Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan

23/06/11

Where Am I- The Flight

BYE BYE

8 Februari 2011, seawal jam 4 pagi aku dah bangun. Kawan-kawan yang lain semua masih dok tidoq lagi. Aiii macamana buleh ramai pulak ni? Tadi macam sikit. Sekarang dekat dalam rumah macam penoh pulak manusia. Ni la yang bes pasai kawan-kawan ni. Ramai yang mai ke Sg. Tangkas ni , depa kata " kami nak pi babai hg". Bila tengah bangun sambil bediri tepi tingkap tingkat 5 tu, terfikir " haikh, bila la pulak nak balik mai,macamana la kat sana". Lepas aku bersiap-siap , aku kejut depa seawal 5.15 pagi. Biasalah orang tak biasa naik flight/kapai terbang, takut telepas flight. Flight pukul 8.

Bila dah semua bangun dan besiap, jadi haritu dua kereta kawan-kawan ikut ke KLIA. Terharu sebenaqnya bila kawan-kawan sanggup hantaq ke KLIA. Walaupun pagi masing-masing kerja dan belajar, depa masih sanggup pi hantaq kawan depa ni kat sana. Terima kasih semua. Pait,Alan,Adi,Kucing,Jibin dan Amet.Terima kasih banyak-banyak.




KLIA

Dekat KLIA dah banyak orang di sana. Nampak ramai rakan senasib. Penuh KLIA dengan budak-budak PISMP keluaran IPG yang akan ke Sabah/Sarawak. Bila sampai sana, aku terus mendapatkan Mat Shah. Dengan Mat Shah ada ramai lagi kawan-kawan satu maktab. Rasa macam reunion pulak kat sana. Hati jadi tak begitu cemas bila ada 3 lagi kawan-kawan dari maktab akan ke Sandakan dengan Penerbangan MH2710 ke Sandakan. Inilah kali pertama aku sampai di KLIA. Sedih kan?

Where Am I - Journey To KL

Hari Khamis 3 Februari , dapat call.

Pemanggil : Selamat petang, Encik Zarep, saya Encik X daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Penjawab :  Ya saya.

Pemanggil : Encik dapatkan kertas dan pen sekarang, saya nak cik catat apa yang saya nak bagitau ni.
Penjawab :  Sat Sat.

Pemanggil : Ok En Zarep, penerbangan dari KLIA ke Sandakan, hari Selasa 8 Februari.Penerbangan MH2710 jam 8.10 a.m. Sila tunggu di tingkat 5, kaunter L16 dan L17.
Penjawab : Ok Ok.

Pemanggil : Tolong ulang apa yang saya cakap tadi.
Penjawab : penerbangan dari KLIA ke Sandakan, hari Selasa 8 Februari.Penerbangan MH2710 jam 8.10 a.m. Sila tunggu di tingkat 5, kaunter L16 dan L17.

Pemanggil : Ok, Baguih haaa ( cakap utara pulak dia ). barang-barang bawak 20Kg je tau, lebih bayor sendiri. Datang awal satu jam sebelum penerbangan ok.
Penjawab : Ok.Terima kasih.

 Cara nak ke KL sedang difikirkan. Nak naik bas, tiket ke Kuala Lumpur semua abeh, sold out sebab 7hb tu dah bukak sekolah + raya cina lagi. Bila musim perayaan macamtulah senario dia kat Malaysia ni. Jalan konfirm sesak. Nak beli flight ke KL rasa macam tak reti lagi. Takpalah tumpang kawan. Muizz nama dia. Dia dalam perjalanan nak ke Segamat,Johor. Dia dah posting kat sana tahun lepas, kira dia senior la.

Maka dengan hati yang lara, barang-barang mula di packing. Adik beradik semua mai rumah. Kak dengan abang siap sponsor lagi beg AF yang bernama POLO. En. POLO dibeli di Giant Alor Setar dengan harga RM69. Bersaiz 3 kaki dan akan membawa masalah kepada tuannyya untuk dibawa bersama.

Setelah siap untuk berangkat, Ahad, 6 Februari berangkatlah aku ke sana. Keadaan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan sangat sesak lagi menyesakkan hati dan juga pundi kencing. Dekat R & R nak berhenti tiada parking.Bila dah ada parking kedai pulak penuh dengan orang. Perjalanan bermula jam 9 pagi itu akhirnya tamat pada jam 6 petang di exit UKM.

Di exit UKM, sahabatku Adlan dan Adi tunggu disana. Bersama kereta mininya Alan membawa aku menginap di rumah sewa mereka di Sg. Tangkas, Bangi. Aku akan bersehat di sana selama 2 hari sebelum menunggu penerbanganku. Masa ni teringat mak dengan abah. Macamana air mata mak menitis masa sebelum pergi ke rumah Muizz pagi tu. Macam-macam dalam kepala. Lagi sedih bila berjauhan dengan LH yang selalu di hati.....

Where Am I - Beluran

Tak pernah pulak dengaq nama Beluran. Tawau,Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu,Semporna pernah jugak dengaq. Beluran ni apadia? Lantas bertanyalah aku kepada MR. KNOW IT ALL, Encik G. Nama Sebenarnya Google. So the Result

 http://www.sabah.com.my/borneotrade/a9.htm#a9b



Nampaknya Beluran merupakan pekan kecil. Bandar terdekat adalah Sandakan, iaitu 80KM. So rasa lega dan optimis.Tengok jalan dari Beluran ke Sandakan macam ok saja. Elok. Beluran terkenal dengan ikan-ikan dan juga udang galah yang murah.

22/06/11

Where Am I - I'm Not Alone

Keciwa dan takut. Itulah perasaan aku pada masa tu. Tapi optimis. Sebabnya ramai kawan-kawan kat Aloq Staq ni dapat Sabah/Sarawak. Sepanjang musim pengemisan dan jugak ketidak ada masa depanan ketika menunggu posting, maka berkumpulah kami lebih kurang 6-7 orang yang belajar di maktab perguruan yang berlainan. Aktiviti kami adalah bermain futsal dan menambah pendapatan tokey kedai kopi di malam hari.

Daripada jumlah tu, hanya 3 orang saja yang bernasib baik. Opsyen Matematik, Sains dan Agama pi Sabah Sarawak. Berbalik pada cerita dapat check result tadi, maka tidak putus-putuslah SMS diterima dan dihantar. Sakit perut ni bila tau separuh budak lelaki dalam kelas smua dapat Sabah dan Sarawak. Hahahaha padan muka semua.Bila dah tau macam tu rasanya macam bertuah pulak.

Hari Isnin, saya dan saudara Ajie menguruskan borang-borang yang perlu dihantar ke Putrajaya untuk penempaham tiket penerbangan. Ajie ditempatkan di Sarawak. Bila dah heboh semua tau dapat daerah mana, aku pun ambik langkah kol JPN Sabah. Bila kol, setelah 18 kali percubaan panggilan aku diangkat. "BELURAN"

BELURAN

Maka segala maklomat dan inpormasi ditagih melalui encik Google. Cuak, ketaq kepala. Teringat rumate dan juga classmate Mat Shah.

