Memaparkan catatan dengan label VacatioN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label VacatioN. Papar semua catatan

31/12/09

Destinasi Kita : Bukit Hijau



Location : Hutan Lipur Bukit Hijau
Date : 2 Disember 2009
Time : 11.00 am. - 3.00 p.m.




Hutan Rekreasi Bukit Hijau atau Hutan Lipur Bukit Hijau adalah pilihan yang terkenal sebagai destinasi berkelah atau "picnic" dalam bahasa Jerman.Bukit Hijau terkenal dengan keindahan air terjun tujuh tingkatnya.Bukit Hijau terletak di Kulim, Kedah.

Cara Nak Ke Bukit Hijau

Jika anda dari utara (gurun,alor setar,perlis ) cara yang mudah adalah exit di Gurun atau Sungai Petani Utara, ambeklah Signboard menuju Ke Baling, dalam perjalanan nanti pastinya anda akan jumpak signboard "Hutan Lipur Bukit Hijau". Jika anda keluar dari Sungai Petani Utara, ikutlah jalan Hospital Sultan Abdul Halim menuju ke Jalan Kuala Ketil - Baling.

Jika anda dari Pulau Pinang,Perak dan Singapura, ambeklah jalan Lebuhraya Butterworth-Kulim ( BKE Expressway), ikut sahaja jalan ke Kelantan, jangan lupa tengok Signboard "Hutan Lipur Bukit Hijau"




satu-satunya cara untuk ke bukit hijau


























ltak gambaq ja banyak.kalau nak cerita panjang tgk kat blog hamzah sabrosa. kat sini

20/06/09

Carnivall





Street of Happines ( gembira dak?)





eh,ingat seksi ka hah?hehe


macam orang jahat dalam Sonic la wei



nampak lebih kurus.itulah teknik "Tangkap Gambaq Bersama Jibin"

Ahad 14 Jun 2009

Misai datang pada jam 10.15 pg, kemudian terus ke rumah Hamzah, ke rumah Enon dan last skali pergi ke rumah En. Jibin.Setelah mengambil Jibin, kami "megetong" sorang RM10 sebagai tanda keihklasan dan kerjasama untuk mengisi minyak kereta.Maka jumlah terkumpul adalah RM40 dan 10 lagi disparekan untuk duit tol.

Perjalanan diteruskan ke Highway Alor Setar Selatan ( tandop ) dan terus menuju ke Sungai Petani Utara ( sG. Lalang ) dengan jayanya.Kira-kira 45 minit dari Alor Setar maka tibalah kaminya di Carnivall.Kesikitan (tatabahasa macam haram ) pengunjung membuatkan kami sungguh gembira seperti dihari raya.

Carnivall ditutup pada hari Rabu.Bayaran dia kalau nak bagi main semua, maka bayarlah RM25 seorang.Tapi kalau anda pergi dihari Weekend iaitu Sabtu dan Jumaat maka jumlah bayarannya adalah RM30 sungguh mengerat kepala.

Setelah memakai jam tangan berjenama Carnivall kami pon masuklah ke sana.Oh lupa,dengan bayaran RM25 anda dapat makan dan minuman percuma untuk tengah hari!WOW!!hebatnya!!

Setelah itu kami berkongsi wang untuk mendapatkan sebuah loker.Jika bayarannya RM5 maka setelah bukak loker untuk ambek barang,lepas tu kita tak buleh nak bukak dah.babun sunguh ada ka macam tu.Jadi kami amek keputusan untuk sewa loker yang berharga RM9, dan aku bercadang nak bukak setiap 15 menet supaya RM9 digunakan dengan sebaiknya.

Setelah membuat bayaran,masalah menimpa dimana loker tidak dapat dibukak.5 orang mencuba namun gagal.Setelah hampir setengah jam masalah dapat diselesaikan.Puncanya adalah kami membuka loker orang lain,smpai bila pon tak buleh!!

Asyik,asyik setelah ja,tak banyak la vocab aku nih kan.

Sejurus selepas itu ( ok dak?) kami bersalin pakaian dan mula bermandi manda.Ketika itu jam 11.30 pagi.Semua permainan air dicuba.eNOn dan JiBin hampir-hampir tekeluar bila main benda menatang apa tah yang Boomerang tu.yang kita naik pelampung 8 tuh.Cukup bahaya...

Ah lupa pulak,kat sini pelampong/pelampung adalah percuma.Pelampung dilempar merata-rata sehingga memenuhi ruangan kolam.hah macam tu la bila buleh free.tempatnya agak kecik jika nak dibandingkan dengan bukit merah nun.

Agak-agak pukui 1 tgh hari kami berhenti untuk emnikmati makana percuma tadi.nyum2!!

