Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan AM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan AM. Papar semua catatan

23/06/11

Perayaan Hari Ibu Haram disisi Islam ?

Saban tahun ada Perayaan Hari Ibu atau "Mothers Day". Anak- anak selalunya akan memberikan kad ucapan serta kek dan hadiah untuk menghargai ibu mereka. Menjadi tanggungjawab setiap anak samada lelaki mahupun perempuan menghormati, menyayangi dan mengasihi ibu bapa mereka. Ketika sedang surfing membelek-belek blog, saya terjumpa satu artikel dari http://www.blogcikgu.com/perkongsian/hari-ibu-adalah-haramhttp://www.blogcikgu.com/perkongsian/hari-ibu-adalah-haram .

anda baca dan nilaikan.

Tak Salah Kita Bagi Hadiah dan Meraikan Ibu Bapa Kita. Hari-Hari adalah Hari Ibu dan Hari Bapa. Pilih la hari lain untuk kita raikan mereka.

18/03/10

Stop Celcom SMS Facebook.

Tengah syok-syok tgk tv dapat SMS.

"RM1.00 Your Facebook SMS account has been renewed and will be expired on 25/03/2010.RM1/week unlimited.Text your status to 32665 "

takpa lah.selalu dapat dah SMS ni.pastu teringat pulak nak check credit.Semalam kredit tinggal RM 0.00.Kemalasan untuk pi cari topup menyeru aku supaya buat credit Adcance.Dapat RM2.00.Pastu ada buat sikit call dengan SMS.Last check kredit RM 1.45.

Selalu dapat SMS Facebook, rasanya takpa la sebab tak pnah activate, dia tak tolak kot fredit agaknya.

Harini, lepas dapat SMS Facebook, tergererak pulak ginjal nak check kredit.

Oii!!! tinggai dua kupang tujuh duit saja ??? ( RM 0.27 ).Tak buleh jadi ni..Aku rasa Facebook SMS dok telan duit aku nih.Taktau la kot aku lupa ada kol sapa-sapa ka smalam.SMS ada la, kalau RM 1.27 betoi la kot.ni hai tinggai dua kupang saja?

maka, aku menerai beberapa cubaan dengan handphone.Setelah beberapa sela dapatlah masalah ni diatasi.

Cara Nak Stop Facebook SMS ( Celcom )

1.STOP SERVICE
text : STOP FB
send : 32665


2.STOP RECEIVING SMS
text: STOP SMS
send : 32665

taktau la kredit kurang tu sebab facebook,takpon smalam masa tidoq aku tak sedaq aku ter call saudara mara dekat Mexico Tenggara kan.Jadi saya memilih langkah selamat.stop.


1/01/10

DERA : Letak Anak Dalam Mesin Basuh

Dalam Mesin ni La Kekejaman Berlaku








apa punya manusia, anak tu bukannya buat salah apa-apa.nama pun budak-budak, mana la dia tau salah silap.letak pulak dalam mesin basuh, kalau mesin photostat ok lagi..lepas ni gambar anak yang tak bersalah

-

-

-

-

-

-

-

-

-













Anak Patung Beruang

31/12/09

Sila Beri Pendapat !~

Mahkamah Putuskan Majalah Katolik Herald Boleh Guna Perkataan 'Allah

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan pada Khamis.

Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah"

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan itu.

sumber : bernama



Sebelum Keputusan

kedahlanie [klik]
kerengga [klik ]

7/12/09

Jabulani






Hah? Jabulani?


Jabulani
Jabulani ( Adidas Jabulani ) adalah nama bola rasmi untuk Piala Dunia Afrika Selatan 2010.Kepada yang belum tahu, penaja utama FIFA WORLD CUP pada setiap tahun adalah ADIDAS.Pada setiap edisi Piala Dunia, bola rasmi akan diperkenalkan.

Maksud Jabulani adalah;

1. Come to bring happiness to everybody

2. to celebrate


FIFA WORLD CUP SOUTH AFRICA adalah edisi ke -11 Piala Dunia.Sebelas warna yang digunakan adalah bertujuan memberi penghargaan kepada bola sepak (edisi ke 11 ) dan juga kepada 11 negara-negara Afrika Selatan dimana Piala Dunia kali pertama akan dianjurkan.

http://www.fifa.com/worldcup/









*awek mesti ramai sokong Portugal sebab ada Cristiano Ronaldo!

