23/06/11

Where Am I- The Flight

BYE BYE

8 Februari 2011, seawal jam 4 pagi aku dah bangun. Kawan-kawan yang lain semua masih dok tidoq lagi. Aiii macamana buleh ramai pulak ni? Tadi macam sikit. Sekarang dekat dalam rumah macam penoh pulak manusia. Ni la yang bes pasai kawan-kawan ni. Ramai yang mai ke Sg. Tangkas ni , depa kata " kami nak pi babai hg". Bila tengah bangun sambil bediri tepi tingkap tingkat 5 tu, terfikir " haikh, bila la pulak nak balik mai,macamana la kat sana". Lepas aku bersiap-siap , aku kejut depa seawal 5.15 pagi. Biasalah orang tak biasa naik flight/kapai terbang, takut telepas flight. Flight pukul 8.

Bila dah semua bangun dan besiap, jadi haritu dua kereta kawan-kawan ikut ke KLIA. Terharu sebenaqnya bila kawan-kawan sanggup hantaq ke KLIA. Walaupun pagi masing-masing kerja dan belajar, depa masih sanggup pi hantaq kawan depa ni kat sana. Terima kasih semua. Pait,Alan,Adi,Kucing,Jibin dan Amet.Terima kasih banyak-banyak.




KLIA

Dekat KLIA dah banyak orang di sana. Nampak ramai rakan senasib. Penuh KLIA dengan budak-budak PISMP keluaran IPG yang akan ke Sabah/Sarawak. Bila sampai sana, aku terus mendapatkan Mat Shah. Dengan Mat Shah ada ramai lagi kawan-kawan satu maktab. Rasa macam reunion pulak kat sana. Hati jadi tak begitu cemas bila ada 3 lagi kawan-kawan dari maktab akan ke Sandakan dengan Penerbangan MH2710 ke Sandakan. Inilah kali pertama aku sampai di KLIA. Sedih kan?

Perayaan Hari Ibu Haram disisi Islam ?

Saban tahun ada Perayaan Hari Ibu atau "Mothers Day". Anak- anak selalunya akan memberikan kad ucapan serta kek dan hadiah untuk menghargai ibu mereka. Menjadi tanggungjawab setiap anak samada lelaki mahupun perempuan menghormati, menyayangi dan mengasihi ibu bapa mereka. Ketika sedang surfing membelek-belek blog, saya terjumpa satu artikel dari http://www.blogcikgu.com/perkongsian/hari-ibu-adalah-haramhttp://www.blogcikgu.com/perkongsian/hari-ibu-adalah-haram .

anda baca dan nilaikan.

Tak Salah Kita Bagi Hadiah dan Meraikan Ibu Bapa Kita. Hari-Hari adalah Hari Ibu dan Hari Bapa. Pilih la hari lain untuk kita raikan mereka.

Where Am I - Journey To KL

Hari Khamis 3 Februari , dapat call.

Pemanggil : Selamat petang, Encik Zarep, saya Encik X daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Penjawab :  Ya saya.

Pemanggil : Encik dapatkan kertas dan pen sekarang, saya nak cik catat apa yang saya nak bagitau ni.
Penjawab :  Sat Sat.

Pemanggil : Ok En Zarep, penerbangan dari KLIA ke Sandakan, hari Selasa 8 Februari.Penerbangan MH2710 jam 8.10 a.m. Sila tunggu di tingkat 5, kaunter L16 dan L17.
Penjawab : Ok Ok.

Pemanggil : Tolong ulang apa yang saya cakap tadi.
Penjawab : penerbangan dari KLIA ke Sandakan, hari Selasa 8 Februari.Penerbangan MH2710 jam 8.10 a.m. Sila tunggu di tingkat 5, kaunter L16 dan L17.

Pemanggil : Ok, Baguih haaa ( cakap utara pulak dia ). barang-barang bawak 20Kg je tau, lebih bayor sendiri. Datang awal satu jam sebelum penerbangan ok.
Penjawab : Ok.Terima kasih.

