29/04/09

Top 4 Things About Me

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
1. Zarep
2. Yeh ( klate )
3. Aip
4. Zarik

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
1. October 24
2. November 28 : Latifah's Birthday
3. April 1 : April Fool
4. May 16th : Teachers Day

FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1. Makan Cendoi + goreng pisag+karipap
2. Bukak Kasut
3. on Pc
4. Sangkut baju

FOUR WAYS TO BE HAPPY:
1. Makan
2. Tidoq
3. Tgk Sinchan
4. Sports/Recreation

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1. MyVi
2. Adidas Sports Shoes
3. SLR Camera
4. cheque worth RM 80 000

FOUR OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
1. Tidoq
2. makan
3. Jalan-Jalan
4. menyembang

FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
1. Paris
2.Melaka
4. Phuket
5. Amsterdam

FOUR FAVORITE DRINKS:
1. Ayaq Suam
2. teh O Laici
3. Limau Ais
4. Milo

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR ROOM (besides the obvious furniture ?):
1. Baju
2. Seluaq
3. Sweater
4.Laundy bag

FOUR FAVORITE COLORS:
1. White
2. Black
3. Red
4. Green

TOP FOUR HANGOUTS:
1. Carrefour Sbrg perai
2. Koteow Iman
3. Siam
4. Bwh Getok

TOP FOUR YOU LOVE SO MUCH:
1. Me
2. Mak & Abah
3. Latifah
4. Senyum & Sengeh

TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU:
1. Senyum
2. handphone
3. My Birthday Presents
4. MyKad.hahaha

27/04/09

SHSG -6

hello..meet again

SHSG - 5




Gambar Diambil Sekitar 2008

Mari usha gambar ini.Ini adalah gambar pertandingan memasak tanpa api.Dua orang ahli Kadet Remaja Sekolah ini berjaya menyiapkan 4 jenis masakan.Antaranya adalah :
1- Kerabu Sontamoro
yang lain tak ingat, nampak macam sandwich saja..Nampaknya makanan mereka kurang menyelerakan kenapa?

Lihatlah dimeja sebelah...siap ada jus buah-buahan lagi.MAcam mana mereka buat?pijak kah? tidak!!!
mereka menggunakan blender.BLENDER?"eh ni mana aci,kata masak tanpa api" kata pemuda KRS. "Tak lah,ni kitaorang guna elektrik ".

"cantik la,mentang-mentang adik bradik hang jadi juri buleh la...baik aku bawak periuk karan ka belanga karan ka masak chicken chop tak guna api pon" Pertandingan masak tanpa api antara unit beruniform sepatutnya guna bahan yang ada masa kita pergi berkhemah...hai tak paham depa ni...

nak tau sapa menang?
mestila yang ada jus buah-buahan,fruit cocktail...

Lainkali bawak bersama :

1. pemarut nyok menggunakan elektrik
2. Pak Cik eskerim besama locengnya ataupun rakaman lagu paddle pop, paddle pop
3.Cerek Elektrik untuk membancuh kopi radix
4. Peti sejuk - untuk membuat radix ber ais.


*gambar ini sedikit sebanyak mengimbau kenangan lalu dan menyebabkan penulis agak beremosi..anda harus senyum tidak iklas seperti di atas apabila berurusan dengan orang yang bodoh.Jika kita cuba menerangkan situasi sebenar dan mereka tak mau dengar,kita pon jadi bodoh.stupid dumb dumb dumb.

Silalah maki urusetia yang sebegini sekiranya situasi ini terjadi kepada anda.Saya ingin mengingatkan anda jangan menunjukkan isyarat lucah.hanya maki hamun sahaja okey.

*** semangat kesukanan dan bersaing secara sihat rakyat Malaysia dimusnahkan oleh manusia sebegini ***

25/04/09

SHSG - 5


Satu Hari Satu Gambar - 5

Sepatotnya Sabtu dan Ahad adalah off day, tidak ada SHSG tapi sebab nak bubuh jugak..Sumber gambaq adalah dari friendster kerana ketika ini penulis pulang ke kampung halaman jadi sumber gambaq adalah terhad.





Sila Rate Foto Ini
siapakah lelaki pujaan anda ? dari kiri :
1.Yang Tinggi
2. Yang Berjambang
3.Yang Gemuk
4.Yang Berbeg

23/04/09


Gambar Sahaja Tiada Description 2











SHSG -4



Salam Hormat.Tabik Hormat.Hormat Kekanan dan juga Hormat-Menghormati dan bertegur sapa.Ini adalah SHSG ke -4.



