dua minggu yang lalu, En Shahrul selaku wartawan kanan( Naik Pangkat ) Bijirin telah menemui sesuatu yang agak menarik untuk dikongsi bersama dengan pembaca-pembaca.

Pada suatu tengah hari Jumaat yang berlalu-lalang, pada ketika En Shahrul sedang menikmati air soya dibawah pohon ceri berdekatan masjid.Sebelum ke Masjid En. Shahrul sempat lagi menikmati air soya dan taufufah tidak lupa juga dua biji donat dan tiga biji karipap berintikan daging burung unta dan tiga lagi berintikan kurma lala.

Ada seorang pelanggan yang dianggap En Shah bahawa berbangsa Cina sedang menikmati taufufah berperisa pandan.

Pak Cik itu bernama Bakarudin Roslee ataupun nama gelarannya adalah Berus Gigi Lee.Beliau kini bekerja disebuah kilang gula di Prai, Pulau Pinang.Selain dari gula, kilang tersebut juga menenun batik tempatan.Beliau adalah adik kepada Bruce Lee.Ya Bruce Lee!!

Bruce Lee ataupun nama sebenarnya Baharuddin Roslee sebenarnya berasal dari Gurun, Kedah.Bruce Lee berketurunan Baba dan Nyonya.Masyarakat Baba da Nyonya juga dikenali sebagai Kaum Cina Peranakan adalah masyarakat Cina yang mengamalkan budaya ataupun menjalani kehidupan seperti orang Melayu.Contohnya makanan dan percakapan.Mereka menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan.Apabila ditanya supaya menceritakan tentang Bruce Lee lebih lanjut, Berus Gigi Lee enggan, tetapi setelah diberi sebiji karipap berintikan kurma lala, beliau terus menceritakan secara terperinci.

Baharuddin Roslee pada asalnya adalah seorang kanak-kanak yang nakal, hobinya adalah menupul stem,mencari kenalan baru dan juga menangkap rama-rama.Cita-citanya yang ingin meneruskan pengajian di Sekolah Pondok, Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena dihalang oleh keluarga kerana beliau tidak bersunat.Sedih dengan perkara itu, Bruce Lee membawa diri ke Amerika Syarikat.

Setibanya di Amerika Syarikat beliau berlatih seni kung fu dengan bersungguh-sungguh.Beliau berguru dengan seorang mahaguru kungfu yang terkenal iaitu Lim Pek Siah dari Hong Kong.Sambil berkungfu, beliau mengambil peluang untuk melanjutkan pelajarannya.Beliau belajar di La Salle College dan kemudian di St. Francis Xavier College.

Selepas itu, beliau berminat menceburi bidang lakonan di Hollywood.Namanya Baharudin Roslee tidak mendapat persetujuan producer pada ketika itu kerana tidak komersial.Lantas beliau menggunakan nama Bruce Lee.Banyak filem yang telah dilakonkan olehnya antaranya Fist of Fury dan Way of The Dragon.Tetapi sebelum pada filem itu, beliau sempat melakonkan filem yang meggunakan loghat KEDAH.Walaupun sudah lama di Amerika tetapi beliau masih fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.

Ketika azan berkumandang, En Shahrul lekaas-lekas bagun untuk ke masjid dan membiarkan Berus Gigi Lee terpinga-pinga kerana terpaksa membayar semua makanan dan minuman En Shahrul.

Diakhir post ini Bijirin telah Melink sedutan dari filem tersebut.Lihatlah sendiri.

http://www.youtube.com/watch?v=CRjr-jLQ4WE

5/02/09

Terbaru

Salam Pertemuan, Salam Persahabatan, Salam Mesra, Salam Sejahtera, Berjabat Salam, Solomon Kalou dan juga Salam Februari.


Pertama sekali En Bijirin ingin memohon maaf dan ampun kerana ketiadaan post-post terbaru.Dah lama Bijirin tidak menulis.Maklumlah masalah ketiadaan capaian internet memberi sedikit halangan untuk En Bijirin menulis entri-entri baru disamping kesibukan di permulaan semester.Penulis acapkali dimaki hamun serta dihina oleh pengikut-pengikut kerana ketiadaan entri baruSebenarnya Encik Bijirin telah terkena buatan orang dimana En Bijirin dipercayai terkena Penyakit Misteri..Kali ini kita akan berkongsi tentang cerita rumah En. Shahrul iaitu salah seorang wartawan Bijirin.

