7/05/09

Kena Tindih





Satu malam tu, tiba-tiba aku terjaga.Rasa sesak dada.Bila bukak mata aku nampak mcm ada benda tengah melutut ja ataih dada aku....Cerita takat tu dah la.Tak Payah lebih detail kot.Mesti ada yang pernah kena.Yang malam aku cerita tuh salah satu malam ja daripada malam-malam yang lain.Tidak termasuklah pasar malam,malam nostalgia 70-an dan juga malam lalilattulqadar,

Dua tiga harinya sahabat serumah, mat Shah tunjuk artikel kat dalam Kosmo.Kat sini aku Mengopi dan Mengepaste dkat sini sedikit artikel dalam akhbar KOSMO yang aku rasa perlu.

********************************************************************************
Ramai yang kata ternampak ‘benda’ tertentu yang menindih tubuh mereka hingga tidak boleh bergerak. Adakah itu sekadar cerita rekaan kerana tidak tahu hendak menghuraikan fenomena lumpuh sementara?

Sebenarnya apa yang berlaku itu merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).

Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.

Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.

Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).

Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan.

Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku.

Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan


SUmber : KOSMO


**** Komen***


Ini adalah berdasarkan kajian saintifik yang dulakukan.Kita boleh percaya akan hasil kajian ini.Lagipon boleh menyedapkan hati.Tapi setiap kali berlaku pada aku, aku tak yakin dengan penemuan saintifik ni.Cubalah sendiri.ANda Mesti Tidak Mahu Lagi.

6/05/09

Hampir 100 000 Mau Jadi Cikgu ?

KUALA LUMPUR - Profesion perguruan semakin mendapat tempat di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan hampir 100,000 orang memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) bagi pengambilan sesi Julai ini.

Ini sekali gus menimbulkan persaingan sengit di kalangan pelajar sedangkan pihak Kementerian Pelajaran hanya mampu menempatkan 6,200 orang untuk mengikuti kursus pendidikan di dalam dan luar negara.







Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Pelajaran, Dato' Seri Mohd Zarif (gambar) yang menyifatkan bilangan tersebut sebagai satu petanda positif terhadap kerjaya perguruan di negara ini.

"Pada tahun ini, seramai 1,877 pelajar yang memperoleh 9A hingga 15A dalam SPM 2008 memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan di luar negara. Daripada bilangan itu, seramai 100 pelajar terpilih untuk dihantar ke United Kingdom.

"Mereka dipilih untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara khusus pembelajaran dalam bidang kritikal seperti Fizik dan Biologi,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Zarif memberitahu, Kementerian Pelajaran memang mencari dan memilih pelajar cemerlang serta berkualiti yang berminat untuk mengikuti kursus perguruan.

Bagaimanapun, mereka perlu melalui tiga tapisan termasuk menghadiri proses temu duga dan menduduki Ujian Sahsiah Keguruan (INSAK) secara bertulis.


*** Info***


Maklumat diambil dari artikel dalam Akhbar KOSMO 6 Mei 2009.Pengubahsuaian juga dilakukan oleh penulis.Harap Paklum.

5/05/09

SHSG -8



Solat Atas Pasir + Tepi Pantai.

Nice ?

Solat fardhu zohor ini berlangsung ketika kem Bina Insan Guru (BIG) di Kem Tok Sakah, Pantai Remis, Perak.Sebelum solat berjemaah..kami telah berkayak ke pulau ini.dipulau ini kami berhenti bersolat dan memasak untuk makan tengah hari.selepas solat kami makan dan bertangkap gambar serta berkayak lagi hingga kulit yang gebu dan comel menjadi hitam seperti kulit kambing hitam.kami menuju lagi kepulau yang lain hinggalah cukup masak dan hitam serta keletihan.

Solat diatas pasir sangat bes terutamanya ketika kita bersujud.Waktu Zohor adalah waktu tengah hari,maka pasit itu adalah sangat panas.Hidung dan dahi konfom tebakaq punya.tetapi itu baru panas dunia kata mereka.Selepas memberi salam, semua jemaah saling ketawa melihat pasir-pasir pantai melekat didahi.Kemudian mereka menyapu pula tangan berpasir itu dimuka yang sudah berpasir setelah memberi salam.Lalu mereka pun menyapu muka lagi setelah selesai berdoa.dan mereka berjabat salam berpasir.Bukan sukan sahaja dapat merapatkan hubungan silaturrahhim tetapi pasir dan solat juga dapat menjadi medium perpaduan yang baik.
Blog Widget by LinkWithin