Memaparkan catatan dengan label gambaq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambaq. Papar semua catatan

12/12/09

Black & White Photography Contest






Slalu aku masuk blog ada saja contest-contest antaranya : tudung la,melaram dengan beg la.Gila apa takan aku nak masuk.Tapi hari ni nekad.Sebab contest ni sangat mudah tanpa syarat-syarat ketat macam ujibakat tv 3.Selalu tv 3 nak
1.berusia 18 tahun -25 tahun
2.berpewatakan menarik
3.fasih dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu
4.boleh menggoreng koeteow sambil membasuh sportrim kereta
5.wajah tidak dicemari parut
6.warganegara Malaysia.

stop.

trima kasih kepada ZACK ataupun namanya Zakiah ( Zafirah ).

penganjurnya adalah beliau INI



maka gambaq ini dipertaruhkan




Hang Sapa?

ni gambaq lama dah.ambek guna kamera kodak 3.2 megapixel, tanpa edit langsung sebab tak reti.ni pon hitam putih sbb ada mode black and white dalam kamera.yes.semoga gambar ini berjaya ke peringkat akhir.haha.

23/06/09

Hang Tuah Ka?





Setelah beberapa lama mengkaji karya-karya lama yang menceritakan tentang sejarah-sejarah Melayu.Antara buku yang menadi rujukan utama adalah Sulatus Salatin yang dikarang oleh Tun Seri Lanang.

Sulatus Salatin adalah sebuah karya yang terkenal.Tetapi tahukah kita bahawa kita telah melupakan karya-karya penulis dari Jepun.bukankah Jepun pernah menjajah Tanah seketika dahulu?Kesempatan ini telah diambil oleh penulis-penulis Jepun tentang sejarah Hang Tuah. Antara karya-karya tersebut adalah seperti Doraemon,Detektif Conan dan Dik Cerdas yang telah diubah ke Bahasa Melayu.

Ini bukanlah gambaq Hang Tuah, tetapi beliau adalah Hang Tuak, iaitu jiran kepada ibu tiri Hang Tuah.Nampaknya Hang Tuak bukan sahaja tampan,malah kacak bergaya dan berketerampilan.



Hang Tuak

26/05/09

Satu Hari Banyak Pulak Gambaq


Balek Makan Malam Ni Tak Tau Pulak Saya Nak Buat Apa.Belek-Belek Folder Gambaq..

Jumpak Gambaq-Gambaq Ni..

Ni Semua Anak-Anak Murid ( Bekas ).

3 Nilam, Kelas Pandai,Paling Bising,Paling Banyak Tanya,Soalan-Soalan Diajukan Macam Orang Dewasa.Rindu Kat Anak Buah.Anak-Anak Didik Pertama..

Miss You Guys.Chewah!!~
















24/05/09

SHSG 11



Event : KAGUM Kebangsaan 2009
Venue : Stadium Bandar Penawar
Time : 2200
Date : Tak Ingat

Jejaka-Jejaka Kacak Dari Kiri :

Abg Mat,Mat Najib,Badak, Shahrul Bijirin,Taufiq Peledak,Kapten Qadri,Koperal


*Tq En Sabrosa Situkang Ambek Gambaq.Hehe*

25/04/09

SHSG - 5


Satu Hari Satu Gambar - 5

Sepatotnya Sabtu dan Ahad adalah off day, tidak ada SHSG tapi sebab nak bubuh jugak..Sumber gambaq adalah dari friendster kerana ketika ini penulis pulang ke kampung halaman jadi sumber gambaq adalah terhad.





Sila Rate Foto Ini
siapakah lelaki pujaan anda ? dari kiri :
1.Yang Tinggi
2. Yang Berjambang
3.Yang Gemuk
4.Yang Berbeg

21/04/09

SHSG -2

Satu Hari Satu Gambar ( SHSG ) - 2

Salam pertemuan,salam sayang , salam-bersalaman,salam pengakap, Muhamad Qodri Bin Abdul Salam dan juga salam perantauan.Bertemu kembali dalam SHSG.SHSG adalah cetusan atau ilham penulis untuk tidak mengosongkan blognya.Secara tidak langsung, arakianya maka tersebutlah sumber gambar-gambar ini datang dari hardrivenya sendiri.



Mari kita lihat foto ini.Lihatlah akan jaketnya.Mengapa jaket ini kelihatan herot disebelah kiri?mungkin buah pinggang sebelah kanan yang terlalu besar menyebabkan perkaran ini berlaku?Jaket kelihatannya agak lusuh dan tidak up-to-date ataupun tidak mengikuti perkembangan fesyen ketika itu.

Tali leher adalah sangat cantik dan menawan tetapi tali leher tidak dikenakan dengan betul kerana tidak rapat ke kolar baju.Selain itu, tali leher juga agak panjang.

Mari pula kita lihat keadaan seluar.Nampaknya keadaan pinggang dan juga peha agak lebar disini.Pinggang ini mungkin bukan pinggang idaman kerana pinggang yang besar akan menyebabkan kita kelihatan hip-hop walaupun kita adalah kategori etnik kreatif.Peha yang besar tidaklah membantu dalam larian pecut berdasarkan gambar ini.Peha yang besar terhasil dari permakanan yang tidak dikawal.Peha yang besar bukanlah terdiri daripada otot-otot gagah tetapi dibentuk daripada lemak-lemak yang berlemak disukai ramai.

Senyuman sangat manis menawan mengalahkan Tan Sri P Ramlee.Agak kacak pula kelihatanya ya.Hehhe.

Sila Rate Foto Ini

1. Tidak Hensem dan Kacak
2. Berat badan berlebihan
3.Comel
4.Hensem dan Kacak
5.Tergoda

19/04/09

Satu Hari Satu Gambar (SHSG) - 1



Baju
Adalah bergaya dan kacak kenampakan jejaka berbaju hijau tersebut.Hal ini adalah kerana baju batik dikenakan oleh beliau adalah baju batik pemberian dari seseorang akibat daripada tuan baju tidak lagi muat dipakai badan tuannya.Maka jejaka diatas adalah empunya baju batik hijau tersebut.

Cermin Mata
Cermin mata yang sesuai sangatlah penting kerana perkara ini menimbulkan lagi kehenseman,ketampanan dan juga kesmartan pemakainya.Contoh pemilihan cermin diatas telah menaikan seri muka sipemakainya nampak seperti memakai seri kaya dimuka sahaja kelihatannya..Jejaka Scorpio diatas kelihatan kacak dan bergaya memakai cermin mata yang sebenarnya kepunyaan anak murid dalam acara senamrobik.

Sila Rate Foto Ini

1- Best
2- Stail
3.Bergaya
4. Kacak
5. Semua diatas
Blog Widget by LinkWithin