Setibanya di Kafe, maka terkejutlah saya bilamana harga makanan disana umpama di "Las Vegas " bak kata Yusri.Cukup mahai!!Nak tau dak apa makanan yang kami dapat.
NASIK GORENG PEKAK+AIR DLM GELAS POLISTERIN + STRAW KERAT DUA

baroa btoi, hat ni ka yang kata free...tetapi hamzah telah menyeludup dua bungkus nasik lemak dari rumah.HihiHi..dengan bangganya aku melahap nasik lemak tersebut.

kemudian kami bermain pula Euro Bungy iaitu acara melompat di atas trampolin dimana badan kita diikat.Sungguh senak perot ambo bilo dok flip2 tuh.Jibin kata tak kena cara.Ah, penat la Jibin.Enon yang cuba mula-mula,aku takut tgk.tapi takan nak biaq saja kot.Lepas tuh hamzah pulak.gila paling tinggi la di lompat sebab mamat tu tolong bounce kan.Kesian Misai dengan Jibin, keberatan tubuh mereka melebihi syarat yg ditetapkan...

Mandi manda disambung.yang paling bes adalah pelampung 8 tuh kami nak try naik 5 orang...lama gila....baru berjaya..tu pon dalam 10minit ja..lpas tuh bahtera kami kami telah karam.lepas tuh kami bermain kembali sliding guna tube,sliding abdan aja,dan las skali main ombak.las2 sekali tgk jam dah 4.30 dah.zohor tak solat lagi.cepat-cepat naik.

Saya telah membawa syampu HPA perasa MINT dan mereka tiada pilihan lain selain menggunakan syampu tuh.bila dah mandi, aku tgk tangan.pehh..ni tgn orang lain nih..gila hitam lengit..cepat2 pi solat zohor.masa sujud tuh cukup pedih dahi sebab kena sunburn.

Last skali kami sempat bergambar dan singgah di RnR gurun untuk melantak.Perjalanan diteruskan ke Alor Setar.Setibanya di Alor Setar "oih!minyak tak turun pun" "tak buleh tak buleh" "kena bagi habeh minyak jugak,hang Ram kereta smpai abeh minyak Misai"

bila masuk ke pekan alor setar jalanraya penuh sesak.Oi, ni apa ni KL ka hah.sejak bila aloq staq jadi lagu ni.pukui 6.30 dah ni.lalu misai menyebut "hah nak minyak habeh sangat,habeh sungguh"







Ini pun teknik yang tercangeh jugak







18/06/09

The Hottest Night Part - 2





Setibanya di Kolam Air Panas ulu Legong, didapati ramai lah manusia yang berada disitu.Antaranya adalah keluarga-keluarga beserta sanak saudara dan juga datuk nenek,kanak-kanak,pemuda-pemudi,gaids-gadis,awek-awek, dan tidak lupa juga kepada golongan Mat Rempit.

Selain dari itu, mata saya tertarik kepada seorang gadis yang tinggi lampai, mungkim mencecah 175 cm atau keatas.Mata saya secara automatik memandang gerak geris gadis itu.Berambut panjang,lemah lembut dan juga manja kelihatannya.Dia memakai jeans biru dan juga t-shirt berwarna hitam yang sungguh padan dengannya.

Lebih kurang seminit tujuh belas saat saya memerhatinya,dan tidak syak lagi!maka dengan itu saya pun memanggil enon :

"Enon,hang tengok lengan dia,besaq pada lengan hang"

Ya, lengannya sungguh besar.Hal ini kerana dia bukannlah seorang wanita ataupun gadis yang asli pada mulanya.beliau adalah Bapok yang sungguh lawak.Tambahan lagi bila terdengar beliau bercakap.Hahaha..

Kolam disana ada 4 kalau tidak silap saya.jika ditmbah dengan kolam kanak-kanak maka jumlahnya adalah 5.

kolam yang sangat panaih dan besar adalah kolam satu.Kolam ini adalah yang terpanas dalam semua kolam disitu.Kita boleh lihat kolam itu berasap dan menggelegak.

Setelah pakaian disalin, maka turunlah kami ke kolam yang paling last dimana ramai orang bermandi-manda.Mula-mula kaki diturunkan.Panaih gila..kemudian lutut dan lebih kurang setengah jam dapatlah keseluruhan badan terendam.

Hamzah,Mat dan Yusri telah menjadi perintis dengan merentasi kolam itu.kemudian En Jibin dan barulah saya.kami merentasi kolam itu sehingga kepala berasa pening.Enon dan misai tidak pula berbuat demikian.Setelah leka bermain kami naik ke atas.

