31/12/08

Celebrate New Year

ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :- Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar".

Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang : UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap.

Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ...

Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka 21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDomini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan.

Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu. Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?

Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah. -Wallahualam-

30/12/08

JejaKacak Minggu ke - 2



JEJAKA USAHAWAN LINTAH




Kepada Peminat Setia, Selamat bertemu kembali dalam ruanganJejaKacak ( Jejak Jejaka Kacak).Peserta JejaKacak Minggu ke -2 yang telah menarik perhatian meja pengarang kali ini juga datang dari sebuah negeri di Utara tanahair iaitu Kedah Jelapang Padi.Peserta Minggu Ke-2 ini pada mulanya berminat dalam mencapai cita-cita sebagai seorang Pemain Bola Sepak Professional.Tetapi kini beliau lebih cenderung untuk menjadi usahawan muda dalam PENTERNAKAN LINTAH.

Ketika bertemu, wartawan Bijirin mendapati jejaka berkulit hitam masam ini begitu mudah didekati dan beliau adalah seorang yang sporting dan beperwatakn menarik disamping gaya yang bersahaja.




>> PROFILe <<

Nama : Azizul Afandi bin Azizul Akmal

Nick : Adi, Soekardhi ( panggilan di jawa )

Tarikh Lahir : 17 Julai 1987

Asal : Sini ( Alor Setar)

Pekerjaan : Masih belajar di sebuah IPTA di Selatan Semenanjung Tanahair

Cita-Cita : Pemain Bola Sepak Professional ( dahulu ), Penternak Lintah Berjaya ( kini )

Hobi : Berenang, Mengkaji Lintah, Makan

Zodiak : Cancer




Bijirin ( B ) : Mengapakah Adi tidak mengejar cita-cita sebagai pemain bola sepak professional ?
Jejaka ( J ) : Pada mulanya saya berhajat besar untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang professional dan terkenal di seantero dunia.Saya sangat teruja dengan bakat pelari pecut negara Nazmizan Muhamad oleh itu saya telah berlatih bersungguh-sungguh siang dan malam tanpa mengira batas waktu walaupun anak dan isteri ditinggalkan sejak di bangku simpanan ketika di sekolah rendah.Saya juga sempat berguru dengan beberapa orang tokoh bola sepak terkenal Malaysia antaranya Mokhtar Dahari,Ghani Minhat,Manja Man, Karim Pin, Alubumi Adigun, Tibor Szaban,Serbegeth Singh dan juga Dato' Nicol Ann David dan Shaari Amri juga Awang BPR.Saya ingin sekali membawa dan mengharumkan nama Malaysia melalui bola sepak, tetapi cita-cita saya terkubur apabila mendapat halangan keluarga yang inginkan saya ke Menara Gading ( Universiti ).

B : Apakah perasaan Adi apabila cita-cita dihalang ?
J : Halangan keluarga adalah satu tamparan yang sangat hebat sepanjang zaman kerana tamparan itu datang dari pelbagai orang.Selain ibu saya,tamparan juga datang dari adik-adik, bapa saudara,ibu saudara,sanak saudara,datuk di kampung serta jiran tetangga turut memberi tampara-tamparan yang hebat menyebabkan saya terpaksa dimasukkan ke dalam dewan pembedahan untuk pembedahan di bahagian pipi dan muka.Antara jiran yang memberi tamparan yang paling kuat adalah Ahmad Sobri Ismail, jurulatih penjaga gol Kedah yang tinggal berhadapan rumah saya ataupun dikenali sebagai Abg Mat.Saya berasa amat sedih, kecewa dan terkilan apabila dapat tahu yang cita-cita saya dihalang.


B : Apakah cara untuk melepaskan rasa kecewa ?
J : Saya melepaskan kekecewaan dengan bermain BIOLA dan sekali-sekala bermain Wayang Kulit ketika waktu lapang.Dengan bermain biola saya menjadi lebih girang dan tenang.Jika tidak bola sepak Malaysia tentu sudah maju dengan adanya saya,saya yakin akan kenyataan saya ini tanpa rasa ragu-ragu dan yakin.Tanpa seorang pemain yang berkaliber seperti saya, Bola Sepak Malaysia tidak akan maju.Jika saya berkecimpung dalam kancah bola sepak, nama saya tentu setanding dengan nama-nama besar seperti Lee Chong Wei,Michel Phelps dan Lu Xiang.

Perbualan terhenti seketika apabila Jejaka mula menitiskan air mata,akan tetapi keadaan kembali tenang apabila 3 pinggan nasik ayam ayam lebih dan teh o ais limau 2 yang dipesan telah sampai.Setelah selesai makan, temubual diteruskan.


B : Setelah ke Menara Gading, mengapakah cita-cita tiba-tiba bertukar kepada penternakan lintah ?
J : Saya berminat terhadap penternakan lintah kerana banyak sebab.Tetapi sebab yang utamanya ialah pulangan yang sangat lumayan melalui penternakan lintah secara besar-besaran.Jika dilihat potensi penternakan lintah ini di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Jepun, lintah mendapat permintaan yang tinggi dan memberi pulangan yang lumayan kepada pengusahanya.Negara-negara pesaing yang lain kini bertungkus lumus membangunkan sektor Perlintahan ini.Saya berharap Malaysia akan menjadi hab Lintah menjelang 2010 dan menjadi NEGARA LINTAH menjelang 2020.