 Cara nak ke KL sedang difikirkan. Nak naik bas, tiket ke Kuala Lumpur semua abeh, sold out sebab 7hb tu dah bukak sekolah + raya cina lagi. Bila musim perayaan macamtulah senario dia kat Malaysia ni. Jalan konfirm sesak. Nak beli flight ke KL rasa macam tak reti lagi. Takpalah tumpang kawan. Muizz nama dia. Dia dalam perjalanan nak ke Segamat,Johor. Dia dah posting kat sana tahun lepas, kira dia senior la.

Maka dengan hati yang lara, barang-barang mula di packing. Adik beradik semua mai rumah. Kak dengan abang siap sponsor lagi beg AF yang bernama POLO. En. POLO dibeli di Giant Alor Setar dengan harga RM69. Bersaiz 3 kaki dan akan membawa masalah kepada tuannyya untuk dibawa bersama.

Setelah siap untuk berangkat, Ahad, 6 Februari berangkatlah aku ke sana. Keadaan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan sangat sesak lagi menyesakkan hati dan juga pundi kencing. Dekat R & R nak berhenti tiada parking.Bila dah ada parking kedai pulak penuh dengan orang. Perjalanan bermula jam 9 pagi itu akhirnya tamat pada jam 6 petang di exit UKM.

Di exit UKM, sahabatku Adlan dan Adi tunggu disana. Bersama kereta mininya Alan membawa aku menginap di rumah sewa mereka di Sg. Tangkas, Bangi. Aku akan bersehat di sana selama 2 hari sebelum menunggu penerbanganku. Masa ni teringat mak dengan abah. Macamana air mata mak menitis masa sebelum pergi ke rumah Muizz pagi tu. Macam-macam dalam kepala. Lagi sedih bila berjauhan dengan LH yang selalu di hati.....

Where Am I - Beluran

Tak pernah pulak dengaq nama Beluran. Tawau,Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu,Semporna pernah jugak dengaq. Beluran ni apadia? Lantas bertanyalah aku kepada MR. KNOW IT ALL, Encik G. Nama Sebenarnya Google. So the Result

 http://www.sabah.com.my/borneotrade/a9.htm#a9b



Nampaknya Beluran merupakan pekan kecil. Bandar terdekat adalah Sandakan, iaitu 80KM. So rasa lega dan optimis.Tengok jalan dari Beluran ke Sandakan macam ok saja. Elok. Beluran terkenal dengan ikan-ikan dan juga udang galah yang murah.

22/06/11

Where Am I - I'm Not Alone

Keciwa dan takut. Itulah perasaan aku pada masa tu. Tapi optimis. Sebabnya ramai kawan-kawan kat Aloq Staq ni dapat Sabah/Sarawak. Sepanjang musim pengemisan dan jugak ketidak ada masa depanan ketika menunggu posting, maka berkumpulah kami lebih kurang 6-7 orang yang belajar di maktab perguruan yang berlainan. Aktiviti kami adalah bermain futsal dan menambah pendapatan tokey kedai kopi di malam hari.

Daripada jumlah tu, hanya 3 orang saja yang bernasib baik. Opsyen Matematik, Sains dan Agama pi Sabah Sarawak. Berbalik pada cerita dapat check result tadi, maka tidak putus-putuslah SMS diterima dan dihantar. Sakit perut ni bila tau separuh budak lelaki dalam kelas smua dapat Sabah dan Sarawak. Hahahaha padan muka semua.Bila dah tau macam tu rasanya macam bertuah pulak.

Hari Isnin, saya dan saudara Ajie menguruskan borang-borang yang perlu dihantar ke Putrajaya untuk penempaham tiket penerbangan. Ajie ditempatkan di Sarawak. Bila dah heboh semua tau dapat daerah mana, aku pun ambik langkah kol JPN Sabah. Bila kol, setelah 18 kali percubaan panggilan aku diangkat. "BELURAN"

BELURAN

Maka segala maklomat dan inpormasi ditagih melalui encik Google. Cuak, ketaq kepala. Teringat rumate dan juga classmate Mat Shah.