4/12/09

Kote Keras









Masa tu malam.Boring gila.Baca blog la.Blog apa hat bes??

Hehehhe...yesss blog tersebut lah,boring-boring ni best nih layan.

klik2!! siap bookmark lagi.

wahhh banyak betoi gambaq.

amaran : sesiapa yg pernah tgk tidak mengapa,tetapi mereka yg belum tengok pastikan anda sudah bersedia.

Baca bismillah...













lagi









1.KOTE KERAS





2. KOTE SUPER







3.KOTE MULUT?








4.KOTE TOUGH?





5. sndiri translet.hahahahahhaha




extra












perkataan KOTE dekat dunia lain tak sama macam kat Malaysia kita ya!!~

19/06/09

Vespa Haji Samad


What Is This ?



Sekali kerlin(tengok) pon tau dah apadia gambaq diatas ni.apa dia adik-adik?

Vespa!!

V.E.S.P.A


Pandai!! Namun ini bukanlah sebuah vespa yang biasa.Vespa ini adalah sebuah vespa yang mempunyai kisah disebaliknya.Tuan empunya vespa ini pada mulanya adalah Pakcik Samad.Setelah beberapa tragedi berlaku,Pak Samad mengambil keputusan untuk menjuai Vespanya.Setelah beberapa hari,Pakcik Saad yang melayari mudah.my telah tertarik dengan Vespa ini,kemudian Pak Saad mengambik keputusan untuk membeli secara tunai,namun bayaran dibuat sebanyak 3 kali bayaran.Kemudian,Pak Saad ditimpa pula musibah,musibah bukanlah bermaksud musim buah, tetapi musibah adalah kecelakaan,lebeh kurang begitulah ceritanya.dengan adanya disini inginlah saya berkongsi dengan kawan-kawan kisah tentang vespa ini yang telah dilagukan.


Sila nyanyi dan hayati lirik lagu ini.Lirik lagu ini menceritakan apa yang berlaku.Anda harus memandang serius akan liriknya disebabkan banyak unsur nasihat yang boleh kita ambek,tetapi yang lebih pentingnya adalah KEMUNGKINAN BESAR lagu ini akan jadi salah sebuah lagu dalam program JANGAN LUPA LIRIK sekiranya anda ingin menjadi pesertanya.Maka hafalkanlah lagu ini.

DENGARKAN BERSAMA

Sila Klik Dekat gambaq Vespa Ni Nak Dengaq Lagunya.Kalau Tak Dapat,Klik Dekat Link Kat Bawah Sekali.

*ada beberapa part yg tidak betoi*

Vespa Haji Samad - Pak Ku Shadat

Halo mu halo mu Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Start ataih jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad

Mutu* Tok Saad engkonya patah
Lalu diikat dengan talinya getah
Bila start mutu Tok Saad naik latah
Lalu dibelah pokok jering dan pokok getah

Halo mu halo mu Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Start ataih jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad

Dua tiga minit Tok Saad jatuh pengsan
Lalu dibawak teruih masuk ke hospital
Sampai di wad Tok Saad tak ketahuan
Cucuklah satu jarum dia panggil tok dan tokwan

Halo mu halo mu Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Start ataih jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad

Tok Saad naik mutu* dia tak reti
Laju punya laju Tok Saad jatuh titi
Patahnya gigi tinggal pula gusi
Lalu Tok Saad duduk susah hati

Halo mu halo mu Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Start ataih jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad

Kita naik mutu* kena cukup lengkap
Bila polis periksa kita boleh tunjuk jawab
Jika tak salah polis pun tak tangkap
Seumoq hidup tak kenai pintu lokap

Halo mu halo mu Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Start ataih jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad

Kita naik mutu* kena ikut keadaan
Tak kira laki-laki dan juga perempuan
Jangan diikuti dalam hati perasaan
Akhirnya akhir mati tepi jalan

Halo mu halo mu Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Start ataih jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad

Tok Saad naik mutu* dia tak paham undang-undang
Laju punya laju belaga dengan tiang
Patah kaki tangan sakit pula pinggang
Cari bomoh kampung pemasuk urat tulang

Halo mu halo mu Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Start ataih jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad

Tok Saad naik muut* dia tak serik lagi
Lempaq Vespa buruk dia beli Suzuki
Naik punya laju belaga dengan lori
Kisah Tok Saad berakhir di sini

Halo mu halo mu Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Start ataih jalan dia pun naik hangat


http://www.youtube.com/watch?v=Np20rQqvsEI&feature=related

21/05/09

Buaya Besar..