Latar belakang nampaknya seperti keadaan adalah dilibrary atau pun perpustakaan.Perpustakaan juga boleh dikenali sebagai gedung ilmu,jambatan ilmu,LRT ilmu,ataupun flyover ilmu atau apa sahaja kecuali ilmu hitam yang memuja-muja syaiton.

Keadaan baju yang kuning agak sesuai dipakai oleh jejaka ini.Tie yang dikenakan juga mungkin sesuai kerana kita tidak dapat melihat keadaan tie sepenuhnya.Tie mungkin tidak sesuai jika ada gambar perempuan sedang mandi dan berkemban ditengah-tengah tie ini.

Keadaan rambut yang kurang dikepala tidak menggugat kehenseman.Malah kekurangan rambut menambahkan lagi peratus kekacakan pemuda ini.tetapi gambar rajah ini adalah diambil sekitar tahun 2006.keadaan mungkin tidak sama sekarang.


Sila Rate Foto Ini
1- Lawa
2-Segak
3-Aneh
4- tampan
5- tidak kena mengena dgn jawapan diatas

22/04/09

SHSG - 3




Ini bukan gambar lucah.Ini adalah gambar separa lucah.Lihatlah jejaka-jejaka ini.Apa yang depa buat tu?Apa nak jadi dengan pemuda-pemuda zaman sekarang.Tidakkah anda sedar anda adalah tonggak negara.(apa itu tonggak adakah seperti tombak? )

Oh jangan salah faham mereka bukanlah sedang menghidu gam,menghisap dadah,bukan juga mereka menghisap dada.Akan tetapi mereka sedang mencuri makanan lebih ketika sesi barbeku 2 jam sebelumnya.Perbuatan pemuda-pemuda ini harus disanung kerana mengelakkan pembaziran berlaku secara berleluasa kerana membazir adalah amalan syaitonn.

Sila Rate Foto Ini


Jejaka Manakah Harus diberi Pujian Berdasarkan Kekacakan dan Kesematan

1.yang Bertopi
2. yang Berkaca Mata
3.yang Berjanggut dan Berambut Tebal
4.yang Berisi

21/04/09

SHSG -2

Satu Hari Satu Gambar ( SHSG ) - 2

Salam pertemuan,salam sayang , salam-bersalaman,salam pengakap, Muhamad Qodri Bin Abdul Salam dan juga salam perantauan.Bertemu kembali dalam SHSG.SHSG adalah cetusan atau ilham penulis untuk tidak mengosongkan blognya.Secara tidak langsung, arakianya maka tersebutlah sumber gambar-gambar ini datang dari hardrivenya sendiri.



Mari kita lihat foto ini.Lihatlah akan jaketnya.Mengapa jaket ini kelihatan herot disebelah kiri?mungkin buah pinggang sebelah kanan yang terlalu besar menyebabkan perkaran ini berlaku?Jaket kelihatannya agak lusuh dan tidak up-to-date ataupun tidak mengikuti perkembangan fesyen ketika itu.

Tali leher adalah sangat cantik dan menawan tetapi tali leher tidak dikenakan dengan betul kerana tidak rapat ke kolar baju.Selain itu, tali leher juga agak panjang.

Mari pula kita lihat keadaan seluar.Nampaknya keadaan pinggang dan juga peha agak lebar disini.Pinggang ini mungkin bukan pinggang idaman kerana pinggang yang besar akan menyebabkan kita kelihatan hip-hop walaupun kita adalah kategori etnik kreatif.Peha yang besar tidaklah membantu dalam larian pecut berdasarkan gambar ini.Peha yang besar terhasil dari permakanan yang tidak dikawal.Peha yang besar bukanlah terdiri daripada otot-otot gagah tetapi dibentuk daripada lemak-lemak yang berlemak disukai ramai.

Senyuman sangat manis menawan mengalahkan Tan Sri P Ramlee.Agak kacak pula kelihatanya ya.Hehhe.

Sila Rate Foto Ini

1. Tidak Hensem dan Kacak
2. Berat badan berlebihan
3.Comel
4.Hensem dan Kacak
5.Tergoda

20/04/09

Pemberi : Sabrosa
Penerima : Encik Zarif Kacak
Ucapan : Terimakaseh, menyusahkan aku ja dok bagi benda ni.haih.hehe













award rules :
1. Insert this badge or the pic above to inform u have been awarded.
2. Make sure u take the pic n said it is from.
3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog
5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged !!!