"Hg dpt mana wei?"
"BELURAN"

Alhamdulillah.Lega. Ada jugak geng. kawan sekelas selama 5 tahun setengah.Praktikum sama-sama. Matshah banyak tolong masa praktikum dan jugak tesis. Terima kasih Mat Shah. Teringat hari-hari ulang alik dengan moto smpai kebas pungkoq pi SK Machang Bubok II dari Taman Guar Perahu. Mat Shah, jumpak di Beluran!~

Where Am I - The Result


I'm Worrying About THIS!~

Where Am I



Assalamualaikum.
Rasanya macam lama sangat dah tak update sini. Buat pengetahuan kawan-kawan semua zarepan kini dah bekerja. Ni kira first entry masa bekerjaya (bekerjaya la sangat). Sebab lama tak update adalah sangat menyedihkan sebab dah lima bulan kerja, masih tak dapat cara macamna nak update. So pelan-pelan lah zarepan akan menulih kat sini.Biaq pon aku sorang ja nak baca. Kurang-kurang bila tua bangka nanti buleh baca balik blog ni.

Setelah hampir 6 tahun bertapa di Bukit Mertajam, untuk mencari ilmu Allah yang luas di bumi ni, akhirnya aku tamat pengajian pada November 2011. Dan ( salah ni, dan mana buleh guna untuk permulaan ayat) bermula pada tu, nak rehat saja..nak dok rumah makan tidoq sebab lama dah mengaji nanti nak gheja pulak. Selalunya offer akan mai at the end of December. Dok buat pandai cakap Ingeris pulak. Maka program makan tidoq bermula smpai lah ke hujung Disember. Masa yang dinantikan. Tapi malangnya penempatan masih belum ada. Nah, aktiviti makan tidoq dirumah telah menjadi boring / cemuih. Duit makin kurang, hari-hari keluaq malam, balik pagi time orang meniaga kat pasar pon dah keluaq. Hidup macam takdak masa depan. Penantian demi penantian sampai lah bulan satu. Tak jugak ada.

Tilam pon akan maki hamun tuan dia sebab tak reti-reti bangun. Lepas subuh baru tidoq.Sampai azan Zohor. Dalam masa ni, hari-hari buka website KPM, tengok facebook, sms kawan. Macam-macam khabar angin ada, posting bulan 3 lah, bulan 6 lah, tahun depan lah dan maaaacam macam lagi...

POSTING

Pada awal bulan Februari 2011, berita mengejutkan. Maklumat tersebar luas bahawa posting/penempatan PISMP Guru Sandaran Terlatih boleh disemak pada Jumaat, 28 Januari. Maka lepas solat jumaat ternanti dan tertunggu-tunggulah aku di depan laptop ni. dan resultnya sangatlah bes dan membanggakan. SMS demi SMS diterima.

Rasa bedebor pulak nak tulih. takpalah, Nanti lah.Hehehe

1/02/11

Cintaku

Setiap Kali Hatiku Berdetik, Surah Al-Insyirah Dibaca.
Dan Didalam Hatiku Disebut Namamu.
Semoga Aku Diberikan Kekuatan Oleh-NYA.

Sayang,

Kekuatanku Adalah Kepercayaanmu.
Pendorongku Adalah Semangatmu.
Impianku Adalah Harapanmu.
Hatiku Adalah Kasih Sayangmu
Wahai Cintaku






1 Februari 2011 

5/01/11

RON 97

DETOX FOOT PATCH

5/1/2011. Harga Minyak Petrol RON97 adalah RM 2.40 Seliter. Harga RON97 telah mengalami kenaikan pada Disember tahun 2010 secara senyap-senyap.hahaha. Dalam Masa Yang Sama Harga Minyak Tanah ataupun Minyak Gas ( Minyak Gaih) adalah RM 2.50 seliter.

Sapa Yang Pakai Kereta Turbo Tu Belajaq-Belajaq Naik Moto La No.

Finally Updated

DETOX FOOT PATCH 

Wah. Lama Gila Tak Update Menatang Blog Ni. Dah Setahun Dah. Last Skali Tahun 2010, Sekarang Dah 2011. Alasan Tak Update Blog Sebab Malaih. Malaih Malaih.