Dan sambil bermandi-manda misai sempat membeli makanan.Kami beranjak ke kolam kedua.Kolam kedua memang panaih dari kolam tadi.Kaki akan berasa gatal-gatal disitu.Saya berjaya turun sehingga paras peha dan berjalan-jalan dalam kolam tu.

Hamzah dan Mat Naim gila kerana mereka buleh merendamkan keseluruhan badan mereka disitu.Saya sangat kecewa kerana tidak dapat melakukan perkara demikian.Jam menghampiri 4 pagi dan kami bertolak pulang

Dalam perjalanan pulang kami mengambil keputusan untuk berhenti makan di Sungai Petani.Setibanya di Sungai Petani entah bagaimana secara tiba-tiba kami berhenti bersarapan di Makbul nasi kandar.kedai ini sangatlah tidak bes.tetapi dalam tidak bes itu dua bungkus nasik lemak juga saya telani.

Jam 6 pagi, perjalanan diteruskan dan kami singgah untuk solat subuh di R&R gurun.Setelah itu perjalanan diteruskan terus ke Alor Setar.Dalam perjalanan pulang,saya berada di sebelah driver dan drivernya adalah misai.

Saya menjadi tidak sedap hati apabila keadaan di salam Unser tiba-tiba sangat sunyi.Perkara ini adalah tidak adil bagi saya dan mengundang ketidak puas hatian terhadap yang lain.Mereka cuba tidur di belakang.yang paling ketara adalah Mat dan Jibin.Saya tanpa membuang masa telah menggoncang lutut mereka sambil memanggil-manggil nama mereka sehingga mereka tidak boleh tidur.Dengan itu saya dapat hidup dengan aman.

Maka bermulalah permainan "teka-teki" sepanjang perjalanan pulang.antara soalan yang sukar dijawab adalah soalan dari jibin.bunyi Soalanya adalah seperti ini:

"Dalam banyak-banyak kotak,kotak apa berdosa"


jam 7 pagi kami smpai di aloq staq.sekian











10/06/09

The Hottest Night Part 1

09.06.09

8.18 p.m. Yahoo Messenger

jibin : wei bosan gila...tak pi mana2 ka
zarephoho : td depa nak main boling tapi tatsat enon msg kata kensel sbb tadak smbutan
jibin : aku ok ja..
jibin : wei bosan..smua tempat kat kedah ni kita dah pi ka?
zarephoho : tarak la..mrata lagi tak pi
jibin : ataupun kita sudah semakin tua

zarephoho : Hoih!cam haram ja ayat.Wei tlg bawak aku pi kolam ayaq hangat.
jibin : jom.aku bwk unser

*perbualan yang makan masa yang lama tidak sesuai sama sekali hendak boh sbb pjg bejela*

1. tanpa berlengah Nokia 1110i dicapai lantas jari-jemari pantas menaip.

smsnya lebeh kurang begini

"Jibin mahu myumbg unser ke AYAQ HANGAT.sokongan dan driver dprlukan 8.37 pm"

2.Msg dihantar ke 5 nombor yang berkaitan..
3.Beberapa ketika msg mula dibalas

"sokong"
"jom,tapi taktau jalan"
"malam ni?jln2"

zarephoho : wei jadi wei 9.30 hang mai ambek.

4.setelah beberapa ketika satu lagi sms ditaip :

"Alhamdulillah,projek KE AYER HANGAT ululegong.9.30.kalu xlarat kita bmlm di umah sewa zarep dan pulang esk pg.sila bsiap sdia..Fowad ke nama sblh knan zarep,hamzah,enon,mat,misai,jibin 8.47 pm"

5.sms diterima

"Disebabkan desakkan kwn2.Yusrimovic folow team to air panas tour tonite. 9.27pm"

macam besa,janji 9.30 tapi jibin telah tiba dalam lingkungan jam 10.20 malam.hal ini disebabkan jibin berpegang kepada janji melayu.memang punctual pon.Setelah selesai mengutip maka ahli yang terlibat adalah seramai 7 bersaudara :

1.jibin
2.zarep
3.hamzah
4.yusri
5.mat
6.enon
7.misai

09.06.09
10.30 p.m.
- p shell boh mnyak
-p esso beli bekai pulak
-perjalanan bermula di tol Alor Setar Utara


ketika dirumah enon dimana misai masuk ke kereta

misai : " wei lapaq bege la"

ramai-ramai : "tudia baru tutup pintu bege dh"

Posisi

posisi/strategi yang digunakan pada ketika itu adalah 2-3-2.Posisi ini adalah posisi menyerang dimana bahagian pertahanan hanya 2 pemain diletakkan.

striker/penyerang/forward/depan/driver dan sbelahnya

1.jibin (top striker/driver)
2.misai ( backup striker)

midfielder/tengah/perancang

1.enon (left winger/blkang misai)
2.zarep ( centre midfielder)
3.hamzah ( right winger/blakang top striker)

defender

1.yusri (left back )
2.mat (right back )


suasana sungguh meriah didalam unser.tetapi ketika suasana sepi satu soalan yang mengejutkan datang daripada yusri yang duduk di belakang sekali.tetapi soalan yang diajukan kepada misai itu adalah tidak baik jika saya siarkan.

