Memaparkan catatan dengan label HPA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HPA. Papar semua catatan

24/08/09

Ini Bukan Cerita Tipu..Ini betul-Betul,Bukan Cobaan..




Aku keluar dari bilik, "Zarep, ni surat"

Surat?


Bonus
Surat dari Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd.Senang cerita HPA.
Alhamdulillah.Bonus bulan Julai.Ni adalah cek pertama yang saya dapat sejak join HPA.Sejak pulang dari Program Bijak Cemerlang.Sekarang dah pangkat PLX 20%.Cek Bank Islam Cawangan Perlis bernilai LAPAN PULUH LIMA DAN SEN TIGA PULUH SAHAJA RM85.30 dibayar kepada nama saya sendiri.





Bagaimana Saya Bermula
Saya ada seorang rakan,namanya Qurratu Aini Yusof.Saya dapat tau dia join HPA.Ala,yang radix tu,mai secawan.Saya tau HPA sebab saya ada tengok katalog HPA kat rumah.Abang saya sendiri dah jadi ahli.Saya tak ambek pusing pon.Ada satu hari tu kelas kami ada membuat field trip ke Kuala Lumpur untuk Assignment.Dalam bas saya dan rakan-rakan lain pakat dok perli Qurratu ni atau pun nama panggilannya Mektu.

Seminggu lepas balik kami masih dok bergurau-gurau mai secawan.Satu hari tu Mektu bagi Radix Cookies." La,biskut pon ada ka.ish plek2 la hang,ingatkan ayaq ja".Tapi keesokan harinya aku ( tukaq kata ganti diri ) tiba-tiba tanya dia " wei aku nak join ni".

Keesokan hari pada hari tersebut maka dapatlah aku Kit Niaga beserta borang.Kemudian aku dengaq jugak dia kata 100 Nilai Mata, kursus tah apa 300 mata.gila dia ni kata apa.Tapi aku isi jugak borang.

Dua Minggu Kemudian
Mektu hantaq SMS."Hg nak pi kursus dak?kat Hotel Seri Malaysia Kepala Batas?"
"oi,kursus apa ni?"
"kursus HPA la"

aku yang taktau apa-apa terus mereply "ok"

"rm 170 yuran,aku support hang rm10"

la,kena bayaq ka..takpa la dah janji nak buat cena.

bila aku berjumpak dengan Mektu ni,aku pon tanya la,aku dengan sapa lagi pi?

"hang sorang la Yep"
"tudia aih,segan la"
"pi ja"

PBC

Sabtu, 9 Mei,Mektu mai jemput kat rumah dengan keluarga sepupu dia.Abang Salleh.Abang Salleh adalah upline pada Mektu.Ah,aku taktau.Sampai di PBC,walaupun agak kaku sebab aku taktau apa-apa.Aku taktau langsung apa menatangnya HPA ni?Nanti depa tanya mampoih aku nak jawap apa...

Bila selesai sesi pertama,aku rasa aku tak menyesal mai PBC ni.Banyak benda yang aku belajaq dekat PBC ni.Dekat PBC ni depa terang HPA tu apadia,sapadia,bila,dimana dan bagaimana.
Dan cerita bagaimana yang depa cerita dekat PBC tu lah yang buat aku berjaya dapat cek harini.Dekat PBC macam-macam ilmu yang saya dapat.Mereka memberikan kita gambaran apakah sebenarnya HPA.Apakah perjuangan HPA.Apa yang kita kena buat lepas balik dari PBC.Walaupun bergerak macam siput,saya berjaya jugak naik pangkat.Cek yang saya dapat ni walaupun orang kata sikit,ianya sangat bermakna pada saya.saya rasa kepuasan tu.terima kasih kepada semua tambah-tambah abang Salleh dengan Mektu..Sapa-sapa yang belum tau cerita pasai HPA ni berbuatlah demikian dengan segera.

522750.my01




Daftar Segera.

RM 30 Seumoq Hidop.

http://hpa.com.my/09/

18/06/09

Saya Dah Dapat!!



Mata dibuka, handphone ditenung "pukui 12 dah".
Tiba-tiba, kaki terpijak sesuatu.Lalu ku tenung sambil melompat kegumbiraan..

"Yeahhuuuu Dapat Dah!!!!"

Msg ditulis "Upline, aku dpt dah kad ahli.Terima Kaseh"

Sebelumnya
Megantuk, aku menuju ke bahagian tengah bas lalu kulihat adanya dua seat kosong,lalu jam dilihat 1.30 pagi.Keadaan sungguh sejuk.Sepanjang perjalanan dari ahdapan bas ke tengah bas aku dapati semua sedang nyenyak tidur.Mat Saleh disebelah sana seat sedang tidur dengan nyenyaknya."haih jgn dok kena sesema babi sudah la"

Sebelum berpindah tempat aku berada di seat di belakang driver bas.Sebabnya aku duduk disebelah seorang brother ni untuk menghilangkan boring.Banyak benda yang kami bualkan.Brother berumur 27 tahun itu kelihatan lebih muda pada usia sebenarnya.


"abe gi mano ni?"
"gi langkawi "

"ooo,kijo ko?"
"ha,kijo"

"baru nok g ko lamo dh kijo sano?"
"baru nok g,xpnoh g ni,g bodo gitu jah, gi kijo denu, PLKN langkawi"

Abang tu baru ja dapat kerja jadi jurulatih PLKN.jadi jurulatih bahagian training Fizikal katanya.Sepanjang prjalanan dari Kota Bharu ke Grik, banyak perkara yang kami bualkan.Abang ni kongsi bnyak pengalamanya.katanya dia dulu kerja buat rumah batu,dulu lpas STPM abah dia tak bagi pergi jauh sebab suruh jaga keluarga.Maka abang tu pun stay di Pasir Puteh.