"Hg dpt mana wei?"
"BELURAN"

Alhamdulillah.Lega. Ada jugak geng. kawan sekelas selama 5 tahun setengah.Praktikum sama-sama. Matshah banyak tolong masa praktikum dan jugak tesis. Terima kasih Mat Shah. Teringat hari-hari ulang alik dengan moto smpai kebas pungkoq pi SK Machang Bubok II dari Taman Guar Perahu. Mat Shah, jumpak di Beluran!~

Where Am I - The Result


I'm Worrying About THIS!~

Where Am I



Assalamualaikum.
Rasanya macam lama sangat dah tak update sini. Buat pengetahuan kawan-kawan semua zarepan kini dah bekerja. Ni kira first entry masa bekerjaya (bekerjaya la sangat). Sebab lama tak update adalah sangat menyedihkan sebab dah lima bulan kerja, masih tak dapat cara macamna nak update. So pelan-pelan lah zarepan akan menulih kat sini.Biaq pon aku sorang ja nak baca. Kurang-kurang bila tua bangka nanti buleh baca balik blog ni.

Setelah hampir 6 tahun bertapa di Bukit Mertajam, untuk mencari ilmu Allah yang luas di bumi ni, akhirnya aku tamat pengajian pada November 2011. Dan ( salah ni, dan mana buleh guna untuk permulaan ayat) bermula pada tu, nak rehat saja..nak dok rumah makan tidoq sebab lama dah mengaji nanti nak gheja pulak. Selalunya offer akan mai at the end of December. Dok buat pandai cakap Ingeris pulak. Maka program makan tidoq bermula smpai lah ke hujung Disember. Masa yang dinantikan. Tapi malangnya penempatan masih belum ada. Nah, aktiviti makan tidoq dirumah telah menjadi boring / cemuih. Duit makin kurang, hari-hari keluaq malam, balik pagi time orang meniaga kat pasar pon dah keluaq. Hidup macam takdak masa depan. Penantian demi penantian sampai lah bulan satu. Tak jugak ada.

Tilam pon akan maki hamun tuan dia sebab tak reti-reti bangun. Lepas subuh baru tidoq.Sampai azan Zohor. Dalam masa ni, hari-hari buka website KPM, tengok facebook, sms kawan. Macam-macam khabar angin ada, posting bulan 3 lah, bulan 6 lah, tahun depan lah dan maaaacam macam lagi...

POSTING

Pada awal bulan Februari 2011, berita mengejutkan. Maklumat tersebar luas bahawa posting/penempatan PISMP Guru Sandaran Terlatih boleh disemak pada Jumaat, 28 Januari. Maka lepas solat jumaat ternanti dan tertunggu-tunggulah aku di depan laptop ni. dan resultnya sangatlah bes dan membanggakan. SMS demi SMS diterima.

Rasa bedebor pulak nak tulih. takpalah, Nanti lah.Hehehe

23/08/10

My Kad, Tahniah Jabatan Pendaftaran Negeri Kedah!~

My Kad

Minggu lepas masa tengah belek wallet yang tak berduit tu.Teringat pulak My Kad@IC.Last sekali pegang masa kena tahan kat road block di Seberang Jaya dengan JPJ.Masa tu malam.Macam biasa bila JPJ kata:

"Lesen dengan IC adik" ( nampak sangat aku awet muda,bukan awek muda ya)

Lepas dia bagi kita pun ambek simpan boh dalam wallet sampai la kena road block dimasa akan datang.Maka itulah kegunaan My Kad :Pintar" kita itu.Selain dari road block PDRM dan JPJ,My Kad juga digunakan ketika pergi ke tempat pelancongan seperti Kereta Kabel Langkawi dan jugak Taman Tema Air Bukit Merah untuk mendaptkan diskaun.Betapa pintarnya beliau yang bernama Encik My Kad ini.

Walaupun pintar, tetapi My Kad saya sudah tidak lagi hensem bila saya belek(lihat).Sebabnya hujung belah kanan MyKad saya sudah pun GHABIT ( hancur,patah dengan tidak sekata,cheap).Muka saya yang hensem dan kacak seperti Bakary Sagna itu sudah tidak hensem apabila hidung sudah tiada.Plastik lapisan My Kad saya itu telah lekang.Bagikan jatuh ditimpa eskelator,di bahagian tengah pula sudah ada bibit-bibit keretakan.Nampaknya My Kad "Pintar" sudah menjadi bodoh.My Kad juga selalu bodoh apabila suatu masa dahulu (kerap) bila pergi ke bank beliau tidak dapat di"detect" kerana chip canggihnya berkarat.Jenuh kerani bank tu tonyoh (gosok).Saya mencadangkan keapda kerani itu menyediakan kertas pasir dan juga pahat jika ada.

Maka hari ini ( Ahad ) saya sudah membuat keputusan.Saya mahu mentuitionkan My Kad Pintar yang sudah bodoh ini.

Jabatan Pendaftaran Negeri Kedah

Disini sahajalah dapat saya mengadu nasib tentang kebodohan My Kad ini.Pagi Ahad, saya pun start moto EX-5 Abah saya dan terus ke Wisma Persekutuan,Alor Setar.Ketika sampai di wisma,jam ditangan menunjukkan 8.06 pagi.Saya terus mengkerabat ( memanjat) tangga untuk ke JPN Kedah .Alah tingkat satu lagi mau tunggu Elevator ka?

Sampai disana "

Q:"Ya Encik nak buat apa?" aku sudah tua.
A:"MY KAD rosak,nak buat lain".

Nombor giliran diberi 1003.Belum sempat aku sampai ke tempat duduk "keting keting keting" "satu.kosong.kosong.tiga"

Q:"Ya nak buat apa?"
A:"My Kad hancoq dah"

"RM10 bayaran"

Sekeping nota RM10 dihulur aku.

Setelah My Kad yang ghabit tu diberi,cap jari kiri dan kanan diambek.

"Ok,pi ambek gambaq na"

Pi kaunter ambek gambaq,duduk."Sandaq (sandar) na kat kerusi"

"Ok,dah".Cari tempat duduk.Baru ja dok tengok borang kepuasan pelanggan "zarepan".Nah,sambil menghulurkan IC sementara dia cakap "Cukup Sebulan Mai Ambek Kat Sini Na"

tengok jam 8.13 pagi.


Bila sampai rumah mak dgn abah pon hairaaan."La,tak pi buat ka?"

"siap dah haih"dengan muka bangga.Jam di dinding dapur 8.27 pagi.

TAHNIAH JABATAN PENDAFTARAN NEGERI KEDAH

nota : sila pi awai.orang takdak lagi time awai-awai pagi ni 

20/08/10

Di Sini Tiada Menjual Touch N Go dan Tambah Nilai Touch N Go , Takut

Touch N Go
Lebih kurang sejam setengah yang lalu aku berada di Bukit Mertajam.Kini aku dah ada dekat Aloq Setaq ( Alor Setar ).Sepanjang bulan Ramadhan ni dah janji dengan diri sendiri tiap-tiap minggu nak balik rumah.Sementara buleh balik ni balik la.Tahun depan posting entah ke pelusuk daerah mana aku bakal dicampak tak tau la.Harap-harap tak payah la jauh-jauh sangat.Amin.

Harini balik dengan KH ( Kekasih Hati).Dia hantaq sampai Aloq Setaq walaupun rumah dia kat Pendang.Terima Kasih! I Lebiu KH!!.Dia kena patah balik ke Pendang.Takpala bukan balik free, minyak bayaq,tol pon bayaq.heheh.