B : Benarkah Amerika dan Jepun berlumba-lumba untuk menternak Lintah?
J : Itulah, ramai yang tidak tahu.Kita tengok beberapa tahun yang lalu, Amerika Syarikat menyerang Afghanistan dan Iraq.Seluruh dunia menganggap ini adalah disebabkan Amerika yang terdesak untuk mendapatkan minyak.Tetapi sebenarnya anda semua salah.Amerika sebenarnya menyerang Iraq dan Afghanistan kerana mereka mempunyai sumber lintah yang sangat banyak.

B : Masihkah bermain bola sepak ?
J : Tidak, hanya bermain futsal.Itupun jika dijemput.Bola Sepak kini bolehlah dikatakan sebagai musuh nombor 1 saya.Saya sibuk membuat kajian projek akhir sarjana muda saya ketika ini.Saya membuat kajian bagaimanakah Lintah dapat membantu dalam meningkatkan mutu Bola Sepak Malaysia.Kajian saya telah mendapat biayaan dari FAM sebanyak RM 7.5 juta.

B : Pencapaian tertinggi ketika bermain bola sepak ?
J : Mewakili Lorong Pipit FC ke pertandingan Jaguhan Kampung Siri Super, latihan bertempat di Padang Mat Tib.Ketika itu saya bermain diposisi sayap kiri.Tetapi saya tidak ditutunkan sepanjang musim oleh ketua jurulatih ketika itu Tibrani, seorang jurulatih dari Morocco.

B :Adakah belenggu kecederaan yang menyebabkan anda direhatkan?
J : Saya hanya ditempatkan di bangku simpanan kerana masalah kelajuan dan berat badan.Berat badan yang menunjukkan peningkatan yang sangat pesat telah mempengaruhi kelajuan saya. Pada awal dahulu, saya dikenali sebagai Peledak Gol.Tetapi setelah masalah berat badan dan kelajuan semua itu berkubur ditepi Jalan Sultanah iaitu di Tanah Perkuburan Kristian berhadapan SMK Dato' Syed Omar.

B : Pendapat tentang perkembangan Bola Sepak Malaysia ?
J : Sudah lama saya ingin meluahkan pendapat saya mengenai perkara ini.Saya yakin semua rakyat Malaysia akan bersetuju dengan saya.Pada saya, Bola Sepak Malaysia masih di takuk yang lama dimana Bola Sepak Malaysia semuanya masih BULAT seperti dahulu melainkan bola Ragbi sahaja yang bujur.Majulah Lintah untuk Sejagat.


Selepas berakhirnya sesi temuramah, jejaka ini memberikan reaksi yang tidak disangka-sangka dengan memesan pula koteow goreng telur mata dan milo ais.Bila ditanya mengapa " beginilah cara untuk melepaskan geram dan marah "

Pelatih Institut Perguruan Kena Tangkap Basah

PASIR PUTEH: Gara-gara terlalu merindui teman wanitanya, seorang lelaki datang ke negeri ini dengan menaiki bas ekspres sejauh kira-kira 600 kilometer (km) sebelum mereka berdua bersepakat untuk bermalam selama dua hari di sebuah chalet, di Tok Bali, dekat sini.

Namun, perbuatan pasangan kekasih itu terbongkar apabila mereka dicekup oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Pasir Puteh, kira-kira jam 3.45 pagi semalam, ketika mereka tidur dalam sebuah daripada dua bilik yang disewa di chalet terbabit.

Lebih memalukan, pasangan kekasih terbabit yang juga guru pelatih dari sebuah maktab perguruan sama di Johor tetapi berlainan kursus itu ditangkap ketika umat Islam beribadat sempena kedatangan Awal Muharam.

Berikutan itu, ibu bapa kepada gadis berusia 18 tahun itu menangis di depan kakitangan penguat kuasa agama akibat terlalu malu, selain kecewa kerana ditipu ‘hidup-hidup’ anak mereka sendiri kononnya hendak bermalam di rumah kawan sekolah lama.

Difahamkan, sebelum dicekup, lelaki berusia 19 tahun serta berasal dari Pahang itu dikatakan menaiki bas dari Johor, semata-mata ingin berjumpa dengan kekasihnya yang tinggal di Machang.

Sumber : Metro 30 Disember 2008

___________________________****___________________________


Pagi 30 Disember, dalam lingkungan jam 8.00 Pagi, saya yang baru sahaja lepas mandi ( tepaksa) menerima mesej melalui pesanan ringkas (SMS) dari telefon bimbit saya.SMS berbunyi

"Bc Metro.bdk mktb jhor kna tgkap bsah.2diaa."

Terus saya mencari berita tersebut.Maktab ( Institut Perguruan) di Malaysia terdapat 27 buah kesemuanya bermula dari Perlis sampailah ke Sabah.Di Johor, terdapat dua buah Institut Perguruan iaitu IPTI ( Temenggung Ibrahim) di Johor Bahru dan IPTHO (IP Tun Hussein Onn) di Batu Pahat.Maktab mana tak tau.Tapi sememangnya topik hangat cerita ni nanti.

29/12/08

Gulai



AHAD 28 Disember 2008


7.30 a.m.
Perbualan telefon
A: "Hello, oih hang tak tidoq blek ka?tere gila, pkui 8 Ok!"
B: "Dak, smalam awai tdoq pkui 2 haha,pkui brapa?Ok!"