Lepas abang ni kahwin dia pindah ke Chicha, KB tinggal bersama isterinya dan bekerja sebagai pengawal keselamatan.Walaupun abang ni tidak tinggi pljarannya, tetapi saya sangat menghormati sikapnya,pemikirannya dan semangatnya.Selepas mendapat cahaya mata dia berazam untuk mencari pekerjaan yang gajinya kukuh untuk keluarganya.

"abah abg akhirnya faham,sebab abang dah ada keluarga"
gud luck abg Jai.Saya doakan abang berjaya.

1.25 pagi
"abe,kito g blake denu,nk g tido semeta deh"

1.31 pagi
"hai jangan tlajak sudah la"totop mata.

3.30 pagi
tiba-tiba aku tersedar " eh ni SP dah ni..lama jugak aku tidoq"ramai jugak yang turun.
mat saleh tadi masih nyenyak tidur " beg kecik gila,mesti tak mandi ni"
aku smbung tidoq.

4.00 pagi
cahaya merah menyinari mata.eh smpai dah aloq staq!!
selepas ja driver tuh bayar duait tol aku terus meluru ke hadapan.

"abe, benti depe tu buleh dok"
"ho ( smbey anguk kpala ) ado barghe ko bowoh?"
"ado be,buleh deh?"
"ok"

turun ja bas aku terus melintas jalan.bila kupandang ke arah bas, seorang awek bertudung hitam menoleh ke arahku dari dalam bas,aku melontarkan senyuman kepadanya, dan senyuman itu pula dibalasnya."Hehe gila pa awek ni tadi takmau blanja nasik ka apa,hehe"

mungkin dalam keadaan toya dan separa sedar ayat itu muncul tiba-tiba.

perjalanan sejauh 1KM menyebabkan kaki hampir melecet,aku sempat menoleh 7-8 kali ke belakang gusar jika-jika ada manusia durjana yang mahu meragut,merompak mahupun merogol aku.

smpai saja dirumah aku meluru ke kamar dan mata dipejam rapat-rapat. "sapa jugok aku klate"

6.20 pagi
"zarep, bangun semayang"

setelah selesai solat, aku terus terjun ke katil semula.Masa baca doa qunut, rasa macam banyak ekoq setan duk gayut ataih mata.

12.01

inilah dianya







522750.Maknanya dah lebih setengah juta telah mendaftar.Anda bila lagi?RM 30 seumur hidup.
Produk Halal Tanggungjawab Bersama

10/05/09

Radix KOKO






Item : RADIX KOKO
Price : RM 16


Penganti MILO. Lebih sedap dari MILO.Terdapat 15 Sachet. Bancuh dengan secawan air panas (kira-kira 200ml).oko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Radix KOKO adalah salah satu "Killer Product" dari HPA sama seperti Kopi Radix


***Nak Habaq***


9/05/09

Two Days Out





Mr Bijirin Won't Be Around For Two Days


Programme : Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang ( PBC)

Date : 9th -10th May 2009

Venue : Hotel Seri Malaysia Kepala Batas





Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang

KURSUS USAHAWAN HPA

PBC DAN KEISTIMEWAANNYA
1-MEMBINA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN HERBALIS MLM YANG CEMERLANG.

2-DAPAT MENGUASAI SEGALA ILMU DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN MLM. AGAR DAPAT MERANCANG, MENGURUS DAN BERTINDAK MENGIKUT PLAN YANG DISEDIAKAN BAGI MENJURUS KEPADA BONUS 5 ANGKA SEBULAN.

3-MEMUPUK DAN MENERAPKAN KEKUATAN ROHANI BAGI MEMBENTUK JATI DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG BERTAQWA.

4-MELAHIRKAN USAHAWAN YANG TAHAN LASAK, TABAH, BERDISIPLIN DAN MAMPU MENJADI PEMIMPIN JARINGAN YANG HEBAT.

APA PBC?

Menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan dengan produk-produk halal HPA. Ketahui plan pemasaran Perkongsian Bijak Cemerlang HPA dengan 'product killer' kami iaitu Kopi Pra-campuran Radix.Serta beratus produk lain merangkumi produk keperluan harian, ubatan berasas herba, kosmetik, makanan kesihatan dll. Anda pasti terpegun dengan pelbagai pengetahuan herba kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya. InsyaALLAH...

Mengapa perlu sertai Program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang)?
1. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
2. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).
3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan 5 angka.
4. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
5. Modul program yang menarik dan berkesan.
6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
7. Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.
8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.

Bagaimana hendak sertai program PBC ini?
1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan mendapaat Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen.
2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM100 hingga RM180 sahaja untuk 2 hari 1 malam bergantung kepada tempat.
3. Membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana agen stok.

Modul-Modul PBC
Antara modul yang akan diberikan adalah
1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui LDK
6. Teknik Demo
7. Produk Pilihan
8. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan.
9. Asas Perubatan JAWI
10. Qiamullail.
11. Kuliah Subuh.
12. Senaman Pernafasan.
13. Bacaan AlMaathurat.
14. Motivasi Niaga.

Blog Widget by LinkWithin