Dua minggu ni kalot dengan final exam.Ni pon tak habeh lagi.Sem ni 5 paper saja.Syukur adan la 5 paper ja,slalu lajak 6 kalau tak silap.Baru abeh dua paper, lagi 3 paper lagi ni.Semalam masa dok tengah tengok-tengok nota.Ya nak saya nyatakan tatsat ( tadi ) pagi adalah paper bertajuk Energetics in Chemistry.Apa itu?tajuk subjek pon dah tak paham,inikan pula isi-isinya.belek-belek nota, tenung-tenung lama-lama, sampai bijik mata putih.sebab apa?sebab tak paham.hehe..dah la otak slo,mengaji malaih.Inilah akibatnya.ada orang kata "study last minute" tak bagos.

Saya membangkang sangat kerana itulah sahaja waktu menengok course pro forma,melihat nota...
" ooOOoOO hat ni la yang dok blajaq ni"
"esok pagi nak pereksa ni wei,mnatang pa pon tak ktahuan ni"

jadi buku yang menjadi rujukan utama adalah :

FOKUS Ungu Masteri SPM : KIMIA

maka pagi tadi selain menjawap periksa,sesi translate-mentranslate telah berlaku lah.

tengah dok belek-belek buku paham-paham la tuh. almaklum la bila kita manusia nak buat benda-benda yang baik ni adala suara-suara hasutan yang asalnya adalah bisikan syaiton tetapi diubah dalam bentuk manusia.

"WEI BESA GILEEE"

"hah sudah bukak komputer aku pulak dah.padia wei?"

"Nih TGK NIH"

"TUDIA!BESAQ KAPAI SELAM"

http://www.metacafe.com/watch/2833115/the_biggest_alligator_from_indonesia_river/

selepas menonton video ini,maka abehlah sesi study malam tersebut..heheh..

13/05/09

Babi Betul!!

Salam Persahabatan.

Lama dah saya tak menulis.Sabtu dan Ahad ( 9-10 Mei lalu saya telah menghadiri Program Perkongsian Bijak Cemerlang ( PBC) yang dianjurkan HPA.Banyak benda yang saya dapat dari pada program itu.Salah satu benda yang saya pelajari adalah ni lah bendanya.







Click To Enlarge Image

Umat Islam,hati-hati dengan barangan harian yang kita guna.Kebanyakanya menatang ni lah depa guna.Sertailah ni adalah SALAH SATU daripada banyak ya kawan-kawan.SALAH SATU.Untuk ketahui dengan lanjut.Ayuh!sertai PBC.Berjuang untuk anak cucu kita.

Bangunpagi-pagi kita mesti niat nak solat.Nak pi belajaq.Alhamdulillah bagus.Bangun ja lepas kemaskan cadar dan bantal kita ke tandas.Mula-mula sekali kita gosok gigi.Taukah kita,sedarkah kita darimanakah berus gigi kita datang?ubat gigi kita?Pernahkah kita diberitahu berus gigi kita dibuat daripada bulu babi hutan?Kebanyakan barangan kita datang dari Thailand dan China.Orang-orang kat sana apa yang mereka makan?Kibas?kambing?tidak!!menatang kat atas ni lah.Untuk memastikan kos pengeluaran rendah, mereka akan menggunakan bahan2 daripada menatang ni.rugilah kalau tulang,bulunya dibuang begitu sahaja.Type saja kat Google."ubat gigi haram" atau "kuaci haram".segalanya haram.babi betul!Kita telah ditipu kawan-kawan.Next time bila ada kelapangan kita akan masuk tajuk "AYAM" pulak.