8.05
Dialog
B: "Hamzah?"
A: "Tak pi, tdoq lmbat"

A memandu dan B berada disebelahnya..Baru sahaja beberapa minit dalam kereta

B: "Sakit perut"
A: "Ah sudah"

B: "Xbuang lg,perot kosong mana buleh makan"
A: " Aku pun dak lg"
B: " Kena singgah mana2 dulu pa"
A: "Nak berenti mana?TESCO mau"
B: " Bukak dah ka?"
A: "Bukak kot,pkui 8 bukak dah,cewah bat pala"

Tiba di Tesco
A: "Bukak dah,nasep baik"
B: " Jum"

Mereka menyelesaikan masalah mereka pada pagi itu di TESCO Mergong..


8.40 a.m.
A dan B tiba di Kedai Gulai Ikan Temenung ( Ikan Kembong ).Tanpa membuang masa mereka terus menjalankan tugas yang telah diagih-agihkan.Nasik Gulai Ikan Temenung adalah sebuah tempat yang sangat femes dengan makanan yang sedap.Sangat unik kerana pagi-pagi hari lagi orang dah ramai.Seawal 8 pagi terdapatnya nasik dan lauk pauk yang pelbagai dan pelanggan kedai ini sangatlah teramat ramai sehingga perlu menunggu turn untuk duduk.

Gulai ikan disini memang istimewa sebab rasanya yang sangat sedap,ditambah pula ikan yang baru naik atau baghu mendarat menyebabkan rasa serta aromanya yang sangat indah.Isi ikan yang segar sangat berlainan dengan ikan yang dirumah mahupun dikedai.Untuk mendapatkan gulai ikan, terpaksalah bersabar dan beberatur ( beratur panjang ) untuk menceduk gulai ikan.Kesabaran perlulah ditahap maksimum kerana terdapat segelintir masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum ini sangat mementingkan diri melakukan perkara-perkara seperti memotong turn dan mementingkan perut mereka sahaja.

Makcik didapur sangat sibuk, ada yang sedang menggoreng telur, menanak nasi,membasuh pinggan dan menyiang ikan.Sebanyak 4 periuk digunakan untuk memasak gulai ikan temenung secara tanpa henti agaknya.Makcik yang incharge masak gulai agak tertekan apabila ramai pelanggan-pelanggan yang seperti saya nyatakan diatas melingkunginya dengan menyua ( menghulurkan) pinggan.Ikan Bukan Masak Lagi!Sabaq La!Hangat Hati Tengok Depa Ni!

Lama menunggu, maka siaplah complete set makanan.


1. 3 pinggan nasi
2. 3 potong telur dadar
3. 4 ekor ikan gulai dan sedikit kacang bendi
4. sepinggan sayur kacang panjang dan sotong
5. 2 gelas teh ais.
6. jumlah RM13.40

A dan B sangat gembira sambil menikmati gulai ikan yang masih panas dan enak itu..




Encik A




Encik B

28/12/08

Apa Kejadahnya Tag

Kena Tag?aku pon tak tau apa kejadahnya sebenaqnya..Setelah melihat blog-blog mereka 14 kali dalam masa 3 menet, aku agak faham akhirnya...

#1 describe 10 things about the person who tagged you.
1.Nama Diberi Azizul Afandi
2. 17 Julai 1987
3.Alor Setar
4.Hantu Makan
5.Berenang adalah kegemaran
6.Whipped Potato Besaq KFC
7.Selalu menjemput aku diwaktu malam
8.Structure Engineer wannabe
9.balik UTM 28/12 ni
10.Man Utd Fan

#2 - Now u have to describe 10 things about urself.
1.Gemok
2.Boroi
3.Rambut Ghetiaw
4.Ada hijau bawah mata
5.Tidoq Sampai Zohor
6.Kaki Saiz 8
7.Ankle kanan sakit
8.Sensetif ( apa itu sensetif )
9.Serabut
10.Tgh makan Nips

#3 - At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.
1.adi --> ambek balik
2.hamzah --> hang pon kena
3.alan--> hang juga begitu
4.Lionel Messi
5.Akon
6.Awang BPR
7.Maimon Mutalib
9.Ally Iskandar
10.Rita Rudaini

Muzium Padi Kedah

Salam Pertemuan, Salam Sejahtera dan Salam Nasi Kandar.

Pada suatu ketika pada tarikh yang sudah dilupakan serta harinya, maka penulis ( salah seorang wartawan bijirin ) bersama dua lagi rakannya telah berkunjung ke Muzium Padi yang terletaknya berdekatan dengan Gunung Keghiang [ ke.ghi.yang ] ataupun dalam bahasa bakunya Gunung Keriang..ee peliknya ke.ri.yang.hahaha

Dengan menaiki kereta, perjalanan dari Jalan Day ke Muzium Padi adalah kira-kira 20minit perjalanan ( bukan jalan kaki, naik kreta la kalau jalan kaki xtau la).Pada mulanya ketika bangun tidoq, wartawan bijirin iaitu En. Shahrul telah mengajak seramai 4 orang rakan.Namun, hanya 2 rakan setuju dan lagi 2 rakan menolak pelawaan tersebut.

En. Shahrul



Encik Shahrul Sempat Bergambar Dengan Encik Telur Kuda


Beliau adalah seorang wartawan serta penulis sambilan untuk Ketua Pengarang iaitu Bijirin ataupun nama sebenarnya Minuman Bijirin .Beliau masih menuntut di sebuah tempat dalam bidang Ilmu Hitam dan Jampi Serapah serta mengambil subjek Sains Kulinari sebagai subjek sampingan pada semester ini.