::Tentang Saya::
1. gemok
2. saya mengantok
3. saya mungkin serius
4. saya kurang pendiam
5. saya sukan bersukan kalau rajin
6.saya suka aktiviti diluar pintu tidak kira pintu belakang atau depan.
7. warganegara Malaysia
8.Beperwatakan menarik
9. suka makan
10. saya menantok lagi ni

::Award neh dipanjangkan kepada::
1.Muna Izzah
2.Fernando Secreto di Amour
3.MekToq
4.Sakinah
5.Kucing


19/04/09

Satu Hari Satu Gambar (SHSG) - 1



Baju
Adalah bergaya dan kacak kenampakan jejaka berbaju hijau tersebut.Hal ini adalah kerana baju batik dikenakan oleh beliau adalah baju batik pemberian dari seseorang akibat daripada tuan baju tidak lagi muat dipakai badan tuannya.Maka jejaka diatas adalah empunya baju batik hijau tersebut.

Cermin Mata
Cermin mata yang sesuai sangatlah penting kerana perkara ini menimbulkan lagi kehenseman,ketampanan dan juga kesmartan pemakainya.Contoh pemilihan cermin diatas telah menaikan seri muka sipemakainya nampak seperti memakai seri kaya dimuka sahaja kelihatannya..Jejaka Scorpio diatas kelihatan kacak dan bergaya memakai cermin mata yang sebenarnya kepunyaan anak murid dalam acara senamrobik.

Sila Rate Foto Ini

1- Best
2- Stail
3.Bergaya
4. Kacak
5. Semua diatas

18/04/09

Gambar Sahaja Tiada Description (1)













Semangat



Pada Sabtu 11 April 2009 yang lalu, SK Padang Menora telah mengadakan Hari Sukan sekolah.Pada tahun ini, adalah julung-julung kalinya SK Padang Menora mempunyai padang sendiri.Secara tidak langsungnya Padang dirasmikan pada tahun 2009.

Cikgu bersama rakan-rakan yang lain diberikan amanah untuk melatih kanak-kanak comel tahun 2&3 seramai entah berapa jumlah sebenarnya,kadang-kadang 35 kadang-kadang 36 kadang-kadang 34..

Melatih budak darjah 2 dan 3 ni hanya Tuhan saja yang tahu apa itu kesabaran.2 minggu tak cukup kawan-kawan..4 hari seminggu ja latihan.Tetapi apabila dilihat dek semangat yang ditunjukkan anak-anak murid untuk sanggup menghabiskan masa untuk berlatih diwaktu 12.35-1.35 setiap Isnin-Khamis, kami juga menjadi begitu bersemangat dan teruja.Walaupun saya sudah mengetahui mereka amat gembira kerana mereka dapat menge LAP atau tuang atau ponteng kelas tasmik mereka.Kelas tasmik juga dikenali sebagai kelas agama/mengaji.Kecik-kecik lagi pandai main tipu dah.Ches..


Tempoh dua minggu memang tak cukup untuk kanak-kanak comel.Tetapi semangatyang ditunjukkan mereka harus dipujian.Anak Murid Cikgu mmg hebat.







15/04/09

Selamat Tinggal


15.04.0 12.35 p.m.

Afiqah : Cikgu,hadiah ada kat Auni.

Cikgu : ??

Cikgu : Ni awat kamu nak balik dah, tak pi Koko ( Kokurikulum) ka?

Afiqah : Adik saya pala dia benjoi (benjol ) kena apa tah.

Cikgu : Ha, Ok takpa2..

15.04.09 1.30 p.m
depan kantin, ramai budak2 tengok...Pakcik Kantin ,PK Koko pun ada



Qudsyah : Cikgu ni Auni dengan Afiqah bagi

Cikgu : ?? ( ambek lalu simpan dalam beg )

PK Koko : hah dapat hadiah dah? jangan love letter sudah la..hehe

Cikgu : Eh dak2..hehe









Afiqah, Auni hampa la orang first mengaku anak murid aku..Thanks...