Carilah Yang Halal dan Baik

9/05/09

Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang

KURSUS USAHAWAN HPA

PBC DAN KEISTIMEWAANNYA
1-MEMBINA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN HERBALIS MLM YANG CEMERLANG.

2-DAPAT MENGUASAI SEGALA ILMU DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN MLM. AGAR DAPAT MERANCANG, MENGURUS DAN BERTINDAK MENGIKUT PLAN YANG DISEDIAKAN BAGI MENJURUS KEPADA BONUS 5 ANGKA SEBULAN.

3-MEMUPUK DAN MENERAPKAN KEKUATAN ROHANI BAGI MEMBENTUK JATI DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG BERTAQWA.

4-MELAHIRKAN USAHAWAN YANG TAHAN LASAK, TABAH, BERDISIPLIN DAN MAMPU MENJADI PEMIMPIN JARINGAN YANG HEBAT.

APA PBC?

Menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan dengan produk-produk halal HPA. Ketahui plan pemasaran Perkongsian Bijak Cemerlang HPA dengan 'product killer' kami iaitu Kopi Pra-campuran Radix.Serta beratus produk lain merangkumi produk keperluan harian, ubatan berasas herba, kosmetik, makanan kesihatan dll. Anda pasti terpegun dengan pelbagai pengetahuan herba kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya. InsyaALLAH...

Mengapa perlu sertai Program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang)?
1. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
2. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).
3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan 5 angka.
4. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
5. Modul program yang menarik dan berkesan.
6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
7. Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.
8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.

Bagaimana hendak sertai program PBC ini?
1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan mendapaat Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen.
2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM100 hingga RM180 sahaja untuk 2 hari 1 malam bergantung kepada tempat.
3. Membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana agen stok.

Modul-Modul PBC
Antara modul yang akan diberikan adalah
1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui LDK
6. Teknik Demo
7. Produk Pilihan
8. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan.
9. Asas Perubatan JAWI
10. Qiamullail.
11. Kuliah Subuh.
12. Senaman Pernafasan.
13. Bacaan AlMaathurat.
14. Motivasi Niaga.

7/05/09

Kena Tindih





Satu malam tu, tiba-tiba aku terjaga.Rasa sesak dada.Bila bukak mata aku nampak mcm ada benda tengah melutut ja ataih dada aku....Cerita takat tu dah la.Tak Payah lebih detail kot.Mesti ada yang pernah kena.Yang malam aku cerita tuh salah satu malam ja daripada malam-malam yang lain.Tidak termasuklah pasar malam,malam nostalgia 70-an dan juga malam lalilattulqadar,

Dua tiga harinya sahabat serumah, mat Shah tunjuk artikel kat dalam Kosmo.Kat sini aku Mengopi dan Mengepaste dkat sini sedikit artikel dalam akhbar KOSMO yang aku rasa perlu.

********************************************************************************
Ramai yang kata ternampak ‘benda’ tertentu yang menindih tubuh mereka hingga tidak boleh bergerak. Adakah itu sekadar cerita rekaan kerana tidak tahu hendak menghuraikan fenomena lumpuh sementara?

Sebenarnya apa yang berlaku itu merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).

Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.

Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.

Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).

Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan.

Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku.

Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan


SUmber : KOSMO


**** Komen***


Ini adalah berdasarkan kajian saintifik yang dulakukan.Kita boleh percaya akan hasil kajian ini.Lagipon boleh menyedapkan hati.Tapi setiap kali berlaku pada aku, aku tak yakin dengan penemuan saintifik ni.Cubalah sendiri.ANda Mesti Tidak Mahu Lagi.

6/05/09

Hampir 100 000 Mau Jadi Cikgu ?

KUALA LUMPUR - Profesion perguruan semakin mendapat tempat di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan hampir 100,000 orang memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) bagi pengambilan sesi Julai ini.

Ini sekali gus menimbulkan persaingan sengit di kalangan pelajar sedangkan pihak Kementerian Pelajaran hanya mampu menempatkan 6,200 orang untuk mengikuti kursus pendidikan di dalam dan luar negara.







Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Pelajaran, Dato' Seri Mohd Zarif (gambar) yang menyifatkan bilangan tersebut sebagai satu petanda positif terhadap kerjaya perguruan di negara ini.

"Pada tahun ini, seramai 1,877 pelajar yang memperoleh 9A hingga 15A dalam SPM 2008 memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan di luar negara. Daripada bilangan itu, seramai 100 pelajar terpilih untuk dihantar ke United Kingdom.

"Mereka dipilih untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara khusus pembelajaran dalam bidang kritikal seperti Fizik dan Biologi,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Zarif memberitahu, Kementerian Pelajaran memang mencari dan memilih pelajar cemerlang serta berkualiti yang berminat untuk mengikuti kursus perguruan.

Bagaimanapun, mereka perlu melalui tiga tapisan termasuk menghadiri proses temu duga dan menduduki Ujian Sahsiah Keguruan (INSAK) secara bertulis.


*** Info***


Maklumat diambil dari artikel dalam Akhbar KOSMO 6 Mei 2009.Pengubahsuaian juga dilakukan oleh penulis.Harap Paklum.

4/05/09

Tragedi- Tiada Sambutan Kemerdekaan 2009-

Pagi ni sedang nyenyak kuberadu, dentuman guruh membuatku terjaga dari lenaku.Pabilaku terdengar dentuman guruh aku mula menjadi kelam-kabut.Kalut.Ya kalut.Hati ini mulai bedegup kencang.Laju dan semakin laju.Adakah perkara yang sama akan berulang,aku terfikir sejenak.Hujan sudah mulai turun.Aku menjadi serba salah.


Tanpa berlengah, meluru ke dapur,mendapatkan beberapa buah baldi.Lalu baldi-baldi itu kuletakkan di kawasan-kawasan hitam di ruang tamu ku.Adakah dia akan datang lagi.Naluri aku kuat mengatakan bahawa dia akan datang lagi.10 minit kemudian, kutoleh ke dinding 4.38.

Aku tutup lampu,cuba untuk melelapkan mata semula.Belum sempatku pejamkan mata, aku menyedari akan kehadirannya!Aku takut!Kuat Suaranya!!Dia semakin kuat,seperti dia tahu bahawa aku dalam keadaan yang cuak.

Aku beranikan diri juga untuk semula ke ruang tamu.Aku membuka lampu

"HohOhoHohoho" aku gembira Kepuasan apabila melihatkan empat bijik baldi yang diletakkan diruang tamu tadi berjaya memerangkapnya.Apa?Hujan.Ruang tamu dekat depan tu sememangnya tirih ( tiris ) , bocoq,leaking.Kalau ujan lebat abeh la ayaq betakung.So, tak cukup dengan baldi@timba, aku mencari cutterku ( pisau ),bergegas semula ke dapur, mencari botol yang tidak digunakan lagi,lalu memotong botol menjadi setengah untuk dibuat penadah air.Nasip la terjaga, depa hat lain tidoq lagi.Kalu tidak abeh la...Lega..

Maka aku dengan keboringan untuk tidur semula membuka PC ini."Tengok KOSMO kot ada crita pa"



Tahun ni tak dak sambutan Hari Kemerdekaan.Sambutan Hari Kemerdekaan disambut setiap tahun dengan meriahnya.Sambutan peringkat kebangsaan dibuat di hadapan Palace of Justice, Putrajaya setiap tahun.Aku pernah menyertainya pada tahun 2005 dahulu.Untuk pelatih maktab/intitut perguruan/IPGM atau apa saja nak sebut for sure anda akan terlibat.Untuk orang yang tak terlibat sila ambik perhatian, yang dekat atas pentas yang koir pakai topi,baju plek2, yang buat huruf MALAYSIA pastu WAWASAN 2020 pastu macam-macam la.Pentas besaq gedabak.Koir Institut Perguruan slalunya datang dengan jumlah yang sikit iaitu 2000 orang sahaja setiap tahun.Kepada mereka yang belum pi lagi..hahahah tunggu la 2013 aku rasa.Latihan dan raptai slalu buat seminggu.Rugi la hampa tak leh lep klaih.hehe

22/03/09

Pembasah Gusi

Boring?Marah-Marah?