Muzium Padi


Muzium Padi Tersebut

Muzium Padi ini adalah Muzium Padi yang pertama di Malaysia dan tiada lagi yang seumpamanya di Malaysia.Apabila tiba di sana,penulis dan rakan2 sempat bergambar dengan seekor Singa Tembaga yang bernama Johhny The Lion.Johnny The Lion adalah seekor Singa yang diawet.Johnny berasal dari Mozambique.Ow lupa kita becerita tentang Muzium Padi bukan Johnny Sikuda Tembaga..Muzium Padi terletak berdekatan dengan Gunung Keriang iaitu bersebelahan dengan Pusat Akuatik ketika temasya SUKMA berlangsung di Negeri Kedah.Pusat Akuatik dahulunya dibuka untuk orag ramai tetapi setelah mendengar khabar angin adanya org yang lemas disana nampaknya Pusat Akuatik itu ditutup kepada orang awam ( bukan mereka yang mengambil jurusan kejuruteraan awam sahaja malah kesemua orang ramai ).



Adi & Johnny The Lion


Kemudian kami terus ke pintu utama.Harga yang tertera menunjukkan :

Dewasa : RM 3
Kanak-Kanak: RM 2
Rombongan Sekolah : RM 1
Kamera : RM 2

Abang Guard bertanya " adik nak guna kamera dak?kalau nak guna kena bayaq RM2"
dengan pantas En. Shahrul menjawab "dak".Selepas itu mereka bertiga terus menaiki platform yang bertajuk " Ke Puncak Gunung Keriang".Melalui anak tangga yang sedikit berpusing dimana ruangan tangga dibuat kita seakan-akan berada di dalam gunung?Hah??Dalam gunung??isk..nak habaq camna tah...lebeh kurang dalam gua menuju ke puncak gunung.Lagu tu la, paham kot.

Apabila sampai diatas, kami agak teruja apabila melihat lukisan yang sangat dahsyat!!Mmg real..Di sini kita dapat melihat panorama tanaman padi dalam bentuk mural dan lanskap. Mural yang berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang ini adalah salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia.









Gambar-Gambar yang Haram ( Tidak Berbayar )

Terdapatnya kerusi-kerusi di tingkat ini.Penulis agak hairan.Rupa-rupanya ia adalah sebuah platform yang bergerak.Kita hanya perlu duduk ataih kerusi itu dan platform akan berpusing 36o darjah, oleh itu tak payah susah-susah nak bejalan-jalan pusing-pusing.Dalam 20 minit, pusingan sebanyak 360 darjah akan lengkap dan kami sempat melihat akan lukisan-lukisan yang sangat hebat..

Terdapatnya segerombolan ataupun sekawan kumpulan.Mereka menggelarkan diri sebagai pengkaji sejarah.Ketika sedang berpusing-pusing ada seorang "penerang" menceritakan tentang mural2 atau lukisan-lukisan hebat ini.Hamzah yang sempat mendengar habaq kat saya " 60 Oghang yang lukih".Pelukis-pelukis ini dibawakan khas dari Korea.Salah seorang dari mereka adalah bapa saudara kepada Park Ji-Sung pemain pasukan Manchester United dan Korea.

banyak peristiwa yang digambarkan oleh lukisan-lukisan ini.Contohnya pasar tani,kenduri kahwin,pastu dekat masjid org beratur ramai-ramai :

Saya : "Tu, org mati pa kat Masjid ramai-ramai"
Adi/Hamzah : " Ya ka?ka org menikah"

Dan apabila melihat lukisan berdekatan itu adanya kenduri kahwin.Pengantin sedang bergambar dengan ahli keluarga.Maka boleh dikatakan sangkaan bahawa di masjid tadi ada kematian boleh diguna pakai.Berdekatan dengan rumah kenduri ada 3 org budak sedang bermain layang-layang.Salah seorang memakai baju Melayu dan berkopiah.

" Budak-budak tu lepaih makan kenduri teruih pi main layang-layang" tidak tahu siapa yang mengungkapkan kata-kata itu.Mungkin ada kebenarannya....Sebenarnya apabila kita melihat lukisan-lukisan ini, bukan sahaja kita menikmati keindahan serta kehebatan karya seni sahaja tetapi ia mendorong kita untuk berbincang dan berkongsi pendapat.Apabila pertukaran maklumat berlaku maka input baru akan terhasil,secara tidak langsung pembelajaran berlaku disini.

Tiba-tiba kami dikejutkan apabila seorang "penerang" berkata " cuba tgk kat gunung keriang tu, batu yang dok tepi, tgk kat tgh2 dia, ada mcm bentuk orang kan"Dengan berasa takjub saya terus melihat." hah betoi!!ada" gelo... penerang menyambung " ceghitanya dulu org kata gunung keriang ada penjaga"

Ketika menuruni anak tangga Adi ada berkata " Tok aku ada habaq cerita Gunung Keriang ni..Laki-Bini apa tah"..OOooOO...Kat bawah kami melihat beberapa lukisan dan mural sambil membaca sejarah-sejarah mengenai negeri Kedah tiang-tiang.Baca sambey pusing2 tiang macam org tak betoi pon ada.

Cerita 1st berkenaan cerita yang diambil dari Kitab Sejarah Melayu.Sulalatus Salatin, cerita Wan Empuk dan Wan Muliani dimana Padi yang mereka tanam menghasilkan beras emas,berdaun perak dan berbatang perak suasa.Pastu banyak la cerita-cerita antaranya Wan Mat Saman,Lawatan King Chulalongkorn ke Kedah dan Kisah Beras Terbakaq di Padang Matsirat.