Dari Penanti, aku selalu balik ikut Tol Bertam ( Kepala Batas ).Sebab jarak yang dekat,tak jauh dan tol lebih murah kalau naik ikut Sungai Dua.Minyak tak cukup.Berhenti isi minyak dulu.Touch N Go pon dah habih,tak dak duit dah dalam dia.Touch N Go (TNG ) ?.Takpalah isi minyak saja lah.Kalau Tambah Nilai ( topuop) touch N Go kat kedai minyak kena charge lima kupang ( 50 sen).Takpa,masa nak naik tol satgi kita topup TNG.

Sebelum ambil tiket transit kat tol Bertam/Kepala Batas tu aku pun dengan yakin dan bangga dan tanpa segan silunya turun dari kereta menuju ke pejabat PLUS dengan dua keping nota kertas RM10.Baru ja nak sampai kat pejabat tu.

"TIADA JUALAN TOUCH N GO"
"TIADA TAMBAH NILAI TOUCH N GO"

ampeh!

Pejabat saja besaq,nak topup TNG pon tadak!!Aku gigit jugak PLUS ni.Nasip bek POSA!

Terpaksa la aku ambek tiket.masa sampai AS tu, mujur kereta tak banyak.Takpa jum Topup siap-siap.Ahad nanti tak gaduh la nak pi boh dah.

"Berehat Sebentar,Pergi Sembahyang"

Takdak jodoh dengan TNG harini.Kat tol AS Utara pon takleh topap.

Yang penting selamat sampai kat AS.

Takut

Dalam perjalanan balik tadi.KH ada bagitau housemate dia nak mai berbuka dekat rumah dia malam ni.Esok depa nak pi jalan-jalan kat Pekan Rabu.Nak cari baju katanya.Tadi pagi dia dah kol.Ajak buka puasa kat rumah dia.Alamak takut la takut!Kalau takpi nanti kecik ati pulak.dia ajak sungguh-sungguh.Aku dah dapatkan bantuan Koperal untuk teman aku satgi.Haih mintak-mintaklah takdak apa.AAAmmmin.

Kenapa Takut?

Baca Yasin, Berbuka Ramai-Ramai dan Harapan

Baca Yasin
Semalam masa tak tau nak pi ka dak baca Yasin,ada tiga orang komen suruh pi kat Facebook.Bila dah cukup tiga tu maka aku ambek keputusan kena pi la.Dalam batch kami ada tiga kelas budak Melayu ( bukan racist ni). Satu kelas opsyen Arab dan dua kelas Sains.Bila sampai kat rumah tuan rumah kami antara yang terawal.Dalam jam 6.30 petang seorang ustaz yang dijemput pun datang dan majlis bermula.Selepas bacaan Yasin,ustaz jemputan tu ada memberi sedikit tazkirah atau peringatan.Ustaz tu ada berpesan:

"Jagalah solat lima waktu.Sesungguhnya solat itu mencegah dari kemungkaran"

Solat tu wajib.Hari-hari wajib.Kalau tak puasa, boleh ganti, boleh bayar (fidyah).Puasa sungguh-sungguh.Pi Bazar Ramadhan beli macam-macam nak berbuka sebab puasa.Puasa Ni!Lepas berbuka ingatkah kita pada Maghrib dan Isya'?Lepas bersahur, Subuhkah kita?Sebelum pi Bazar Ramadhan Asarkah kita?Takpalah.


Berbuka Ramai-Ramai

Bila dah dekat dengan waktu berbuka,suasana bertukar menjadi kalut!ya kalut!bila masing-masing ada kerja sendiri.Ada yang membentang tikar,yang mengagih makanan,yang agih murtabak,agih buah,puding dan air.Orang lelaki semua bersila dekat garaj.Makanan diatur memanjang.Masing-masing tengah ready nak berbuka.

Satu benda yang dapat sambutan masa agih-agih makanan tu adalah sejenis minuman buah delima ( GOLSHAN ).Selesai bacaan Yasin tadi, Ustaz Nazmi sampai.Ustaz Nazmi ni Mentor/Tutor kelas arab.Dia baru pulang dari Gaza semalam.Untung dia dengan dua pensyarah lain,dapat peluang jadi sukarelawan ke Gaza.Dia sangkut Mafla Palestin dekat bahu dia.Anak-anak dia yang lelaki semua pakai serban guna Mafla Palestin tu.Dia ada bawak kotak, tulisan arab.Aku taktau apa tulis kat kotak tu.Rupa-rupanya hadiah dia bawak.GOLSHAN.minuman delima.Rasa sebijik macam Ribena.Sedap lagi dari Ribena.GOLSHAN made in TEHRAN,IRAN.Anak-Anak Ustaz Nazmi insyaallah bila besar kelak semuanya pejuang-pejuang.Sebelum keluar dari rumah ,seorang anak dia kata :

"TAKBIR"

adik dia jawab "ALLAHUAKBAR"

Balik kepada berbuka puasa.Bila tengok keadaan kalut dan riuh rendah,teringat balik zaman foundation dulu.Lima tahun lepas.Tahun2005, tahun pertama masuk maktab.Sekarang dah tahun akhir.Masa dulu, ada 50 orang kami saja student Islam.Kamilah AJK Suraunya,kamilah Badan Kebajikan Suraunya.Imamnya dikalangan kami,Bilalnya dikalangan kami,makmumnya dikalangan kami,tukang masaknya kami,tukang hidangnya kami,tukang makannya kami,tukang basuh pun kami.

Macam-macam tuan empunya rumah sedia.Kurma,Murtabak,Popia,Kerepek,Puding Jagung,Dadih,Agar-Agar,Nasik Ayam, Nasi Daging,Karipap.Seronok makan ramai-ramai.Makan ramai-ramai ada berkatnya.Terima kasih la tuan rumah.Rasa seronok bila ada majlis macamtu.Teringat zaman dulu-dulu.Zaman kita baru mengenali antara satu sama lain.Aku makan banyak.Orang dah habis makan,balik aku masih bersila.Habis murtabak aku sapu.Licin.Sebelum balik bawak balik pulak bekal nasi ayam.Untuk sahur,

Harapan

Tadi Sahur ( SOQ) makan nasi ayam semalam.Walaupun dah panaskan aku macam tak yakin sebab nasi tu melekit-lekit.Housemate kata ok,minyak ja tu.aku pun Ok jugaklah,habes jugak 1 bungkus.Harapannya OK lah.Jumaat lepas dah berlaku sejarah hitam dalam puasa kali ni.Sapa taktau tengoklah post sebelum ni.Kerabu telah difitnah.Berharap peristiwa hitam tidak akan berlaku harini.

16/06/10

Dari Kampung Ke Kuala Lumpur ( DKKKK) Episod -1

Adi : "Aku nak pi interview"
Zarep : "Hang gheja wartawan ka la ni?.Tak habaq pon.macam ni la kawan-kawan"
Adi: "Bodo,pasaipa aku nak kena jadi wartawan!"
Zarep: "Habeh tu?"
Adi:"Interview mintak gheja la!"
Zarep: " OoOo (haha bodo gila aku).Kat Mana?
Adi : "KL"
Zarep: WoooOOOOOOOO!!!~ KOLUMPO!!
Zarep : "Bila?, nak ikut jugak!!!~

Gila,Kolumpo!Bandaq besaq tu...biasalah, orang kampung macam aku ni dengaq ada kawan nak pi Kolumpo,dan-dan ( serta merta) rasa nak ikut.Maklumlah kawan-kawan yang lain ramai belajaq kat sana.Aku ni seumoq hidup berapa kali ja pi.Tu pun KLCC.Syok ya amat dulu buleh pi KLCC.Tu pun rombongan sekolah.