1.Malam tu,sedang aku tengok Pink Panther kat AXN, abang aku dok gelak-gelak tgk laptop dia.

2.Paihtu dia pasang bagi kuat.

3.Aku sakit perot dah.

4.Aku ingatkan version baru NUMB nyanyian Linkin Parak

5.kalau dulu Linkin Park featuring Jay-Z,kali ni lagi bes!!


. Klik Link Kat Bawah Ni.Pasti Anda Tidak Menyesal.

http://www.youtube.com/watch?v=g4NxzlmihiI


I'm tired of being what you want me to be
Feeling so faithless, lost under the surface
I don't know what you're expecting of me
Put under the pressure of walking in your shoes

(Caught in the undertow just caught in the undertow)
Every step that I take is another mistake to you
(Caught in the undertow just caught in the undertow)

I've become so numb I can't feel you there
Become so tired so much more aware
I'm becoming this all I want to do
Is be more like me and be less like you

Can't you see that you're smothering me?
Holding too tightly, afraid to lose control
'€˜Cause everything that you thought I would be
Has fallen apart right in front of you

(Caught in the undertow just caught in the undertow)
Every step that I take is another mistake to you
(Caught in the undertow just caught in the undertow)
And every second I waste is more than I can take

I've become so numb I can't feel you there
Become so tired so much more aware
I'm becoming this all I want to do
Is be more like me and be less like you

And I know I may end up failing too
But I know you were just like me
With someone disappointed in you

I've become so numb I can't feel you there
Become so tired so much more aware
I'm becoming this all I want to do
Is be more like me and be less like you

I've become so numb I can't feel you there
I'm tired of being what you want me to be
I've become so numb I can't feel you there
I'm tired of being what you want me to be

Soalan-Soalan Yang Dijawab

1. How old are you?
21 years old ++

2. Are you single?
No

3. At what age do you think you'll get married?
25-27

4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?
I Hope So.

5. If not, who do you want to marry?
Jessica Alba

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
Que Haidar.HAahaha

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Traditional la,ada kemah ada ayaq serbat.ada bunga teloq.

8. Where do you plan to go on honeymoon?
Paris

9. How many guests do you think you'll invite?
As Much As I Can

10. Will that include your exes?
Takdak.If had I Will Invite her/him.Him?hehe

11. How many layers of cake do you want?
Tak Payah La kek.

12. When do you want to get married, morning or evening?
Orang Melayu Buat Pagi Selalunya. ( Akad Nikah) Petang nak knuri.

13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding:
Oh Mama Saya Mahu Kawin

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
Using the Fingers

15. Champagne or red wine?
Ayaq Serbat

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
After la

17. Money or household items?
Household Items.Xpayah nak beli2 dah.

18. How many kids would you like to have?
3...

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
Dak.Nanti Masuk website 3gp pulak.

20. Whose wedding plan would you like to know?
Sapa-Sapa yang Nak Berkonsi

12/03/09

Aku Baru Tau

Penah Tengok Dak Rancangan Asia Hebat Kat TV3 Dulu Pusat Perubatan "Cakera Alam"

Otai Dia Nama Ustaz Arif.Antara benda-benda yang best dia boleh buat( kaedah perubatan)

1.Letak Lampu Kalimantang Ataih Perut, Paihtu Menyala.
2.Usap teloq ayam kampung dkat badan,kepala paihtu bagi pecah ada warna merah ( darah ).

Memang hebat gila masa tengok dulu.Dipercayai dapat menyembuhkan penyakit..

Satu hari seorang rakan yang bernama Langgaq bagitau akan perkara ini.Perkara yang dimaksudkan ialah dimana semua kaedah-kaedah ini adalah tipu helah semata-mata dan sehidung-hidungnya.

Ini berikutan sebuah rancangan dari Korea kot, depa buat kajian pasai benda2 yang mistik-mistik.Pastu lepas depa mai Cakera Alam ni depa rasa bukan ada special power, tapi ada helah atau trick2 yang sangat hebat.

Berdasarkan video tersebut:

Trick Lampu Menyala
1.kalau ustaz tu tak pakai slipar dia tak buleh buat.
2.slipar special.