Kami terus ke bawah dimana dibawahlah paling meriah gila.Alatan-alatan yang digunakan dalam proses menanam padi sampailah beras dihasilkan..banyak alat-alat nak sebut pun letih.Pastu ada jugak alatan-alatan menangkap ikan,jerat burung dan juga beberapa pantun.Hahahha

Kemudian kami ke Kedai Cenderahati sebelum pulang.Adi sempat membeli Ateromen yang kecik yang akan besaq apabila direndam dalam ayaq.



Adi dan Hamzah

Kami kemudian singgah sebentar di "Cendoi InsyaAllah " berdekatan dengan KUIN atau KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH.Saya memesan:
1 Cendoi Pulut ( RM 1.50 )

Hamzah :
1 Cendoi Pulut Bandung ( RM 1.30)
1 Laksa Buyung ( RM 2.30 )

Adi:
1 Cendoi Bandung ( RM 1.30 ) kot..xingat








Sedikit Gambar Cendoi InsyaAllah


*Kepada Sesiapa yang Datang Ke Aloq Staq, silalah berkunjung ke Muzium Padi.Kepada orang Aloq Staq yang belum penah pi, silah berbuat demikian kerana Muzium dibukak Haghi-Haghi kecuali cuti umum.


26/12/08

Blog Hina Nabi SAW

Salam...

Ketika Sedang Melayari Internet, Bijirin telah Terbaca Sesuatu dalam Ruangan Sembang di Laman Web HKC.Dalam Masa Yang Sama, Sahabat bijirin iaitu Sabrosa Pula Memberitahu Bijirin akan Perkara Ini Yang Disiarkan Oleh Berita TV3.Kurang Ajar!!~Itulah Perkataan Yang Paling Sesuai Digunakan.Bodo..Memang Tekejut Ada Orang Yang Beranu Tulis Macam Ni.Siapa dia Bijirin Tidak Tahu.Mungkin Profile Yang Ditulisnya Menggunakan Nama org Lain serta Gambar Orang Lain Atau Mungkin Dia Sendiri.Tetapi Yang Mestinya SI BODOH ini adalah Rakyat Malaysia


http://adibahahmad.blogspot.com


Setelah membaca beberapa blog,ada pendapat mengatakan bahawa beliau didalam gambaq bukanlah penulis sebenaq.Terdapat manusia yang menaruh dendam dan cuba mempedajei orang itu.Dan blog dekat ataih tu dan-dan dah removed.Ketaq pala la tu...Duk buat brani la sangat..

Jumaat 26 Disember 2008

1.00 Pagi
Tiba dipekarangan Koteow Iman dengan dua buah Perodua MyVi sebuah berwarna Putih kepunyaan Mat, nombor pendaftaran KCC 1100 dan sebuah lagi MyVi berwarna Kelabu kepunyaan Adi bernombor pendaftaran KBY 9171. Dalam Myvi Putih ada Mat, Enon dan Hamzah.Manakala dalam Myvi Kelabu terdapat Adi dan saya.

Keadaan di Iman agak menenangkan, tidak seperti selalu yang penuh dengan manusia..mungkin kerana diluar waktu kemuncak ataupun waktu perdana.Penggoreng Koteow agak tenang,tidak berada diposisinya seperti selalu dengan memakai penutup hidung.

Minuman dan makanan diorder.Hanya Enon yang maka, beliau memesan Koteow Teloq Pinggan Besaq, Teh O Blackcurrant dan segelak air Kiwi Ais.Kami yang lain hanya minum untuk melepaskan dahaga setelah penat macam haram jadah main futsal.

2.00 Pagi
Membuka Desktop sambil melayari internet.Keadaan tiba-tiba menjadi boring lalu PC ditutup kembali itupun sesudah sejam setengah PC ini dibuka.

3.30 Pagi
Keadaan menjadi huru-hara seketika apabila penulis tersalah send msg kepada Encik Qadri.Message itu sebenarnya untuk teman istemewa penulis.Penulis berasa amat malu apabila saudara Qadri yang membalas pesanan ringkasnya tadi.Keadaan menjadi tenang semula setelah Qadri mengucapkan selamat malam.

6.52 Pagi
Setelah dimaki-maki beberapa kali penulis bersolat subuh, kemudian meneruskan peniduran sehingga jam 12.40 tengah hari.

12.45 Tgh Hari
"Kak Mini, esok mai la rumah sewa" pesanan ringkas dihantar kepada seseorang.

1.00 Petang
Mandi dan bersiap sedia untuk ke solat Jumaat.

1.15 Petang
Menyuap bihun goreng sebanyak 4 pinggan dahulu sebelum ke Masjid.Bukan apa orang tua-tua kata kalau lapaq nanti makruh solat.Heheh

2.10 Petang
Menonton siri Popey di TV 9

2.30 Petang
Kebosanan,tertidur di atas sofa.

4.00 Petang
Siap Menulis Entri Ini.


Kesimpulanya : Sangat Bosan Begini.Kredit Takdak.Woi Tadak Sapa Ajak Keluaq Ka.

25/12/08

Jawapan Teka-Teki 1

Teka-Teki 1

Haritu soalan teka-teki berbunyi seperti :

1. Dalam Banyak-Banyak Berger, Berger Apa yang Happy?
2. Dalam Banyak-Banyak Berger, Berger Apa yang Pening


Jawapan

1. Begelak Tawa
2.Begegaq!!~

Andrei Arshavin ke Arsenal ?