11.50
exit di sungai petani utara.

antara perbualan :

" aku pi depa boh float aiskrim jagung,padia la" ( marah kat RFC oleh yusri )

"brenti KFC dulu pa "

"hah jom2 "

" tudia wei Dinas nasik kandaq , jom "

"jgn wei satgi tak sampai kolam ayaq hangat"

Jibin : lepaih pi ayaq hangat pi peneng pa "
yusri : oi esok aku nak pi langkawi



10.06.09
12.30
berjumpa dengan member mat di baling iaitu Mat Naim.mereka lalu berhenti sambil meminum air bahkan mereka siap makan lagi.kalau tak silap.kedai tesebut nampaknya empunya orang siam.

jibin : nasik putih + tomyam ayam + telor dadar kosong
misai : nasik goreng ikan masin
yus : nasik putih + dagin masak pedaih
mat : nasik goreng ikan masin

ketika dalam perjalanan buleh tahan jugak mulut2 ni cukup capoi orang kata (rilek ja dok sbut hantu) ayam sunguh.dah la kiri kanan hutan.

01.30 a.m.
Tiba di lokasi tujuan iaitu Ulu Legong setelah melalui jalan yang gelap lagi berbengkang bengkok tetapi segala onak duri dan lautan api tidak diredahi kerana tidak nampak pon diwaktu malam.lagipun baling memang jauh dari lautan.

Ulu Legong

tiba disana kami dikenakan bayaran letak kereta RM2 namun bayaran dipayung oleh misai.Kereta sunguh banyak.banyak gila..ramai terok nih.

hamzah " zarep, HPA cawangan Baling"
yusri " isk2 gila"

sebelum masuk gambar sempat disnap.

bayaran masuk : rm4 tunai

"noh gila ramai macam siang"

"memang la,siang sapa nak mai, tebakaq la woi "


*jika cerita ini mendapat respon yang baik,part -2 akan diusahakan diamana cerita-cerita perkara yang berlaku di kolam air panas dan juga perjalanan pulang.Selain itu,gambar juga akan disertakan*







28/12/08

Muzium Padi Kedah

Salam Pertemuan, Salam Sejahtera dan Salam Nasi Kandar.

Pada suatu ketika pada tarikh yang sudah dilupakan serta harinya, maka penulis ( salah seorang wartawan bijirin ) bersama dua lagi rakannya telah berkunjung ke Muzium Padi yang terletaknya berdekatan dengan Gunung Keghiang [ ke.ghi.yang ] ataupun dalam bahasa bakunya Gunung Keriang..ee peliknya ke.ri.yang.hahaha

Dengan menaiki kereta, perjalanan dari Jalan Day ke Muzium Padi adalah kira-kira 20minit perjalanan ( bukan jalan kaki, naik kreta la kalau jalan kaki xtau la).Pada mulanya ketika bangun tidoq, wartawan bijirin iaitu En. Shahrul telah mengajak seramai 4 orang rakan.Namun, hanya 2 rakan setuju dan lagi 2 rakan menolak pelawaan tersebut.

En. Shahrul



Encik Shahrul Sempat Bergambar Dengan Encik Telur Kuda


Beliau adalah seorang wartawan serta penulis sambilan untuk Ketua Pengarang iaitu Bijirin ataupun nama sebenarnya Minuman Bijirin .Beliau masih menuntut di sebuah tempat dalam bidang Ilmu Hitam dan Jampi Serapah serta mengambil subjek Sains Kulinari sebagai subjek sampingan pada semester ini.


Muzium Padi


Muzium Padi Tersebut

Muzium Padi ini adalah Muzium Padi yang pertama di Malaysia dan tiada lagi yang seumpamanya di Malaysia.Apabila tiba di sana,penulis dan rakan2 sempat bergambar dengan seekor Singa Tembaga yang bernama Johhny The Lion.Johnny The Lion adalah seekor Singa yang diawet.Johnny berasal dari Mozambique.Ow lupa kita becerita tentang Muzium Padi bukan Johnny Sikuda Tembaga..Muzium Padi terletak berdekatan dengan Gunung Keriang iaitu bersebelahan dengan Pusat Akuatik ketika temasya SUKMA berlangsung di Negeri Kedah.Pusat Akuatik dahulunya dibuka untuk orag ramai tetapi setelah mendengar khabar angin adanya org yang lemas disana nampaknya Pusat Akuatik itu ditutup kepada orang awam ( bukan mereka yang mengambil jurusan kejuruteraan awam sahaja malah kesemua orang ramai ).