Sekarang Tunggu Posting. Posting Posting.

17/09/10

Semalam Adalah Malam Jumaat Kliwon

DETOX FOOT PATCH 

Mak selalu pesan."jangan dok balik lambat-lambat sangat".

Tapi aku macam biasa.Kadang-kadang pukul 12 baru nak keluaq rumah.Bukan pi isap dadah.Pi dok minum ayaq ja mak.Aku ada tengok iklan "Malam Jumaat Kliwon".Macam cerita seram.Aku pun hentamlah boh tajuk entri ni.

Tapi kejadian semalam membuatkan aku insaf.Kena gangguan makhluk halus.
Jam pukul 12.54 pagi.Mata dah mengantuk.Aku pun baring-baring.Tiba-tiba terlelap.Jam 2 pagi.Lampu pun tak sempat nak tutup.Aku tutup lampu.Baring semula atas katil.Tapi mata tak buleh lelap.Macam ada sesuatu yang pelik.Malas aku layankan.Mata dipejam rapat.

Sedang nyenyak tidur.Rasa seperti tidur diganggu.Mungkin mimpi kot.Aku biarkan sahaja.Lama-lama semakin kuat aku diganggu.Aku dah sedar tapi aku pejamkan jugak mata.Aku nak tau betol ka aku diganggu.Ataupun masih mamun/mamai lagi.

Mula-mula kaki.Kemudian dia mai kacau tangan pulak.Aku dah benggang.Aku menyumpah dalam hati.Lama kelamaan aku beranikan diri.Bukak mata,switch on lampu.Aku maki hamun " haram jadah sungguh laaaaaaaaa".Jam tepat 4 pagi.Tengok kaki dengan tangan.Sah dah kena gangguan makhluk halus.Lantas aku ke dapur dapatkan sedikit minuman.Aku ternampak sesuatu.Sesuatu yang mungkin membantu aku menghalau mahkluk halus ni.

Balik semula ke bilik.Dengan lafaz Bismillah aku terus menekan botol Ridsect berwarna merah dan kepalanya warna kuning itu.Mampuslah kau wahai nyamuk.Haram jadah, kacau tidoq aku.Tepaksa aku tidoq kat sofa sebab dalam bilik sesak nafas bau Ridsect.

Begitulah cerita aku diganggu makhluk halus yang bernama nyamuk semalam.Sekian.

16/09/10

Ini Baru Bakat Seni

DETOX FOOT PATCH 

Tengok filem-filem atau drama-drama dan juga lagu-lagu banyak diputarkan di tv.Artis tengok muka dengan nama pon sampai tak kenal.Entah dari mana la timbul.Lepas tu dalam suratkhabar pon ada.Entah sapa-sapa la.Ayat deme "sebagai penggiat seni tanah air" sering digunapakai.Artis tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.Cuba tengok kamus oxford apa maksud artist.Aku pun tak tengok lagi.

Artis-artis baru,belakon takdak la hebat mana.Keraih ja pon tengok.Suara takdak la sedap mana.Mau aci menyanyi live la tengok(dengaq)sedap ka dak. Senang saja nak menggelarkan diri sebagai artis.Ataupun dengan muka tak malunya sebagai penggiat seni.Seni la sangat.

Nanti kita upload satu video.Kita tengok.Inilah bakat.Bukannya bakat dedah lurah, tunjuk tetek,tujuk punggung (pungkoq),tunjuk belakang,tunjuk peha,tunjuk perut.

Tengok Video sampai habis.Ini baru orang berbakat seni.Jamal Abdillah,Wali Band abeh semua tak buleh cari makan!hehe.tak payah tunjuk tetek pon!~

GIFTED and TALENTED

28/08/10

DETOX FOOT PATCH 



FAM kaji pemain import

KEPUTUSAN sama ada untuk membenarkan khidmat pemain import dalam aksi Liga Malaysia musim hadapan hanya akan diputuskan pada mesyuarat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Oktober ini.

