31/12/09
Mahkamah Putuskan Majalah Katolik Herald Boleh Guna Perkataan 'Allah
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan pada Khamis.
Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah"
Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan itu.
sumber : bernama
Sebelum Keputusan
kedahlanie [klik]
kerengga [klik ]
27/07/09
Tiada Kerjasama..Menuju Buntu
"ada haiwan dalam bahaye"
"ada haiwan dalam bahaye disane"
"wonder pets wonderpets kami datang"
"apa yang penting"
"kerjasama"
Kerjasama.
Tahukah anda apa maksud kerjasama.Kerja bersama-sama?Bersama menangkap rama-rama?
menurut kamus dewan edisi tiga :
1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak)
Bersama-sama itu sebenarnya merujuk kepada apa?adakah hanya merujuk tiga ekor haiwan dalam wonderpets?adakah merujuk kepada bantu membantu sesama manusia?adakah bantu membantu antara manusia dan haiwan?manusia dan alam?
Tak payah tengok jauh-jauh.Ambek contoh paling dekat.Dekat mana?
Atas sikit pada mata.
jawapanya?
kepalaotak!!
ok,sekarang sila lihat benda yang click mouse tuh.itulah jari.jari itulah yang dalam keadaan tertekan,dendam dari jari berbaris-baris terhadap kepala otak.kepala otak yang dulunya setia,sekata sehala kini sudah menjadi durjana.kepalaotak sudah menghancurkan hati jemari.
jemari bertanya "kenapa awak buat macam ni kat saya?"
kepalotak menjawab "saya mintak maaf,ada benda lain yang lebih penting dari hasrat awak"
mungkin lebih kurang begitulah dialognya apabila deria-deria sentuhan jejari tidak membuat kerjanya,neuron-neuron yang tidak bersalah memaki hamun otak yang tidak menghantar isyarat-isyarat melalui akson untuk menggerakan jari jemari.
anda akan rasa begini apabila
JARI JEMARI MAHU MENULIS, TETAPI OTAK TIDAK MAHU BEKERJASAMA
Otak dengki!banyak isi!tapi takmau kasi sama itu jali.cilakak lu kepala otak!!
pagi tadi, Weekly Lesson Plan lupa buat.Lecturer nak mai hari ni dia kata.Ah sudah!!
"Bidin, may i borrow your leptop?"
"bagi ka dak aku nak jugak"
bila aku mula menaip,
Weekly Lesson Plan
Subject : Science
Week : 7
wah...minggu tujuh dah!
seminggu lagi!!
seminggu lagu nak habeh praktikum.
praktikum kali ni macam di habaq terlebih awai dahulu iaitu post 6 minggu yang lalu,aku tiadak semangat,semangat kalau ada pon tidak membara.semangat macam cipan sedut ja.tehegeh-hegeh jalan..lembab!tak pro aktif!!
Kesian encik kepalaotak,dia banyak tekanan.jangan salahkan dia.encik otak sudah penat.encik otak slalu sakit-sakit.nasib baik encik badan ini kuat semangat.encik badan tidak demam ketika virus Babi menular di seluruh dunia.Encik otak banyak diguna selama ini,encik otak beban.Encik otak harap encik jari faham.Encik otak masih ingat akan janji setianya bersama si jari tidak akan dilupakan.dia akan menyambut gamitan jari.Si jari, sabarlah.
Simata-mata yang membaca dan sitelinga dan sihidung.Apa khabar semua?Terima kaseh simata-mata yang setia membaca,yang terus menerus menyokong usaha encik otak dan encik jari.
18/05/09
Lukisan Alam
Lukisan.Apa itu lukisan?Menurut Kamus Dewan versi Empat,Lukisan can be define as
1. hasil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal;
bagimana pula Alam?Akademi Laut Malaysia?
bumi dan segala yg terdapat di permukaannya; segala yg ada di langit dan di bumi: Segala yg ada di ~ ini adalah ciptaan Tuhan. Ilmu ~ ilmu pengetahuan ttg keadaan alam (termasuklah keadaan bumi, iklim, penduduk dll); geografi. ~ akhirat alam selepas kehidupan di dunia. ~ baqa alam yg kekal yg bermula selepas amalan seseorang dihisab. ~ barzakh alam yg bermula dr kematian seseorang sehingga amalannya dihisab. ~ ghaib alam yg tidak kelihatan oleh mata manusia. ~ sekitar keadaan alam sekeliling. ~ semesta seluruh alam
Lukisan Alam mengikut saya adalah : Cerita yang menggambarkan kehidupan kita lah.
Bangun ja pagi-pagi lepas bancuh kopi radix saya akan dengaq lagu ni.Jangan dengaq saja,hayati liriknya.Fikirkan apa yang dikatakan.Kalu tengah-tengah sedih atau tension silalah berbuat demikian.Ianya mampu memotivasikan anda.Rangkap 1 dan 2 adalah satu semangat dab motivasi.Manakala rangkap seterusnya adalah bahagian renungan ya kawan-kawan.Cubalah.
Hijjaz
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)
Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai
Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya
Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)
Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah
Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu
31/12/08
Celebrate New Year
Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang : UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap.
Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ...
Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka 21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDomini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan.
Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu. Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?
Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah. -Wallahualam-
26/12/08
Blog Hina Nabi SAW
Ketika Sedang Melayari Internet, Bijirin telah Terbaca Sesuatu dalam Ruangan Sembang di Laman Web HKC.Dalam Masa Yang Sama, Sahabat bijirin iaitu Sabrosa Pula Memberitahu Bijirin akan Perkara Ini Yang Disiarkan Oleh Berita TV3.Kurang Ajar!!~Itulah Perkataan Yang Paling Sesuai Digunakan.Bodo..Memang Tekejut Ada Orang Yang Beranu Tulis Macam Ni.Siapa dia Bijirin Tidak Tahu.Mungkin Profile Yang Ditulisnya Menggunakan Nama org Lain serta Gambar Orang Lain Atau Mungkin Dia Sendiri.Tetapi Yang Mestinya SI BODOH ini adalah Rakyat Malaysia
http://adibahahmad.blogspot.com
Setelah membaca beberapa blog,ada pendapat mengatakan bahawa beliau didalam gambaq bukanlah penulis sebenaq.Terdapat manusia yang menaruh dendam dan cuba mempedajei orang itu.Dan blog dekat ataih tu dan-dan dah removed.Ketaq pala la tu...Duk buat brani la sangat..
22/12/08
Five Things ( 5 Perkara )
"
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
- Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
- Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
- Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
- Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
- Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.