Adi & Johnny The Lion


Kemudian kami terus ke pintu utama.Harga yang tertera menunjukkan :

Dewasa : RM 3
Kanak-Kanak: RM 2
Rombongan Sekolah : RM 1
Kamera : RM 2

Abang Guard bertanya " adik nak guna kamera dak?kalau nak guna kena bayaq RM2"
dengan pantas En. Shahrul menjawab "dak".Selepas itu mereka bertiga terus menaiki platform yang bertajuk " Ke Puncak Gunung Keriang".Melalui anak tangga yang sedikit berpusing dimana ruangan tangga dibuat kita seakan-akan berada di dalam gunung?Hah??Dalam gunung??isk..nak habaq camna tah...lebeh kurang dalam gua menuju ke puncak gunung.Lagu tu la, paham kot.

Apabila sampai diatas, kami agak teruja apabila melihat lukisan yang sangat dahsyat!!Mmg real..Di sini kita dapat melihat panorama tanaman padi dalam bentuk mural dan lanskap. Mural yang berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang ini adalah salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia.









Gambar-Gambar yang Haram ( Tidak Berbayar )

Terdapatnya kerusi-kerusi di tingkat ini.Penulis agak hairan.Rupa-rupanya ia adalah sebuah platform yang bergerak.Kita hanya perlu duduk ataih kerusi itu dan platform akan berpusing 36o darjah, oleh itu tak payah susah-susah nak bejalan-jalan pusing-pusing.Dalam 20 minit, pusingan sebanyak 360 darjah akan lengkap dan kami sempat melihat akan lukisan-lukisan yang sangat hebat..

Terdapatnya segerombolan ataupun sekawan kumpulan.Mereka menggelarkan diri sebagai pengkaji sejarah.Ketika sedang berpusing-pusing ada seorang "penerang" menceritakan tentang mural2 atau lukisan-lukisan hebat ini.Hamzah yang sempat mendengar habaq kat saya " 60 Oghang yang lukih".Pelukis-pelukis ini dibawakan khas dari Korea.Salah seorang dari mereka adalah bapa saudara kepada Park Ji-Sung pemain pasukan Manchester United dan Korea.

banyak peristiwa yang digambarkan oleh lukisan-lukisan ini.Contohnya pasar tani,kenduri kahwin,pastu dekat masjid org beratur ramai-ramai :

Saya : "Tu, org mati pa kat Masjid ramai-ramai"
Adi/Hamzah : " Ya ka?ka org menikah"

Dan apabila melihat lukisan berdekatan itu adanya kenduri kahwin.Pengantin sedang bergambar dengan ahli keluarga.Maka boleh dikatakan sangkaan bahawa di masjid tadi ada kematian boleh diguna pakai.Berdekatan dengan rumah kenduri ada 3 org budak sedang bermain layang-layang.Salah seorang memakai baju Melayu dan berkopiah.

" Budak-budak tu lepaih makan kenduri teruih pi main layang-layang" tidak tahu siapa yang mengungkapkan kata-kata itu.Mungkin ada kebenarannya....Sebenarnya apabila kita melihat lukisan-lukisan ini, bukan sahaja kita menikmati keindahan serta kehebatan karya seni sahaja tetapi ia mendorong kita untuk berbincang dan berkongsi pendapat.Apabila pertukaran maklumat berlaku maka input baru akan terhasil,secara tidak langsung pembelajaran berlaku disini.

Tiba-tiba kami dikejutkan apabila seorang "penerang" berkata " cuba tgk kat gunung keriang tu, batu yang dok tepi, tgk kat tgh2 dia, ada mcm bentuk orang kan"Dengan berasa takjub saya terus melihat." hah betoi!!ada" gelo... penerang menyambung " ceghitanya dulu org kata gunung keriang ada penjaga"

Ketika menuruni anak tangga Adi ada berkata " Tok aku ada habaq cerita Gunung Keriang ni..Laki-Bini apa tah"..OOooOO...Kat bawah kami melihat beberapa lukisan dan mural sambil membaca sejarah-sejarah mengenai negeri Kedah tiang-tiang.Baca sambey pusing2 tiang macam org tak betoi pon ada.

Cerita 1st berkenaan cerita yang diambil dari Kitab Sejarah Melayu.Sulalatus Salatin, cerita Wan Empuk dan Wan Muliani dimana Padi yang mereka tanam menghasilkan beras emas,berdaun perak dan berbatang perak suasa.Pastu banyak la cerita-cerita antaranya Wan Mat Saman,Lawatan King Chulalongkorn ke Kedah dan Kisah Beras Terbakaq di Padang Matsirat.

