Memaparkan catatan dengan label selera kita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selera kita. Papar semua catatan

6/12/09

Selera Kita : KOETEOW IMAN





Selera kita akan berkongsi tempat-tempat menarik untuk dikunjungi bersama.Kali ini destinasi perut kita adalah KOETEOW KERANG IMAN ataupun secara femesnya disebut KOETEOW IMAN.

Lokasi
KOETEOW KERANG IMAN terletak di Jalan Sultanah, di Taman Pandan berdekatan dengan pusat jualan PERODUA.

Masa
KOETEOW KERANG IMAN mula beroperasi sekitar jam 6 petang sehingga 2 pagi ( sekiranya koeteow masih ada ).Perniagaan KOETEOW KERANG IMAN dibuka setiap hari kecuali hari JUMAAT kerana memberi laluan kepada pekerjanya melancong ke tempat-tempat menarik di Malaysia ataupun secara amnya disebut CUTI.

Menu
Menu disini adalah semestinya koeteow kerang.namun terdapat juga nasik lemak bungkus yang sangat laris.ada nasik lemak Ayam,Daging,Ikan,Ikan Masin danTeloq.

Terdapat beberapa jenis koeteow secara umumnya adalah koeteow biasa,koeteow teloq ( telur ),koeteow super dan char koeteow.Koeteow yang femes adalah KOETEOW TELOQ dimana koeteow basah berkerang,bertaugeh,berkhucai dan jugak teloq cayaq ( cair ) yang merangsang nafsu makan ketika lapar mahupun kenyang.

Semua minuman ada disini kecuali limau ais kerana limau tidak dibeli bertujuan memboikot pembekal limau Yahudi di Amerika Syarikat.Akan tetapi,harus diingat bahawa Teh O Ais limau ada kerana mereka menggunakan serbuk teh o Ais Limau.

Minuman yang sedap dan spesel bagi saya dan rakan-rakan disini adalah TEH O BLACKCURRANT yang mungkin ramai taktau akan kelazatan serta nikmatnya.







cara-cara meminta order di sini.hebat kan?




sila klik image untuk lebih lazat!


koeteow teloq ( legend )- inilah koeteow teloq yang selalu diagung-agungkan.dahsyat!



selamat mencuba!

macam mana nak sebut koeteow?
1.kotiau
2.kaytiau
3.ku tiu
4.kuih tiau

dulu penah ada entri tempat-tempat bes untuk makan.

http://zarepan.blogspot.com/2008/12/gulai.html









29/12/08

Gulai



AHAD 28 Disember 2008


7.30 a.m.
Perbualan telefon
A: "Hello, oih hang tak tidoq blek ka?tere gila, pkui 8 Ok!"
B: "Dak, smalam awai tdoq pkui 2 haha,pkui brapa?Ok!"

8.05
Dialog
B: "Hamzah?"
A: "Tak pi, tdoq lmbat"

A memandu dan B berada disebelahnya..Baru sahaja beberapa minit dalam kereta

B: "Sakit perut"
A: "Ah sudah"

B: "Xbuang lg,perot kosong mana buleh makan"
A: " Aku pun dak lg"
B: " Kena singgah mana2 dulu pa"
A: "Nak berenti mana?TESCO mau"
B: " Bukak dah ka?"
A: "Bukak kot,pkui 8 bukak dah,cewah bat pala"

Tiba di Tesco
A: "Bukak dah,nasep baik"
B: " Jum"

Mereka menyelesaikan masalah mereka pada pagi itu di TESCO Mergong..


8.40 a.m.
A dan B tiba di Kedai Gulai Ikan Temenung ( Ikan Kembong ).Tanpa membuang masa mereka terus menjalankan tugas yang telah diagih-agihkan.Nasik Gulai Ikan Temenung adalah sebuah tempat yang sangat femes dengan makanan yang sedap.Sangat unik kerana pagi-pagi hari lagi orang dah ramai.Seawal 8 pagi terdapatnya nasik dan lauk pauk yang pelbagai dan pelanggan kedai ini sangatlah teramat ramai sehingga perlu menunggu turn untuk duduk.

Gulai ikan disini memang istimewa sebab rasanya yang sangat sedap,ditambah pula ikan yang baru naik atau baghu mendarat menyebabkan rasa serta aromanya yang sangat indah.Isi ikan yang segar sangat berlainan dengan ikan yang dirumah mahupun dikedai.Untuk mendapatkan gulai ikan, terpaksalah bersabar dan beberatur ( beratur panjang ) untuk menceduk gulai ikan.Kesabaran perlulah ditahap maksimum kerana terdapat segelintir masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum ini sangat mementingkan diri melakukan perkara-perkara seperti memotong turn dan mementingkan perut mereka sahaja.

Makcik didapur sangat sibuk, ada yang sedang menggoreng telur, menanak nasi,membasuh pinggan dan menyiang ikan.Sebanyak 4 periuk digunakan untuk memasak gulai ikan temenung secara tanpa henti agaknya.Makcik yang incharge masak gulai agak tertekan apabila ramai pelanggan-pelanggan yang seperti saya nyatakan diatas melingkunginya dengan menyua ( menghulurkan) pinggan.Ikan Bukan Masak Lagi!Sabaq La!Hangat Hati Tengok Depa Ni!

Lama menunggu, maka siaplah complete set makanan.


1. 3 pinggan nasi
2. 3 potong telur dadar
3. 4 ekor ikan gulai dan sedikit kacang bendi
4. sepinggan sayur kacang panjang dan sotong
5. 2 gelas teh ais.
6. jumlah RM13.40

A dan B sangat gembira sambil menikmati gulai ikan yang masih panas dan enak itu..




Encik A




Encik B
Blog Widget by LinkWithin