4/03/09

Cross Country ( Merentas Desa )









Pegawai-Pegawai yang Tidak Bertauliah

Isnin, 2 Mac 2009, bertempat di Astaka Waja Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun telah diadakan satu program Merentas Desa.Tapi nampaknya bukan merentas desa dah.Merentas Kebun Sayur-Sayuran dan juga Ladang Kelapa Sawit.Keadaan trek amatlah membanggakan dimana keadaan tanahnya yang terdiri dari pada tanah-tanah yang pelbagai.Antara tanah-tanah berikut adalah :

1. Tanah Biasa
2. Tanah berpasir
3.Tanah Merah
4.Tanah yang ada bekas batang-batang ubi yang baru dicantas
5.Tanah Gambut.
6.Tanah-tanah diatas bercampur dengan najis haiwan mughalazzoh seperti anjing diharapkan babi tiada.

Untuk pengetahuan semua umat manusia sekalian, program ini adalah terbitan eh silap anjuran 5 PISMP.Lebih kurang 140-170 orang pegawai telah bertugas sebelum,ketika dan selepas program tersebut.

Peserta mula berkumpul jam 2.30 depan astaka.Segala ucapan-ucapan dibuat.Tak salah nak memberi ucapan sebelum lari.Tapi ni macam ceramah apa pulak, lama jugak ucapan yang diberi.Dok nampak dah hujan sudah kunjung tiba.Bila hujan tau dak trek macam mana.Dibawah ini diberi satu persamaan sebagai contoh :

1.Tanah merah + air hujan = melekat,lembek,basah, kotoq dan yang penting skali licin!!

Peserta wanita dilepaskan dulu.

Saya juga tidak ketinggalan mengambil bahagian walaupun sebenaqnya saya tak payah ambek bahagian sebab batch kami jadi penganjur tetapi saya tetap pulun atau giat mara untuk belari jugak.Walaupun berat badan saya adalah berlebihan.

a.Starting kena pusing 400m dulu.Dah la ada sorang brader ni gaya amcam Atlet Kenya berseluaq pendek,bersinglet.Tadi masa org duduk kat astaka dia dok warm up kat bwh bumbung.Dasyat ni.

b.Lebih kurang 1km, saya ditempat 20 saya kira-kira sebab ramai dapat saya lihat kat depan tu.Setelah 1 km mulalah saya dalam keadaan tension apabila peserta-peserta wanita yang terlebih dahulu dilepaskan sedang berjalan sambil berdondang sayang.

c.Kalau nak jalan tu takpa,dok la tepi, ni tidak jalan sembang-sembang katop abeh jalan.Orang penat ni tau dak.

d.Oleh disebabkan keJAMan itu, setibanya dibatas ubi terpaksalah saya meredah dicelah-celah pokok ubi ( sorry En. Ah Seng Tuan Punya Kebun )

e.Kawasan berbukit-bukit dan berlumpur telah bermula, tension apabila merasakan tapak kasut sudah menjadi setebal 8cm sebab disaluti dengan lumpoq merah!!

f."Ok Zarep number 10"

g.Biaq benaq?mana pi habeh depa tadi?aik?takpa2

h.Sampai tanah gambut,kaki tenggelam keadaan tanah sangatlah melembutkan suasana.Tanaman nenas yang baru diambil dan tanahnya dibajak dengan trekta.Sempat lagi kaki saya tergeliat nampaknya apabila kaki tiba2 tepegheluih ( sila klik disini jika2 ada maksudnya )

i.Seorang pserta lelaki dah dipotong kat sini.

j.Oi penat kot ni baru sampai ladang kelapa sawit.2 km lebih lagi ni..

k."Ok Zarep hang number 8"

l.Awatla ladang klapa sawit ni pon tanahnya merah jugak,siap ada bukit lagi.

m.Sori la kawan2 dekat check point tak buleh nak sengeh,gelak,cakap dah penat gila wei angin nak habeh campoq kaki lengoh

n.Wah!!lagi 350 m! langkah dibuka..ada Drogba didepan..Drogba dipotong sukanya aku

o.150 meter terakhir Drogba telah memotong aku dengan jayanya dan dengan jujurnya saya dah jem .Takpalah dapat point jugak kot untuk ghumah.

p.Sampai ja penamat ada orang bg kertas L7.

q.Dapat jugak sumbang mata untuk rumah ungu..

Sejak 2006, trek nilah yang paling mencabar mental,fizikal dan juga semangat yakin diri.Terima Kasih semua.

**nanti ana try cari gambaq untuk ente2 semua lihat **





Pipi dan En. Kuppu yang Sedondon












Kali Yang Tidak Berjantung Mendahului Dari Permulaan Hingga Penamat



Penatnya Lari




Peserta Pilihan Pertama dan Kedua




Mintak Nyawa Mintak Nyawa

11 ulasan:

s k ! e y n berkata...

"Lebih kurang 1km, saya ditempat 20 saya kira-kira sebab ramai dapat saya lihat kat depan tu.Setelah 1 km mulalah saya dalam keadaan tension apabila peserta-peserta wanita yang terlebih dahulu dilepaskan sedang berjalan sambil berdondang sayang"

~aku la tue.. hehehe..~

ALUNAN TINTA berkata...

hahahha..sgt membanggakan.tahniah2.

Zarpeno berkata...

skieyn : hahah dari depan astaka ada dok jalan dah!!

miss tinta: membanggakan ada membangangkan pon ada.hehe neway tengkiu

syamira hameedy berkata...

fuh..
aku ngelat time tuh..
xlari pon..
bleh bantai tetidoq plak..
fuh..syiok.~~
haha

sabrosa berkata...

gila kemaih!!!fit teruk..hahaha..perkara biasa apabila kita tengah berlari dengan bersungguh dan agak kepenatan, tapi ada makhluk yang dok berdondang sayang sambil cabut2 daun dari poko tepi jalan la..dah la blok jalan kita..adoiiii...tahniah2..

sabrosa berkata...

KOT bila weh???dengaq kata ada wat relay jemputan..mat najib p kot..ritu kt uitm ngn IPSAH depa dapat GOLD..kemaih puak2 tu..hahah

Zarpeno berkata...

kot lepaih kagum..hahha

sabrosa berkata...

terbaik gila KOT lepas kagum..paling style..hahhaha

baskettoman_sg berkata...

kat taman rimba ramai berdondang sayang.. huhu. tahniah zarpeno!

Zarpeno berkata...

mai pakai lawa2, wangi2 paihtu dgaq mp3 paihtu main HP.wahaha

MiedzieSangatHampeh berkata...

dulu time sek xrajin ang nak lari...
huhuhu~

Blog Widget by LinkWithin