Kawan-Kawan sekampung ramai yang mengaji kat KL.Belajaq kat macam-macam tempat.Universiti macam-macam.Bila jumpak ja, tanya:

S(soalan) : "hg blajaq mana la?"
J(jawapan) : "matrik UIA"

S: "Kat mana?"
J: "PJ"

OOoooo(buat-buat tau)...isk apa ke nama tempat PJ tuh?? Pekan Jitra tau la.

S: " ni kasut futsal ni beli kat mana?"
J: " OU"

OooOwwhh OU (Taktau jugak)...OUM tau la. ( Open University MAlaysia)

"Wei pi dak reunion skolah rendah?"
"Kat mana?"
"Kat KL, MID VEL "
"OoOo, tgk la macam mana ( ah natang apa ni.sdap macam KFC ka MID VEL?)



*******************

Waw! Kolumpo...Supermarket BESAQ-BESAQ.Banyak.

Maka balik rumah,dengan bangganya aku melaporkan kepada keluarga

"nanti nak pi KL" ( dengan nada yg bangga)
"buatpa?"
"saja pi"

hari demi hari ditunggu.tak sabaq la nak pi KL.syioknyaaaaaaaa

Kat sini yg tau ada KK ja. KUALA KEDAH!

KOLUMPO HERE I COME






to be continue...

4/01/10

Hari Pertama Masuk Sekolah

4 Januari 2010

-hari pertama masuk sekolah tahun 2010 [sem baru ]
-permulaan yang terakhir sebagai seorang pelajar/studeng [ganu]
-tapi hari ni aku ambek cuti kecemasan [ kemalasang] - ganu lagi
-tahung depang [ganu] dok jadi pelajor, jadi hok laing pulok - ganu belake perenggang ni
-awai-awai sem ni selalunya tadak apa pun.
-lagi pun semalam dah buat tinjauan dari rumah sewa ke rumah sewa.
-dapatan menunjukkan 70% tidak menyokong kehadiran ke sekolah hari ni.
-maka aku terpaksa mengikut kehendak ramai [alasan] demi menjaga hati semua.
-hai, sem 7!
-foundation 3 sem, skarang dah sem 7
-10 sem dah kat sini.mana tu?rahsia.

darjah 1 hari ini
-tengok Malaysia Hari Ini kat TV 3
-dia tunjuk gelagat budak-budak darjah 1 baru masuk sekolah.
-lawak tengok, menangeh-nangeh,bawak mainan , mak-bapak pi sekolah macam ada sure heboh.


aku darjah 1
-tak ingat dah dulu masuk berapa hari bulan
-tapi ingat masa tu tahun 1994.
-aku ingat lagi masa tu aku pakai short.uniform sekolah, seluaq pendek biru.wah!! macam org putih.
-aku tak teriak (nanges) sebab seronok.
-masa duk dalam kelas kat tepi tingkap, penuh dengan ibu bapak.hehe
-hari first abah tunggu sampai habeh sekolah,masa rehat abah bawak makanan, bagi duit.
-hari berikutnya abah hantaq sampai pagar saja.
-tapi ada kawan-kawan yang lain masa belajaq,depa tengok tingkap, bila mummy atau daddy tadak mulalah kedengaran tangisan-tangisan kecil.hehe.
-ada orang seminggu,ada yang aku rasa mak dia paling lama tunggu,hari-hari ada.
-bila balik abah ambik
-aku pakai beg swan wana itam.wowowooo

kotak pencil
-masa darjah 1 semua orang nak menunjuk.
-sapa ada kotak pensel Batman,Supermen,Ateromen, Cicakmen(tadak lagi) kira belagak la.
-aku boh dalam pelastit ja.heheh.awai2 memang mak bagi, kotak pensel kereta racing.tapi akhirnya patah-patah.
-sapa ada kotak pensel dua tingkat (ingat dak) yang stai bukak,paihtu ada tingkat,wahh!!
-dekat hujung ada sharpener, paling legend la kan.

kedekut
-darjah 1 semua orang kedekut.
-ada pensel banyak,tak bagi pinjam.
-kaler aku ada yang 12 ja, perempuan standet 36.
-tapi nak kasi pinjam sep,tak bagi.

duit poket
-abah bagi 3 kupang [ 30 sen ] .
-ayaq oren sekupang
-kacang sekupang
-mak bagi dah bekal.
-tapi eksyen, nak jugak beli sebab kawan-kawan beli.


Terima Kasih Cikgu

Hari Pertama Masuk Sekolah,
Tak Pandai Membaca Mengira,
Tetapi cikgu Begitu Tabah,
Mengajar Kami Sungguh-Sungguh,

Bermula ABC Sampai Z..
Hitung Satu Sampai Sepuluh,
Baru Ejaan dan Kira-Kira
Kami Belajar Dengan Lancar...

Berkat Kesabaran,
Guru Bijaksana,
Memberi Pelbagai Petunjuk,
Hari Demi Hari,
Kami Pun Mengerti,
Pelajaran.....
Nilainya Tinggi

Kami Ingat Setiap Masa,
Jasa Guru Mendidik Bangsa,
Terimalah Ini Ucapan Kami
TERIMA KASIH CIKGU !!

*waaa dulu masa hari guru kat skolah rendah suka aku nyanyi lagu ni kat pehimpunan, sampai menangeh-nangeh..hehhehhe. ada orang tau dak lagu ni?

31/12/09

Destinasi Kita : Bukit Hijau



Location : Hutan Lipur Bukit Hijau
Date : 2 Disember 2009
Time : 11.00 am. - 3.00 p.m.




Hutan Rekreasi Bukit Hijau atau Hutan Lipur Bukit Hijau adalah pilihan yang terkenal sebagai destinasi berkelah atau "picnic" dalam bahasa Jerman.Bukit Hijau terkenal dengan keindahan air terjun tujuh tingkatnya.Bukit Hijau terletak di Kulim, Kedah.

Cara Nak Ke Bukit Hijau

Jika anda dari utara (gurun,alor setar,perlis ) cara yang mudah adalah exit di Gurun atau Sungai Petani Utara, ambeklah Signboard menuju Ke Baling, dalam perjalanan nanti pastinya anda akan jumpak signboard "Hutan Lipur Bukit Hijau". Jika anda keluar dari Sungai Petani Utara, ikutlah jalan Hospital Sultan Abdul Halim menuju ke Jalan Kuala Ketil - Baling.

Jika anda dari Pulau Pinang,Perak dan Singapura, ambeklah jalan Lebuhraya Butterworth-Kulim ( BKE Expressway), ikut sahaja jalan ke Kelantan, jangan lupa tengok Signboard "Hutan Lipur Bukit Hijau"




satu-satunya cara untuk ke bukit hijau


























ltak gambaq ja banyak.kalau nak cerita panjang tgk kat blog hamzah sabrosa. kat sini

18/12/09

Ke Kayangan

Date : 16th December 2009,Wednesday
Time : 3.00 p.m. - 10.00 p.m.
Location : Perlis Indera Kayangan ( Darul Sunnah )

Mula-mula sekali bila sampai Perlis kami ke rumah seorang kawan saya iaitu Am Tulang.Rumah Am Tulang terletaknya di Jejawi.Setibanya disana kami disambut dengan minuman oren dan juga minuman apple yang sejuk bersama kuih Makmur ka Maamor? eja cena tah.mampuih pi.