ZENIT Harap ARSENAL Dapat Pikat ARSHAVIN

Penyerang Russia Turut dikaitkan ke Tottenham dan Real Madrid

LONDON: Bintang penyerang Russia, Andrei Arshavin mungkin dalam perjalanan ke Eropah selepas ejennya berkata pemain kelab Zenit St Petersburg itu hampir pasti akan dijual apabila jendela perpindahan dibuka, bulan depan.

Arshavin dikaitkan dengan kelab Inggeris - Arsenal dan Tottenham serta gergasi Sepanyol, Real Madrid dan menurut laporan laman web BBC kelmarin, ejennya, Dennis Lachter, berkata Arshavin dan Zenit bersetuju bahawa dia perlu mencari kelab baru, Januari ini.

"Dia sudah pasti berpindah Januari ini atau pemain dan kelab itu akan kerugian wang," kata Lachter. "Zenit dan Andrei memahami bahawa sudah tiba masanya buat mereka untuk berpisah."

Arshavin, 27, dikaitkan dengan Tottenham musim panas lalu berikutan persembahan cemerlang di Euro 2008, dan minggu ini pengurus besar Zenit, Maxim Mitrofanov dipetik sebagai berkata harganya adalah 20 juta pounds (RM102 juta) dan berharap Arsenal akan mengemukakan penawaran.

Tetapi Lachter menafikan laporan bahawa pemain itu melawat pusat latihan kedua-dua kelab ketika mengunjungi London baru-baru ini.

"Itu tidak benar," katanya. "Saya berada di London dan dia juga berada di sana, tetapi sebab utama dia berada di sana ialah untuk menjalani penggambaran iklan untuk sebuah syarikat.

"Saya berada di pusat latihan Tottenham, tetapi ada seseorang ternampak saya di sana dan membuat andaian itu - dia tidak pernah berada di sana, sama ada ke Arsenal atau Tottenham." - AFP

24/12/08

Kamus Bahasa Kedah


Kedah (
قدح )
Negeri Kedah Darulaman adalah sebuah negeri dalam Malaysia yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia.Negeri Kedah juga dikenali oleh masyarakat Malaysia sebagai Negeri Jelapang Padi.Kali ini kita akan berkongsi sesuatu yang menarik mengenai negeri Kedah, iaitu loghatnya.Kita akan berkongsi tentang perkataan-perkataan yang unik dan mungkin anda sendiri tidak pernah dengar atau menggunakannya.



Perkataan :
Ghonot
Sebutan :
[ gho.not ]
Maksud :
menundukkan badan sedikit ketika melalui dibwah sesuatu
Contoh :
Mat, hang ghonot sikit lalu bawah rumah tu,nanti tak pasai benjoi pala.



Perkataan : Ghupin
Sebutan :
[ ghu.pin ]
Maksud :
kesan luka yang kering yang meninggalkan lapisan-lapisan yang tidak sekata
Contoh :
Elok dah ghupin kat lutut hang tu,jangan dok usi
k nanti bedarah pulak.



Perkataan : Ghunaih/Krunaih
Sebutan :
[ ghu.naih]
Maksud :
mencungkil,mengupil
Contoh :
La, ghupin hang tu jangan dok ghunaih la bila nak elok kalau dok ghunaih.




Perkataan :Meghelop
Sebutan :
[ me.ghe.lop ]
Maksud :
waktu senja @ hari bertukar menjadi malam
Contoh :
Isk, budak-budak ni kalau main bola tak ingat apa dah, sampai meghelop tak balik-balik lagi!dah,dah pi balik.



Perkataan : Ghona-Ghoni
Sebutan :
[ gho.na.gho.ni ]
Maksud :
warna-warni
Contoh :
hang jangan duk buat pelik la pi pekan pakai baju ghona-ghoni, huduh aih.



Perkataan : Ghuyup
Sebutan :
[ ghu.yup]
Maksud :
lesap/hilang
Contoh :
aku pakai selipar Nike p smayang Jumaat, turun-turun masjid ghuyup p selipar aku.



Perkataan : Seneghih/Seneghaih
Sebutan :
[ se.ne.gheh. ] [ se.ne.ghaih ]
Maksud :
bergeser
Contoh :
Bodo bawak gheta jeneh apa dok seneghih dinding
ikut dan ni.


Perkataan : Ikut dan
Sebutan :
[ ee.kot.dan]
Maksud :
tidak tertib,memandai-mandai
Contoh :
Ikut dan hang ja nak pi ka tak pi, ingat skolah Tok Ayah hang ka?




Perkataan : Ghosek/Perosek
Sebutan :
[ gho.sek ]
Maksud :
menyelongkar
Contoh :
Alan, hang dok ghosek laci aku buat apa, aku tak ambik kunci moto hang aih.



Perkataan : beghetoh
Sebutan :
[ be.ghe.toh]
Maksud :
berlanggar,berlaga
Contoh :
kaki Adi bengkak apabila terbeghetoh dengan Hamzah ketika main futsal.



Perkataan : Belemoih
Sebutan :
[ be.le.moih ]
Maksud :
comot
Contoh :
Hang tengok awek tu...belemoih gila...


Perkataan : Kelepiaq
Sebutan :
[ ke.le.piaq]
Maksud :
menggelupur
Contoh :
payah sungguh la lembu ni, kelepiaq kuat


Perkataan : pungkoq
Sebutan :
[ pung.koq]
Maksud :
punggung,buntut
Contoh :
Pak Aji, hang ni pasaipa dok raba pungkoq aku ni?


