
HARGA TIKET:
Berbumbung - RM10
Terbuka - RM5
Kanak-kanak - RM5
banner : Persatuan Bolasepak Melayu Kedah

Lagu Negaraku berkumandang dengan cukup megah di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Sukan SEA 2003. Alunan itu menjadi saksi kejayaan Nazmizan dalam acara 100 meter.
Pencapaian itu sekali gus menobatkan anak kelahiran Kampung Durian Mentangau, Dungun Terengganu, Nazmizan sebagai Raja Pecut Asia Tenggara.
Malah, Nazmizan melengkapkan tahun penuh gemilangnya di Hanoi dengan kemenangan berganda dalam acara 200 meter, sekali gus menjadikannya atlet Malaysia pertama meraih emas acara 100 dan 200 meter di Sukan SEA selepas 36 tahun.
Bagaimanapun, Nazmizan menganggap kejayaan itu sebagai 'keajaiban' yang mungkin tidak mampu diulanginya.
"Saya sebenarnya tidak layak untuk beraksi pada Sukan SEA 2003 kerana gagal melepasi had kelayakan. Namun, selepas perbincangan dan rayuan dibuat, saya telah diberi peluang, itu pun atas tiket sebagai atlet Kategori B.
"Tiada siapa mengenali saya ketika itu. Walaupun dalam hati kecil saya tetap terdetik untuk mencipta sejarah di bumi Vietnam. Ketika acara 100 meter berlangsung, saya tidak memikirkan apa-apa selain ingin menamatkan perlumbaan," jelasnya.
Nazmizan hanya mengambil masa 10.47 saat untuk meletakkan namanya dalam lipatan sejarah. Sekali gus mengulangi pencapaian yang pernah dilakukan G. Rajalingam di Bangkok pada tahun 1967.
Paling penting, kejayaan pada Sukan SEA itu telah mengubah kehidupan Nazmizan daripada anak kampung kepada bintang sukan tersohor tanah air.
Malah, pencapaian itu membolehkan Nazmizan berlatih di bawah kendalian bekas juara pecut Olimpik, Michael Johnson di Amerika Syarikat. Selain layak beraksi pada Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004REKOD 'cemerlang' Pahang yang tidak pernah turun ke liga bawahan berterusan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan skuad Tok Gajah itu akan kembali bersaing dalam Liga Super 2010 yang ber- mula 9 Januari depan.
Pahang sebelum ini sepatutnya telah tersing- kir ke Liga Perdana 2010 setelah tewas 1-5 ke- pada Selangor dalam aksi terakhir Liga Super 2009 pada 25 Julai lalu, sekali gus menduduki tangga kedua tercorot.
Pada 15 Ogos lalu, Mesyuarat Majlis FAM juga mengesahkan bahawa Pahang akan turun beraksi dalam Liga Perdana 2010 bersama-sama pasukan tercorot Liga Super 2009 iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Namun, Mesyuarat Majlis FAM semalam yang dipengerusikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM bertindak 'menyelamatkan' pasukan negeri itu pada saat akhir sambil 'mengorbankan' skuad B-21 kebangsaan, Harimau Muda A.
"Hari ini (semalam) mesyuarat Majlis FAM telah membuat sedikit perubahan untuk pasu- kan-pasukan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana musim depan.
"Setelah dibincang secara panjang lebar, Harimau Muda A dicadangkan untuk tidak beraksi dalam Liga Super 2010 supaya pemain-pemainnya dilepaskan beraksi untuk pasukan negeri masing-masing.
"Bagi menggenapkan 14 pasukan, Pahang dinaikkan semula ke Liga Super. Liga Perdana pula, kami akan jemput satu pasukan dari Liga FAM untuk menggenapkan 12 pasukan," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Che Mat Jusoh pada sidang media semalam.
Mengulas lanjut perkara tersebut, Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Pahang dipilih menggantikan Harimau Muda A kerana 'kedudukannya' yang paling atas dalam senarai asal pasukan-pasukan Liga Perdana 2010.
"Tiada soal pilih kasih. Keputusan ini telah dipersetujui oleh suara majoriti dalam mesyuarat Majlis FAM hari ini (semalam).
"Harimau Muda B iaitu skuad B-19 kebangsaan akan kekal dalam Liga Perdana manakala Harimau Muda A di bawah jurulatih Azraai Khor Abdullah hanya akan dikumpul apabila ada tugasan antarabangsa," jelas Khairy.
Kosmo! pada 27 Julai lalu telah melaporkan tentang kemungkinan Pahang akan diselamatkan lagi oleh FAM daripada terjerumus ke saingan Liga Perdana.
Keputusan FAM semalam sebenarnya 'ulangan' kepada tindakan mereka ketika menukar format Liga Malaysia 2007 sejurus berakhir saingan musim 2006.
sumber: http://www.kosmo.com.my
------------------------------------------------
haih, apa la nasib harimau muda A tuh.Susah payah bagi naik liga,macam tu ja depa buat.rugi sebab team yang dah bina lama dan main sekali berpecah.Tapi ada kebaikan jugak sebab masing-masing pi main dengan kelab-kelab/negeri.
bila main dengan kelab banyak benda baru buleh dipelajari,banyak benda baru boleh dibawak dalam team bila ada international friendly atau tournament.depa boleh belajar banyak dengan pemain-pemain lebih lama atau senior.
tapi Pahang,nampak sangat la kan.
*harap Shakir Ali cepat-cepat balik mai KEDAH
1. Come to bring happiness to everybody
2. to celebrate
FIFA WORLD CUP SOUTH AFRICA adalah edisi ke -11 Piala Dunia.Sebelas warna yang digunakan adalah bertujuan memberi penghargaan kepada bola sepak (edisi ke 11 ) dan juga kepada 11 negara-negara Afrika Selatan dimana Piala Dunia kali pertama akan dianjurkan.