Teloq Merah
1.Aku tak tau haram tak paham padia korea tu kata.tgk sniri.nidia link

http://www.youtube.com/watch?v=9pBe2_tbPUE

Setelah menonton video ini aku berasa rupanya aku sudah diperdaya ini semua SAINS

Apa pendapat anda?Sila tinggalkan komen.Tq

22/02/09

Bruce Lee



Salam Pertemuan,Salam perjumpaan, Salam Bertepian dan Abdul Salam bin Mukhtar.



Kenalkah anda dengan Bruce Lee?

Bruce Lee adalah seorang "martial arts performer" yang terkenal di seantero dunia.Tetapi dua minggu yang lalu, En Shahrul selaku wartawan kanan( Naik Pangkat ) Bijirin telah menemui sesuatu yang agak menarik untuk dikongsi bersama dengan pembaca-pembaca.

Pada suatu tengah hari Jumaat yang berlalu-lalang, pada ketika En Shahrul sedang menikmati air soya dibawah pohon ceri berdekatan masjid.Sebelum ke Masjid En. Shahrul sempat lagi menikmati air soya dan taufufah tidak lupa juga dua biji donat dan tiga biji karipap berintikan daging burung unta dan tiga lagi berintikan kurma lala.

Ada seorang pelanggan yang dianggap En Shah bahawa berbangsa Cina sedang menikmati taufufah berperisa pandan.

Pak Cik itu bernama Bakarudin Roslee ataupun nama gelarannya adalah Berus Gigi Lee.Beliau kini bekerja disebuah kilang gula di Prai, Pulau Pinang.Selain dari gula, kilang tersebut juga menenun batik tempatan.Beliau adalah adik kepada Bruce Lee.Ya Bruce Lee!!

Bruce Lee ataupun nama sebenarnya Baharuddin Roslee sebenarnya berasal dari Gurun, Kedah.Bruce Lee berketurunan Baba dan Nyonya.Masyarakat Baba da Nyonya juga dikenali sebagai Kaum Cina Peranakan adalah masyarakat Cina yang mengamalkan budaya ataupun menjalani kehidupan seperti orang Melayu.Contohnya makanan dan percakapan.Mereka menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan.Apabila ditanya supaya menceritakan tentang Bruce Lee lebih lanjut, Berus Gigi Lee enggan, tetapi setelah diberi sebiji karipap berintikan kurma lala, beliau terus menceritakan secara terperinci.

Baharuddin Roslee pada asalnya adalah seorang kanak-kanak yang nakal, hobinya adalah menupul stem,mencari kenalan baru dan juga menangkap rama-rama.Cita-citanya yang ingin meneruskan pengajian di Sekolah Pondok, Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena dihalang oleh keluarga kerana beliau tidak bersunat.Sedih dengan perkara itu, Bruce Lee membawa diri ke Amerika Syarikat.

Setibanya di Amerika Syarikat beliau berlatih seni kung fu dengan bersungguh-sungguh.Beliau berguru dengan seorang mahaguru kungfu yang terkenal iaitu Lim Pek Siah dari Hong Kong.Sambil berkungfu, beliau mengambil peluang untuk melanjutkan pelajarannya.Beliau belajar di La Salle College dan kemudian di St. Francis Xavier College.

Selepas itu, beliau berminat menceburi bidang lakonan di Hollywood.Namanya Baharudin Roslee tidak mendapat persetujuan producer pada ketika itu kerana tidak komersial.Lantas beliau menggunakan nama Bruce Lee.Banyak filem yang telah dilakonkan olehnya antaranya Fist of Fury dan Way of The Dragon.Tetapi sebelum pada filem itu, beliau sempat melakonkan filem yang meggunakan loghat KEDAH.Walaupun sudah lama di Amerika tetapi beliau masih fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.

Ketika azan berkumandang, En Shahrul lekaas-lekas bagun untuk ke masjid dan membiarkan Berus Gigi Lee terpinga-pinga kerana terpaksa membayar semua makanan dan minuman En Shahrul.

Diakhir post ini Bijirin telah Melink sedutan dari filem tersebut.Lihatlah sendiri.

http://www.youtube.com/watch?v=CRjr-jLQ4WE
Blog Widget by LinkWithin