Destinasi seterusnya adalah ke Fatin Corner.Kami melalui bandar Kangar yang sibuk dan padat itu.Ketika di Kangar sempat saya mengambil mercu tanda disini.






Inilah Kayangan Square @ The Store.


Dekat Perlis ni kedai-kedai banyak guna nama "D" kat depan dia.Kalu takpecaya cuba la tengok kat situ D'Mara.Kalau tak pecaya mailah ke Perlis tengok nama kedai-kedai dan bangunan.Antaranya D'Dangau kat Arau, D'Kail, D'Futsal.

Bangunan-bangunan kat sini pulak kebanyakanya warna biru-kuning.Biru kuning adalah warna bendera perlis.Kebanyakan bangunan,tiang-tiang,rail besi,pasu bunga, pejabat mesti dua warna ni, kecuali JKR yang bangunanya Warna-Warni.

Fatin Corner








ya inilah Fatin Corner, terkenal dengan cendoi ( cendol ) nya.Selain dari cendol banyak lagi benda-benda yang sesuai diisi dalam perut kita, antaranya dalah laksa,nasik ayam dan juga lain-lain makanan dengannya.

Cendoi di sini ada cendol biasa,cendol pulut dan cendol tapai.Cendolnya memang sedap.Sedap, betoi sedap dan yang besnya memang cendoi sungguh tengok la banyak mana cendoi di bubuh.Cendoi kat sini siap ada delivery lagi,macam pizza hut dan mekdonol.

Fatin Corner dibuka kepada orang awam pada tengah ahri dan ditutup sekitar jam 6.00 petang.Fatin corner terletak di Kangar.



cendoi pulut rm2.00




setelah puas melahap kami pon beredar dengan buah limau percuma yang kami ambik sendiri.kami kemudian bergerak ke destinasi seterusnya.


disini


wah,takut dak.amaran keras tu.ya kami berada di Stadium Utama, Kangar untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara pasukan Liga Super Perlis dan Pasukan Kelab Sukan Universiti Utara Malaysia . KS UUM diwakili oleh seorang yang bernama Mat Najib bin Azmi iaitu rakan kepada kami jugak.





keputusan penuh perlawanan Perlis 4- 0 UUM

Kerana waktu sangat mencemburui dan asar pon belum ditunaikan maka kami dengan segera bergerak pantas ke Kuala Perlis.Kami dinggah di rumah diamilikku.



family diamilikku


kami singgah untuk solat asar dan jugak solat maghrib.selepas solat kami ( saya,am,hamzah dan mat ) bersama diamilikku dan suaminya menuju ke destinasi idaman.Oh ya sebulum tu, masa sampai ja kat umah diamilikku, dia kat " Oih kata nak mai dua, ni mai dua kali dua" hehehe...



yes destinasi seterusnya IKAN BAKAQ! oyeah.

Ni adalah Lynda 2, Lynda 1 ada tidak jauh dari sini.


ya itudia sotong goreng tepung pembuka selera.




ikan jenahak bakaq dengan sotong sambal.

sedang sodap melahap, diamilikku dan suaminya terpaksa pulang awal kerana ada urusan kerja.tinggalah kami berempat melangsaikan segala-galanya.bukan bayaran, makanan.Bayaran dijelaskan oleh dimilkku sebelum beliau balik.kesian dia kena pow.hehehe..

Trima kasih diamilikku


setelah berkenyang-kenyangan kami pon beredar dan menuju destinasi seterusnya iaitu disini




gua cenderawasih















Sapa penah tengok gua Cenderawasih ni angkat tangan!!! Gua Cenderawasih ni kalau hampa perasan, kat sini la tempat lisa surihani dok betapa dalam cerita JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK.babak-babak last dalam crita tu buat kat sini kot.Kat sini sangat gelap dan bau najis kelawar ( tayik klwaq ) memang kuat.

Akhir sekali kami ke Arau untuk menikmati Burger.



roadside corner ataupun "bundle"

trima kasih kepada Am selaku rakyat jelata Peghelih yang memayung makanan dan minuman disini.Perut sudah bercampur ikan,sotong dan beger serta oblong mula meresap dalam tubuh dan menyebabkan kemengantukan yang nyata.Setelah itu kami pun pulang dengan hati yang gembira.



am tulang

27/07/09

Tiada Kerjasama..Menuju Buntu

"telefon,telefon berbunyi..Telefon...kami datang"

"ada haiwan dalam bahaye"

"ada haiwan dalam bahaye disane"

"wonder pets wonderpets kami datang"

"apa yang penting"

"kerjasama"

Kerjasama.

Tahukah anda apa maksud kerjasama.Kerja bersama-sama?Bersama menangkap rama-rama?

menurut kamus dewan edisi tiga :

1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak)

Bersama-sama itu sebenarnya merujuk kepada apa?adakah hanya merujuk tiga ekor haiwan dalam wonderpets?adakah merujuk kepada bantu membantu sesama manusia?adakah bantu membantu antara manusia dan haiwan?manusia dan alam?

Tak payah tengok jauh-jauh.Ambek contoh paling dekat.Dekat mana?

Atas sikit pada mata.

jawapanya?

kepalaotak!!

ok,sekarang sila lihat benda yang click mouse tuh.itulah jari.jari itulah yang dalam keadaan tertekan,dendam dari jari berbaris-baris terhadap kepala otak.kepala otak yang dulunya setia,sekata sehala kini sudah menjadi durjana.kepalaotak sudah menghancurkan hati jemari.

jemari bertanya "kenapa awak buat macam ni kat saya?"
kepalotak menjawab "saya mintak maaf,ada benda lain yang lebih penting dari hasrat awak"

mungkin lebih kurang begitulah dialognya apabila deria-deria sentuhan jejari tidak membuat kerjanya,neuron-neuron yang tidak bersalah memaki hamun otak yang tidak menghantar isyarat-isyarat melalui akson untuk menggerakan jari jemari.

anda akan rasa begini apabila

JARI JEMARI MAHU MENULIS, TETAPI OTAK TIDAK MAHU BEKERJASAMA

Otak dengki!banyak isi!tapi takmau kasi sama itu jali.cilakak lu kepala otak!!


pagi tadi, Weekly Lesson Plan lupa buat.Lecturer nak mai hari ni dia kata.Ah sudah!!

"Bidin, may i borrow your leptop?"
"bagi ka dak aku nak jugak"

bila aku mula menaip,

Weekly Lesson Plan

Subject : Science
Week : 7

wah...minggu tujuh dah!

seminggu lagi!!


seminggu lagu nak habeh praktikum.


praktikum kali ni macam di habaq terlebih awai dahulu iaitu post 6 minggu yang lalu,aku tiadak semangat,semangat kalau ada pon tidak membara.semangat macam cipan sedut ja.tehegeh-hegeh jalan..lembab!tak pro aktif!!