7/04/09

Picture Updates

Gambar- Gambar di S.K Padang Menora









macam ni pon buleh




Kecik-Kecik Lagi Pandai Tempek Dah



Pengadil-Pengadil Acara 100M dan 50 M



Cikgu Hisyam : Teknik Sepak Sila Yang Betul



Warm Up



Apa Kita Nak Buat Ni

4/04/09

Tagged from Sabrosa

Two names you are called that are not your real name:
1. Cikgu - budak2 sekolah pangey
2. Sir - juga budak2 sekolah pangey

Two things you're wearing now:
1. T-shirt blue black belang ijau and white
2. Grey Adidas Track Bottom

What are 2 of your favorite things to do?
1. Tidoq.
2. Sukan

Two things you want very badly at the moment:
1. Tidoq
2. Nak p toilet

Two of the people who will fill this out and return
1. lalang
2. muna

Two things you did yesterday:
1. Tgk From Beijing With Love
2. Ajaq Senamrobik kat Skolah

Two things you ate yesterday:
1. Sumi warna merah
2. Nasik+Kicap+Sardin+teloq goreng

Two people you last talked to:
1. Mi-G ( call ) - " topap xdak"
2. Saripuddin - "vacum ada dlm stor"

Two things you are doing tomorrow:
1. Meniaga Ayaq dkat Hari Terbuka Asrama.
2. Buat Lesson Plan Dgn ABM

Two favorite holidays:
1. ataih tilam
2. paris - xpenah pi pon

Two favorite drinks:
1. Teh o ais
2. Ayaq Suam


Dekan Lafaz Bismillahirahmanirahim Saya Mengetag

1. Muna - sbb hang tag aku haritu
2. Lalang - tgk blog baru buat ja

3/04/09

Kalut..

Minggu ni cukup dua minggu En.Shahrul mengajaq.Untuk pengetahuan En. Shahrul mungkin menjadi seorang guru menjelang 2011 InsyaAllah.En Shahrul sedang menjalani praktikum fasa 1 selama 4 minggu bertempat di SK Padang Menora atau orang-orang disitu pangey Sekolah Jarak.

Mari kita lihat perkataan Padang Menora.Padang adalah tempat yang lapang dan berumput dimana kita boleh melakukan pelbagai aktiviti sukan,permainan dan rekreasi kecuali aktiviti air seperti scuba diving.Dan apa pula Menora?En Shahrul belum dapat mengenal pasti definisi Menora itu.

Seawal 7 pagi En. Shahrul sudah bergerak menuju ke sekolah.Perkara ini tidak mungkin terjadi dan tidak pernah terjadi sepanjang berada di Institut Perguruan.En Shahrul diberi kelas 3 Nilam dan 4 Delima untuk subjek Sians dan 3 Nilam untuk subjek Pendidikan Jasmani.

Ketika itu hari ke-3 En Shahrul berada di sekolah, bersama 4 rakan yang lain mereka diberi tugas untuk "menghandle" satu senamrobik untuk dipersembahkan pada Hari Sukan Sekolah pada 11 April.Maka bermula keesokan harinya 12.35-1.35 tengah hari mereka perlu menghandle kanak-kanak comel dari 2&3 Nilam untuk satu senamrobik.

Mereka berlima adalah guru pelatih lelaki, dan bukan setakat pandai dalam senamrobik, tetapi mereka memandai-mandai.Walaupun pergerakan mereka seberti batang kayu hoki yang menari serta pergerakan-pergerakan yang boleh menyebabkan sakit perut jika ditonton.

Setelah itu diwaktu petang tepat jam 4 mereka kembali ke sekolah untuk mengendalikan latihan takraw.En Shahrul terutamanya yang pengkaq dalam sukan takraw sekali lagi membuat kepala ketika disuruh mengajar takraw tahun 5.Latihan tamat apda jam 6 petang.

Diwaktu malam terpaksa pula En Shahrul membuat lesson plan dan bahan bantu mengajar ( teaching and learning aids ).Lesson plan cikgu disekolah adalah sepanjang jari telunjuk sahaja tetapi untuk perhatian guru pelatih, mereka terpaksa membuat lesson plan sebanyak 3 muka surat untuk satu lesson.Kalau sehari ada dua klas maknanya 6 saja lah!

Setiap hari rabu,mereka akan pulang sekitar jam 3 petang kerana pada jam 1.30-2.30 ada aktiviti gerko atau Gerak kerja kokurukulum.Mereka juga terlibat dalam aktiviti persatuan dan unit beruniform.Apabila pulang, rumah nampaknya dalam keadaan tidak terurus,baju banyak gila tak basuh.

En. Shahrul mengenangkan nasip rakan-rakan lain yang perlu ke sekolah apda hari Sabtu..
Blog Widget by LinkWithin