Perkataan : Pegheluih
Sebutan :
[ pe.ghe.luih ]
Maksud :
terjerumus,terjatuh,termasuk
Contoh :
Kesian Jibin, kaki dia tepegheluih dalam lubang jamban masa berak tatsat.


Perkataan : Tatsat
Sebutan :
[ tat.sat ]
Maksud :
sebentar tadi,tadi
Contoh :
Ish, pi mana pulak dia ni tatsat dok adang tang sini.


Perkataan : Tang
Sebutan :
[tang]
Maksud :
di
Contoh :
Gheta hang parking tang mana?




Perkataan : Celuih
Sebutan :
[ ce.luih ]
Maksud :
muat,padan
Contoh :
Ish tak celuih la aku kasut ni, kasut hang kecik sangat
.



Perkataan : Segan
Sebutan :
[ se.gan ]
Maksud :
malas,malu
Contoh :
Segan gila nak basuh baju ni,banyak gila



Perkataan : Kawaq
Sebutan :
[ ka.waq ]
Maksud :
pencuri,penyamun
Contoh :
Babi betoi, semalam rumah aku kawaq masuk , habih barang dia balaih.



Perkataan : Belahak
Sebutan :
[ be.la.hak]
Maksud :
sendawa
Contoh :
Perangai beliau yang belahak setelah selesai makan itu tidak disenangi rakan-rakan.


Perkataan : dan-dan
Sebutan :
[ dan.dan]
Maksud :
serta merta
Contoh :
tudia tak dan-dan dah,dok la sat, baru nak isap rokok ni.




Perkataan : Balaih
Sebutan :
[ ba.laih ]
Maksud :
curi
Contoh :
Ikhwan dipukul hingga pengsan sebab dia yang balaih handset budak-budak junior.



Perkataan : Melewaq
Sebutan :
[ me.lay.waq ]
Maksud :
merayau
Contoh :
hang ni tak reti duk rumah ka,melewaq ja kerja, hang tolong aku baguih.



Perkataan : Awat ?
Sebutan :
[ aaa.wat. ]
Maksud :
kenapa,mengapa
Contoh :
awat hang tak habaq awai-awai kalau tidak dan aku pi sana



Perkataan : Habaq
Sebutan :
[ ha.baq ]
Maksud :
beritahu,khabarkan
Contoh :
mana nak pi tau, dia tak habaq apa pon



Perkataan : Dan
Sebutan :
[ dan ]
Maksud :
sempat
Contoh :
mintak maaf la, haritu kenuri rumah hang tak dan nak pi, aku kena p rumah sepupu aku kat Yan.


Perkataan : Landoq
Sebutan :
[ lan.doq ]
Maksud :
kendur
Contoh :
penyidai ni landoq dah,esok tolong pecekang sat.



Perkataan : lohoq
Sebutan :
[ lo.hoq]
Maksud :
Zuhur
Contoh :
Sabaq la, takkan tengah hari ghembang ni jugak nak p.Lepaih Lohoq elok la



*NEW*
from sabrosa

Perkataan : meghi
Sebutan :
[ me.ghi]
Maksud :
besar dan longgar
Contoh :
getah spenda zarep berjenama SCUBA telah pon meghi kerana terlalu lama dipakainya sejak dari tingkatan 3 lagi sehingga sekarang.







*** takat ni la dulu ***


23/12/08

JejaKacak Minggu Pertama



5 TIPS KEKAL FIT DAN CERGAS


Minggu ini, kita akan mengenali peserta pertama dalam JejaKacak ( Jejak Jejaka Kacak ). Hamzah ataupun nama manjanya Hamzah telah menawan lensa Bijirin minggu ini.Kita akan berkongsi tips-tips untuk kekal Fit dan Cergas dengan JejaKacak minggu ini.

>> PROFIL <<

Nama : Hamzah Bin Abdul Mutalib

Nick : Hamzah

Tarikh Lahir : 20 November 1987

Asal : Alor Setar

Pekerjaan : pelajar tahun pertama di Institut Perguruan Perlis

Hobi : Futsal,Menonton Tv

Zodiak : Scorpio

Contact : http://www.mysabrosa.blogspot.com


Hamzah adalah seorang yang aktif dibidang sukan dimana mewakli IP Perlis dalam sukan dan olahraga.Antara sukan yang diceburi adalah bola sepak, futsal, memanah,menunggang kuda dan juga lompat tinggi bergalah.Acara melempar cakera dan lari berpagar adalah acara "favourite" katanya.

Untuk kekal fit dan cergas, inilah rahsia-rahsia si jejaka yang enggan memberitahu tentang statusnya :

1. Tidak merokok dan mengambil minuman keras kerana doktor dan pakar perubatan tidak lupa juga bomoh,pawang dan dukun telah mengesahkan bahawa merokok dan mengambil minuman keras sangat berbahaya untuk kesihatan diri dan keluarga terutamanya ketika memandu seperti yang dinyatakan didalam iklan di tv dalam kehidupan kita sehar-hari.

2. Berjogging 3 kali seminggu adalah ramuan yang paling mujarab untuk kekal fit dan cergas.Hamzah berjogging 3 kali seminggu mengelilingi maktabnya sejauh dua pusingan.Dan kadang kala pada waktu cuti Hamzah masih mendisiplinkan diri untuk berjogging jika rajin.Jika tidak sempat hamzah akan berjogging sambil berenang kuak kupu-kupu diatas katilnya sehingga rasa sakit dibahagian belakang.Dia hanya akan berhenti apabila dimaki hamun oleh ahli keluarga yang lain.