Kesian encik kepalaotak,dia banyak tekanan.jangan salahkan dia.encik otak sudah penat.encik otak slalu sakit-sakit.nasib baik encik badan ini kuat semangat.encik badan tidak demam ketika virus Babi menular di seluruh dunia.Encik otak banyak diguna selama ini,encik otak beban.Encik otak harap encik jari faham.Encik otak masih ingat akan janji setianya bersama si jari tidak akan dilupakan.dia akan menyambut gamitan jari.Si jari, sabarlah.



Simata-mata yang membaca dan sitelinga dan sihidung.Apa khabar semua?Terima kaseh simata-mata yang setia membaca,yang terus menerus menyokong usaha encik otak dan encik jari.





29/06/09

Berak Kat Rumah Pon Kena Bayaq & Sekuntum Mawar Merah

"Mana Ada Benda Free Dalam Dunia La Ni"

Sungguh diakui pernyataan diatas adalah sangat-sangat dipersetujui oleh individu-individu tertentu bahkan kumpulan-kumpulan tertentu juga turut menyokong.Kalau tengah dok seronok-seronok jalan-jalan dalam sopink mall,xpon sopink komplek ka..tiba-tiba rasa nak terkucil(terkencin) atau masalah yang lebih berat dari itu.MAhupun terkencin dan terberak adalah persamaan dari segi jenis najis iaitu najis mutawwassitah iaitu najis pertengahan.adalah untung jika sopink komplek itu mempunyai tandas yang percuma.Jika berbayar tandas itu tentulah tandasnya sangatlah berhancing-hancingan dan berkotor-kotoran yang menyebabkan pundi kencing secara otomatik(automatik) menjadi terkatup ( tertutup) .tapi kalau sopink komplek yang free tandasnya pon parking dah kena bayaq.Dia ambek duit tandas sekali kot.

Itu baru sopink komplek.Bayangkan tandas di stesen bas.Nah!! Sungguh haram ( berlawanan dengan harum ) baunya itu disamping warna lantai tandas kuning-kuning coklat yang dihasilkan oleh benda apa pon kita tidak tahu.Kajian menunjukkan ianya terbentuk apabila atom-atom dari najis mutawassitah berkumpul.Selain itu terdapat juga perkataan-perkataan baru dan ayat yang mengelikan hati yang berbaur lucah yang terlampau.Nombor-nombor telefon juga banyak ditinggalkan beserta nama dibawahnya contoh yang saya ambek adalah 016666666 "janda muda gersang".Kadang-kadang frasa-frasa berbaur politik jugak boleh kita perhatikan.

Jadi dimanakah tempat untuk kita melunaskan hajat dengan percuma,aman,sentosa dan permai lagi nan indah?Yah!Rumah!!Rumah kita!ataupun rumah jiran.Tapi rumah jiran punya tandas tidak lah mempunyai Chemistry yang baik dengan organ nyahtinjaan kita.

Dua Tiga hari sudah,sampai surat,nama tuan rumah.tapi kerana perasaan ingin tahu yang mendalam maka surat dibuka.surat itu datangnya dari

INDAH WATER KONSORTIUM SDN. BHD.

BIL PERKHIDMATAN PEMBENTUNGAN

Caj Tetap RM2.00 x 6 Bulan x 1 Unit = RM 12.00

Jadi kesimpulan yang boleh kita buat adalah sebulan kita terpaksa membayar RM 2.00 untuk tandas dalam rumah kita.maka saya menasihatkan agar

JELASKAN BIL PEMBENTUNG ANDA

takkan kami berak hari-hari bil berak-kencing tuan rumah nak bayaq.dia tak besalah.tikus dalam rumah patot bayaq sebab dia slalu berak dalam rumah.


**************************************

Petang tadi dalam perjalanan pulang dari menjelaskan bil intenet dan bil tandas rumah,motor yang dipandu oleh En. Kawan Saya singgah disebuah kedai."Wei, nak pi mana ni?"

Motor dihentikan,enjin dimatikan.Eh, ni kedai bunga.

saya : wei beli bunga ka?
En. Kawan Saya : Ha'ah ( sambey tesengeh)
saya : hah mesti merajuk la tuh....
En. Kawan Saya : (sengeh)

setelah membeli sekuntum mawar merah,moto disetat dan singgah sebentar untok minum ayaq sambey menjelaskan duit umah sewa kepada En Tuan Rumah.En Tuan Rumah sangat bermurah hati belanja minum petang ketika itu.

En. Kawan Saya : pi Jimat( pasar mini) sat
saya : awat pulak,lapaq?
En. Kawan Saya : bunga sajamaa lengkap
saya : choclate la tuh...
En. Kawan Saya : (sengeh lagi )

Petang tuh masa tengah main bola,saya nampak En. Kawan Saya bawak sesuatu.

Ya Allah, untungnya la kat sapa yang En. Kawan Saya belikan bunga dengan coklat.En. Kawan Saya ketika ni saya ajak pi mana pon bekira jugak sebab tengah pokai teruk,zaman kegawatan sebab sumber kewangan belum masukkan duit.

Tapi tengokla, untuk orang dia sayang En. Kawan Saya sanggup..Hai betuah kamu wahai Cik Penerima Bunga.Kalau aku tadak dah la.....

****esok nak pi skolah****

28/06/09

Ayuh Kembali Ke Sekolah!





Bertarikh 29.06.09 tahun masihi bersamaan dengan hari Isnin maka akan kembalilah aku kesekolah.Setelelah sekian lama bercuti,setelah otak telah penuh diisi dengan angin-angin yang kosong dan juga dada yang lapang tanpa ilmu rasanya.Maka mungkin itulah sebabnya terpaksa daku kesekolah.

Tapi,kembali kesekolah kali ini memang bermaksud kembali kesekolah!!bukan kembali ke IPTA,IPTS ataupun pusat pengajian lain malah tidaklah kembali ke rahmatullah ( diharapkan).Kembali kesekolah bermaksud akan kembalilah aku kesekolah.Pening dak?

Begini ceritanya, bersamaan dengan tarikh yang dinyatakan tadi, aku perlu ke sekolah.Ya!ke sekolah.Bakti dicurahkan, ilmu disampaikan.Wah!macamana nak mencurahkan ilmu.Tahu tak betapa susahnya nak mencurahkan ilmu?bukan semudah meuncurahkan air ke daun keladi ataupun duduk sambil melepaskan batok ditangga.

Tahu tak apa itu melepaskan batok di tangga? Melepaskan batok ditangga bukanlah kita melepak di atas tangga lalu berbatuk-batuklah kita disitu.Maksud batok adalah "cebok" atau "gayung".Dulu-dulu kan dekat tangga ada tempayan untuk basuh kaki.Jadi lepas basuh kaki batok tadi perlulah diletakkan semula dalam tempayan tadi, janganlah melepaskan batok ditangga.

Sebenaqnya saya sungguh gusar dan runsing.takut.gementar ataupun senang kata ketaq la.walaupun ni bukanlah kali pertama nak praktikal,dulu pun pernah la.Tapi kali ni rasa macam tadak semangat.tiada kekuatan.tiadak = (tiada + tak dak ) feel.Haih...ambek masa jugak nak adapt orang kata.

Doakan aku berjaya.

Event : Praktikum Fasa 2
Tempoh : 8 minggu ( 2 bulan )
Penyeliaan ( Observation) : 12 kali

pensyarah + guru pembimbing tgk kita mengajar 12 kali.WOW!!Damn...



