18/12/09

WIRA SUKAN SEA : Anak Dungun gegar Vietnam




Lagu Negaraku berkumandang dengan cukup megah di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Sukan SEA 2003. Alunan itu menjadi saksi kejayaan Nazmizan dalam acara 100 meter.

Pencapaian itu sekali gus menobatkan anak kelahiran Kampung Durian Mentangau, Dungun Terengganu, Nazmizan sebagai Raja Pecut Asia Tenggara.

Malah, Nazmizan melengkapkan tahun penuh gemilangnya di Hanoi dengan kemenangan berganda dalam acara 200 meter, sekali gus menjadikannya atlet Malaysia pertama meraih emas acara 100 dan 200 meter di Sukan SEA selepas 36 tahun.

Bagaimanapun, Nazmizan menganggap kejayaan itu sebagai 'keajaiban' yang mungkin tidak mampu diulanginya.


"Saya sebenarnya tidak layak untuk beraksi pada Sukan SEA 2003 kerana gagal melepasi had kelayakan. Namun, selepas perbincangan dan rayuan dibuat, saya telah diberi peluang, itu pun atas tiket sebagai atlet Kategori B.

"Tiada siapa mengenali saya ketika itu. Walaupun dalam hati kecil saya tetap terdetik untuk mencipta sejarah di bumi Vietnam. Ketika acara 100 meter berlangsung, saya tidak memikirkan apa-apa selain ingin menamatkan perlumbaan," jelasnya.

Nazmizan hanya mengambil masa 10.47 saat untuk meletakkan namanya dalam lipatan sejarah. Sekali gus mengulangi pencapaian yang pernah dilakukan G. Rajalingam di Bangkok pada tahun 1967.

Paling penting, kejayaan pada Sukan SEA itu telah mengubah kehidupan Nazmizan daripada anak kampung kepada bintang sukan tersohor tanah air.

Malah, pencapaian itu membolehkan Nazmizan berlatih di bawah kendalian bekas juara pecut Olimpik, Michael Johnson di Amerika Syarikat. Selain layak beraksi pada Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004



gambar dan petikan dari KOSMO


stedi abang mizan.hehe

3 ulasan:

hans berkata...

uish
vietnam lama punya lah
haha

Tanpa Nama berkata...

lama la tapi rekod dia tu xdk pelari malaysia bley buat lagi mng 2 golds..

Diamilikku berkata...

bangga ngan hubby i...

lama tak lama kita tunggu la bila pulak malaysia nak dapat double gold lagi...hahahhahaha.....mizan pun dapat lepas 36 tahun....

Blog Widget by LinkWithin