Kami terus ke bawah dimana dibawahlah paling meriah gila.Alatan-alatan yang digunakan dalam proses menanam padi sampailah beras dihasilkan..banyak alat-alat nak sebut pun letih.Pastu ada jugak alatan-alatan menangkap ikan,jerat burung dan juga beberapa pantun.Hahahha

Kemudian kami ke Kedai Cenderahati sebelum pulang.Adi sempat membeli Ateromen yang kecik yang akan besaq apabila direndam dalam ayaq.



Adi dan Hamzah

Kami kemudian singgah sebentar di "Cendoi InsyaAllah " berdekatan dengan KUIN atau KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH.Saya memesan:
1 Cendoi Pulut ( RM 1.50 )

Hamzah :
1 Cendoi Pulut Bandung ( RM 1.30)
1 Laksa Buyung ( RM 2.30 )

Adi:
1 Cendoi Bandung ( RM 1.30 ) kot..xingat








Sedikit Gambar Cendoi InsyaAllah


*Kepada Sesiapa yang Datang Ke Aloq Staq, silalah berkunjung ke Muzium Padi.Kepada orang Aloq Staq yang belum penah pi, silah berbuat demikian kerana Muzium dibukak Haghi-Haghi kecuali cuti umum.


13/06/08

Trip To Langkawi

2 Jun yang lalu , saya bersama tiga yg lain p melancong ke Langkawi bersempena dengan Tahun Melawat Kedah 2008. Tiga orang selain saya itu ialah Adi, Mat dan Hamzah...Pagi tu kami betolak lebih kurang jam 8 pagi.Mula-Mula janji pukui 7 ( Tau dah sbb tu janji pkui 7) kalau janji pkui 8 pkui 9.30 baru betolak...Asainya inginlah mereka berempat ini ingin meminta bantuan serta jasa baik saudara Yusri Ezamdi anak kepada Cikgu Ghani.Cikgu Ghani adalah bekas guru di SKTU.Beliau pernah mengajar saya ketika di tahun 2 di SKTU.Beliau mengajar mata pelajaran Muzik.Kami amat takut benar akan "semut hitam" Cikgu Ghani.Yusri merupakan rakan dari sekolah rendah.Umurnya setahun muda.Dia kini sedang manjalani praktikal di Sze Chan ( Kedai Muzik ) berhampiran Wat Nikrodharam Alor Star.Yusri merupakan seorang penuntut di UiTM Shah Alam dalam jurusan seni muzik.Ah kembali kepada perjalanan ke Langkawi...Pagi itu kami dihantar oleh Pak Cik Mutalib iaitu Bapak kepada Saudara Hamzah.Encik Mutalib adalah bekas pensyarah di POLIMAs, Jitra.Beliau kini seorang pesara yang berjaya..Setibanya di Jeti K.Kedah kami turun tanpa sempat berterima kasih kpd Pakcik Mutalib.Ini menunjukkan keikhlasan seorang bapak menghantar serta memberi sokongan kepada kami.


Di Jeti Kuala Kedah


Tambang dr Jeti K.Kedah ke Langkawi adalah RM 23 bagi seorang dewasa. Sehala ya.Tanpa melengahkan masa kami pun "tong" duit untuk membeli tiket feri jam 8.30 pagi.Adi sempat ke 7-11 berhampiran jeti untuk mendapatkan sarapan iaitu sebuku roti High-5 dan air minuman Spritzer.

Dalam Feri









Kami duduk seat "ikut dan" (xikut nombor yang diberi ) namun masalah itu berjaya diatasi kerana semua penumpang nampaknya membuat ikut dan juga mengenai tempat duduk mereka.Mat Kairi sangat tidak bertuah kerana tempat duduknya betul-betul dgn pendingin hawa yang buleh tahan derasnya..Mujurlah saya membawa Baju Sejuk tetapi untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk Mat.Perjalanan sangat lancar dan selamat.



Jeti Pulau Langkawi

Dari jauh kelihatan seekor Helang yang tak pernah terbang.Dataran Lang namanya..sangat indah jika dilihat dari laut..Turun feri kami bergelut mencari kereta sewa.Ikut plannya nak cari kancil tapi harapan hanyatinggal harapan...yang ada hanya Iswara Aerback 1.3 ataupon Iswara Erobek atau .kami mendapat harga sewaan yang agak tinggi disebabkan musim cuti sekolah yang sedang dialami ketika waktu itu.untuk 3 hari kami dapat RM180.Setelah dapat kereta sewa, kami terus ke rumah tumpangan iaitu rumah tok saya yang telah lama meninggalkan dunia.rumah terletak di Kg Bendang Baru, Jalan Penarak.