Nak Pi Skolah Ni!!

21/06/09

Aku Tak Suka!! Tapi..


Aku Tak Suka!! Tapi..

Balik main badminton petang tadi bila turun ja motor rasa perut sedang berbunyi.Bukan berkeroncong dah, hip-hop ,rock kapak pon dengaq dah..bila aku pi dapoq aku tengok ni!!.





Dereyan [de.ghe.yan]

Durian

Pheww aku memang tak suka makan buah dereyan nih.Nih dereyan dok dalam pinggan siap-siap dah tapi AKU TAK SUKA!!




TAPI!!




DEREYAN + PULUT = AKU SANGAT SUKA

Maka Dengan Ini Perbuatan Seperti Diatas Diganda 3 kali lah...


tu ja..jangan maki aku sebab post ni.hehe

20/06/09

Carnivall





Street of Happines ( gembira dak?)





eh,ingat seksi ka hah?hehe


macam orang jahat dalam Sonic la wei



nampak lebih kurus.itulah teknik "Tangkap Gambaq Bersama Jibin"

Ahad 14 Jun 2009

Misai datang pada jam 10.15 pg, kemudian terus ke rumah Hamzah, ke rumah Enon dan last skali pergi ke rumah En. Jibin.Setelah mengambil Jibin, kami "megetong" sorang RM10 sebagai tanda keihklasan dan kerjasama untuk mengisi minyak kereta.Maka jumlah terkumpul adalah RM40 dan 10 lagi disparekan untuk duit tol.

Perjalanan diteruskan ke Highway Alor Setar Selatan ( tandop ) dan terus menuju ke Sungai Petani Utara ( sG. Lalang ) dengan jayanya.Kira-kira 45 minit dari Alor Setar maka tibalah kaminya di Carnivall.Kesikitan (tatabahasa macam haram ) pengunjung membuatkan kami sungguh gembira seperti dihari raya.

Carnivall ditutup pada hari Rabu.Bayaran dia kalau nak bagi main semua, maka bayarlah RM25 seorang.Tapi kalau anda pergi dihari Weekend iaitu Sabtu dan Jumaat maka jumlah bayarannya adalah RM30 sungguh mengerat kepala.

Setelah memakai jam tangan berjenama Carnivall kami pon masuklah ke sana.Oh lupa,dengan bayaran RM25 anda dapat makan dan minuman percuma untuk tengah hari!WOW!!hebatnya!!

Setelah itu kami berkongsi wang untuk mendapatkan sebuah loker.Jika bayarannya RM5 maka setelah bukak loker untuk ambek barang,lepas tu kita tak buleh nak bukak dah.babun sunguh ada ka macam tu.Jadi kami amek keputusan untuk sewa loker yang berharga RM9, dan aku bercadang nak bukak setiap 15 menet supaya RM9 digunakan dengan sebaiknya.

Setelah membuat bayaran,masalah menimpa dimana loker tidak dapat dibukak.5 orang mencuba namun gagal.Setelah hampir setengah jam masalah dapat diselesaikan.Puncanya adalah kami membuka loker orang lain,smpai bila pon tak buleh!!

Asyik,asyik setelah ja,tak banyak la vocab aku nih kan.

Sejurus selepas itu ( ok dak?) kami bersalin pakaian dan mula bermandi manda.Ketika itu jam 11.30 pagi.Semua permainan air dicuba.eNOn dan JiBin hampir-hampir tekeluar bila main benda menatang apa tah yang Boomerang tu.yang kita naik pelampung 8 tuh.Cukup bahaya...

Ah lupa pulak,kat sini pelampong/pelampung adalah percuma.Pelampung dilempar merata-rata sehingga memenuhi ruangan kolam.hah macam tu la bila buleh free.tempatnya agak kecik jika nak dibandingkan dengan bukit merah nun.

Agak-agak pukui 1 tgh hari kami berhenti untuk emnikmati makana percuma tadi.nyum2!!

Setibanya di Kafe, maka terkejutlah saya bilamana harga makanan disana umpama di "Las Vegas " bak kata Yusri.Cukup mahai!!Nak tau dak apa makanan yang kami dapat.
NASIK GORENG PEKAK+AIR DLM GELAS POLISTERIN + STRAW KERAT DUA

baroa btoi, hat ni ka yang kata free...tetapi hamzah telah menyeludup dua bungkus nasik lemak dari rumah.HihiHi..dengan bangganya aku melahap nasik lemak tersebut.

kemudian kami bermain pula Euro Bungy iaitu acara melompat di atas trampolin dimana badan kita diikat.Sungguh senak perot ambo bilo dok flip2 tuh.Jibin kata tak kena cara.Ah, penat la Jibin.Enon yang cuba mula-mula,aku takut tgk.tapi takan nak biaq saja kot.Lepas tuh hamzah pulak.gila paling tinggi la di lompat sebab mamat tu tolong bounce kan.Kesian Misai dengan Jibin, keberatan tubuh mereka melebihi syarat yg ditetapkan...

Mandi manda disambung.yang paling bes adalah pelampung 8 tuh kami nak try naik 5 orang...lama gila....baru berjaya..tu pon dalam 10minit ja..lpas tuh bahtera kami kami telah karam.lepas tuh kami bermain kembali sliding guna tube,sliding abdan aja,dan las skali main ombak.las2 sekali tgk jam dah 4.30 dah.zohor tak solat lagi.cepat-cepat naik.

Saya telah membawa syampu HPA perasa MINT dan mereka tiada pilihan lain selain menggunakan syampu tuh.bila dah mandi, aku tgk tangan.pehh..ni tgn orang lain nih..gila hitam lengit..cepat2 pi solat zohor.masa sujud tuh cukup pedih dahi sebab kena sunburn.

Last skali kami sempat bergambar dan singgah di RnR gurun untuk melantak.Perjalanan diteruskan ke Alor Setar.Setibanya di Alor Setar "oih!minyak tak turun pun" "tak buleh tak buleh" "kena bagi habeh minyak jugak,hang Ram kereta smpai abeh minyak Misai"

bila masuk ke pekan alor setar jalanraya penuh sesak.Oi, ni apa ni KL ka hah.sejak bila aloq staq jadi lagu ni.pukui 6.30 dah ni.lalu misai menyebut "hah nak minyak habeh sangat,habeh sungguh"







Ini pun teknik yang tercangeh jugak







18/06/09

Saya Dah Dapat!!



Mata dibuka, handphone ditenung "pukui 12 dah".
Tiba-tiba, kaki terpijak sesuatu.Lalu ku tenung sambil melompat kegumbiraan..

"Yeahhuuuu Dapat Dah!!!!"

Msg ditulis "Upline, aku dpt dah kad ahli.Terima Kaseh"

Sebelumnya
Megantuk, aku menuju ke bahagian tengah bas lalu kulihat adanya dua seat kosong,lalu jam dilihat 1.30 pagi.Keadaan sungguh sejuk.Sepanjang perjalanan dari ahdapan bas ke tengah bas aku dapati semua sedang nyenyak tidur.Mat Saleh disebelah sana seat sedang tidur dengan nyenyaknya."haih jgn dok kena sesema babi sudah la"

Sebelum berpindah tempat aku berada di seat di belakang driver bas.Sebabnya aku duduk disebelah seorang brother ni untuk menghilangkan boring.Banyak benda yang kami bualkan.Brother berumur 27 tahun itu kelihatan lebih muda pada usia sebenarnya.