Semenjak tahun 2005, En. Shahrul menetap di asrama di sebuah institusi pendidikan yang dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya di Seberang Perai Pulau Pinang,Malaysia.Namun setelah tahun demi tahun, En. Shahrul terpaksa berpindah duduk diluar.Ini berikutan "prestasi baik" dan juga "tingkah laku yang mulia" menyebabkan En. Shahrul diarahkan untuk tinggal diluar.En. Shahrul yang kini pelajar tahun ke-3 telah berpindah masuk pada 5hb Januari 2009.


Rumah sewaan En. Shahrul mempunyai isi kandungan seramai 4 orang termasuk En. Shahrul sendiri.Mereka ialah Encik Mat Jim,Encik Mat Shah dan Encik Saripudin.Ahli-Ahli rumah En Shahrul dibeli jolokan "Rumah Perot Bodoh" kerana mereka berempat mempunyai pangkat PJK ( Perut Jauh Kehadapan ) yang sangat comel kelihatannya.



Rajah 1.0

Rajah 1.0 MenunjukkanEncik Saripudin.Beliau berasal dari Kuala Kangsar, Perak.Encik Saripudin tinggal berdekatan dengan bilik encik Shahrul iaitu bersebelahan sahaja.Sehingga kini, En Saripudin belum memiliki tilam,lemek, toto, dan seangkatan dengannya.Perkara ini amatlah mendukacitakan pada mata encik Shahrul.Tetapi En Saripudin tetap yakin apabila tidur tanpa sebarang tilam.Encik Saripudin adalah rakan sekelas En. Shahrul.Encik Saripudin mempunyai haiwan peliharaan iaitu seekor Makhluk Kuning yang dinamakan En Bob.En Bob selalu muncul di kaca TV di channel 9 pada Jam 5 Isnin-Jumaat.


Rajah 2.0


Rajah 2.0 diatas menunjukkan En Mat Ajim.Beliau berasal dari Pasir Mas , Kelantan.Encik Mat Ajim tidak sama kelas dengan En Shahrul tetapi beliau adalah rumate kepada wartawan kita sejak dahulu kala.En Mat Ajim adalah sangat ketua dalam sukan Badminton walaupun ketinggian beliau agak berkurangan.Heheheh..Beliau sangat hebat dimana satu ketika dahulu Dato' Lee Chong Wei pernah ditewaskan dalam satu pertandingan pada Februari 2007 di Bukit Mertajam.Pertandingan tersebut adalah pertandingan Guli Berirama Tertutup Pulau Pinang.En Mat Ajim telah mengalahkan Lee Chong Wei dengan Straight set 93-2, 199-1.Kini Encik Mat Ajim sedang menjalani latihan pesat dalam membina otot-otot yang tegap dan kuat sambil perut terus maju kehadapan.Diharapkan Mat Ajim dapat menewaskan Sazali Samad dalam pertandingan Ratu Kebaya Peringkat Kebangsaan Jun nanti.





Rajah 3.0

Rajah 3.0 menunjukkan En Mat Shah.En Mat Shah berasal dari BAchok Kelantan.Wajahnya yang agak kecina-cinaan menyebabkan beliau sering dipandang serong apabila membaca doa makan dan juga ketika ke masjid mahupun ke majlis agama.Tahukah anda tentang Air Bed?Seperti yang kita ketahui, Jika ingin mengisi air bed dengan angin maka perlulah kita penggunakan pam sama ada pam tekan-tekan atau elektrik.En mat Shah mampu meniup air bednya hingga penuh tanpa memerlukan bantuan atau sokongan alatan-alatan seperti yang dinyatakan diatas.




En Shahrul

Ya gambar diatas tidak lain tidak bukan lagi, itulah encik Shahrul wartawan bijirin.Identiti dan latar belakang en Shahrul tidak dapat disiarkan kerana butir-butir peribadi En. Shahrul adalah terkandung dalam akta Rahsia Sulit 1986 .Sesiapa yang menyiarkan butir-butir peribadi En. Shahrul boleh dikenakan tindakan undang-undang Akta 156 Seksyen 17 Shah Alam, Kanun Kelucahan.


Istimewanya rumah baru ini adalah ianya terletak berdekatan dengan loji septik atau secara kahaqnya dikatakan sebagai LOJI TAIK.Walaupun berdekatan dengan Loji Taik, Encik Shahrul berasa amat bangga kerana bukan calang-calang orang yang sanggup tinggal berdekatan loji taik.
Kepada sesiapa yang ingin menikmati pemandangan loji kumbahan tersebut silalah berkunjung ke rumah En. Shahrul.

3/02/09

READING TEST

I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!
Blog Widget by LinkWithin