3.Bangun awal setiap pagi.Setiap hari, hamzah akan bangun awal untuk memulakan harinya yang kadang kala malang.Hamzah tidak akan tidur selepas solat Subuh pada waktu cuti tetapi dia hanya akan tidur selepas sarapan pagi.

4. Tidak menahan perut dari makan makanan yang sedap.Hamzah tidak sesekali mengamalkan pantang dalam pemakananya seharian.Beliau memakan semua jenih makanan yang ada didepan mata.Makanan kegemarannya adalah SUP TELINGA LALA dan juga TAPAK KAKI LEMBU masak cuka.

5.Tips yang terakhir adalah berkawan dengan Ahmad Najib bin Azmi untuk memastikan tips-tips diatas kekal.

Nantikan kedatangan JejaKacak Minggu ke 2!!~

22/12/08

Manchester United Julang Piala Kelab Dunia


YOKOHAMA (Jepun): Jaringan menakjubkan daripada Wayne Rooney pada minit ke-73 membolehkan Manchester United - yang beraksi dengan 10 pemain - menjulang Piala Kelab Dunia selepas memerah keringat menewaskan pasukan Equador, Liga de Quito (LDU), 1-0, semalam.

United menjadi kelab Inggeris pertama memenangi kejuaraan anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) selepas Liverpool gagal meraih kemenangan pada 2005 apabila mereka ditewaskan pasukan Sao Paulo dari Brazil.

Juara Eropah itu berjaya mengatasi saat sukar selepas pemain pertahanan mereka, Nemanja Vidic dibuang padang ketika aksi separuh masa kedua baru berlangsung empat minit kerana menyiku muka penyerang LDU, Claudio Bieler.

Kad merah dilayangkan kepada pemain antarabangsa Serbia itu menyaksikan United bangkit dan Rooney menjaringkan gol kemenangan di depan ribuan penyokong di Yokohama selepas Cristiano Ronaldo menyungkit cantik bola ke arahnya.

Kapten United, Rio Ferdinand, berkata mereka berdepan kesukaran untuk menjaring lebih banyak gol ketika berdepan dengan corak permainan keras dan kawalan ketat pemain LDU.

Pasukan bimbingan Alex Ferguson memenangi perlawanan format awal yang menyaksikan perlawanan antara juara Eropah dan Amerika Selatan, apabila mereka menundukkan pasukan Brazil, Palmeiras pada 1999, juga dengan keputusan 1-0. - AFP

Teka Teki 1

1. Dalam Banyak-Banyak Berger, Berger Apa yang Happy?
2. Dalam Banyak-Banyak Berger, Berger Apa yang Pening?

Isu Pengharaman Tudung

PENGHARAMAN TUDUNG DI IPTA & IPTS

Seorang pelajar telah diambil tindakan disiplin kerana memakai tudung ke kuliah. Pelajar dari sebuah Universiti di negeri Selangor itu membuat laporan polis di Balai Polis Serdang apabila tudung yang dipakainya secara tiba-tiba telah ditarik oleh seorang pensyarah.Pelajar itu kemudian dibawa bersemuka dengan Naib Canselor Universiti tersebut untuk tindakan.

Parlimen pada 22 November yang lalu telah meluluskan pengharaman tudung ini disemua kampus IPTA dan IPTS termasuk juga Maktab Perguruan serta Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.Tindakan ini diambil disebabkan factor kesihatan dimana, pelajar-pelajar yang memakai tudung dikatakan gagal mencapai prestasi akademik yang membanggakan.

Pemakaian tudung akan menyebabkan masalah pengaliran udara ke kepala.Akibat dari kurang pengudaraan, otak akan menjadi lembab untuk berfikir ataupun kurang aktif ketika belajar.Isu ini telah disokong oleh beberapa pakar dari barat antaranya Dr. Howard Houllier ketua penyelidikan di University Of Edinburgh mengesahkan akan perkara ini.

Pelajar yang dikenakan tindakan itu adalah seorang pelajar berketurunan Melayu yang ingin namanya dirahsiakan.Beliau berasa amat berdukacita kerana sebelum itu dia tidak pernah mengenakan tudung dikepalanya, tetapi beliau kecewa apabila hasratnya untuk bertudung telah dihalang oleh pihak university.

Wan Mohamed Adlan Bin Wan Mohamed Amin, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS ) cawangan Universiti Malaysia Terengganu memberikan bantahan secara keras akan isu pengharaman tudung ini.Beliau berkata, “ Kami akan berjuang habis-habisan dan sokongan dari pihak Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) amatlah diperlukan.Tunjuk perasaan akan diadakan selama dua hari bermula 29 Disember hingga 30 Disember bertempat di hadapan bangunan Parlimen.

Pihak Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan kesemua sekolah mematuhi undang-undang baru ini berkuatkuasa Januari 2009.Parlimen telah menyenaraikan tudung-tudung yang haram dipakai atau dikenakan ketika berada dalam kawasan kampus atau sekolah :




1. TUDUNG SAJI

2. TUDUNG PERIUK

3. TUDUNG BOTOL


HehehehHEHehhehe



* Artikel ini tidak ada yang berkaitan dengan yang hidup, tentulah yang sudah mati tiada kaitannya...sekadar untuk bersuka-suka...semua fakta adalah rekaan sehidung-hidung.

Five Things ( 5 Perkara )

5 PERKARA ELOK DISEBUT

"

Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

  • Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

  • Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
  • Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
  • Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
  • Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
  • Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
Blog Widget by LinkWithin