"abe gi mano ni?"
"gi langkawi "

"ooo,kijo ko?"
"ha,kijo"

"baru nok g ko lamo dh kijo sano?"
"baru nok g,xpnoh g ni,g bodo gitu jah, gi kijo denu, PLKN langkawi"

Abang tu baru ja dapat kerja jadi jurulatih PLKN.jadi jurulatih bahagian training Fizikal katanya.Sepanjang prjalanan dari Kota Bharu ke Grik, banyak perkara yang kami bualkan.Abang ni kongsi bnyak pengalamanya.katanya dia dulu kerja buat rumah batu,dulu lpas STPM abah dia tak bagi pergi jauh sebab suruh jaga keluarga.Maka abang tu pun stay di Pasir Puteh.

Lepas abang ni kahwin dia pindah ke Chicha, KB tinggal bersama isterinya dan bekerja sebagai pengawal keselamatan.Walaupun abang ni tidak tinggi pljarannya, tetapi saya sangat menghormati sikapnya,pemikirannya dan semangatnya.Selepas mendapat cahaya mata dia berazam untuk mencari pekerjaan yang gajinya kukuh untuk keluarganya.

"abah abg akhirnya faham,sebab abang dah ada keluarga"
gud luck abg Jai.Saya doakan abang berjaya.

1.25 pagi
"abe,kito g blake denu,nk g tido semeta deh"

1.31 pagi
"hai jangan tlajak sudah la"totop mata.

3.30 pagi
tiba-tiba aku tersedar " eh ni SP dah ni..lama jugak aku tidoq"ramai jugak yang turun.
mat saleh tadi masih nyenyak tidur " beg kecik gila,mesti tak mandi ni"
aku smbung tidoq.

4.00 pagi
cahaya merah menyinari mata.eh smpai dah aloq staq!!
selepas ja driver tuh bayar duait tol aku terus meluru ke hadapan.

"abe, benti depe tu buleh dok"
"ho ( smbey anguk kpala ) ado barghe ko bowoh?"
"ado be,buleh deh?"
"ok"

turun ja bas aku terus melintas jalan.bila kupandang ke arah bas, seorang awek bertudung hitam menoleh ke arahku dari dalam bas,aku melontarkan senyuman kepadanya, dan senyuman itu pula dibalasnya."Hehe gila pa awek ni tadi takmau blanja nasik ka apa,hehe"

mungkin dalam keadaan toya dan separa sedar ayat itu muncul tiba-tiba.

perjalanan sejauh 1KM menyebabkan kaki hampir melecet,aku sempat menoleh 7-8 kali ke belakang gusar jika-jika ada manusia durjana yang mahu meragut,merompak mahupun merogol aku.

smpai saja dirumah aku meluru ke kamar dan mata dipejam rapat-rapat. "sapa jugok aku klate"

6.20 pagi
"zarep, bangun semayang"

setelah selesai solat, aku terus terjun ke katil semula.Masa baca doa qunut, rasa macam banyak ekoq setan duk gayut ataih mata.

12.01

inilah dianya







522750.Maknanya dah lebih setengah juta telah mendaftar.Anda bila lagi?RM 30 seumur hidup.
Produk Halal Tanggungjawab Bersama

The Hottest Night Part - 2





Setibanya di Kolam Air Panas ulu Legong, didapati ramai lah manusia yang berada disitu.Antaranya adalah keluarga-keluarga beserta sanak saudara dan juga datuk nenek,kanak-kanak,pemuda-pemudi,gaids-gadis,awek-awek, dan tidak lupa juga kepada golongan Mat Rempit.

Selain dari itu, mata saya tertarik kepada seorang gadis yang tinggi lampai, mungkim mencecah 175 cm atau keatas.Mata saya secara automatik memandang gerak geris gadis itu.Berambut panjang,lemah lembut dan juga manja kelihatannya.Dia memakai jeans biru dan juga t-shirt berwarna hitam yang sungguh padan dengannya.

Lebih kurang seminit tujuh belas saat saya memerhatinya,dan tidak syak lagi!maka dengan itu saya pun memanggil enon :

"Enon,hang tengok lengan dia,besaq pada lengan hang"

Ya, lengannya sungguh besar.Hal ini kerana dia bukannlah seorang wanita ataupun gadis yang asli pada mulanya.beliau adalah Bapok yang sungguh lawak.Tambahan lagi bila terdengar beliau bercakap.Hahaha..

Kolam disana ada 4 kalau tidak silap saya.jika ditmbah dengan kolam kanak-kanak maka jumlahnya adalah 5.

kolam yang sangat panaih dan besar adalah kolam satu.Kolam ini adalah yang terpanas dalam semua kolam disitu.Kita boleh lihat kolam itu berasap dan menggelegak.

Setelah pakaian disalin, maka turunlah kami ke kolam yang paling last dimana ramai orang bermandi-manda.Mula-mula kaki diturunkan.Panaih gila..kemudian lutut dan lebih kurang setengah jam dapatlah keseluruhan badan terendam.

Hamzah,Mat dan Yusri telah menjadi perintis dengan merentasi kolam itu.kemudian En Jibin dan barulah saya.kami merentasi kolam itu sehingga kepala berasa pening.Enon dan misai tidak pula berbuat demikian.Setelah leka bermain kami naik ke atas.

Dan sambil bermandi-manda misai sempat membeli makanan.Kami beranjak ke kolam kedua.Kolam kedua memang panaih dari kolam tadi.Kaki akan berasa gatal-gatal disitu.Saya berjaya turun sehingga paras peha dan berjalan-jalan dalam kolam tu.

Hamzah dan Mat Naim gila kerana mereka buleh merendamkan keseluruhan badan mereka disitu.Saya sangat kecewa kerana tidak dapat melakukan perkara demikian.Jam menghampiri 4 pagi dan kami bertolak pulang

Dalam perjalanan pulang kami mengambil keputusan untuk berhenti makan di Sungai Petani.Setibanya di Sungai Petani entah bagaimana secara tiba-tiba kami berhenti bersarapan di Makbul nasi kandar.kedai ini sangatlah tidak bes.tetapi dalam tidak bes itu dua bungkus nasik lemak juga saya telani.

Jam 6 pagi, perjalanan diteruskan dan kami singgah untuk solat subuh di R&R gurun.Setelah itu perjalanan diteruskan terus ke Alor Setar.Dalam perjalanan pulang,saya berada di sebelah driver dan drivernya adalah misai.

Saya menjadi tidak sedap hati apabila keadaan di salam Unser tiba-tiba sangat sunyi.Perkara ini adalah tidak adil bagi saya dan mengundang ketidak puas hatian terhadap yang lain.Mereka cuba tidur di belakang.yang paling ketara adalah Mat dan Jibin.Saya tanpa membuang masa telah menggoncang lutut mereka sambil memanggil-manggil nama mereka sehingga mereka tidak boleh tidur.Dengan itu saya dapat hidup dengan aman.

Maka bermulalah permainan "teka-teki" sepanjang perjalanan pulang.antara soalan yang sukar dijawab adalah soalan dari jibin.bunyi Soalanya adalah seperti ini:

"Dalam banyak-banyak kotak,kotak apa berdosa"


jam 7 pagi kami smpai di aloq staq.sekian











Blog Widget by LinkWithin