Kaji?Ka Mesyuarat?
Kaji=Mesyuarat.
KAJI la sangat..

Buat Kajian "Persepsi Rakyat Malaysia Terhadap Kepimpinan FAM"

27/08/10

Baby Kecil Cakap Semasa idur

DETOX FOOT PATCH

Tengok Baby ni kecil-kecil lagi dah boleh panggil ibu dia masa tidur.
Yang bestnya masa nak batuk tu sempat diacakap.
Harap maaf mutu bunyi agak mengecewakan.Increase volume jika tak dengar (memang tak dengar kalau slow)

25/08/10

Dua Cerita

DETOX FOOT PATCH 

1.Kat sini ada dua video.
2.Bukan video 3gp Melayu.
3.Dua video.
4.Dua cerita berbeza.
5.Bukan berbeza.Sangat berbeza.
6.Video pasai dua hati yang tak sama.
7.Video yang atas tu kalau tak bes,mintak maaf la ya.
8.Video nombor dua mesti tengok.
9.Tengok tau.
10.Bye







24/08/10

Nuffnang Tidur

DETOX FOOT PATCH 

Kenapa Nuffnang saya tidor?tidak cukup tidur?adakah dia sangap tidur di bulan puasa?

Bangunlah Nuffnang.

Cerita Kat Tv dgn Astro Tak Terkesan

Uihh..Bukak TV.Tapi mengadap laptop.Tu yang mak dengan abah dok hingaq.

"Hat tu bukak,hat ni bukak,mana satu nak tengok?" mak kata
"Hat ni tengok guna sebelah mata ( laptop), hat tu sebelah lagi (tv)"Seloroh aku sambil ambek remote off tv.

Kalau abah dia tak kata apa.Dia mengerling ( memerhati ).Dia tengok aku,dia tengok tv,dia tengok laptop dia tengok lagi.Bila buat macam tu aku paham la.Katop la TV.Aku paham.Hehe.Sebab apa.Sebab tu la.Bukak TV yang bes nak tengok pon Detective Conan.Rancangan-rancangan banyak jenis bicara-bicara keluarga,wanita macam-macamlah.Tapi tak berkenan dihati.Alah,kalau ada rancangan pendidikan macam kat TV2 masak tahun 90-an tu mesti tak tengok punya.nak salahkan RTM dengan Media Prima lah rancangan tak bes.Drama TV 1 boleh agak dah jalan cerita macam mana.Kalau TV 3, mesti cerita anak-anak orang kaya,koprat.Dulu cerita banyak guna nama lagu.perasan dak? satu contoh "Nigina".yang lain cari sendiri.Sekarang stail guna nama.Tunggulah satu hari nanti ada cerita Zarepan PinPon.Nak salah orang buat rancangan pulak,sendiri yang tak reti tengok!

Takpa ada Astro(Estero).Pi balik pi balik AXN jugak bukak.CSI ka MONK ka ok la.Yang buleh tengok pon channel ESPN,Astro Super Sport.Tu pun time ada bola.bola pon kalau liga Itali Seria A pon tak guna jugak.Sabtu malam dengan Ahad malam EPL.Tu kalau game ARSENAL vs MAN UTD, CHELSEA vs LIVERPOOL bes la.Kena Wolvehampton vs Stoke City almaklum tak tengok lah.Seboring-boring bola pon takkan lah nak mengadap MTV,HITZ,E!.Lagu entah apa-apa.Cerita artis-artis.Buleh mampoih.Discovery Channel bes,tapi Tak larat tengok.EH Eh salah ASTRo pulak.Sendiri yang tak reti tengok !!

Last-last Laptop.FB bukak 28 jam sehari.Baca Blog.Suratkhabaq Online segala jenis dah baca (tgk tajuk dengan gambaq saja).Tengok movie la best.Tapi siang-siang kat bulan Puasa nih bahaya kalau silap cerita,Kurang pahala puasa.

Baik baca mukaddam.Itu yang susah nak buat.Berat.Setan la ni Setan banyak!~Bulan Puasa Setan takdak.nak salah sapa pulak?
Blog Widget by LinkWithin