RUmah

Rumah agak ok, banyak jgk habuk dan lipas disebabkan agak lama ditinggalkan...kami berkemas-kemas apa yang patot sebelum keluaq.Rumah ni tinggalan arwah Tok Chah,mak kepada abah saya.Pergi pada 1999 yang lalu ke ra hmatullah..

MAKAn

Kami mula2 menala ke Bayaih ( Bayas) untuk mencari kedai yang pernah saya,mat,taufik,misai pergi pada suatu masa dahulu dimana ke

dai itu diintroducekan oleh en. Shahid.Pilihan Lauk agak banyak.Yang sempoinya ayaq cedok sniridgn limau perah sniri..anda mesti mencuba apabila datang ke langkawi...

Underwaterworld

Disebabkan tiada arah tujuan dan hujan juga turun ( bukan kumpulan Hujan dtgke Langkawi) menyebabkan underwaterworld adalah destinasi yang sangat menarik untuk dikunjungi pada masa tersebut.tanpa

melengahkan masa, kami terus ke Underwaterworld yang terletak di Pantai Cenang ( Cenang Beach kata Sign Board itu ).ketika membeli tiket, harga yang dipaparkan di kaunter adalah RM28 untuk pemegang MyKad...Akan tetapi...kak kaunter tu tnya ada kad pelajar dak??? rupa2nya kalau ada kad Matrik dapat RM22...untung2....Kami pon masok la
dalam tu...pelabagai haiwan ada didalam.saya sangkakan hanya haiwan di air sahaja tetapi haiwan seperti itik mandrin (burung dodo kata Mat ), anaonda pon ada...Sangat teruja dengan anjing laut ( mungkin haram disentuh). penguin dan macam2...mesti kunjungi...

















Pantai Cenang

Pantai yang cantik,menarik.. depa bertiga mandi laut saya malaih...sayateruja bila tengok pak arab naik para sailing....lpas tu kami 4 org join budak2 kat situ main bola sepak pantai.terdapat jgk penyertaan seorang pak arab.Sangat gembira dapat melepaskan gian di pantai cenang walaupun tidak pandai bermain..sangat beruntung apabila pasukan saya dan hamzah mempunyai ramai pemain berbakat dari seluruh pelusuk Malaysia terutamanya seorang pemain SUKMA bersinglet merah dan berseluar Hijau.Hamzah menjaringkan 2 bijik Goal!

Hamzah


Hamzah, kenalan dari sekolah rendah...dr darjah 1 kot...rumah beliau belakang rumah saya...taman muhibbah...dok main bersama dari kecik...Mengikuti program matrikulasi di UIA atau IIUM pada satu masa dahulu...Cinta terhadap profession keguruan telah membawanya ke Institut Perguruan Perlis,Perlis.beliau kini sedang menjalani program PRa Program Ijazah Sarjana Perguruan dalam bidang Pemulihan.Saya sempat bertemu beliau di Kagum kebangsaan di UIA.beliau mewakili IPPP dalam sukan Futsal manakala saya hanya selaku pengemop peloh dilantai mereka.

Driver

Mat adalah driver sepanjang trip ini.Pernah sekali diberi kepada adi tetapi mat mengambil semula setelah 10 menet.Kesudian saya untuk membawak kereta telah mendapat pandangan negatif serta tentangan hebat dari mereka.mereka tidak yakin langsung dengan gaya panduan saya.Lebih-lebih lagi Mat.

Dataran Lang

Lpas makan kami ke Dataran Lang.Sempat mengambil beberapa keping gambar untuk dibuat sebagai kenang-kenangan diwaktu tua nanti.Ya kamera Sony Cybershot 6.0 megapixel itu adalah kepunyaan Mat Khairi.












Mat Khairi

Mat Khairi adalah kawan dari derjah satu....sampailah tingkatan 5 di KSAH.Beliau bersama-sama saya menjejakan kaki ke kancah maktab perguruan apabila lepas dpt result SPM terus membeli pin kat BSN.Mat kini adalah pelajar Program Perguruan Pendidikan Rendah Program Empat Tahun di IPTKL Institut Perguruan Teknik.Beliau mengambil jurusan RPT ataupon jadi cekgu KH nanti.


Nak Naik Bot Ni..

3 Jun- bertolak ke jeti Lgkawi untuk melawat pulau-pulau sekitar langkawi

.Bayarannya adalah RM35 seorang. Mulanya ingin kami ke P.Payar yang jauh ke tengah akan tetapi kosya agak tinggi iaitu RM240 seorang.jadi kami ponambek kptusan hat MURAH
la no..

Pulau Beras Basah

Pantai cantik,agak kecil dan pendek pantainya.Air sangat
bersih...Berhampiran dengan Awana Porto Malai.Ada sebuah Cruiser di Awana...sangat mengujakan...
Kami sempat mandi di Pulau Beras Basah selama sejam.

Pulau Singa Besar
Perjalanan diteruskan ke pulau ini...disini sangat banyak helang...dan disini adalah tempat Helang turun makan....kagum dengan burung yang menjadi ikon WInston.









Pulau Dayang Bunting


Pulau yang menarik sebab didalamnya ada sebuah tasik iaitu Tasik Dayang Bunting dimana terdapat mitosnya yang tersendiri.Boleh baca kat pulau tu.Kena mendaki beberapa anak tangga untuk ke tasik.Sepanjang perjalanan diganggu oleh kera yang agak ramai.Bayaran masuk ke tandas adalah RM 0.50.Tasik yang luas...boleh mandi,kayak,kayuh basikal air...dan buleh sua kaki dkat ikan..sejam kat Dayang Bunting xpuas...Untuk pengetahuan, figure P.DB ini memang bes..nampak bentuk pempuan megandung...

Pulang Ke Rumah

Setalah puas merayap dari 9.30 pagi hingga 1.30 pg kami pulang dalam keadaan yang penat lg hitam...sempat tidoq dahulu.

Makan
Lagi skali makan kat Bayas.

Cable Car

Perjalanan diteruskan ke Gunung Machincang untuk menaiki kereta kabel.Di Cable Car, paling ramai manusia disana...setelah mendapatkan tiket, kami terpaksa beratur selama sejam suku sebelum dapat menaiki kereta kabel...Tiba di stesen di puncak, kami terus ke sky walk yang sangat menggayatkan perasaan..tinggi terok!


Telaga Harbour

Turun dari cable car, kami ke Telaga Harbour untuk berjalan-jalan.Sangat seronok apabila adanya kapal layar persendirian yang telah mengelilingi dunia, JALUR GEMILANG disitu...tanpa segan silunya kami pun bergambar disana...Banyak pelancing asing tang datang berlayar sendiri melabuhkan kapal mereka disini.

Nelayan
Makan malam kami pada malam itu adalah di NELAYAN.
..terletak di Jalan Bukit Malud.Sangat ramai pengunjung di sana.Terpaksa menunggu selama sejam stengah untuk makan.Walaupun lama, masakan sangat bes..kedai ini telah mendapat pengiktirafan dari Jalan-Jalan Cari Makan yang dihoskan oleh Maria Tengku Sabri.Hamzah dan adi mula tidur di belakang dalam perjalanan pulang menyebabkan saya mengambil tindakan mencabut bulu roma kaki mereka...

Adi

Juga kawan dari sekolah rendah...pada mulanya hanya kenalan sebab darjah 4 baru dia masuk SKTU.Kelas di Form4&5 dgn dia...Kini adi adalah seorang penuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.Beliau menuntut dalam bidang Kejuruteraan Awam ( civil engineering )






4 Jun

Paling bes awai2 pagi kereta kehabisan minyak, terpaksa pinjam moto org untuk mengisi minyak.mujurlah masih di depan rumah lagi ketika itu.Perjalanan diteruskan ke Gamat NUSANTARA...Beberapa produk telah kami beli disana semuanya berasaskan gamat.selepas itu kami lajak ke Bayas untuk Makan disitu buat kali terakhir sebelum pulang...sngat sedap...mesti datang!








Pekan Kuah

Kami memenuhi hari itu dengan bershopping di pekan kuah...pelbagai jenis coklat berjaya diangkut.....haraga coklat boleh dikatakan murah di Langkawi kerana takdak Cukai...Langkawi Free Duty Island...
Lepas Asar kami bertolak ke jeti kuah, bersiar-siar di Jetty Point dan Pulang ke tanah besar, K.Kedah....

K.Kedah

Tiba di K.Kedah kami dijemput saudara Aiman....sangat terkejut..
semua stesen minyak dipenuhi orang...harga minyak naik keesokan harinya : 2.70 seliter...Aiman adalah seorang rakan dr skolah rendah dan menengah yang sama sampai tingkatan 3..Beliau sedang menuntut dalam bidang perubatan di Ireland.Pada waktu ini beliau cuti selama 3 bulan

Kesimpulan...
Sangat bersyukur dan gembira kerana tiada masalah yang dihadapi ketika bercuti...semua pulang dalam keadaan yang sihat....Sangat bernasib baik kerana pulang sebelum harga minyak naik....Pulau Langkawi sangat bes untuk dilawati....banyak lagi tempat belum diterokai...lepas ni plan nak ke Pulau Payar...sama2 kita simpan duit....Pulau Payar see you Soon!!!!
Blog Widget by LinkWithin